Friday, August 26, 2011

Mentang-mentang dah CUTI !

Assalamualaikum. Hai korang semua. Tadi aku saja pergi shopping kompleks untuk membeli barang. Nampak je banyak kereta, aku terus mengomel, "Mentang-mentang dah cuti, semua nak serbu shopping kompleks. Hai, monyomak ehhh! (baca dengan menyemak) Cepat-cepatlah korang blah. Tapi kalau korang tak ada, lugi pula wooo ini shopping kompleks" Hahaha. Boleh pula aku cakap macam tu. Karang tak pasal-pasal, aku pula yang kena tampar :p


*Macam ni la suasana tadi. Yang ni cilok dari Encik Google je*


Tapi suka hati aku la kan. Mulut aku. Haha. Aku memang otak senget. Kalau korang kenal aku face to face, baru korang tau sifat sebenar aku. Huehue.


Orang ramai sibuk beli barangan raya, aku sibuk beli beg raya. Ye, beg Universiti! Haha. Tengok, cakap pun dah melalut. Aku tau aku tak cakap pun, aku taip je. Syhhhh.. Senyap-senyap sudah. Aku beli beg besar gedabak tu. Senang kerja eden ni haaa nak angkut baju yang banyak-banyak tu. Sebelum ni, beg berat sangat sebab muatan berat. Tu yang dah koyak. Haih. Ganas betul aku =___=


Korang mesti dah kemas-kemas barang untuk balik kampung esok kan? Hati-hati eh korang? Pandu cermat, jiwa selamat. Kalau korang ataupun ayah korang ngantuk, bawa-bawa la berehat di R&R. Ingatlah orang tersayang. Hehe :D


Nota Kecil : Mood aku bukan bukan untuk raya sepenuhnya. Lalala~


Pesanan dari penaja : Aku still kena kerja hari Ahad dengan Isnin *half day*. Malam raya nak lepak Jalan TAR. Jom wehhhh.. Haha

29 comments:

  1. saya dah lama ada di kampung sejak 3 bulan lepas. wawawa

    ReplyDelete
  2. mana2 skang ni padat je...esk lusa lagi parah ni.. kih kih kih

    ReplyDelete
  3. psss, dah beli beg U, nanti kena masuk U dah .. ehhehe

    pss, ala kasi laa chance diorg rebut2 baju kat shopping complex .. hehhe

    pss, balik kampung elok2 .. hira jgn duk kat belakang tidur dengkur tau .. teman ayah bawa kete .. heheheh

    pss, laa nape kene keja .. cuti laa .. cuti laa

    pss, er tak takut ke duk kat TAR malam raya .. dasat hira ni ..


    Selamat hari raya hira !!!!!

    ReplyDelete
  4. huhh..dekat2 nak raya ni makin sesak la shopping2 complex yang buat sale..haha~

    ReplyDelete
  5. hehe, semua cuti kot. dengan blogger pon cuti blogging :P

    ReplyDelete
  6. selamat hari raya n selamat bekerja! ngeeee

    ReplyDelete
  7. hahaaa .. apapun , selamat hari raya dari Tia :)

    ReplyDelete
  8. ala.. cian nya kena keja malam raya.. siyes tak best kan.. chill k.. :D

    ReplyDelete
  9. untung la dpt g shoppping
    hahaha
    ^_^

    ReplyDelete
  10. hira x de kg ke..bukan main nak lepak kt Jln TAR..

    ReplyDelete
  11. wanz, memang sakit kepala sebab mahal snagat kan? hahaha :D

    ReplyDelete
  12. freaky, suka la tu eh? mentang-mentang cuti. haha :p

    ReplyDelete
  13. arul, makin padat ke? tak sangat kot sebab ramai dah balik kampung. haha

    ReplyDelete
  14. Selamat Hari Raya Aidil Fitri. Mohon maaf atas salah dan silap, mana yg tersinggung rasa... Semoga berbahagia selalu..!

    ReplyDelete
  15. abang ipai, lawak pula baca komen abang ipai ni. hahaha :p

    memang nak masuk U dah pun. tu yang tak ada mood sangat nak raya. hoho

    yela-yela. saya mengalah. haha :p

    eh, saya balik kampung lambat lagi la abang ipai. raya kedua kot.

    abang ipai, saya kena kerja sebab tu tanggungjawab saya la. hehe

    ala, pergi je jalan TAR tu dengan adik-beradik. tak takut pun :p

    selamat hari raya juga abang ipai! :D

    ReplyDelete
  16. izzat, memang padat kan? menyampah tau. haha :p

    ReplyDelete
  17. encik keroro termasuk sekali la tu. hahaha :p

    ReplyDelete
  18. selamat hari raya juga untuk lina. hehe. thanks tau! :D

    ReplyDelete
  19. selamat hari raya untuk kak tia juga! :D

    ReplyDelete
  20. haha. dzarief, saya kerja hari isnin tu sampai petang je maaa~ tu yang chill ni. hoho

    ReplyDelete
  21. hana, mana ada shopping raya pun la :p

    ReplyDelete
  22. kak GA, bukan tak ada kampung. raya kedua baru balik Johor tu haaa.. haha :D

    ReplyDelete
  23. thank you silbi :) selamat hari raya juga! :D

    ReplyDelete
  24. bace komen sume baru tahu hira balik kampung lambat. memang slalu balik kampung lambat ke dik? heee.. ^^

    selamat hari raye.. balik nanti hati2. ^^

    ReplyDelete
  25. lebih kurang la akak. haha :D

    selamat hari raya juga untuk akak! :)

    ReplyDelete