Wednesday, February 25, 2009

kata-kata sakti



Assalamualaikum semua. Hehe x) Ujian bulanan sudah hampir tiba. Aku masih lagi terkapai-kapai untuk memahami subjek yang aku masih terpinga-pinga dan ketinggalan terutama subjek biology,chemistry dan physics. Sangat sedih,ok? Kawan-kawan yang lain semua faham,aku sorang je yang blur.


Dah la SPM ataupun dikenali sebagai Sijil Paling Mudah tuh hampir tiba. Hahaha. Mudah ke? Insya allah xD Harap-harap boleh la aku jawab soalan tuh dengan tenang dan damai. Akhir kata, mai pakat-pakat kita dengar kata-kata hikmat yang tak berapa nak original ni tetapi masih boleh digunakan sebagai panduan. Hoho

"ORANG YANG GAGAL SELALU MENJADIKAN MASALAH YANG KECIL MENJADI BESAR MANAKALA ORANG YANG BERJAYA MENGANGGAP MASALAH BESAR ITU KECIL "

Thursday, February 5, 2009

Kegembiraanku! :D

hey kamu ! ni la famili kesayangankuh . hee x) ketika ini , kami berada di Yankies Hut untuk menyambut hari lahir ibukuh tersayang~ ;)

di bawah ini , gambar2 makanan yang kami pesan xD

bukan setakat satu pinggan je lauk2 ni . berapa pinggan ntah . kami makan seramai 9 orang termasuk sepupukuh . abangkuh yang lagi seorang tak dapat datang .

lihatlah dunia betapa sengalnya kami semua ! haha . masa ni masa yang paling bermakna :)

Sunday, February 1, 2009

Luahan hati



Perasaan sedih menyelebungiku. Perasaan bercampur baur dengan kecewa dan bersalah terhadap seseorang dan juga diri sendiri. Apakah disebabkan peristiwa yang sudah berlalu itu patut diungkit kembali? Apakah kerana menjaga hati dan perasaan, aku harus meletakkan perkara ini ke tepi? Fikiran dah jauh melayang kerana memikirkan hal tersebut. Seharusnya kita mengambil pengajaran daripada apa yang kita sudah lalui  Ambil yang jernih dan buang yang keruh. Tapi peristiwa hitam terus menyelebungi dan membuat perasaan bersalah bersarang di jiwaku. Apakah ini akan terus berlaku? Alangkah gembiranya kalau kita hidup di dunia tanpa menghadapi sebarang masalah. Tapi kita dikurniakan akal oleh Tuhan untuk memikirkan masalah yang harus kita tempuhi. Aku hanya harapkan hal ini terus lenyap dalam ingatanku dan juga seseorang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...