Friday, November 27, 2009

sayang-menyayangi :)


Assalamualaikum semua. hari ni aku sangatlah gembira! lupa, selamat menyambut hari raya aidiladha kepada semua umat islam di dunia ini. hehe x)) ok, sambung..

hari berganti hari,
bulan berganti bulan,
tahun berganti tahun,
blog aku sudah pun berusia setahun!

percaya atau tidak aku sudah terjebak dengan dunia blog ini sudah setahun. aku tahu ramai blogger yang lain sudah bertahun-tahun lamanya berkhidmat dengan blog tapi aku ni masih budak baru lagi. masih budak hingusan dan masih jahil tentang blog ni. huhu. almaklumlah aku ni tak ada lah pandai sangat pasal IT zaman sekarang. baiklah, aku cerita sedikit mengenai sejarah blog aku. tak payah ingat pun tak apa, tak masuk periksa. hehe ;p

aku mula berjinak-jinak dengan blog ni pada 27 hari bulan 11 tahun 2008. sama tarikh dengan hari ni, bukan? kecuali tahun sahaja berbeza. pada ketika itu, nama blog ni adalah hira's bloggy! tetapi aku tengok macam tak sedap sahaja. maka, aku tukarlah kepada little teen. aku masih remaja kan, tak salah letak perkataan "teen" itu di belakang ;D oh, selain itu, follower aku sudahpun meningkat kepada 99 orang. seorang sahaja lagi nak jadi 100. sebelum ni ada juga yang ikut blog aku tapi sudah menghilangkan diri. mungkin aku ni tak adalah popular seperti orang lain dan mungkin juga penulisan aku yang agak kebosanan. tak apa, kata orang, asam garam kehidupan la katakan. sikap manusia ni sentiasa berubah-rubah. apa aku merepek ni? haha.

sebelum aku mula untuk daftarkan diri sebagai seorang blogger, ada juga kawan aku tanya nak join ke tak nak dunia blog ni. aku ada lah juga tengok-tengok blog orang lain. masa kawan aku tanya, hati aku seperti berbelah bahagi. sekejap kata nak, sekejap kata tak nak. selepas beberapa jam selepas itu, tangan aku mula menggedik untuk daftarkan diri dan mula berblogging. nampak sangat aku tak berpendirian tetap, kan? haha. ada aku kesah? janji aku berjaya menjadikan blog aku ni mempunyai ikutan dah kira bagus walaupun tidak mempunyai keistimewaan apa-apa pun. namun, aku tetap bangga dengan litte teen ini! ;))

kepada sesiapa yang ada melihat mybloglogku itu, anda boleh lihat template yang aku gunakan buat kali yang kedua selepas lahirnya blog ini. template sekarang ini kalau tidak salah yang kali keempat aku tukar. hanya tunggu masa sahaja nak tukar yang lain. tak nak yang sama sahaja, nanti orang sudah bosan tengok dan tidak akan jenguk-jenguk lagi. kesian blog aku ni. sebelum terlupa, blog aku ni hanya mengenai diri aku sahaja. pernahlah juga aku ada mengambil kenyataan dari laman-laman web yang untuk dikongsi bersama. namun, sangat sedikit jumlahnya. aku tak pernah menyesal dengan blog aku walaupun kadang-kadang terasa sangat membosankan. haha. tidak mengapa wahai sayangku, selepas spm ini, akanku update dirimu setiap hari, ok?

aku rasa entry ni sangat panjang untuk dibaca. sesiapa yang berjaya menghabiskan penulisan aku ni, anda sangat hebat! huhu. kepada followerku, terima kasih di atas komen-komen anda. para blogger yang lain yang selalu datang jenguk blog ini, terima kasih juga kerana sudi datang. kalau rajin, mari kita saling ikut-mengikut. ada ke ayat macam itu? habis bahasa aku. haha. semoga bertemu lagi kalian :))

Monday, November 23, 2009

missing


Assalamualaikum. saya rindu myspace! anda? haha. kenyataan yang sangat sengal tahap apa benda entah. semestinya kenyataan itu sangat betul dan membuatkan hati aku meronta-ronta nak online myspace. tapi aku tak buka. aku curi-curi buka orang lain punya. siapa gerangan orang tersebut, hanya aku yang tahu. haha. diri yang sedang dilanda spm sangat sadis. tak dapat nk online itu la, ni la. aku hanya online tagged sahaja, gara-gara nak main game. isk, isk. spm pun sempat main game. ala, nak hilangkan stress ;( spm menjadikan aku gila tapi masih waras untuk menjawab spm tersebut.

p/s:aku rindu nak memperbaharui blog ni. lepas spm, aku nak update semua sekali termasuk myspace. memang dah kemaruk bila dah habis nanti. nak jadikan blog aku hebat seperti aku pula. haha. sila muntah dengan ayat itu. hanya 5 hari sahaja lagi untuk penghabisan spm! yesss~ :)

