Assalamualaikum kepada semua. Sudah beberapa hari aku menghilangkan diri. Seperti yang korang tahu, aku kan sakit. Ye, sampai sekarang tak sembuh-sembuh. Sadisssss tahu! :'(
Pagi semalam aku terasa seperti sejuk je badan. Tu yang pergi kelas dengan berbekalkan sweater dalam beg. Duduk dalam kelas yang berhawa dingin memang bikin aku lagi bertambah sejuk macam berada di luar negara kau tahu. Tapi aku tahan je. Lepas kelas tengah hari tu, aku terus ke surau untuk berehat. Masa tu badan dah rasa panas, kepala dah berdenyut-denyut, hidung dah berair dan batuk dah start beroperasi.
Aku ada kelas petang, tu yang tak balik kolej. Kalau balik, alamatnya memang tak pergi kelas la nampaknya. Betul, aku tak tipu. Jalan pun tak berapa nak betul, kepala aku pusing-pusing, berdiri lama sikit je dah boleh buatkan aku sakit belakang dan semestinya tangan aku berpaut pada palang. Muka aku serius merah dan bibir dah menggelupas dan merah juga. Tak cukup air mungkin? Nak turun cafe, tak laratlah woiii..
Semasa berada di surau, kedengaran suara orang yang aku kenali. Tapi dia tak sapa pun aku. Ke aku silap dengar? Oh, abaikan. Yang penting, aku touching keseorangan sebab tak ada siapa pun peduli pasal aku. Huuuuu.. Kelas petang semalam memang seronok sebab kitorang kena lukis tapi aku tak berbakat langsung. Nak perah otak lagi memang hampeh lah kan.
Akhirnya, aku berjaya juga pulang ke rumah. Senang sikit. Kalau duduk kolej, siapa nak hantar hantar aku pergi PKU (Pusat Kesihatan UPM)? Dahlah jauh menggila *menggila tu aku tambah je* sebab aku kena tukar-tukar bas baru sampai sana. Lainlah kalau aku dah expert kawasan-kawasan sana, logik juga nak pergi PKU. Tapi boleh je guna HOTLINE. Malas aku. Buang masa. Hoho.
Okaylah, aku nak cari mood untuk makan kejap selain lap badan aku yang panas ni. See you later, guys! :D
Nota Kecil : Bosan asyik tidur, makan, makan ubat, tidur balik. Bikin gua pening sajalah.





semoga cepat sembuh ye hira...
ReplyDeletesekarang ni kena jaga kesihatan la..cuaca pon tak menentu kan sekarang ni...demam, batuk pon senang nak hinggap kan..
hang kenapa?
ReplyDeletealolo siannya sakit
cepat sembuh ya!
get well soon !!!
ReplyDeleterehat r dulu.. bagi cergas dulu.. baru kita boleh brblogging
ReplyDeleteAssalamualaikum .. lama sungguh Ajeyy tidak berblog .. update pun dah lama .. blogwalking blog sahabat2 pun dah lama x buat ..
ReplyDeletehehe, jom baca dan komen 2 entry latest dari Ajeyy :
http://ajeyyrawk.blogspot.com/2011/09/diari-hari-raya-aidilfitri-2011.html
http://ajeyyrawk.blogspot.com/2011/09/nikon-get-together-at-kota-bharu.html
have a nice day gengs :))
sama la tgh sakit jugak ni..
ReplyDeleteKalau msred demam suka mandi selalu bagi suhu kurang.... Muga cepat sembuh....
ReplyDeleteget well soon dear.
ReplyDeletejgn lupa makan ubat ikut time.
p/s: jauh juga klinik UPM eh
dulu waktu stadi kat uitm merbok, klinik mmg dekat giler..hihi
macam mana? dah sihat ke tak ni?
ReplyDeletesemoga cepat sihat Hira..:)
ReplyDeleteRehat dan makan ubat.
ReplyDeleteCepat sihat.
-wina1979-
thanks a lot semua :)
ReplyDeletesyafakillah nokksss
ReplyDelete