Friday, April 30, 2010

tidak ku sangka

Assalamualaikum. lalalala~ Asyik update blog sahaja kerja aku. HAHA. Seminggu sahaja lagi, kemudian aku tak update dah. Petang tadi aku ditemani ayahanda tercinta untuk mengambil lesen kereta dan pergi ke Parkson untuk renew balik Bonus Link. Maaf, itu ayahanda saya punya, ye? HAHA. Hati berhajat nak pergi beli waffle sebab dah lama tak makan, tiba-tiba terjumpa seorang sahabat di sekolah rendah dulu. Masa reunion hari tu pun, jumpa dia juga.

Berminat? Sila tanya empunya badan. HAHA.

Tetapi sebelum tu, aku terjumpa seorang awek aku ni. Ada orang panggil nama "zahirah" sebanyak 3 kali kot. Aku pun pusing 360 darjah nak cari awek mana la yang panggil tu, rupa-rupanya awek tu dekat dalam kedai depan mata aku tu ha. HAHA. Terkejut kejap masa tu. Teman rapat yang dah lama tak jumpa sejak habis SPM hari tu. Sebelum balik, sempat aku ambil gambar kejap dengan dia. Habis kena peluk, laga-laga pipi apa semua. Tak buat, bukan kitorang la namanya tu. HAHA.

Diri sendiri nak sibuk juga dekat sini ;p

Ni ha awek aku. Cun, kan? Maaf, sudah berpunya. lalala~ HAHA.

Awek aku cakap, aku memang tembam. Badan je maintain. Haish. Semua orang cakap macam tu. Kenapa ye? Musykil dah aku tengok. Abaikan~ HAHA.

dia

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Tadi belek-belek fail gambar, terjumpalah gambar-gambar dulu. Haish. Rinduuuuuuuuu~ Bila nampak gambar masa bercuti ke Langkawi tahun lepas, teringin nak pergi bercuti. HAHA. Sila tekan sini untuk ke entry tersebut *tak banyak pun gambar*. Tapi berbalik kepada matlamat utama, kucing. Ada apa dengan kucing? Tak ada apa. Sahaja nak popularkan kucing aku dekat sini. HAHA.

Tengok dia tidur, tangan aku cepat sahaja nak kacau. Tak apa, tuan dia ni baik, kan? ;p Dah lama tak kacau. Nanti tuan dia ni tak ada, silalah nyau nyau sebut nama tuan ek? HAHA.

P/s : seminggu sahaja lagi sebelum pergi membawa diri. lalalala~

Wednesday, April 28, 2010

riang itu ceria :)

Assalamualaikum w.b.t kepada semua pengunjung blog ni tak kira sama ada anda adalah kenalan ataupun para blogger. Sila tinggalkan jejak anda di sini khususnya kepada para blogger. Senang sikit nak terjah balik. HAHA. Silalah layan gambar-gambar di bawah walaupun sedikit :)




Tiada mutiara sebening cinta..
Tiada sutra sehalus kasih sayang..
Tiada embun sesuci ketulusan hati..
Dan tiada hubungan seindah persahabatan..
Sahabat bukan
MATEMATIK yang dapat dihitung nilainya..

Tetapi

Sahabat adalah SEJARAH yang dapat dikenang sepanjang masa..


*ambil sikit petikan di atas di laman sesawang.HAHA*

P/s : Mereka inilah teman rapat, teman suka dan duka serta teman yang tidak boleh diganti dengan yang lain. Terima kasih teman sebab memahami aku. Terima kasih atas segalanya. Sayang korang banyak-banyak. Semua kenangan dengan korang tak akan aku lupa sampai akhir hayat. Tidak lupa juga kepada teman-temanku yang lain. Terima kasih sebab sudi berkawan dengan temanmu yang tidak seberapa ni. *touching* HEHE XD

P/s/s : Mereka ni cakap, aku dah semakin tembam. Haish. Aku pun pelik tengok diri aku sekarang. HAHA.

P/s/s/s : Tidak semua boleh diungkapkan dengan kata-kata.

Monday, April 26, 2010

REUNION 1ST BATCH

Assalamualaikum semua. Lama betul aku away dari blog ni. Ni nak update balik dengan cerita yang berlaku pada petang semalam. Nak letak gambar banyak-banyak *malas nak cerita* HAHA. Enjoy ye rakan-rakan :)













Cukup la sampai sini sahaja gambar-gambar semalam walaupun pada hakikatnya ada banyak lagi. Takut siapa-siapa yang tengok tu terasa nak muntah saja. HAHA. Serius, aku terasa rindu balik dengan budak-budak JEPS aka Jalan Empat Primary School *nama sedap je,kan?* Walaupun tak ramai tetapi sangat happening. Bila jumpa, mulalah mulut nak cakap itu ini. Almaklumlah lama sangat tak jumpa. Muka pun dah berubah. Tapi ada juga tak ingat nama aku. Banyak betul nama yang disebut. Kesian~ HAHA.

