Thursday, August 18, 2011

Masak tempoyak sedap wehhhhh~ :p

Assalamualaikum dan selamat malam. Lalalala~ Hari ni sangat sibuk sampai tak ada masa nak blogwalking, taip entri dan sebagainya. Aku rasa makin bosan dengan blog. Apakah? Haha. Tak perlu risau, korang layan je resepi ni eh? Mudah dan sangat simple. Kenapa aku tak tahu makanan favourite aku yang ni sangat senang untuk dimasak? =___= Aku rasa kanak-kanak 5 tahun pun reti. Kau reti? :p



Bahan-bahan :

3 helai daun kunyit
1 cekak daun pucuk ubi
4 helai daun pucuk kaduk
4 helai daun pucuk labu
4 helai daun semangun
20 ekor ikan bilis
20 tangkai cili padi - tumbuk
3 papan petai
3 batang serai - diketuk
2 cawan santan
2 senduk besar tempoyak
2 cm kunyit hidup - tumbuk
Garam secukup rasa


Cara Menyediakan :

1. Semua daun kayu dihiris halus seperti membuat bunga rampai. Petai dibelah dua dan dititik.

2. Cili padi dan kunyit ditumbuk. Campurkan cili padi, kunyit, tempoyak, serai dan santan. Kacau rata dan tambahkan ikan bilis. Masak dengan api sederhana.

3. Apabila mendidih, masukkan petai dan daun-daun kayu yang telah dihiris. Masukkan garam dan kacau hingga pekat.


Haa.. Semudah ABC tak? Hoho.


Pesanan dari penaja : Jangan tengok entri ni pagi-pagi :p


Sumber : Saji Online

9 comments:

SITI NOORNADIYANA said...

sedap sedap. fav akak jugak nih. ^^

Ezad Skytech said...

da jadi chef la dia..heee~

cik najihah said...

walamak..tergode tuu

shaliza khairi said...

aaaa. sedap nye nampak. terliur ni. naseb baik tengok malam2. hehe.

twinkeenabilah said...

*meleleh air liur -.-'

pengemis Cinta~ said...

sedapnyer..dah lma tak makan..ades..pc tengok entri ni tengahari..;)

Umi Asura Sanusi said...

alamak..tertengok pulak entri ni pagi2..terliuq ni...feberet lak tu..

tia @ Ini Kisah Tia said...

banyak bahannnnn . hehe :D

hira said...

ehem ehem. bawa bersabar ye semua. hoho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...