Sunday, January 31, 2010

hati

perasaan hati ; sedih

p/s : ditipu lagi? huuu.. apakah pisang berbuah 30 kali? erk..


Friday, January 29, 2010

sedih -_-


Assalamualaikum. pada pagi khamis sebelum kerja, aku sudahpun bersiap-siap menelan ubat setelah makan sarapan. namun, ubat tersebut tidak membantu aku. aku mulakan kerjaku dengan hidung yang berair, tekak yang sakit dan sedikit batuk. aku ingatkan sakit ni tidaklah berlanjutan namun sangkaanku meleset. tengah hari sikit aku dah rasa macam nak demam. selepas tu, memang demam pun. masa tu kira boleh tahan la. tak ada teruk. petang tu baru makin panas. kalau ikutkan hati memang nak balik rumah tapi macam lah supervisor bagi balik. aku ada cakap dengan kakak yang tua setahun dari aku bahawa aku demam.

ada juga aku tanya kakak tadi kalau nak ambil mc hari ni boleh ke tak. tapi aku cuba juga tanya dengan supervisor nak minta mc. mula-mula, dia macam tak percaya yang aku demam apa semua. mungkin muka aku ni sihat kot. haish. geram juga aku. selepas solat maghrib, aku curi-curi untuk berehat dalam bilik solat untuk seketika akibat tak larat punya fasal. semasa aku tengah belek-belek kerongsang, tiba-tiba supervisor datang, dia cakap boleh mc. masa tu aku tersentuh bukan sebab dia bagi cuti. aku cakap dalam hati, "masa aku minta nak berhenti kerja, tak bagi pula. suruh postpone la apa la. masa nak minta mc, tanya macam-macam. macam la aku tipu yang aku sakit". tiba-tiba aku nangis. boleh ke? -_-

maaf la ye kalau aku beremosi sikit. kalau korang ada kat tempat aku, apa yang korang rasa? aku tahu aku dah cuti banyak kali. tapi dah aku sakit, kena la minta mc. takkan la aku nak kerja dengan situasi macam ni? semalam pun aku layan pelanggan dengan suara ala-ala the rock kot. serak-serak basah katanya. semua orang terkejut dengar suara aku. biasalah, aku cakap aku sakit tak nak percaya. aku nak berhenti pun, semua kecoh. ada yang cakap, "buat apa nak berhenti awal-awal? berhenti bulan 3 sahaja la. terus boleh ambil result spm." ada juga yang tanya, "ira, betul ke nak berhenti?". aku tanya, "siapa yang bagitahu". dia cakap tutttttt. haish. benda macam tu pun nak kecoh. senyap-senyap sudah. malas betul aku nak layan...

Sunday, January 24, 2010

back~~


Assalamualaikum dan salam 1 malaysia. berkurun sudah aku tak jenguk-jenguk blog aku ni. sibuk la kononnya. haha x)) aku kembali juga akhirnya. tetapi aku bukan kembali untuk rajinkan diri untuk update bahkan tambah apa-apa yang patut, aku kembali dengan muka gembira kerana berjaya buatkan diri sakit akibat perbuatan diriku. ubat-ubatku itu terlalu rindukan aku kot setelah beberapa bulan tak bertemu untuk seketika ;pp mulai sekarang, aku kena blacklist asam dan segala makanan yang aku selalu makan. terima kasih bos sebab bagi saya jaga sini. saya boleh makan banyak-banyak. kedai pun bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. hahaha x))

p/s: sila jaga kesihatan untuk kepentingan masa hadapan :)

Friday, January 15, 2010

tak tahan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. tak tahan adalah tajuk entryku pada hari ini. semuanya berlaku adalah gara-gara kerjaku. bukan aku tak tahan dengan kerja tetapi aku tak tahan dengan berdirinya aku dari pagi sampai ke malam. inilah akibatnya...

..................

.............

......

..



buruk sudah kakiku. aduh! lawa sangat la nampaknya. hahaha x)) aku tak kira, aku nak berhenti juga maaa~ tension sudah :(

Wednesday, January 13, 2010

mampu? mengampu? menyapu? ;p


Assalamualaikum semua. berkurun lamanya blog ni tak di update. maaf la ye, tuan kamu ni pemalas sikit tapi sibuk banyak. haha x)) baiklah rakan-rakan, sudah dua hari aku kena tukar tempat kerja. aku kena jaga kedai dekat mydin usj. tapi semalam la hari akhir. hari ni aku cuti. duduk goyang kaki dekat rumah selepas sibuk bekerja. tapi mydin tu sangat syok! pasang lagu kuat-kuat sampai membolehkan aku join menyanyi. nasib la bos pasang cctv je bukan perakam suara apa semua. kalau tak, dah kena sound rasanya. ada aku kesah? hahaha ;D ada orang-orang sana tanya aku ni budak baru ke? kalau dekat situ memang la baru itu pun sebab tak cukup orang. selamat tinggal la ye? aku hanya mampu cuci mata tengok pelbagai jenis tudung, baju, beg tangan, dompet dan macam-macam lagi. nak beli tapi tak ada duit. kempunan sahaja ;pp aku kembali ke tempat kerja biasaku ;(

Thursday, January 7, 2010

percaya atau tidak


Assalamualaikum w.b.t wahai pengunjungku. asyik muka budak kerja juga aku letak, kan? kesian. rileks wahai teman-teman. tak lama lagi aku akan bersara. nak cari kerja lain pula. dah la tak ada komisyen. jiran aku pun sokong aku berhenti kerja. haha x)) esok pula, kakak dekat tempat kerja nak belanja makan. waaa.. banyak sayang sama kamu! :) aku tak nak duduk lama dekat kedai tu. maka dengan itu, aku nak bersara buat selama-lamanya. hehe ;DD salam semua :)

Tuesday, January 5, 2010

kerja lalala


Assalamualaikum semua. dah lama tak update ni. perasaan kemalasan melanda la. tahun baru dan azam yang baru. aku nak jadi pekerja yang rajin dan datang awal, boleh? hahaha. sejak semua pekerja kena marah, semua datang awal. kedai pun buka awal. sangat syok! nak tergelak pun ada. ala, kita kena jadi pekerja contoh dan jangan buat bos marah. tak fasal-fasal gaji kena potong. huhu. sejak hari persekolahan dah bermula, kedai tak ramai pelanggan. kesian tengok. haha. kepada semua pelajar-pelajar sekolah, selamat kembali ke sekolah. jangan malas nak belajar ya? hehe ;DD salam semua :)

Friday, January 1, 2010

baru haru biru ;D


Assalamualaikum w.b.t kepada semua. selamat tahun baru 2010! hahaha x)) tahun baru, azam pun sudah baru. hari ni merupakan titik permulaan kepada perjalanan yang baru. semuanya serba-serbi baru. sangat best! harap-harap tahun ni memberikan pengalaman dan perjalanan yang baik dalam hidup walaupun kadang-kadang penuh dengan dugaan. umur dah semakin meningkat, kena matangkan diri lagi la jawabnya. huhu. lagi sehari sahaja lagi hari persekolahan pun sudah nak bermula. rindu sekolah la. ok, kepada semua rakan-rakan dan pengunjungku..

SELAMAT TAHUN BARU 2010!

p/s: selamat ulangtahun kelahiran, kakakku. hehe ;DD

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...