Sunday, November 21, 2010

no tittle

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu. Esok dah hari Isnin. Maka dengan itu, sila-silalah rajinkan diri pergi kerja ye? Haha. Yeahhhh.. saya kembali la awak semua. Bosannnn apabila kerja menimbun tetapi belum disiapkan walaupun esok dah nak balik semula ke matrik. Sila jangan contohi saya ye? Awwwww.. Bila pula aku pandai letak saya awak ni? Geli la nyah. Haha. 3 kerja lagi akanku usahakan pada awal pagi esok. Sempatkah? Itu belakang kira. Huhu. Mari layan gambar-gambarku yang tak sehebat kamera DSLR kamu-kamu itu ye? :D









Cukup-cukup la tu. Tahu la tak cantik. Haha. Kejam kejap ambil gambar diri lebih, orang sebelah sikit je :p Maaf. Hoho

P/s: Result dah nak keluar :(

Saturday, November 6, 2010

:)

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu. Esok sudahpun merupakan hari Ahad. Maka dengan itu, aku harus pulang ke pangkal jalan iaitu kembali ke matrik yang dikasihi. Awwww.. suka -suka je aku buat kenyataan tu. Dah la rasa macam cuti sangat singkat. Tak sempat nak enjoy habis-habisan. Adeh. Bangun zahirah, bangun! Sila sedar bahawa awak tu pelajar. Isnin ni merupakan hari pertama bermulanya Semester II. Jadi, sila kuatkan semangat untuk belajar ye? Hoho. Baikkkkk.. Sebelum aku mengundurkan diri bermula pasa esok hari, sila tatap gambar-gambar di bawah ini ye? :)








P/s : kalau tak suka blog saya, sila tekan pangkah, ok? Tak suka la orang yang suka cakap belakang ni.

P/s/s : away dari dunia blog kejap. Sekian :)

Monday, November 1, 2010

^__^

Assalamualaikum. Berita mutakhir. Haha. Mereng sudah otakku. Tolong jangan merepek, boleh? Idea tengah tak ada ni. Nak letak gambar-gambar je boleh tak? Hoho. Nah, aku tempekkan beberapa keping gambar budak-budak kelas aku. Sila enjoy ye? :D



























P/s: Berakhir sudah Semester I. 8hb ni merupakan episod baru untuk Semester II. Harap-harap resultku ok nanti. Amin.. Dan harap sangat dapat kekal dengan mereka ni :)

Sunday, October 31, 2010

zatie & anis

Assalamualaikum cik blogku yang disayangi. Lama dah ditinggalkan :( Kalau boleh, malasnya nak create post lagi. Aku nak buku diariku yang boleh letak gambar-gambar. Perlu ke aku cuci gambar-gambarku yang banyak tu dan muatkan dalam diariku itu? Mesti syok, bukan? Dah macam album je tengok. Ok, aku dah mula merepek. Emosiku terganggu. Kenyataan apa yang sedang diungkapkan ni? Haish.

Di keheningan malam ini, aku ingin menceritakan mengenai sahabat rapat yang kembali bertemu. Walaupun tak termasuk 3 orang lagi, tapi aku dah cukup bersyukur kerana masih mempunyai mereka berdua. Biarlah sejarah yang lalu dibiarkan berlalu. Jangan diungkit lagi ye sayang. Tolong jangan kecil hati dengan semua itu. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Disebabkan aku malas nak taip panjang-panjang, maka dengan itu, biarkan gambar berkata-kata :)







Walaupun tempoh masa perjumpaan kami begitu singkat, namun semua kenangan ini sangat manis. Terima kasih sayang-sayangku. I love you both so much! :)

Thursday, September 9, 2010

dan bila esok..