P/s : Jom reunion balik :DD

Friday, April 16, 2010

sudah pun berlaku

Mood : Sedih
Kenyataan : Tak sampai seminggu aku balik, semuanya tak ada dah. AWAY! :(

Thursday, April 15, 2010

Episod bersambung

Assalamualaikum reader silentku. HAHA. Ok, sambung cerita di Batu Pahat, Johor. Cerita ni berlaku sewaktu aku nak pulang kembali ke Selangor, tempat asalku. *bangga jadi anak jati Selangor* HAHA. Aku sempat menghadirkan diri ke Dataran selepas pulang dari hospital dan berkelah di Tasik Y. Sebenarnya dah lama aku berhajat nak datang sini tapi asyik ada halangan sahaja. Maka dengan itu, terpaksa juga lah aku abaikan hajat aku tu, kan? Tak apa, yang penting aku dah sampai pun. Gambar tak banyak sebab masa ni hanya tinggal 10 minit sahaja sebelum naik bas. HAHA. Sila gembirakan diri anda :)

Kalau aku senyum mesti macam ni, kan? Ni namanya tak sabar nak balik rumahlah. HAHA

Nampak batu dan pemahat tu? Itu sahaja matlamat aku ambil gambar ni walaupun aku nampak tidak comel di situ. HAHA. Batu Pahat, rinduuuuu~~ :)

Budak ni tak ada sopan betul. Serius, lawak gambar ni sebab tuan empunya badan jadi tak begitu waras. HAHA

Nah, bagi gambar minah bunga. Gambar terakhir sebelum bertolak. Wuuu~~ *sedih*

Tengok, tiket balik aku. 4.30 petang, kan? Aku naik bas pun seminit sebelum masa bertolak. HAHA. Nasib baik sempat sampai. :PP

Wednesday, April 14, 2010

Tasik Y

Assalamualaikum. Pada hari Jumaat petang aku berada di Tasik Y. Biarlah gambar-gambar sahaja yang mengungkapkan isi hatiku *tiba-tiba jiwang* HAHA.








Sekian, terima kasih :)

Sunday, April 11, 2010

new drama :D


*muka tak tahan* HAHA

Assalamualaikum semua. Rinduuuuuu nak update blog yang dah bersarang labah-labah ni. Entah-entah dah ada cucu cicit pun aku tak perasan. HAHA. Abaikan~~ Maaf ye rakan-rakan, menghilangkan diri selama seminggu bagaikan setahun lamanya. HAHA. Bila tengok lama-lama macam bosan je blog ni kan? Bila la cik zahirah ni nak upgratekan blog dia pun tak tahu la. Tak apa, kalau dia rajin dia buat la. Baik, kembali kepada matlamat utama iaitu kehilangan selama 8 hari 7 malam di Johor. HAHA

Hari pertama, aku pergi ke Johor Bahru untuk memenuhi jemputan saudara-mara ke majlis perkahwinan anak mereka. Seronok tak terkata. Almaklumlah dah lama tak cuti sejak bekerja dulu-dulu. Kalau cuti pun, keluar pergi tempat sama sahaja. Bosan kan hidup aku? HAHA. Ini sahajalah waktu untuk aku bersuka-ria. Eceh, ayat tak tahan. =.= Perjalanan yang begitu lama untuk sampai ke sana. Sesudah sampai di Skudai, semestinya binti wajib untuk menjemput abang aku dekat sana. Kami pergi Johor Bahru seramai 5 orang sahaja. Kakak sudah ditinggalkan di rumah manakala mak jaga pak cik dekat hospital.

*muka tembam* :pp

Pada waktu itu, keadaan hujan lebat yang membasahi bumi sememangnya memberikan kebaikan. Kebaikan ke? Kebaikan kepada alam sekitar serta tumbuh-tumbuhan tapi bukan kepada pengguna jalan raya yang bersikap terburu-buru. Ada juga kemalangan yang berlaku. Kesian tengok. Tapi apa boleh buat? Betul tak? HAHA. Abaikan~ cik zahirah sudah mula merepek. Selepas majlis itu selesai, kami pun berangkat pulang ke rumah kakak aku dan blah blah blah pun berlaku.... *merapu* HAHA. Baiklah, malas nak tulis panjang lebar. Cerita akan bersambung pada entry yang seterusnya. Sekian, salam :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...