Sunday, October 31, 2010

zatie & anis

Assalamualaikum cik blogku yang disayangi. Lama dah ditinggalkan :( Kalau boleh, malasnya nak create post lagi. Aku nak buku diariku yang boleh letak gambar-gambar. Perlu ke aku cuci gambar-gambarku yang banyak tu dan muatkan dalam diariku itu? Mesti syok, bukan? Dah macam album je tengok. Ok, aku dah mula merepek. Emosiku terganggu. Kenyataan apa yang sedang diungkapkan ni? Haish.

Di keheningan malam ini, aku ingin menceritakan mengenai sahabat rapat yang kembali bertemu. Walaupun tak termasuk 3 orang lagi, tapi aku dah cukup bersyukur kerana masih mempunyai mereka berdua. Biarlah sejarah yang lalu dibiarkan berlalu. Jangan diungkit lagi ye sayang. Tolong jangan kecil hati dengan semua itu. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Disebabkan aku malas nak taip panjang-panjang, maka dengan itu, biarkan gambar berkata-kata :)







Walaupun tempoh masa perjumpaan kami begitu singkat, namun semua kenangan ini sangat manis. Terima kasih sayang-sayangku. I love you both so much! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...