Wednesday, August 31, 2011

3 in 1 ! *macam iklan nescafe*

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia semua. Haaa.. Terus kau aku semangat letak "Salam 1 Malaysia" dalam entri. Hehe. Bukan apa, sekali sekala terlebih semangat apa salahnya, ye tak? Kalau baca entri ni sambil dengar lagu patriotik, fuhhhhh.. bukan main feeling terlebih.


Selamat Menyambut Kemerdekaan yang Ke-54 :)


Haaa.. Korang, tak pergi beraya ke? Ada je aku nampak yang rajin update tu. Salute la wehh.. Waktu ni lah yang membuatkan aku boleh meluangkan masa untuk layan cerita-cerita yang ditayangkan dekat tv tu. Kalau hari biasa, jangan harap. Aku selalu terperap dalam bilik. Kadang-kadang layan game, movie dan juga tak lupa untuk blog ni ;D



Selalu aku tengok blog-blog lain semua guna Blogger Draft yang baru tu. Aku nak juga tapi still tak tahu macam mana nak buat. Malam tadi aku gagahkan diri untuk search di Google. Akhirnya, jumpa wehhh! Tak sia-sia aku cari. Hehe. Sekali-sekala nak tahu apa yang best sangat tentang Blogger Draft ni, sanggup wooo~ Gua tanya sama itu olang, ini olang tapi tarak jawapan. So, gua kerahkan keringat gua untuk mencari sehingga berjaya. Wow, bukan main bahasa "gua-gua". Ganas. Hoho.


Malam tadi juga, kucing kesayangan aku tu asyik memanggil supaya ada orang buka pintu rumah untuk dia. Nasib baik aku duduk dekat ruang tamu. Bolehlah aku bagi dia masuk rumah. Tapi yang tak syoknya, sekali dia naik atas sofa dan terus landing atas laptop yang aku riba. Bikin aku panas je, kau kan? Haha. Siap landing, memang tak boleh blah.


Nah, tengok ni..



Menyemak kan? Sabar je lah aku. Huhu.


Okaylah korang, memandangkan aku pun dah begitu bosan sebab dari pagi asyik layan tv dan sekarang layan entri, aku nak blogwalking kejap. Main terjah-terjah, jom? Hahaha.


Nota kecil : Seronok pula bila guna version baru ni. Eh, jakun kejap.

Pesanan dari penaja : Thanks a lot kepada Cik Bunny sebab blog ni terpilih untuk Blog Pilihan Bulan September dalam blog beliau. Hehe. Terjah wehhhhhh~

Tuesday, August 30, 2011

MERDEKA !

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Salam 1 Malaysia juga. Hehe. Hari ni merupakan 1 Syawal. Amacam? Syok tak? Banyak makan? Esok pergi mana pula eh? Aku tak jadi balik kampung. Wuuuuu.. Raya dekat rumah je tahun ni. Best gilaaaa kot. Huehue.


Nah, satu je gambar raya aku hari ni. Tahun ketiga sebagai seorang blogger :D



Purple wehhhh.. Ni baju raya yang disiapkan pada pukul 1 pagi. Pagi-pagi dah siap gosok. Huhu.


Okay, panjang pula mukadimah aku. Dengan ini, aku ingin ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54 kepada semua rakyat Malaysia tak kira korang berada di tanah air mahupun di luar negara. Harap negara kita sentiasa berada dalam keadaan aman dan makmur. Aku bangga menjadi anak jati Malaysia :D


Nota Kecil : Jangan biarkan fikiran kita dijajah oleh orang luar.

It's Over, Babe~!

STICKY POST ! (SEMPENA RAYA)
*Sila rajinkan diri untuk scroll ke bawah untuk melihat entry terbaru*


Assalamualaikum semua. Tajuk entry ni agak ganas ke tak eh? Huhu. Abaikan. Nak buat pantun ni. Dengar tau! Hehe :D


Bulan Ramadhan bakal menghilang,
Menghimpit pilu dan juga hiba,
Apa bikin semua olang,
Dengan Syawal yang bakal tiba.


Hahaha. Sempat kau aku buat pantun. Kau mampu? Huehue. Perkataan pertama aku nak cakap, SERONOK! Hahahaha. Puas aku.


Pertama ; aku dah berjaya menamatkan perkhidmatan aku sebagai pekerja yang sangat berkaliber walaupun suka mencuri masa untuk membaca buku-buku anime. Heh. Itu aku :p


Kedua ; aku dah pun berjaya membuatkan mood aku untuk beraya kembali meskipun baju raya tak ada lagi. Sadis ke gembira yang harus aku ungkapkan eh?


Ketiga ; Aku berjaya sebab dapat tahan nafsu lapar. Padahal sekarang pun perut dah berbunyi. Hoho.



Di kesempatan ini, aku nak ucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN kepada semua warga blogger dan juga umat Islam di muka bumi ni. Sambutlah perayaan ni setelah berjaya berpuasa selama sebulan. Cayalah! Ada orang lelaki yang tak puasa penuh ke? Huhu. Selamat pulang ke kampung ye, kawan-kawan. Aku kemungkinan balik Johor raya kedua. Hehe. Ada orang Johor ke sini? :)


Nota Kecil : Selamat berbuka ye semua. Tak sabar rasanya nak dengar takbir malam ni. Weehoooo! :D

Monday, August 29, 2011

Kahwin Muda Best?

Assalamualaikum dan selamat pagi. Wuuuuuuuu.. Sunyi betul blog ni. Nak blogwalking pun macam tak best. Haha. Adeh. Sabar je lah.


