Tuesday, June 30, 2009

perhatian!!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.aku nak beritahu satu perkara ni.penting yang amattttt...tadi aku ada bukak blog kawan aku seorang ni.dia ada cakap yang senarai peserta plkn siri 7/2010.tiba-tiba hati aku macam tak sedap hati pula.teringin juga nak tahu sama ada aku terpilih ke tak.aku gunakan perkhidmatan pesanan ringkas sahaja.banyak kali aku bukak laman web khidmat negara tuh tapi tak bukak-bukak juga.buat panas hati je tunggu.aku gigihkan juga tangan menaip mesej.



sending....




delivered~




tuuutttttt...




mesej sudahpun sampai.cuba anda semua teka mesej tuh mengandungi apa?teeetttt.....


"maaf! 92********** tidak dipilih untuk menyertai PLKN siri 7/2010"


hahaha.suka bangat deh.aku tak terpilih!!!huhu.buat saspens aku sahaja.ceh! ;pp

tapi,aku nak tahu juga kawan aku seorang ni dapat sertai ke tak.tiba-tiba mata aku terbeliak!mesej tuh cakap "tahniah! 92********** terpilih bla bla bla".panjang benor ha aku baca.siap ada nama penuh pula tuh.hahaha.kesian dia.dia masih trauma tuh.hehe.jahat betul aku ni :D

oh ye!kepada pelajar spm lain yang ingin mengetahui cara-cara untuk check anda punya nama dalam senarai tersebut.sila tekan link di bawah

SENARAI PLKN SIRI 7/2010

ataupun gunakan pesanan ringkas sahaja kalau nak mudah.
taip PLKN SEMAK <> no ic dan hantar ke 15888

selamat mencuba :)

p/s:tunggu siri yang lain pula untuk sertai plkn tuh.hahaha xD

Sunday, June 28, 2009

terlanjur cinta

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.entry aku baru mencapai 100.ceh!sikit sangat.tak ada apa yang ingin ditulis.layan lagu sahaja ok? :)




Friday, June 26, 2009

nafsu yang membawa kemudaratan diri

Assalamualakum wbt.sejak akhir-akhir ni,aku dapati bahawa ada pengunjung blogku yang telah membuka artikel mengenai topik bahaya nafsu seorang lelaki.artikel itu dibuat pada tahun lepas.artikel tersebut panjang la juga tapi memberikan impak yang begitu mendalam.golongan remaja dialu-alukan untuk membaca artikel ini.sila tekan link di bawah jika ingin membaca :)


bahaya nafsu seorang lelaki

Saturday, June 20, 2009

peluang hanya satu

Assalamualaikum dan selamat senja ye semua.haha.malam tak berapa nak malam la *ayat apa ni ek?lupakan sahaja.huhu* aku nak ceritakan sedikit mengenai addicted yang sedang melanda diriku.sejak akhir-akhir ni,aku rajin tengok laman web tentang online shopping.ceh!duit macam banyak sahaja,kan?hahaha.ni nak cerita ni.aku ada la tanya dengan tuan empunya blog tentang dua tudung yang inginku beli tapi malangnya satu daripada tudung tersebut telah dibeli oleh orang lain.rasa kempunan dah sekarang ni.terlepas peluang la katakan.mari kita tengok tudung itu..


ok tak?tapi tak ada rezeki aku kot.kena beli yang lain juga la jawabnya.ni pun aku masih dalam proses bodek kakak aku suruh dia belikan.huhu.harap-harap jadilah.terima kasih kakakku.ngee~ ;p

lupa,maaf ye kepada empunya blog kerana mengambil gambar ni.kepada sesiapa yang nak cuba tengok barang-barang empunya blog sila klik sini --->Mama's HomeBiz
*promote* sila beli sementara stok masih ada.hehe

