Saturday, September 19, 2009

raya :)


Assalamualaikum dan selamat pagi. hari ini merupakan hari terakhir sebelum kita semua menyambut Hari Raya Aidilfitri pada esok hari. wuuuu~ tak sabar deh. oh, sebelum itu, aku ingin ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin kepada semua pengunjung blog ini serta pengikutku. pandulah dengan cermat, ingatlah orang yang tersayang. ceh! huhu ;p

sebelum terlupa, aku ada dapat e-card daripada encik eazy selaku sahabatku di blog ini. terima kasih :)



Thursday, September 17, 2009

gembira


Assalamualaikum dan salam ramadhan. hari ini kita sudah menjalani ibadah puasa yang ke-27. hanya tinggal dua hari sahaja lagi untuk menghadapi hari yang bahagia iaitu hari raya aidilfitri :)
semua orang bagaikan sudah tidak sabar untuk menunggu detik yang bahagia tersebut. mesti sudah ramai yang menempah tiket untuk pulang ke rumah ataupun kampung masing-masing. bukan sahaja anda, malah aku juga sudah semangat nak raya. lagi-lagi kertas peperiksaan yang belum selesai dijawab hanyalah tinggal 2 kertas sahaja lagi. gembira di hari raya! haha. tak kesah la raya kat rumah, boleh juga aku study untuk kertas yang akan datang ni. teman-teman, bergembiralah ya anda semua sempena hari raya yang akan datang ni :)

Sunday, September 13, 2009

engkau


Assalamualaikum semua. serius aku cakap. aku sudah malas nak update blog ni. grrr.. kalau bab usya-mengusya, jeling menjeling, lihat-melihat blog-blog orang, kira ok. berjam-jam baca satu persatu. tapi bila masuk blog aku, kosong je pemandangan aku tengok. tiada yang istimewa. 3 kali ganda tidak hebat seperti orang lain. agagaga xD apa kes? maaf, tiada masalah kecurian. masalah hilang anak pun tiada. hal ini demikian kerana aku masih budak-budak yang masih belum cukup umur. tahun depan baru cukup umur. masuk alam baru. waaa.. seperti tidakku percaya bahawa aku sudah meningkat remaja. heh xD

hari raya sudahpun hampir. baju raya pun aku tak ambil kesah. lagu-lagu raya dah banyak berkumandang di corong-corong radio. sedih hati aku dengar. tapi aku masih sibuk dengan peperiksaan. hari khamis baru habis. masa tuh, orang lain dah sibuk-sibuk berkemas. almaklumlah nak balik kampung dan beraya di kampung mereka. aku pun nak balik kampung juga! teman-teman aku pun dah mula bershopping sakan. shopping tak ingat dunia betul. ni yang aku cemburu banyak. hahaha. dah la, penat aku nak taip panjang-panjang. sekian dahulu cerita daripada aku. nanti aku taip lagi, ok? salam :)

Saturday, September 12, 2009

word


Assalamualaikum dan selamat berpuasa kepada semua. hari ini aku merajinkan diri untuk edit yang atas ni ha. dah lama aku tak edit gambar apa semua. itu sahaja cerita hari ini. atas itu adalah mood aku hari ini. tapi itu juga adalah kenyataan yang ingin aku bagitahu anda semua. haha. tak sabar rasanya nak habis periksa walaupun SPM belum muncul. nak raya la~ :(

Tuesday, September 1, 2009

1/9/09


Assalamualaikum kepada semua. blog aku sudah diperbaharui :) maaf kerana meghilangkan diri. aku ingin ucapkan salam kemerdekaan negara kita yang ke-52. tak lambat lagi kan? kira ok la tuh. huhu. buat pengetahuan semua, aku akan menghilangkan diri lagi mulai esok sehinggalah 29/9. namun, jika ada kesempatan akanku update blog ini.

p/s: selamat maju jaya kepada semua calon-calon sijil pelajaran malaysia (spm) bagi menghadapi peperiksaan percubaan pada esok hari :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...