Back to the topic *asal tiba-tiba speaking pula ni?*, siapa dalam kalangan korang yang setuju dengan tajuk ni? Aku tahu korang dah baca entry aku malam tadi. Tak habis-habis dengan kahwin je. Eh, ni bukan saja-saja tau. Malam tadi aku terbaca satu artikel dekat wall Facebook kawan aku. Tu yang terasa nak tahu dan nak share dengan korang. Serius, SWEET sangat wehhhhhh!


Sila tekan untuk tumbesaran yang sangat hebat~!


Ni salah satu isi artikel tersebut. Aku sokong ayat dia. Lagi-lagi last part tu, "tak guna bercinta lama-lama". Ye, aku akui pernah bercinta selama 3 tahun tapi punah macam tu je. Tu yang kalau boleh kahwin je, bercinta kemudian. Haih. Ada ke yang sanggup? Tapi aku baru 19 tahun, muda lagi. Erkkk =____= Okay-okay, karang korang cakap aku gatal nak kahwin. Aku tutup cerita ni.


Cuba tekan SINI untuk baca artikel itu sepenuhnya~ Mesti korang rasa best! Hehe :D


Nota kecil : Layan lagu "In Team - Nur Kasih" semasa baca entri ni best wehhhh.. Baru ada feeling! Lagu favourite aku la katakan. Orang call aku keluar lagu ni. Huehue. Perlu ke bagitahu? :p

Pesanan dari penaja : Semalam kerja macam hampeh. Bosan gilaaaaa wehhh.. Tak ramai orang. Aku lebih banyak habiskan masa dengan termenung dan menguap. Nampak sangat terlalu bosan. Haih. Tolong cepat pukul 4 petang ye, encik masa? Nak balik rumah! Haha :p

Sunday, August 28, 2011

Selamat Membina Masjid :)

Assalamualaikum dan selamat malam korang. Hehe. Maaf ye, pagi tadi tak sempat nak update. Berkejar-kejaran nak pergi kerja apa semua. Sekarang ni je dapat update. Huuuu..




Selamat membina masjid kepada aku. Opssss.. Salah, kepada bakal pengantin yang akan memegang gelaran suami / isteri. Bukan aku ye. Hahaha. Jangan korang buat onar pula. Aku muda lagi. Lalalala~


Waktu cuti adalah masa yang sesuai untuk buat majlis perkahwinan. Awwww.. Seronok! Aku suka budak-budak kecik yang selalu mengiringi pasangan pengantin. Ala... flower girls tuuuuu! Hoho. Okay, berangan. Kahwin simple-simple sudah. Kahwin masa raya, agak-agak dapat duit raya sekali tak? Hahaha. Yelah, dah tua ni. Sedar diri. Huuu..


Tapi kan selalu aku tengok ramai betul pasangan yang bagi wang hantaran yang tinggi. Tak guna juga mahal, tapi akhir sekali bercerai =___= Pastikan korang kahwin tu bukan untuk masa yang singkat tapi untuk sehingga ke akhir hayat. Be alert ye korang! Haha. Bajet macam profesional dan dah kahwin ye. Sabar je lah~


Haih. Panjang betul merepek, sebenarnya tu gambar kad raya yang diterima oleh Dzarief Zuhdi. Nama penuh aku bagi. Hahaha :p Thanks a lot awak! Tahun depan boleh bagi lagi. Maaf tau kalau tiba-tiba buat entry pasal kahwin ni bila tengok kad raya ni. Hehe.


Nota Kecil : Hooray! Esok last kerja. Kemudian, fasa untuk belajar sedang menunggu~ :D

Saturday, August 27, 2011

Semuanya FREE !

Assalamualaikum korang. Alhamdulillah, dah selesai pun puasa kita pada hari ni. Lagi 2 hari je lagi ni babe sebelum raya. Seronok tak? Seronok tak? Hahaha :p


Okay, aku nak share something dengan korang ni. Nak ke tak nak ni? Tolong angguk kalau nak ye? Eh, macam nampak la pula aku kan korang angguk ke geleng ke kan. Hoho.


Ni haa...



Korang pun pening tengok benda ni. Apa kena dengan header ni pula kan? Sabar. Aku tak habis cerita ni. Sebenarnya masa aku online Facebook tadi, terjumpa pula satu event. Orang invite la katakan. Aku rajinkan diri untuk buka. Tiba-tiba...



Haaa.. Masyuk tak? Hahaha. Edit blog kau free wehhhh.. Tapi masalahnya aku tak tahu nak edit apa. Haha. Korang ada idea tak? Teringin nak tukar tapi tu la. Masalah betul. Hoho. Rugi waaa cakap sama lu kalau lu tak mau dapatkan peluang ni. Bukan semua orang rajin nak edit blog kau free. Paling murah pun RM10 topup.


Pandai-pandailah korang fikir nak edit ke tak kan? Hehe. Sila tekan SINI untuk ke blog beliau. Selamat maju jaya! :D


Nota Kecil : Tak ada orang dekat dunia ni yang tak suka benda free. Hahaha :p

Dolemon bukan Doraemon ye kawan-kawan

Assalamualaikum dan selamat tengah hari korang. Haha. Seronok kejap. Malam tadi dah siap berkemas semua barang-barang untuk masuk Universiti. Cuma ada lagi sikit barang yang perlu dibeli. Hehe.


Okay, kembali ke tajuk di atas, "Dolemon bukan Doraemon ye kawan-kawan". Haaa.. Ni ha Dolemon aku...