Assalamualaikum w.b.t kepada anda semua. sila-sila jawab salam itu, ok? HOHO. lupa..awak, awak, dan juga awak.....saya iaitu teddy bear di atas merupakan wakil kepada tuan empunya blog ini iaitu Zahirah Dzulkifli ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Tak kiralah anda adalah rakan sekolah beliau, teman blogger, sekolej, sahabat di IMVU ataupun di mana-mana sahaja kamu berkenalan. Beliau ingin memohon maaf di atas ketelanjuran yang dilakukan selama berkenalan dengan anda semua. Manusia ini memang selalu melakukan kesilapan. Sekiranya terkasar bahasa, tersindir, ataupun sebagainya, beliau menyusun sepuluh jari sebagai tanda maaf terhadap segala yang telah beliau lakukan.

Terasa seperti sekejap sangat kita menjalani ibadah puasa, tengok-tengok esok dah raya. Puaskah kita dengan amalan yang kita jalankan? Diharapkan amalan itu tidaklah berhenti sebegitu rupa. Apabila raya dah menjelma, sila jaga diri masing-masing ye? Janganlah main mercun, meriam segala, nanti ada apa-apa terjadi, susah pula. HEHE. Apa-apa pun, kepada yang nak balik kampung tu, sila berhati-hati di jalan raya. ingatlah orang yang TERSAYANG. fuhhhh..bold terus! HAHA. Baikkkk..malam raya ni tak tau la nak buat apa, siap-siap untuk esok sahaja kot o.0 Cuti matrik pun dah tak lama. Isnin sudah kembali ke sana dan bakal tinggalkan laptop di rumah. Hanya mampu online facebook dan blog ini sahaja :(

Salam Lebaran buat semua dari hati yang tulus ikhlas, Zahirah Dzulkifli :)

Saturday, September 4, 2010

hanya kepadaMu

Aku lemah. Biarpun keseorangan, aku masih tabah. Biarpun aku dimarahi, aku masih mampu tersenyum. Biarpun orang tertawakan diri yang kerdil ini, aku masih boleh bangun. Biarpun aku gagal sekarang, aku masih boleh mencipta kejayaan pada kemudian hari.

Aku hanyalah insan biasa yang mempunya akal fikiran seperti manusia yang lain. Aku juga tidak pernah terlepas dari melakukan dosa. Aku mengaku aku lemah. Aku seorang perempuan. Aku mudah untuk mengalirkan air mata. Itulah kelemahanku.

Tetapi janganlah mengambil kesempatan di atas kelemahanku itu. Aku masih mampu untuk berdikari. Aku masih mampu untuk hadapi hari-hari yang akan datang. Meskipun aku diuji dengan pelbagai dugaan, aku masih bersyukur kerana Dia tidak akan menguji hamba-hambanya sekiranya hamba tersebut boleh lalui dengan sempurna.

Kita dikurniakan akal fikiran untuk berfikir. Kita seharusnya dapat membezakan perkara yang elok dan sebaliknya. Aku redha dengan setiap perkara yang berlaku. Aku serahkan segalanya kepada Dia untuk menentukan apa yang terbaik untukku. Aku harap agar segala doaku dimakbulkan. Amin ya rabbal alamin..

Sunday, August 15, 2010

Apabila beliau datang lagi ^_^v


Assalamualaikum kepada awak, awak dan juga awak. Oh, nampak sangat gedik di situ. Nyampah I tengok, rasa nak tampar je budak tu. Iskkkk.. HAHA. Abaikan~ Baikkkkkk.. serius, saya rindu awak la yang pada asalnya bernama hira's bloggy! Nampak sangat kuno kan nama itu? Tak apa, sekarang sudah tukar nama la awak kepada .:the truth of me:. Tak ok ke nama ni? Awak tak suka? Tak apa, saya suka. Saya tak kisah kalau orang lain tak suka. Adeh. Kenapa aku gedik sangat ni? Grrrrr... HAHA. Tapi teruskan panggil saya awak pun ok juga. Kalau tak tahan sangat tu, sila cepat-cepat ambil baldi, ok? HAHA ;pp

