Monday, September 5, 2011

Raya belum habis lagi lah !

Assalamualaikum. Korang dah makan? Eh, mestilah dah makan kan? Malam dah ni. Kalau ada yang kempunan, tengah-tengah malam pergi dapur cari makanan. Tak pun, cari maggi. Ehem ehem. Bukan aku tu. Hahaha :p


Hari ni merupakan hari raya yang ke-7 buat kita semua. Ada yang masih dalam mood raya ke? Tak nak balik Universiti eh? Huhu. Kesian. Aku pun terasa malas nak pergi daftar lusa ni. Alahai. Demi menimba ilmu, kena la akur dengan semua ni. Okay, sadis bunyinya. Haha.



Macam ni la rupanya redha tu. Specky tu macam aku. Tapi aku pakai waktu belajar je. Dekat luar sangat susah nak jumpa aku macam ni. Huhu.


Memandangkan aku lebihkan duduk rumah dari beraya, maka mood raya aku kembali pada hari ni. Bukan aku tak nak pergi beraya, tak tahu nak raya dekat mana. Kebanyakan kawan-kawan aku dekat kampung. Bila balik sini mesti tak lama, nak daftar masuk Universiti la apa la. Tu yang kempunan. Haih. Dah, jom layan~



Nampak tak aku rajin pergi beraya hari ni? Haha. Abaikan pemandangan di belakang :p



Harus tuan rumah diajak untuk bergambar. Huehue. Ni teman sekerja aku dulu. Kalau nak tahu, tekan SINI.


Sebenarnya aku puasa hari ni tapi disebabkan dapat jemputan, haruslah dipenuhi. Kalau bukan hari ni, dia nak ajak beraya lusa tapi aku nak daftar Universiti, kena tolak dan pergi je hari ni. Puasa 6 aku tu akan dibuat kemudian je. Yang ni penting. Karang tak jumpa dah. Okay, ayat tu macam sedih. Huuu..



Budak yang bakal trial SPM pada esok hari ni la yang temankan aku pergi beraya. Meet my little brother. Haha. Sempat pula aku kenalkan adik aku dengan korang. Waktu ni dia tak nak ambil gambar. Jadi macam ni la gambarnya. Sabar je lah~


Nota Kecil 1 : Hari ni perut aku full betul. Bukan selalu pun kan? Lepas ni maintainkan balik berat badan. Hehe.

Nota Kecil 2 : Goodluck kepada calon-calon SPM, buat yang terbaik pada esok hari :D

Pesanan dari penaja : Menghitung hari nak kembali belajar.

20 comments:

  1. Selamat sambung belajar :)

    Hehe makan sakan sebelum balik belajar dan puasa 6

    -wina1979-

    ReplyDelete
  2. amboi, ni mesti merasa semua makanan yg ada kan. tu yg full je. keh keh keh

    ReplyDelete
  3. weeee
    jgn malas2..hehehe
    selamat kembli ke U ye hira
    hihihihi
    comei jek die

    ReplyDelete
  4. good luck!!
    pasnie bole smbung raya ngn member uni yg bru kenal tue... heheheh

    ReplyDelete
  5. tak terlambat lagi kot nk ucap selamat hari raya

    ReplyDelete
  6. haha...perenggan yg pertama macam sentap je baca...kah3..

    ReplyDelete
  7. selamat mendaftar ke U..hee..

    p/s : hari minggu ni nak sambung beraya...jelez tak...heeee~

    ReplyDelete
  8. huuuhh..makan je ye hira..
    ala..takpe..raya bukannya selalu kan..hee~

    nanti puasa 6 la..boleh balance balik..(^^,)

    ReplyDelete
  9. haih jelesnye tgk masih beraya. freaky x tau da nak raya mane =_=

    ReplyDelete
  10. hee .. raya banyak2 .. nanti dah balik U dah kene study balik ye dak ?

    takpe2 .. apa2 pun all the best k ..

    (kita pon samam juga tau, perut penuh je bila raya2 ni)

    ReplyDelete
  11. hehe :D thank you kak wina. yup, makan puas-puas dulu la kan. haha :D

    ReplyDelete
  12. encik pilot, halau saya eh? haha :p

    ReplyDelete
  13. kak siti, mestilah rasa kesemuanya. hahaha :D bukan selalu pun

    ReplyDelete
  14. thank you razil! insya Allah. sentiasa boleh. haha

    ReplyDelete
  15. sifu, selamat hari raya juga! hehe

    ReplyDelete
  16. izzat? apa yang sentap sangat tu? haha :D thank you. eleh. tak cemburu pun :p yeah, puasa balik nanti. huhu

    ReplyDelete
  17. freaky, raya dekat unimap la jawabnya. hahaha :D

    ReplyDelete
  18. betul tu abang ipai. balik Universiti nanti, tak ada makna nak raya dah. hoho. thank you! :D

    ReplyDelete