Kad raya Dolemon dari Kak Green Apple


Ni sebenarnya balasan dari kad raya yang aku bagi hari tu. Hoho. Ada juga yang sudi hulur kad raya kan? Suka wehhhh.. Maaf tau kalau aku panggil Dolemon bukan Doraemon gara-gara penangan anak buah aku yang menyebabkan aku jadi pelat. Hahaha.


Nota Kecil : Thanks a lot akak! Hehe. Dah tau alamat tu, mai la singgah rumah ;)

Friday, August 26, 2011

Mentang-mentang dah CUTI !

Assalamualaikum. Hai korang semua. Tadi aku saja pergi shopping kompleks untuk membeli barang. Nampak je banyak kereta, aku terus mengomel, "Mentang-mentang dah cuti, semua nak serbu shopping kompleks. Hai, monyomak ehhh! (baca dengan menyemak) Cepat-cepatlah korang blah. Tapi kalau korang tak ada, lugi pula wooo ini shopping kompleks" Hahaha. Boleh pula aku cakap macam tu. Karang tak pasal-pasal, aku pula yang kena tampar :p


*Macam ni la suasana tadi. Yang ni cilok dari Encik Google je*


Tapi suka hati aku la kan. Mulut aku. Haha. Aku memang otak senget. Kalau korang kenal aku face to face, baru korang tau sifat sebenar aku. Huehue.


Orang ramai sibuk beli barangan raya, aku sibuk beli beg raya. Ye, beg Universiti! Haha. Tengok, cakap pun dah melalut. Aku tau aku tak cakap pun, aku taip je. Syhhhh.. Senyap-senyap sudah. Aku beli beg besar gedabak tu. Senang kerja eden ni haaa nak angkut baju yang banyak-banyak tu. Sebelum ni, beg berat sangat sebab muatan berat. Tu yang dah koyak. Haih. Ganas betul aku =___=


Korang mesti dah kemas-kemas barang untuk balik kampung esok kan? Hati-hati eh korang? Pandu cermat, jiwa selamat. Kalau korang ataupun ayah korang ngantuk, bawa-bawa la berehat di R&R. Ingatlah orang tersayang. Hehe :D


Nota Kecil : Mood aku bukan bukan untuk raya sepenuhnya. Lalala~


Pesanan dari penaja : Aku still kena kerja hari Ahad dengan Isnin *half day*. Malam raya nak lepak Jalan TAR. Jom wehhhh.. Haha

Selamat berbuka semuaaaa~ :D



Korang makan apa kejap lagi?


Nota Kecil : Ambil free je tadi bubur lambuk ni. Haha.

Jom uji tahap kesabaran korang


Assalamualaikum dan selamat pagi wahai manusia di atas muka bumi ni. Panjang betul mukadimah aku. Haha. Hari ni dengan rajinnya aku nak suruh korang semua uji tahap kesabaran. Orang yang penyabar pun tak sesabar macam ni. Tak percaya? Jom layan~~~~


Kau takkan sabar bila..


1) Orang tu saja je maki kau supaya kau sedar kau tu tak setaraf dengan dia.


2) Orang yang kau percaya, tikam kau dari belakang.


Marah tak? Marah tak? Hahaha. Dah, tu sebenarnya bikin panas je. Aku bukannya nak buat entry tak puas hati ke apa kan? Jom layan ni pula wehhhhh.. Tapi sambung ayat yang sangat annoying dekat atas tu.


Kau takkan sabar bila.. (sila ulang untuk setiap nombor)


1) Bulan Ramadhan nak muncul.
- masa tu la korang bertungkus-lumus membuat kebaikan. Setahun sekali, tak gitu?


2) Sampai dekat bazar Ramadhan.
- makanan sangat banyak dan enak belaka. Korang sangat terliur dan nafsu makan korang saja je menghasut supaya membazir. Subhanallah.


3) Tunggu nak berbuka.
- kempunan sangat nak makan. Lain kali kena nasihat perut yang perut korang tu dah full, tak boleh makan. Nanti jadi lain pula.

4) Lagu raya dah berkumandang.
- mesti dah feeling sakan nak raya, kan?


5) Raya bakal tiba.
- semua shopping kompleks sangat sesak.
- nak shopping raya. Banyak gila duit yang dikeluarkan semata-mata nak beli itu, beli ini. Shopping habis!
- nak minta cuti awal.
- nak tempah tiket untuk pulang ke kampung halaman.
- main mercun tapi diri sendiri yang merana.
- feeling untuk bekerja sangat down. Macam aku! Haha :p


6) Raya dah tiba.
- nak minta duit raya dekat orang yang lebih berusia (untuk budak-budak ye)
- berpeluang untuk beraya di rumah pakwe / makwe korang
- semestinya tak sabar nak makan makanan yang sangat lazat sehingga boleh membuatkan korang mendapat berat badan yang best (tambah berat badan)
- duit poket dah makin nipis gara-gara bagi duit raya dekat budak-budak kecil yang datang beraya dekat rumah.
- tak sabar untuk berkumpul dengan semua ahli keluarga. Wah, sangat erat la ikatan kekeluargaan ni. I LIKE! :D


Dah habis baca? Korang yang mana satu? Hahahaha :p


Nota Kecil : Agak sengal entri aku pagi ni. Haha.

Thursday, August 25, 2011

Mau mau lemau~

Assalamualaikum korang. Ehem ehem. Aku hangin laaaa buka Facebook tadi. Haha. Sebabnya, entri aku pasal LURAH tu aku buat autopost je. Maka dengan itu, benda tu secara automatik post dekat wall aku atas bantuan NetworkedBlog. Ada juga yang like dan komen macam ni, "Aik, tak tahu ke lurah tu apa?". Haih. Aku saja je buat tajuk tu wehhhh.. Bukan aku tak tahu. Ala, buat-buat macam budak kecik yang suci murni, tak tahu apa-apa. Korang kalau pasal tu, cepat je tekan kan? Haha :p


Dah, malas aku nak cakap lebar pasal benda tu. Bulan puasa ni. Karang, kurang pula pahala. Siapa mahu jawab? Hoho.