Wednesday, June 17, 2009

award datang lagi

Assalamualaikum w.b.t.hehe x)) dah lama aku tak update blog aku dengan award dan tag.tag itu bakal aku buat pada masa akan datang.kepada yang telah lama memberikan tag kepada diriku,sila bersabar ye?aku sangat la tidak dapat menyibukkan diri aku dengan tag yang semakin menimbun itu.huhu

award ini khas datangnya dari cik emy

terima kasih ye cik emy.susah-susah je bagi award ni.bagaimanapun,maaf kerana lambat publish post ni :)

syarat-syarat menerima award ini

1.Pastikan jantina anda adalah perempuan.
--> semestinya aku seorang perempuan~ :)

2.Copy badge sebagai award anda.
--> sudah ;)

3.Nyata 7 sebab kenapa anda bangga menjadi perempuan.
--> sebab lelaki tak boleh nak make up macam perempuan
--> sebab lelaki tak boleh nak rapat dengan kawan sangat.takut dicop sebagai gay
--> sebab lelaki lebih ego
--> sebab lelaki suka gaduh
--> sebab perempuan selalunya mendapat perhatian yang lebih
--> sebab perempuan mempunyai jiwa seorang ibu
--> sebab perempuan mempunyai raut wajah yang indah

4.Pass kan award ini kepada girlfriends anda.
--> award ni untuk semua follower perempuanku :D

Tuesday, June 16, 2009

bulan madu jom? :)


Assalamualaikum semua.semoga sihat walafiat di samping keluarga tercinta.kalau sakit tu,cepat-cepat la pergi jumpa doktor.jangan sampai melarat baru nak pergi.takut kena marah je dengan doktor tersebut.huhu

just married?siapakah itu?akukah?diakah?manakah?apakah?hahaha.semestinya lah kakak aku yang baru sahaja bergelar seorang isteri.ceh!dengar-dengar pagi tadi mereka baru sahaja berangkat ke sesuatu tempat untuk berbulan madu.di manakah tempat tersebut?teetttt..hahaha xD

biarlah kami sekeluarga sahaja yang tahu.sangat cemburu ok?nak ikut juga!tak apa.sekali sekala kena la juga bagi peluang kepada mereka untuk bermesra-mesraan.haish.naik bulu roma den ni ha.hahaha.habis lah aku kalau kakak aku baca ni.huhu.mintak ampun along sayangku.hehe :)

cakap pasal bulan madu macam best je.aku pun nak kahwin juga la.ada sesiapa yang sudi masuk merisik?hoho.spm pun tak lepas lagi,nak kahwin pula ;p tunggu je la 10 tahun akan datang,insya allah aku bakal kahwin.calon masih dalam pencarian.kalau ada,ada la.huhu.amin..

kepada bakal pengantin ataupun pasangan yang baru sahaja melangkah ke alam perkahwinan,selamat pengantin baru terhadap anda sekalian.semoga hubungan anda berkekalan sehingga ke akhir hayat.begitu juga kepada kakakku dan pasangannya :)

Monday, June 15, 2009

entry pendek

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.ni aku nak tanya sikit pendapat anda-anda sekalian.disebabkan hari perkahwinan kakak aku baru sahaja lepas iaitu hari sabtu,terdapat lebihan bunga ros sebanyak 12 kuntum dan daunnya sekali.aku tak tahu nak buat apa dengan bunga tersebut.nak buat kraftangan tapi tak berapa nak mahir.idea masih tiada dan aku masih tercari-cari untuk jadikan bunga tersebut ala-ala seni.anda semua tahu macam mana nak gubah ataupun ada sebarang idea?jika ada,sila beritahu ye.jasa anda tidak akan dilupakan.hehe :)

Monday, June 8, 2009

sick


Assalamualaikum wahai pengunjung setia blogku.hari ini aku tidak la begitu sihat.memandangkan keadaan ini berlanjutan dari pagi tadi sampai la sekarang,terpaksa hadapi juga la.maaf.tiada cerita yang ingin dikongsi pada waktu sekarang.aku harap aku cepat sembuh.kepada anda-anda sekalian,sila jaga kesihatan anda dan sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat di samping orang yang tersayang :)

