Aku lemah. Biarpun keseorangan, aku masih tabah. Biarpun aku dimarahi, aku masih mampu tersenyum. Biarpun orang tertawakan diri yang kerdil ini, aku masih boleh bangun. Biarpun aku gagal sekarang, aku masih boleh mencipta kejayaan pada kemudian hari.
Aku hanyalah insan biasa yang mempunya akal fikiran seperti manusia yang lain. Aku juga tidak pernah terlepas dari melakukan dosa. Aku mengaku aku lemah. Aku seorang perempuan. Aku mudah untuk mengalirkan air mata. Itulah kelemahanku.
Tetapi janganlah mengambil kesempatan di atas kelemahanku itu. Aku masih mampu untuk berdikari. Aku masih mampu untuk hadapi hari-hari yang akan datang. Meskipun aku diuji dengan pelbagai dugaan, aku masih bersyukur kerana Dia tidak akan menguji hamba-hambanya sekiranya hamba tersebut boleh lalui dengan sempurna.
Kita dikurniakan akal fikiran untuk berfikir. Kita seharusnya dapat membezakan perkara yang elok dan sebaliknya. Aku redha dengan setiap perkara yang berlaku. Aku serahkan segalanya kepada Dia untuk menentukan apa yang terbaik untukku. Aku harap agar segala doaku dimakbulkan. Amin ya rabbal alamin..
No comments:
Post a Comment