Haaaa.. Korang, aku dapat free doodle wehhhh~ Hahaha :D Korang selalu dapat doodle kan? Ni turn aku pula. Tiba-tiba seronok terlebih. Huuu.. Semua ni atas jasa baik Cik Izza yang nak bagi doodle free kepada follower dia. Masih ada 5 tempat kosong. Cepat penuhkan. Korang dan dia juga untung. Sama-sama manyak untung woooo~ Tarak siapa yang lugi.

Comel tak? Aku saja je pilih warna ni supaya matching dengan blog aku. Hahaha. Comel betul. Thanks Cik Izza! :D


Nota Kecil : Malam-malam ni aku lemau sikit ye. Tu yang tajuk entri ni lemau. Haha. Semua disebabkan layan lagu jiwang yang sedih masa menunggu orang ambil aku balik kerja. Hoho.

LURAH tu apa?

Assalamualaikum semua. Haih. Ini kali pertama ada orang saja je buat kontroversi dalam blog aku ni. Adeh. sabar je laaaaa~


Ni haaa.. Cuba korang tengok.



Saja je kan cari benda yang tak betul dalam blog aku. Setahu aku la, aku mana ada buat entri pasal ni woooo.. Kau ni pun satu, agak-agak la kan. Tak faham aku. Haha. Bikin PANASSSSSSSS je tau! Dah la lagi beberapa hari nak raya. Bawa bersabar, bawa mengucap, bawa berzikir. Ting ting tong betul. Hoho.


Nota Kecil : Kontroversi habissssss.. Haha :p

Pesanan dari penaja : Selamat berbuka puasa korang. Huhu

Apa tu IMVU?

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Dalam entri aku yang INI, ada juga orang tanyaIMVU tu apa? Aku ingat korang semua dah tau. Maka, aku pun buat tak tahu la kan. Haha. Tapi, kesian pula korang kan nak tahu apa tu IMVU. Meh sini aku bagitahu.


IMVU tu sejenis GAME. Ye, betul. GAME!


Ni haaa IMVU tu. Baca betul-betul eh? 3D Chat and Dress-Up Community. Aku mula tertarik sejak buka mana-mana laman web ada je iklan tu, so aku buat je la satu akaun. Haha. Tapi sejak akhir-akhir ni aku malas nak online game ni. Bukan apa, avatar dorang seksi-meksi wooo.. Korang boleh ke tengok? Tak kan? Haha.



Ni pula salah satu aktiviti dekat sana, iaitu Daily Outfits. Bila banyak orang vote, jadi top voters ke apa ke kan, korang dapat credit. Credit tu korang guna untuk shopping dekat dalam game ni. Haaa.. Seronok tak? Tapi aku selalu pergi 7-E untuk beli mol. Mol tu macam korang beli topup. Aku dulu sangat gilakan game ni sampaikan aku rajin pergi habiskan duit semata-mata nak beli mol. Haha. Dasyat betul.


Tapi dulu, aku ramai kawan. Sekarang macam tak best pula. Kawan-kawan dulu ramai hilangkan diri. Sibuk, mungkin? Tapi kitorang ada juga keep in touch dekat Facebook. Hehe.



Bila aku bosan dekat room chat tu, aku selalu mainkan lagu-lagu dekat dalam list ni. Tak ada la aku bosan sangat. Kadang-kadang pergi kacau dekat room tu, room ni. Jadi stalker kadang-kadang memang sangat BEST! Hahaha :p


Sekian. Kalau korang berminat nak main game ni, jangan lupa inform aku. Boleh jadi kawan wehhh.. Hahaha :D

Wednesday, August 24, 2011

Mai mai, tengok sini wooo~

Assalamualaikum. Haaa.. Saja je join sahutan Encik Keroro ni.


Ni haaa deskstop aku..


*Tekan untuk tumbesaran sebagaimana anda sekarang :p*


Nota Kecil : Tengah bosan ni. Haha. Okay, byebye korang. Tidur dulu. Hoho.

Senarai Peserta Segmen "Aku Reti Masak, Kau Reti?"

STICKY POST (24 JAM)!

*Rajinkan diri untuk scroll bawah untuk lihat entri terbaru*


Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Haaa.. Selesai sudah segmen kedua aku tu. Alhamdulillah. Dapat juga sambutan dari korang semua kan? Nak terharu lagi, boleh? :'D Huhu. Eh, ada yang tanya kenapa tajuk macam tu kan? Hoho. Maaf la, saja je nak bagi gempak sikit. Bukan riak tau. Haha. Aku tau mesti ada yang reti masak sekurang-kurangnya pun maggi. Tapi ada yang tak nak try. Ala.. apa salahnya kan? Dah, malas nak membebel, kejap lagi tak ada elektrik. Huuu.. Jom terjah! :D




















































Dah cukup 50. Tapi bila tengok ada lagi 2 orang la. Alahai. Kesiannya. Bulan baik ni kan, ala... terima je la. Hahaha. Nak, lagi 2 orang~ :D



Done. Hooray! Thanks a lot korang sebab meriahkan segmen kedua aku ni. Insya Allah akan jemput lagi kalau ada segmen lagi. Hehe.


