Teringin

Assalamualaikum.


Seperti biasa, aku asyik menghilangkan diri. Maaf. Huhu. Berbalik kepada tajuk, aku teringin sangat untuk cuba sesuatu yang baru. Nak tahu apa? Jubah. Muehehe. Serius, kadang-kadang aku terpandang orang berbaju jubah macam cantik je. Sedap mata memandang tapi bila nak membelinya, terasa sedih. Harga bukan main mahal. Apa boleh buat, duduk diam. Simpan di dada.


*Google*

Tengok Irine update pasal jubah lagilah aku rasa macam kempunan. Cantik sangat! Kadang-kadang terasa macam nak join kelas menjahit dan bolehlah jahit segala baju yang aku nak. Haaa.. Macam best kan? Murah pun murah. Tak adalah charge mahal bagai. Dengan kain, manik-manik apa semua. Beratus-ratus duit berterbangan. Kalau berduit tu, tak apalah nak tempah ke beli siap ke.


Agak-agak kalau beli dekat Jalan TAR, murah tak? Hahaha. Tunggu orang belanja je la :p


Terima kasih kerana sudi membaca :)

Huawei Honor | Android 4.0 atau Ice Cream Sandwich

Assalamualaikum.


Hari ni aku nak kongsi dengan korang satu lagi gajet terbaru tetapi berasal dari negara China sendiri di mana merupakan telekomunikasi yang paling besar di sana. Jangan komplain kalau entri aku lebih kepada gajet kebelakangan ni.




Perkenalkan Huawei Honor. Cun tak? Cun tak? Huehue.




Aku tak pasti berapa banyak warna untuk jenis model ni. Tapi serius, warna dia bejaya menarik perhatian aku sebab banyak warna. Harga dia pun tak adalah mahal sangat, RM1,099. See.. Walaupun mungkin tak sehebat yang ada di pasaran, tetapi sistem yang digunakan dah terlalu canggih, Android 4.0 ataupun Ice Cream Sandwich yang dikenali ramai.


Kalau tak mampu nak beli Iphone yang mempunyai fungsi yang sama iaitu telefon pintar, korang beli je yang ni. Berbaloi juga apa. Nak tahu ciri-ciri telefon ni? Baca yang INI dengan INI.


Nota Kecil : Teringin nak beli telefon ni juga :')


Terima kasih kerana sudi membaca :)

-->
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
UWCqmKMoA0Epnrpd5jCvgSz5hYc
HAS BEEN RESERVED BY ZAHIRADZUL