Cukup-cukup, nanti tak ada orang juga nak datang jenguk blog aku yang tak seberapa ni tapi aku suka dan sangat sayang akan blog aku ni. Erk, aku pun dah mula meluat dengan penulisan aku ni. Huuu... Baikkkkkk..kembali normal ye zahirah? Huhu. Dah berkurun tak update ni, maaf la ye? Wireless sangat kurang mendapat perhatian di sini apatah lagi wifi. Apa yang ingin ditegaskan di sini ialah hari ini merupakan hari kelima kita berpuasa. Seronok tak? Semestinya ramai dalam kalangan kita yang berebut-rebut untuk mengambil peluang sepanjang bulan Ramadhan ini, bukan? Sepatutnya minggu ini aku dah boleh pulang ke rumah tapi disebabkan atas alasan-alasan yang tertentu, tak perlulah aku balik. Mungkin minggu depan atau minggu lagi satu? Heh, alasan kamu zahirah. Apa-apa pun, aku akan pulang juga. HAHA.

Pada pagi yang mulia ini, idea aku untuk berkarya tiada lagi. Maka dengan itu, seharusnya aku tamatkan entry ini dengan pantun empat kerat yang diilhamkan oleh aku sendiri. Maaf la ye kalau tak sehebat mana pun pantun ini kerana saya bukan dari aliran sastera :)

Bulan Ramadhan bulan mulia,
Rebutlah kita untuk melaksanakannya,
Marilah kita jaga pekerti yang mulia,
Supaya ibadat kita semua diberkati olehNya.

P/s : Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua :D

Thursday, July 29, 2010

orang baru!sukaaa~


Assalamualaikum kepada yang suka menjenguk-jenguk blog aku ni. Aku tahu siapa yang suka sangat jejak kaki dekat sini. Maka dengan itu, sila berhati-hati. Eh, macam ugut pula bunyinya. HAHA. Abaikan~ Aku hanya nak ucapkan selamat tinggal kepada Nokia 2600 Classic dan selamat datang Nokia 5130 XpressMusic. Bahagia je bunyi tu kan? Huuuuu... Apa-apa pun, sejak akhir-akhir ni hidupku bahagia entah kenapa pun aku tak faham walaupun kerja-kerja yang seharusnya disiapkan sepanjang waktu cuti ni aku buat tak endah sahaja. Hoho. Baikkkk, aku kena rajinkan diri la untuk beberapa hari ni sebelum kembali ke matrik. Yeahhh.. rindu KMJ! HAHA. Jom balik :D

Thursday, July 22, 2010

sekembalinya saya :)


Assalamualaikum dan salam untuk hari yang ceria ni. awww~ HAHA. Baik, aku dah mula merapu. Fuhhh.. tepat pada pukul 7 malam aku sudahpun sampai ke rumah kesayanganku :) Sepatutnya pukul 2 petang dah dibenarkan untuk pulang tetapi apakan daya, memang aku kena pulang lambat juga atas sebab-sebab yang tertentu. Hati sayu je apabila melihat teman-teman pulang awal. Kotak fikiran mulalah nak fikir macam-macam, bila nak balik la apa la.. Tetapi aku join budak-budak PDT aka Program Dua Tahun. Mereka ni boleh balik selepas pukul 4 petang. Maka dengan itu, aku lepak, gelak, makan dengan mereka sementara menunggu ketibaan yang dinanti :)

Pukul 4 lebih, ayahanda dan kekanda tercinta sudahpun sampai. Semua barang-barang diangkut dari tingkat 4 sampai tingkat paling bawah. Kotak yang berisi penuh dengan buku-buku itu sangat berat. Dah la angkat seorang, sampai jari terluka sebab tergesel dengan dinding masa mengangkat kotak tersebut dengan penuh gigih. Huuuu~ Akibatnya, hari ni sakit satu badan sebab angkat kotak itu la =.= Tidur je kerja aku hari ni. Nak taip lama-lama pun menambahkan sakit je lagi. Tidur adalah salah satu jalan penyelesaian yang sangat baik. HAHA. Nak online lama-lama pun bosan. Dah tak ada benda yang menarik perhatian.