Nota Kecil : Kalau ada elektrik lagi ni, aku nak terus buat list. Kalau tak ada, malam nanti la jawabnya~

Wordless Wednesday #3



Nota Kecil : Bagi mood raya untuk korang. Haha. Padahal dah malas nak bekerja ni. Hoho. Tolong!!! Aku kerja sampai hari Isnin. Korang semua dah ada dekat kampung. Sadissssss.. ~____~

Tuesday, August 23, 2011

Kenangan Bersama Kad Raya



Tekan-tekan SINI untuk lihat segmen beliau.


Opsss.. Lupa, assalamualaikum korang. Hoho. Tadi rajin pula aku belek-belek drawer aku untuk cari kad raya ni semata-mata nak join segmen encik keroro ni. Kebanyakan kad raya aku dari zaman sekolah. Huuuu.. Korang jangan terkejut pula eh tengok kad raya aku yang banyak ni. Hahaha :p









Dan juga dari blogger. Tekan SINI untuk ke entri tersebut.


Nota Kecil : Aku tersangat penyabar tunggu gambar-gambar atas ni upload. Dah la internet slow, gambar pun macam ngada semacam je. Haih. Haha. Ni setengah je eh? Tak sempat pula aku join segmen ni kalau nak tunggu gambar di"upload". Huuu..

SEGMEN PECAH PERUT ALEPRIDZ

Assalamualaikum. Hai semua. Kena tag dengan Cik Dalila ni haa.. So, alang-alang tengah merajinkan diri ni, join je laaaa~ :D



Jawapan aku : Aku muntah depan Cristiano Ronaldo sebab suka hati aku la
(Haha. Mula-mula main benda ni dulu dekat mana entah, memang sangat lucu)


Korang nak join? Meh tekan SINI.


Tag :
Sesiapa yang usya segmen ni. Wajib tau buat. Eh, tiba-tiba je. Haha. Rugi tau tak joinnnnn..JOM! Hehe. (Sebenarnya malas nak tag, tapi nak juga suruh sesiapa yang baca ditag. Lalala~)

Monday, August 22, 2011

SEGMEN HIRA : AKU RETI MEMASAK, KAU RETI?

STICKY POST!

(Sila lihat bawah untuk entry terbaru)


SEGMEN DITUTUP!
Assalamualaikum. Hehe. Segmen aku yang kedua ni. Harap ada orang sudi join ye?

Syarat-syaratnya :

1) Buat entry yang bertajuk, "Segmen Hira : Aku reti memasak, kau reti?"

2) Letak banner aku yang atas ni dan link kan ke entry ni

3) Korang explain la korang reti masak apa.

3) Jangan lupa hantarkan link entry korang tu dekat komen

4) Terhad kepada 50 orang!


Nota Kecil : Aku nak masukkan korang dalam list :D

Asal murah sangat ni?

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Haaa.. Sebelum masuk kerja, sempat pula aku nak taip 1 entry. Mesti korang tertanya-tanya kan, apa yang murah sangat tu? Korang mesti pernah dengar yang ni kan, "Surat khabar lama, buku lama... Surat khabar lama, bateri lama..." Itulah aku maksudkan.



Yang aku terkejutnya, timbang surat khabar dalam sejengkal dapat RM3. Buku pula 1 kg dapat 30 sen. Padahal masa kita mula-mula beli surat khabar dengan buku bukan main mahal. Bila nak jual balik, alahai seciput je harganya. Kenapa eh? Bukan ke kita dah menebang beribu-ribu pokok untuk menghasilkan kertas, pensel apa semua. Tapi hasilnya, macam tak menguntungkan.


Mungkin sebab tu la kot, kita disarankan "recycle, reduce, and reuse". Haaaa.. Tak pasal-pasal keluar 3R dekat sini. Haha. Tapi disebabkan kita ni jenis yang pemalas nak pergi tempat recycle tu, kita relakan diri untuk menjual je kan? Tak yah menipu la tu kan. Aku tahu kadang-kadang kita ni sangat sibuk. Tak ada masa nak research dekat mana ada tong sampah biru tu selaku tong sampah kitar semula.



Kalau gunakan konsep 3R tu mengenai "reduce", bagus juga sebab penggunaan surat khabar dikurangkan. Tak payah susah-susah nak keluarkan duit pergi beli. Kan sekarang teknologi dah semakin maju. Guna je informasi di hujung jari, iaitu internet. Kan banyak berita yang korang boleh dapat. Tak gitu? Hoho


Nota kecil : Aku la orang yang menyumbang kepada penggunaan "reduce" tersebut :p

Sunday, August 21, 2011

Perangai Budak-Budak Zaman Sekarang

Assalamualaikum semua. Haaa.. Ni yang aku nak cerita sikit mengenai perangai budak-budak zaman sekarang sebelum aku berganjak ke tilam yang empuk lagi sedap sambil peluk teddy bear besar. Aku bukan kutuk. Ni fakta, bukan auta yang korang boleh tokok-tambah sehingga membuatkan hot betul isu tu. Jom terjah!


1) Suka mencarut

Aku pantang betul dengar budak-budak yang mulut dia lancang je nak mencarut tu la, ini la. Sikit-sikit nak cakap "sial la", "bodoh la kau", "WTF". Fuhhhh.. Bikin gua panas je dengar. Pedih tau telinga aku. Cuba la belajar cakap sopan sikit.


2) Suka cakap kuat-kuat

Hei, sini tempat awam la. Agak-agak la kan kau nak cakap kuat-kuat. Orang lain pun ada mulut juga. Tapi tak ada la nak cakap kuat-kuat macam kau. Cuba la hormati sikit. Kalau kau hormati orang lain, secara automatik orang lain pun akan hormati kau. Haaa.. Kan fair tu?