Tuesday, November 10, 2009

awayyyy~


Assalamualaikum dan salam senja. pejam celik, pejam celik lagi 8 hari sahaja lagi nak spm. haish. jikalau lah dapat nak tunda hari spm kan bagus. tapi tak payahlah, kan? nanti nak habis spm itu satu hal pula. huhu. tapi tak apalah. oh, lupa. mulai esok, aku sudah menjauhkan diri dari dunia blog ni. tapi kalau setakat nak jenguk-jenguk itu boleh la. tapi kalau nak buat entry, mungkin ada apabila ada masa lapang. tapi tak mungkinlah aku sempat nak tulis apa semua apabila sedang menjalani hari-hari spm. masa itu emas. tak sanggup aku nak sia-siakan masa aku sedangkan inilah waktu terakhir aku di zaman persekolahan. semakin tak percaya pula apabila aku dah nak habis sekolah. apa-apa pun, aku ingin ucapkan...

selamat menduduki SPM kepada semua pelajar tingkatan lima pada hari rabu hadapan :)
semoga berjaya dan jawab dengan tenang ;D

Sunday, November 8, 2009

kejayaan


Assalamualaikum w.b.t kepada semua pengunjung blogku. di sini aku inginku katakan bahawa aku rasa stress apabila hari spm semakin menjelang tiba. aku baru bersedia dalam lingkungan 70% sahaja dan yang selebihnya aku masih berusaha untuk memahami subjek tersebut. kadang-kadang stress aku sangatlah teruk sampai terpaksa berlinangan air mata. namun, apabila aku layan lagu sedikit, ada yang kata aku ni beremosi. apakah itu patut?bukankah jiwa wanita sememangnya begitu?

kadang-kadang, aku sendiri tak faham dengan diri aku ni. aku tahu bahawa aku sahaja yang memahami diriku ni. orang lain tidak mengerti. sedang kita asyik bergembira dan bersenang-lenang, adakah kita pernah meluangkan masa kita untuk bersedih? sebagai contoh, kita asyik menjaga hati teman misalnya, adakah kita ada menjaga hati sendiri? disebabkan itulah, aku akan sentiasa memberikan ruang untuk diri sendiri selain orang lain. hal ini bukan disebabkan ingin mementingkan diri sendiri. sila jangan salah faham. usia kita juga akan semakin bertambah. maka dengan itu, semestinya anda semua faham dengan kenyataan yang aku nyatakan. sekian dahulu entry aku pada hari ni, semoga bertemu lagi. salam :)

semalam adalah pengalaman,
hari ini adalah kenyataan,
esok adalah harapan.

Saturday, November 7, 2009

internet



Assalamualaikum dan salam satu Malaysia. aku hanya mahu menyertakan iklan P1 WIMAX ni sahaja. iklan ni sangatlah lucu dan membolehkan aku tergelak seorang diri. aku pernah dapat tawaran P1 WIMAX ni tapi masih tidak berkemampuan. nak beli pun kena ada duit yang mencukupi dahulu. hehe. tapi orang cakap P1 WIMAX bagus untuk digunakan ;) baiklah, sila layan video ni :)

Thursday, November 5, 2009

kesihatan


Assalamualaikum w.b.t kepada teman-teman sekalian. hari ni aku hanya ingin cerita mengenai ubat sahaja. nampak ubat-ubat di atas? semua itu ubat aku la. pil yang dalam plastik di bawah itu untuk selesema dan yang lain untuk ulser lidah. banyak, bukan? haish. terpaksalah aku makan semua ubat-ubatan tersebut. boleh dikatakan setiap hari aku akan mengalami selesema. apabila ayah aku dengar bunyi yang kurang menyenangkan, mula lah dia risau. hehe x)) sebelum ni, aku ada juga mengalami sakit tekak tapi alhamdulillah sudah pulih. masa nak spm ni lah, kesihatan aku mula terganggu.

tapi ubat selesema nak habis dah. manakala untuk ulser lidah baru sahaja beli malam semalam. dah alang-alang balik dari kenduri terus pergi ke klinik untuk membuat temu janji bersama doktor. alih-alih dapat 3 jenis ubat-ubatan. tapi kadang-kadang aku degil juga. dah tahu ada selesema, boleh pula nak main dengan kucing tersayang. almaklumlah aku ni kan tuan kepada cik itamku dan aku sempat juga menghabiskan satu bungkus coklat pahit walaupun lidah sakit. huhu. aku harap aku cepat sembuh supaya dapat menjalani hari-hari spm dengan penuh gembira ;)

Tuesday, November 3, 2009

heart

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. pagi tadi aku keluar bersama ibu tercinta ke perpustakaan. almaklumlah beliau ingin meminjam buku. alang-alang aku tunggu, aku pun tengok-tengok la buku yang terdapat di sana. hasilnya, aku sangatlah cemburu sebab tak dapat nak pinjam buku. semua ini gara-gara sijil pelajaran malaysia (spm). bertimbun-timbun buku-buku yang sangat best dan menarik bagiku. mari lihat buku-buku yang bakal aku pinjam sebaik sahaja spm sudah habis :)












banyak, bukan? hehe. aku tak kira, lepas spm aku nak pinjam 6 buah novel ni. memang raya sakan dah masa itu. yang selebihnya aku pinjam hari yang seterusnya. sayangku, sila tunggu saya ya? :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...