Sunday, June 7, 2009

cik hira


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda sekalian.maaf.cik hira tidak mempunyai sebarang mood yang elok.beliau pening kepala memikirkan masalah yang timbul dan memberikan tamparan yang hebat dalam hidup beliau sendiri.sepanjang hidup selama 16 tahun lebih,cik hira tidak pernah merasakan bahawa beliau telah melakukan sesuatu yang memberikan kesan negatif kepada orang lain.beliau telah diberikan nasihat yang begitu berguna oleh seseorang.dan cik hira ingin mengucapkan terima kasih kepada individu tersebut kerana telah berjaya menyedarkan diri cik hira.kata orang,orang yang lebih tua lebih banyak makan garam dan mereka lebih berpengalaman.sesudah nasihat itu diberi,timbul rasa kekesalan di hati yang amat dan menikam kalbu.maaf.ayat ni bukan hanya rekaan tetapi realiti.


namun,muncul pula individu lain bertanyakan hal sebaliknya pula.tetapi cik hira tidak ingin menunjukkan bahawa beliau adalah seorang yang lemah di hadapannya.beliau tahan supaya air mata tidak mengalir ke pipinya.semasa dalam perjalanan pulang ke rumah juga beliau tahan daripada menangisi perkara yang berlaku terhadap diri cik hira.tetapi air mata beliau sempat dilap agar penumpang lain tidak mengesyaki sesuatu terhadap beliau.beliau asyik termenung dan pening memikirkan perkara yang sedang bermain di kotak fikiran sepanjang perjalanan tersebut.terdetik di hati cik hira yang mengatakan bahawa kita sebagai manusia tidak pernah lepas daripada melakukan kesalahan.cik hira bersyukur kerana telah sedar daripada mainan dunia.semua ini hanyalah pinjaman dan bukannya kekal hingga ke akhir hayat kerana maut sentiasa menunggu kita.


jika diikutkan hati cik hira,beliau tidak ingin dikaitkan dengan mana-mana individu yang terlibat dalam masalah beliau pada kali ini.bukan kerana ingin memutuskan hubungan silaturahim tetapi ingin mengelakkan daripada fitnah yang berlaku.tidak hairanlah andai ada sahaja mulut manusia yang ingin bercakap sesuatu yang buruk terhadap seseorang.hanya itu sahaja cik hira harapkan.cik hira tidak mahu masalah lain pula timbul.takut perkara itu akan merebak dan akan bernanah seperti hati manusia apabila disakiti.cik hira ingin menyatakan di sini bahawa cik hira tak suka orang lain terluka.biarlah hati beliau sahaja yang terasa.


sebelum cik hira undur diri,maaf seandainya entry cik hira hari ini lain dan luar biasa.tidak seperti selalu.maaf juga jika beliau bahasakan diri beliau dengan panggilan cik hira.salam~

Friday, June 5, 2009

saya sibuk

Assalamualaikum semua.dah lama aku tak update blog ni.lebih kurang seminggu la.pc ni buat hal sedikit.sebenarnya pc rosak dalam lebih kurang 4 hari.awal bulan kesibukan diri.memang tak boleh nak online.huhu.lupa,minggu depan operasi mengemas sempena majlis perkahwinan kakak aku.aku akan jarang online buat sementara waktu.kalau ada masa,boleh la update sekejap.semalam baru sahaja beli barang-barang untuk hiasan hantaran dan macam-macam lagi.memang penat kalau nak dikirakan semalam.lepas balik sahaja dari nilai 3,kemas rumah sebab keluarga bakal menantu nak datang.almaklumlah menantu yang sulung.hehe.dah habis kemas,bergegas pula pergi ke low yat.nak beli laptop untuk sepupu.nak tunggu semua proses pembelian tu siap,memang lama.hampeh betul!

walau bagaimanapun,mereka-mereka di atas ni wajib datang ke rumah aku pada 13 hari bulan 6 iaitu hari sabtu depan.kalau tak datang,mereka harus bertanggungjawab ke atas apa yang mereka buat ;pp yang kanan tu dah semestinya datang.sila abaikan beliau.hee x) kepada blogger yang nak hadirkan diri ke rumah cik hira ni,sila beritahu beliau ye?haha.

entryku pada hari ini sudah sampai ke penghujungnya.semoga bertemu lagi :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...