3) Trendy

Bergaya sakan aku tengok dorang ni. Dari topi, rambut bermacam-macam stail, baju nak up, seluar suka kecik-kecik *tak pun yang londeh*, sampailah kasut yang fashionable tu. Haaa.. Kau mampu? Aku tak. Kaya betullah dorang ni. Budak-budak sekolah rendah pun mampu tau bergaya macam ni. Nak harapkan aku, jangan harap. Stail aku simple sangat.


4) Perasan macho

Eh, ni bukan perasan handsome, comel apa semua tu. Merokok. Itulah perkaataannya. Aku anti orang yang merokok. Serius! Tarak tipu maaa.. Budak-budak sekolah dah pandai merokok. Respek gila wa sama lu. Haha. Orang yang tak berpelajaran je suka merokok ni. Betul, dah tau rokok tu membahayakan kesihatan, buat apa nak hisap? Lupa pula, dorang ponteng kelas, mana nak belajar kan? Okay, macam panas la pula. Next!


5) Ponteng sekolah

Haaa.. Ni aku angin ni. Kalau aku jadi guru disiplin, memang naya la korang. Hoho. Aku tak faham dorang ni. Penat-penat ibu ayah bayar yuran apa semua untuk korang pergi sekolah, tapi korang ponteng. Apa manfaat yang korang dapat daripada ponteng sekolah tu? Rileks? Kebebasan untuk buat apa sahaja? Baik korang berhenti sekolah je, tak susahkan siapa-siapa. Lepas tu, suka hati korang la nak buat apa. Bebas!


Cukup la tu aku listkan 5. Maaf la kalau ada yang terasa. Huhu. Minta ampun tau. Sekadar renungan bersama.


Apa kata korang??

SEGMEN : BLOG GUA BERAT TAK?



Nak join? Cepat-cepat tekan SINI.

DUE DATE : 21/8/11 (2 PM)

Saturday, August 20, 2011

Hari Sibuk!

Assalamualaikum. Ehem ehem. Menyepi pula aku hari ni kan? Almaklumlah, aku sibuk la korang. Kan entry aku yang sebelum ni ada mengatakan bahawa hari ni aku pergi cari barang-barang untuk masuk Universiti. Tu yang tak sempat nak update.


Haaa.. Nampak tak kad raya dekat bawah ni?



Kad raya ni telah pun selamat dihantar pagi tadi. Serius, banyak! Aku ngantuk sangat malam tadi. Pagi tadi baru main tulis-tulis. Kalau alamat aku tulis terbalik, tulisan macam cakar ayam sebab sambung-sambung tu, aku minta ampun banyak-banyak tau. Aku nak cepat sangat pagi tadi. Semua plan aku yang malam tadi hanya sempat buat 1 je. Selebihnya pagi tadi. Mana tak kelam-kabut =____=


Tapi bila aku tulis-tulis tu, boleh pula belek-belek kad raya. Boleh pula terdetik dalam hati aku, "comel juga kad raya ni, rasa sayang pula nak bagi orang". Hahaha. Sampai macam tu wehhhh.. Agak sengal juga aku ni. Haih. Niat nak bagi orang, boleh pula nak simpan. Sabar je la~


Sekarang aku sangat keletihan. Dari pagi sampai pukul 8 lebih tadi baru sampai rumah. Aku berjaya beli barang sebanyak 4 plastik je. Macam sikit pula. Dah, jangan membazir. Duit tak ada, buat cara tak ada duit ye zahirah? Hoho. Blogwalking aku akan buat pagi esok. Korang tunggu je la eh? Tak aktif pula aku sejak kebelakangan ni. Adeh. Kesian je. Tapi teringin nak buat segmen, cuma tak tau mengenai apa dan bila. Huuu...


Nota Kecil : Blog ni dah kurang kunjungan. Sedih kejap ~____~


Pesanan dari penaja : Selamat berhujung minggu korang! :D

Friday, August 19, 2011

Peserta "Segmen Pengalaman Beraya Di Kampung" Kena Tekan SINI

STICKY POST!
(Gagahkan diri untuk scroll ke bawah untuk lihat entri terbaru)


Assalamualaikum dan selamat pagi. Peserta segmenku, di mana anda? Nak bagi something special ni. Walaupun duit tak ada la banyak mana, gagahkan diri nak bagi juga.


Ni haaa..


*kad raya dari Encik Google*

Maknanya, aku nak bagi korang kad raya la. Suka tak? Suka tak? Tapi yang berkartun ala-ala zaman sekolah kita dulu tu. Ada yang sudi tak? Huhu. Tolonglah cakap sudi eh? Kalau tak, nak nangis. Tak pasal-pasal aku pass dekat yang sudi je ~___~


Bajet tak mencukupi la awak. Kalau kita banyak duit, kita dah boleh bagi duit raya tau. Okay, itu sangat annoying plus gedik. Haih. Haha. Tawaran ini terbuka sehingga hari Jumaat bersamaan, 19 hari bulan ni dan berakhir pada pukul 11.59 PM ni je, ok? Tak nak lama-lama. Hari Sabtu tu aku nak keluar mencari barang untuk persiapan masuk Universiti bulan depan. Nak terus pos, kalau boleh. Kalau lambat, lepas raya la korang dapat. Jangan salahkan aku pula. Hehe.


