Showing posts with label follower. Show all posts
Showing posts with label follower. Show all posts

Friday, December 16, 2011

SEMINGGU !

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Rasanya seminggu juga gua tak update blog ni. Minta ampun ye semua. Gua tersangat-sangat sibuk melayan kerenah assignment, report, presentation segala yang sangat cemburu dengan gua sejak final exam hampir menjelang dengan jayanya.




Dah lama gua tak blogwalking. Serius, baru malam ni gua nak slow-slow blogwalking dan rajin untuk buat draft untuk next entry walaupun pada hakikatnya gua memang ada banyak kerja lagi yang perlu disiapkan.


Apa-apa pun, gua nak berterima kasih kepada Encik Ujang sebab sudi main review-review blog gua yang tak seberapa ni. Nak tengok apa beliau cakap pasal blog gua? Jommmm..



Kalau tak nampak, sila tekan untuk tumbesaran yang hebat :D


Nampak tak gua dapat gred A? Hoho. Walaupun tak sehebat orang lain, alhamdulillah blog gua dah mencecah 918 pengikut. Encik Ujang, thank you so much! ;) Lupa pula, korang perasan tak blog gua dah lain sikit? Ala, sikit je haaaa.. Hahaha.


P/s : Sejak akhir-akhir ni gua banyak makan. Mungkin disebabkan stress disebabkan kerja yang menimbun?


Nota Kecil : Harap bersabar kepada semua. Gua akan cuba jejaki korang balik. Bagi gua masa ok. 


Friday, November 25, 2011

888 Itu Manyak Ong Maaa~

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Ehem ehem. Hari ni merupakan hari Jumaat dan hari ni jugalah ramai yang berpusu-pusu untuk pulang ke rumah. Alahai. Gua pun nak balik juga cuma gua masih berfikir gua nak balik petang ke esok je. Haih. Pagi esok gua nak pergi main bowling. Haruslah gua balik kolej hampir 3 petang atau 3 lebih. Nantilah gua fikir.


Entri aku pendek je ni memandangkan kejap lagi ada kelas tutorial. Huhu. Apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak kepada follower gua yang ke-888. Anda memang sangat hebat!




Tapi yang sedihnya, beliau tak nak pamerkan URL blog. Haih. Kesian gua. baru nak pergi terjah-menerjah semalam. Huuuu..


Nota Kecil : Selamat berhujung minggu semua! Mari tengok cerita Twilight nak? Haha

Wednesday, July 27, 2011

i will follow you~~



Assalamualaikum. Haaa.. Ni aku nak cerita pasal follower sikit. Bukan apa, aku kadang-kadang perasan dekat dunia blog ni ada yang suka gunakan tagline, "follow me, then i follow you back". Aku sebenarnya bukan jenis macam tu. Eh, jangan tuduh sebarangan. Aku cuma nak bagi pendapat. Sila baca di bawah ;)


1) Segmen, giveaway ataupun contest yang memerlukan para blogger untuk follow dorang. Yang ni, aku tak setuju sangat. Seolah-olah nak naikkan follower. Tapi ada certain-certain yang suruh follow sebab nak ikuti perkembangan segmen, giveaway ataupun contest yang korang sertai. Aku tak bangkang la yang ni sebab ada logik juga dekat situ. Ataupun ada juga blogger yang lepas segmen, contest ataupun giveaway tu dah habis, dorang unfollow blog tu? Eh, ada ke orang macam ni? Wallahualam.


2) Para ahli yang sertai segmen yang merupakan penyumbang terbesar kepada follower. Betul tak? Jangan tipulah kan kalau korang cakap korang join segmen sekian sekian tapi follower tetap sama je. Namun, seeloknya kita follow blog seseorang itu berdasarkan penulisan dia ke nak kenal dengan lebih mesra ataupun sebab-musabab yang munasabah dan boleh diterima dek akal. Aku tak salahkan korang kalau korang follow seseorang tu berdasarkan rupa. Biasalah tu. Masing-masing punya hak.


