Monday, August 24, 2009

comel

assalamualaikum semua. kita sudah menjalani ibadah puasa selama 4 hari. harap-harap memberi makna la ye? ok, entry aku pada hari ini semua nya mengenai comel. jom layan! :)

panda yang comel :)

tengok, anjing pun boleh menangis macam bayi tahu.

kucing yang sihat dan mempunyai muka seperti teddy bear sudah. mata macam ikan?

oh tidak! mata saya lagi cantik dan comel dari dia. haha.

cupcakes yang berwarna-warni. haish. nak satu, boleh?




Thursday, August 20, 2009

selamat berpuasa


assalamualaikum wbt. heh. sekarang aku tengok dah tak ramai pengunjung yang datang ke blog ni ha. haish. haha. tak apa, pedulikan. oh ya, bulan ramadhan sudah hampir tiba. dengan itu, aku ingin ucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak kepada semua umat islam. semoga bulan ini memberikan seribu makna kepada kita semua. amin.. :)




Tuesday, August 18, 2009

heh

Assalamualaikum semua. hari ini mood aku untuk membuat entry mengenai percutianku sudah ada. walau apa-apa pun, layan sahaja ok? malas nak cakap banyak ni. hehe ;p


kaki siapa la tuh? ;p

main pasir pantai kejap









sekian sahaja entry buat hari ini. semoga bertemu lagi :)


Monday, August 17, 2009

vacation


assalamualaikum dan selamat senja buat semua. maaf andai sudah beberapa hari aku meninggalkan dunia blogku ini. aku sangat la sibuk dengan banyak perkara. selain itu, aku juga baru sahaja pulang dari bercuti. orang lain sibuk dengan penyakit h1n1 tapi aku sibuk bercuti. pedulikan. aku nak hilangkan tekanan aku. percutian itu amat menyeronokkan walaupun sebentar sahaja. esok pula bermulalah episod hari-hari persekolahanku yang tergendala selama 3 hari. cikgu, saya rindu anda! haish. nasib baik kerja sekolah sudah siap sedia dihantar. tak perlulah aku terkejar-kejar untuk hantar kerja tersebut. oh ya, trial sijil pelajaran malaysia semakin hampir menunggu aku. beliau rindu aku rupanya. bawa bersabar. biar bulan ramadhan yang penuh dengan rahmat muncul terlebih dahulu. saat yang aku tunggu! :)

p/s:kepada sesiapa yang baru sahajaikuti blog ini, terima kasih banyak-banyak :D



Thursday, August 6, 2009

penantian

assalamualaikum wahai semua pengikut setiaku. serius aku cakap, aku tulis blog hari ni dengan tiada perasaan. aku hanya mampu buat mp3 untuk didengari oleh semua pengunjung blog ini. tiada topik yang sesuai. aku cuma masih tercari-cari seseorang. seorang gadis yang sering berada bersamaku ketika kem hari itu. haish. di mana dia? dah berapa minggu aku cari, namun tidak berhasil. hurm...



Monday, August 3, 2009

twin?

assalamualaikum dan selamat sejahtera. ini la entry pertama buat bulan ogos. tiada idea la katakan. tapi, aku nak tanya sikit. nampak tak gambar di bawah ini?


bagi pendapat anda semua la kan, ada persamaan tak? haha. aku suka-suka sahaja nak buat persamaan bagi mereka ni. gambar bawah tuh gambar kawan aku. entah kenapa aku cakap mereka ni ada persamaan pun aku tak tahu. mereng sikit kot. haha. lupakan~ yela, tak sama kan? hehe. sebenarnya aku tak ada gambar yang lain. ni kira ok la kot. haish

p/s:entry yang tak betul.huhu ;pp
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...