Sila emailkan NAMA PENUH dan juga ALAMAT di email ini ;zahira_dzulkifli@yahoo.com dengan bertajuk, "Kad Raya dari Hira". Aku letak tajuk (subjek) tu sebab email aku banyak sangat. Semuanya spam. Malas aku nak usya satu-satu. Buang masa. Haha. Minta perhatian tau semua. Harap korang bagi kerjasama :)


UPDATE :
HANYA TINGGAL 11 JE LAGI. SILA-SILA CEPAT! :D

Nota Kecil : Kalau rajin, bagitahu yang lain ye? Eh, tengok kalau aku free, aku bagitahu mereka. Bukan apa, sibuk kejap walaupun cuti hari ni. Nak sambung buat kuih badam sempena raya nanti woooo~ Haha. Semangat terlebih.

*Pinjam Encik Google punya*

Hoi Orang Kampung! Mai Sini~

Assalamualaikum. Ada orang tak? Nak bagi duit raya ni. Eh, silap pula. Raya belum lagi :p Sebenarnya aku excited ni. Gara-gara esok cuti. Weehoooo~!!! Okay, terover pula. Haha. Yelah, aku asyik kerja. Bikin gua panas je. Fuhhh.. Bajet macam hebat sangat la tu =__=


Ehem ehem. Bila aku balik kerja tadi, terus je duduk dekat sofa. Tiba-tiba, kucing kesayangan aku datang duduk dekat sebelah. Manja betullah kau nyau. Tapi, aku layan je. Huhu. Akak aku ada hulurkan sampul kad raya. Haaaa.. Ni yang best ni. Kad raya kedua untuk tahun ni. Hoho. Tak lain, tak bukan Oshin yang bagi. Padahal mula-mula aku dah pelik, siapa yang tiba-tiba hantar kad raya ni? Boleh eh macam tu? Haha.


Ni dia kad raya aku~ :D



Sebelum dibuka, nampak comel sebab kecik je kad raya dia bagi ni



Bila dah buka, haaaaa.. bukan main panjang. Haha. Banyak betul perkataan maaf. Alahai. Comel~ Thanks a lot Oshin! Tulisan dia pun comel. Kecik je. Kalah tulisan aku macam cakar ayam. Eh, nampak sangat tipu :p


Bila aku dah tengok kad raya tu, aku pun dah siap buat plan untuk malam ni. Haaa.. Jom tengok!


1) Siapkan kad raya untuk pos esok. (14 wehhhh.. Termasuk kembar aku, 15! Pengsan kejap. Hoho)

2) Main masak-masak. (Chocolate menanti saya di dapur. Yuhuuuu~!)

3) Kemas-kemas barang untuk memudahkan buat list untuk beli barang esok (Persiapan untuk masuk Universiti ni)


Haaa.. 3 plan tu. Tidur agak lewat ye malam ni. Huhu. Sedih kejap. Dah, aku nak sibukkan diri ni. Selamat malam korang! Haha. Tunggu je la kad raya tu minggu depan ye? Kalau tak sampai, tunggu lepas raya :p


Nota Kecil : Orang lain shopping raya, aku shopping nak masuk Universiti. Kau ada? Haha :p

Kau hanya untukku

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Jiwang tak ayat tu? Haha. Baca dulu. Seorang kawan aku pernah bertanyakan satu soalan dekat aku. Tapi panjang juga la walaupun satu soalan. Sebenarnya satu percakapan yang mengandungi pelbagai soalan =__= Mula-mula rasa nervous la juga kan tiba-tiba je nak tanya soalan. Boleh pula aku terfikir, "sakit ke budak ni?" Haha. Dia panggil aku dengan panggilan "za". Okay, ni haa perbualan antara kitorang berdua.

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Dia : Nak tanya sikit, boleh?

Aku : Apa dia? Kalau boleh jawab, za jawab la.

Dia : Apa za akan buat kalau ada orang nak meminang za tapi za tak tahu pun siapa orang tu? Sedangkan pada hakikatnya za kenal dia dan dia memang kenal za. Dia adalah kawan rapat za. Dia memang ada hati dengan za tapi za je tak tahu. Namun, pada masa yang sama za tengah tunggu lamaran dari seseorang yang za pilih untuk jadi suami dan juga ayah kepada anak-anak za dalam masa 2, 3 hari je lagi. Apa kata za?

Aku : Za kena buat solat istikharah untuk minta petunjuk yang mana satu yang telah ditakdirkan untuk za. Kan jodoh tu di tangan Tuhan. Insya Allah doa kita akan dimakbulkan. Meski cepat ataupun lambat.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Haaa.. Lebih kurang macam tu la soalan dia. Aku dah lupa sikit-sikit. Huhu. Lebih kurang 2 bulan lepas pun aku dah lupa. Adeh. Memori dah low betul. Haih. Mula-mula aku sebenarnya tersentap kejap dengan soalan dia tu. Yelah, aku tak terfikir pun macam tu. Complicated, mungkin? Haha. Pernah juga aku minta pendapat dari seorang kakak angkat (mungkin) mengenai hal ni, dia ada bagi tips-tips (macam pakar la pula). Aku layan je la. Hehe.


Apa kata korang? Apa yang korang akan buat kalau alami perkara sebegini? (skema la pula ayat =___=)

Saya Mahu Duit Syiling Malaysia Siri Ketiga dari Eyriqazz.Com

Sila tekan SINI untuk join.


DUE DATE : 21 OGOS 2011 (sempat lagi untuk korang join ni)


Tag :





Nota Kecil : Wahai orang yang di tag ni, sila rajinkan diri ye? Sesungguhnya korang memang rajin join contest apa semua. Haha :p

Thursday, August 18, 2011

RAMADHAN GIVEAWAY !