3) Tak ikhlas follow kita. Dia guna tagline seperti yang aku nyatakan dekat atas. Ye lah, cuba korang bayangkan. Sebagai contoh, follower korang ada lebih 700 orang sedangkan kita boleh follow blog seseorang tu sampai limit 300 je. Lebih, memang tak dikira. Kalau semua orang macam tu, macam mana nak follow? Aku pun dah tak tau nak manage blog yang aku follow tu macam mana dah. Bagi aku, aku follow blog dorang ni sebab aku suka cara dorang. Kadang-kadang dorang rajin datang blog aku untuk komen entry tu, entry ni. Siapa tak suka? Cuba cakap.


Haaa.. Cuba korang fikir. Aku bukan nak salahkan sesiapa, cuma aku terpanggil untuk buat entry ni. Walaupun aku sibuk macam mana pun, aku tetap akan datang terjah blog korang. Tinggal jejak pun tak apa lah kan? Bagi aku, follow tu kena ikhlas. Bukan semata-mata nak kejar nombor follower tu je. Andai terkasar bahasa, harap diampunkan. Aku ni manusia biasa je. Tak lekang dek kesilapan.


Follower aku dari seciput tu sampailah dah berjaya hampir 500 orang ni, aku nak berterima kasih banyak-banyak sebab sudi mengikuti perkembangan blog ni. Walaupun tak ada apa-apa, aku hargai korang sangat-sangat :)




Nota kecil : Sesiapa yang aku belum terjah tu, bawa bersabar ye? :)

Wednesday, July 20, 2011

Khas Untuk Anda


Tahniah! Anda merupakan followerku yang ke-333. Cantik wooo nombor tu. Nak sign meh. Hahaha. Thanks a lot cik epalpai. Blog ni tak ada apa-apa pun. Huhu. Setakat pink je lebih ni. Haha. Meh sini nak review blog. Inilah kelebihan follower yang sangat bertuah ;)

Blog cik epalpai ni sangat simple. Dipenuhi dengan warna oren dengan merah. Favourite colour eh? Hehe. Dia adalah geng dalam terjahan pertamaku tadi. Seronok. Dia merupakan bakal guru. Wuu.. Bakal berbakti kepada agama, bangsa dan juga negara tau. Jangan main-main. Hebatkan penangan seorang guru? Sampai bila-bila tittle guru takkan hilang. Tanpa guru jugalah, kita ni tak berjaya seperti sekarang. Terima kasih, guru-guruku! :D Korang datang la blog dia. Ramaikan kenalan tak apa :)

Monday, July 18, 2011

Hijau adalah kegemaranku.

*Tak ada kena mengena pun gambar ni. Cuma nak tunjuk, sayalah orang dalam gambar ni. Haha :p Hijau itu menawan ;)*


Assalamualaikum. Maaf kalau dah lama tak taip entry peribadi. Hehe. Pemalas rasanya. Kalau contest, giveaway dan segmen, sangatlah pantas jari-jariku menekan keyboard. Huhu. Kak Najihah, saya dah berjaya julingkan mata saya dengan segmen akak tu. Habis kesemuanya saya terjah. Hebat kan? Huuu.. Selalu aku akan membalas kesemua blogwalking pada waktu malam, iaitu waktu selepas bekerja pada siang hari demi mencari sesuap nasi. Haaaa.. Yelah tu. Haha. Betullah, dah 2 hari kerja sangat banyak sampai sakit belakang dan juga sakit kepala. Tapi bila dah jalan-jalan dalam dunia blog ni, ok je semua tu. Magik tak? :p Kepada semua yang datang terjah-menerjah dan follow me tu, nanti saya datang ke blog anda semua ye. Saya agak sibuk kebelakangan ni. Percayalah~ Hehe.



Done. Byebye.



Nota kecil : Thanks a lot korang sebab sudi datang melawat ke sini dan follow saya. Terharu :'D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...