Tetapi, bila fikir-fikir balik, rindu pula nak study. Ikhlaskah aku? Mungkin disebabkan aku rasa bosan, belajar juga yang best. HAHA. Kenyataan apalah yang sedang aku buat ni? Iskkk.. Tak apa, sekarang waktu rehatkan minda setelah bertungkus-lumus belajar untuk UPS kelmarin. Kesian tengok para sukarelawan dan juga atlet-atlet yang mengambil bahagian untuk KAKOM ni tak dapat balik. Apa yang penting? Semoga para atlet KMJ berjaya~ Yeahhh.. :) Rasanya inilah masa untuk mengundurkan diri setelah menaip karangan yang tak berapa nak berjela-jela seperti esei MUET hari tu. HAHA. Sekian, wassalam :)

P/s: Semoga mendapat keputusan UPS yang cemerlang :D

Saturday, July 10, 2010

masa sudah suntuk


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia untuk semua. Study week sudah bermula. UPS ataupun dikenali sebagai Ujian Pertengahan Semester hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Jika anda nampak empunya blog ni online, sila ingatkan beliau supaya luangkan masa lebih untuk belajar sebelum peperiksaan yang bakal menjelma ini. Kadang-kadang manusia ni alpa dengan hal duniawi, begitu juga diriku ini. Haish. Kepada semua pelajar-pelajar matrik, semoga berjaya dengan cemerlang :)

Friday, July 2, 2010

wahai sahabat, dengarlah~


Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua. Hari ni aku hanya mampu membuat entry mengenai teman sahaja. Apabila kita bercakap mengenai teman, semua mempunyai teman masing-masing, bukan? Begitu juga aku. Namun, teman untuk berkongsi suka dan duka itu sesungguhnya sangat sukar untuk dicari. Dulu aku mempunyai seorang teman yang sangat rapat walaupun kami tidak pernah bersua muka, tetapi kami mengenali diri masing-masing. Sejak peristiwa yang tidak mungkin aku ungkapkan di sini, dia sudah berubah. Dia mula berahsia segalanya dari aku. Jika dahulu, kami sering menghantar pesanan ringkas hampir setiap masa namun kini telefon bimbitku hanya diam seribu bahasa dari segala bunyi deringan ataupun gegaran.

Jikalaulah dia tahu bahawa aku sedih melihat dia sudah berubah namun aku tak boleh nak berbuat apa-apa melainkan melihat dia bahagia dengan keadaan dia yang baru itu. Aku sememangnya tak boleh lupakan kenangan kami lalui dulu-dulu, yang sering gelak sama-sama, buat strategi yang tak munasabah sama-sama, sedih sama-sama. Tetapi semuanya hanya tinggal kenangan. Mungkin dia tak perasan dengan perubahan dia, itu yang membuatkan dia tidak mencari aku lagi. Jika dahulu dia mempunyai masalah, akulah orang pertama yang dia cari. Baik, lupakan sahaja semua itu. Biarlah semua itu berlalu dengan iringan angin sepoi-sepoi yang mampu menusuk tulang sum-sum. Mungkin itu semua dugaan buatku dan mungkin juga terdapat hikmah di sebaliknya.

Walaubagaimanapun, aku mempunyai pengganti dia. Teman rapat aku sekarang adalah teman sebilik dan juga teman sebelah katil. Aku akan berkongsi segala luahan hati aku dekat dia meskipun aku ni dianggap sebagai seorang yang agak gila-gila. Ramai yang cakap susah untuk faham diri aku ni. Betul ke tu eh? Tak apa, alhamdulillah aku sudahpun mempunya teman yang satu kepala, boleh berkongsi segala-galanya. Walaupun dia kadang-kadang agak sibuk dengan kerja dia, namun dia akan luangkan masa juga untuk aku. Dia sememangnya pendengar yang setia. Terima kasih banyak-banyak, teman. Sayang kamu :)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...