Nak join? Tekan SINI.

Tempat Pertama : Rm 100

Tempat Kedua : Rm 80

Tempat Ketiga : Rm 50

Tempat Keempat : Rm 30

Tempat Kelima : Rm20


Raya, kau memang bikin aku........!

Assalamualaikum. Lagi 2 minggu sahaja lagi kita berpuasa. Kemudian, bulan Syawal pula tiba. Kedengaran pelbagai lagu raya yang dimainkan di corong-corong radio. Selalu sangat dah dengar. Aku tak suka lagu raya. Bukan apa, sedih sebab dah lama tak balik kampung. Huuu.. Tau la korang semua balik kampung. Tolong jangan cemburukan aku ye. Ketuk juga karang. Hoho



Lagu ni la yang selalu dimainkan semasa dalam perjalanan balik kampung. Dah lama tak mainkan. Rindu~~ :'D



Nota Kecil : Raya zaman kanak-kanak dulu yang best. Huuuu.. Nak balik zaman tu balik, boleh?


Pesanan dari penaja : Tawaran kad raya masih dibuka. Lalalala~

Blog, kau memang....!


Assalamualaikum dan selamat pagi. Korang ni ada perasaan yang sama dengan aku ke tak eh? Bukan ada perasaan terhadap aku ye? Hoho. Maksud aku, korang ni addicted dengan blog ke tak? Kalau aku, mesti ye je jawapannya. Pagi-pagi je mesti nak buka blog ni. Balik kerja, mesti buka juga walaupun tak taip apa-apa entri pada waktu tersebut. Malah, dah tutup sebab nak tidur pun boleh buka balik. Masa yang sikit pun boleh membuatkan aku terjah sebentar melihat perkembangan terbaru yang ditaip oleh para blogger. Kadang-kadang sempat pula aku buat autopost semata-mata nak update blog. Semua gara-gara BLOG! Haih. Hebat tak penangan blog?


Kadang-kadang mood aku boleh berubah. Walaupun tak update entri, aku jadi silent reader je dekat blog orang. Sekarang aku dah tak sempat nak blogwalking dan juga main terjah-terjah. Huwaaaa.. Sedih ~____~ Korang tunggu je la ye? Bila ada masa terluang, aku datang blog korang. Bukan tak sudi tau. Aku sibukkkkkk.. Sekarang aku kerap sakit belakang. Gara-gara KERJA! Tapi aku bertahan sebab masih ada 2 minggu sahaja lagi sebelum aku berhenti. Semata-mata mencari sesuap NASI!


Betul, aku tak tipu. Aku utamakan kerja. Tanpa kerja, aku tak tahu macam mana nak korek duit supaya dapat beli hidangan berbuka puasa, beli barangan untuk masuk Universiti nanti, lebih berdikari, berjasa kepada ibu bapa dan sebagainya. Susah nak cari duit. Walaupun gaji tidaklah beribu-ribu dan hanya beratus-ratus sahaja, namun aku tetap bersyukur. Sejak lepasan SPM lagi aku telah pun berjinak-jinak dengan alam pekerjaan.


Korang jangan sedih pula aku tak datang blog korang. Insya Allah aku akan rajinkan diri untuk komen setiap entri korang yang terbaru. Aku cuma perlukan masa yang sesuai. Blog adalah tempat aku untuk bersosial. Bukannya FACEBOOK! Eh, bukan buat benda tak senonoh ye. Puncanya, Facebook sangat membosankan hidup aku. Aku dah tak tau nak buat apa. Status pun malas nak update. Hehe. Korang perasan tak blog aku ni tak ada link untuk pergi ke Facebook aku pun? Kalau nak, minta. Tak nak, tak perlu cakap apa-apa. Abaikan. Hoho.


Nota Kecil : Entri aku pagi-pagi selalunya autopost. Aku bangun pukul 8 lebih. Waktu korang baca entri ni, aku baru nak bangun. Terus je on laptop. Fuhhh.. Hebat! :D

Masak tempoyak sedap wehhhhh~ :p

Assalamualaikum dan selamat malam. Lalalala~ Hari ni sangat sibuk sampai tak ada masa nak blogwalking, taip entri dan sebagainya. Aku rasa makin bosan dengan blog. Apakah? Haha. Tak perlu risau, korang layan je resepi ni eh? Mudah dan sangat simple. Kenapa aku tak tahu makanan favourite aku yang ni sangat senang untuk dimasak? =___= Aku rasa kanak-kanak 5 tahun pun reti. Kau reti? :p



Bahan-bahan :

3 helai daun kunyit
1 cekak daun pucuk ubi
4 helai daun pucuk kaduk
4 helai daun pucuk labu
4 helai daun semangun
20 ekor ikan bilis
20 tangkai cili padi - tumbuk
3 papan petai
3 batang serai - diketuk
2 cawan santan
2 senduk besar tempoyak
2 cm kunyit hidup - tumbuk
Garam secukup rasa


Cara Menyediakan :

1. Semua daun kayu dihiris halus seperti membuat bunga rampai. Petai dibelah dua dan dititik.

2. Cili padi dan kunyit ditumbuk. Campurkan cili padi, kunyit, tempoyak, serai dan santan. Kacau rata dan tambahkan ikan bilis. Masak dengan api sederhana.

3. Apabila mendidih, masukkan petai dan daun-daun kayu yang telah dihiris. Masukkan garam dan kacau hingga pekat.


Haa.. Semudah ABC tak? Hoho.


Pesanan dari penaja : Jangan tengok entri ni pagi-pagi :p


Sumber : Saji Online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...