Thursday, May 19, 2011

Teman bermain

Berjumpa kembali.. Wah, rajin betul aku update blog malam-malam ni. Semua ni gara-gara asyik tunda nak update tentang anak buahku sorang, Muhammad Ziqri Yusoff selaku cucu tunggal keluargaku. Dah pandai berjalan sikit demi sedikit dan suka borak dengan orang. Yeke? Hahaha :p Dia dilahirkan 12 Mac 2011. Mai-mai rajinkan diri untuk tengok semua gambar budak kecik ni. Hehe.


macam boy ke girl eh? hoho. i love u mom je. dad hilang. haha

satu set lebah tau. haiyooo~

dia suka senyum. awwwww.. comel tak? hehe

jelir je budak ni :p

tilam baru dia. seronok je tengok dia main.


Sekian sudah cerita mengenai Ziqri. Yayyyyyy! Hutang sudah selesai. Amacam, comel tak anak buah saya? Hehe.

Itulah hakikatnya

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ini sambungan dari entry semalam. Mungkin ada yang kata bahawa aku berat sebelah. Haiyoo.. Baikkk.. Aku tak naklah dikatakan sedemikian rupa. Pertama sekali, aku ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapaku kerana sering memberi sokongan dan dorongan sewakttu pengajianku di matrikulasi. Mereka jugalah yang sering mengirimkan sejumlah wang apabila duit elaun sudah habis supaya anak mereka ini dapat meneruskan kehidupan sebagai seorang pelajar. Mereka juga sangat rajin untuk datang ke Tangkak semata-mata nak jumpa anak perempuan bongsu mereka ini. Itulah pengorbanan yang sering dilakukan oleh semua ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Betul, bukan? Khas kepada anda, terima kasih banyak kerana sudi memberi sokongan, dorongan dan juga sering kejutkan saya supaya belajar. Anda juga sering memberi motivasi untuk meningkatkan semangat saya bagi menghadapi peperiksaan. Terima kasih juga kepada encik-encik tisu kerana sudi temani saya sewaktu menghadapi peperiksaan. Tak lupa juga kepada puan alarm kerana sudi kejut saya seawal 5.30 pagi setiap hari bagi menghadiri kuliah dan kelas pagi meskipun pada ketika itu pelajar-pelajar Program Dua Tahun (PDT) sudah pulang ke rumah. Terima kasih tak terhingga kepadaNya kerana saya dikurniakan akal dan juga sihat tubuh badan tanpa cela kerana apabila kurang sesuatu, saya mungkin tidak setabah orang kurang upaya. Bersyukur sangat dengan apa yang telah diberikan olehNya. Semoga jasa anda semua sentiasa di ingatan sehingga nafasku terhenti. Alhamdulillah..

Wednesday, May 18, 2011

Akhirnya...

Assalamualaikum semua. Aku pasti budak-budak Matrikulasi semua dah tahu result bukan? Aku baru je buka tadi. Nervous sangat dah. Tiba-tiba je buka, aku terus nangis. Tak percaya sangatttttttttttttttttttttttttt.. Yang penting, aku lepas 3 pointer. Selama ni tak pernah capai dan aku sangat berpuas hati. Subjek matematik yang aku jawab masa pagi exam dalam keadaan yang tak sihat kerana diserang selsema yang sangat teruk pun memberikan aku A- Serius, masa aku buat entry ni aku sedang nangis. Alhamdulillah, terima kasih sangat-sangat, Ya Allah. Aku dah tak terkata-kata. Mungkin ini balasan apa yang aku pelajari semasa di Matrikulasi. Ribuan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah KMJ kerana sudi ajar saya. Tak lupa juga kepada rakan-rakan yang membantu. Terima kasih banyak-banyak. Jasa anda semua tak dapat saya lupa sampai bila-bila :')

Sunday, May 1, 2011

semangatnya saya ;D

Assalamualaikum dan selamat malam untuk yang berkeinginan untuk tidur kerana esok perlu bekerja. Kepada yang bercuti esok, selamat berjaga malam la ye. Tau dah korang semua nak syok-syok tengok wayang, karaoke, lepak uptown ke kan? Bangun pula mesti matahari dah naik kan? Dah agak dah. Jangan nak menafikan ye? Tipu, dosa tau. Hahaha. Maaf, tangan aku sangatlah mengada-ngada nak menaip entry pada malam ni. Tak panjang, pendek pun tak apa.

Hal ini disebabkan esok dah mula bekerja. Orang lain sibuk bercuti, aku sibuk nak kerja. Ada aku kisah korang semua cuti? Haha. Aku dah biasa kerja waktu cuti am waktu kerja lepas SPM dulu-dulu. Seronok, bukan? Waktu itulah ramai pelanggan. Wang pun masyuk la kan. Laju je masuk. Bos pun gembira sakan. Bukan main lebar senyum. Kenyataan tu. Aku tak tipu. Lalala~

Aku pun begitu semangat pula malam ini untuk menyiapkan persiapan aku pada esok hari. Baju, seluar, tudung apa semua sudah lengkap digosok. Hehe. Tak syoknya, kena pakai baju warna hitam. Dah la baju warna itu sangat sedikit jumlahnya. Kalau warna merah kan senang *adahal nak cakap baju waktu kerja dulu* Hahaha. Tak apa, dah cukup sebulan nak pakai uniform pink tu. Hooray! "Saya nak kerja rajin *kalau kerja lebih masa pun tak apa*, nak cepat belajar *supaya senang nak handle kerja* dan juga jaga hati bos saya" Boleh ke aku buat azam macam tu? Haha.

Baiklah, jam pun sudah menunjukkan 11.31 malam. Aku perlu tidur walaupun tak ngantuk. Mana tidaknya, aku selalu tidur pukul 2 atau 3 pagi. Hoho. Aku perlu susun balik jadual harian aku selepas ini. Aku undur diri dulu ye, teman-teman? Assalamualaikum.. :)


Pesanan dari penaja : Kepada sesiapa yang berminat untuk membeli kerongsang minimum RM50, anda akan mendapat sehelai shawl percuma mengikut kehendak kalian. Hal ini disebabkan stock clearance sedang dijalankan. Harap maklum :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...