Friday, January 29, 2010

sedih -_-


Assalamualaikum. pada pagi khamis sebelum kerja, aku sudahpun bersiap-siap menelan ubat setelah makan sarapan. namun, ubat tersebut tidak membantu aku. aku mulakan kerjaku dengan hidung yang berair, tekak yang sakit dan sedikit batuk. aku ingatkan sakit ni tidaklah berlanjutan namun sangkaanku meleset. tengah hari sikit aku dah rasa macam nak demam. selepas tu, memang demam pun. masa tu kira boleh tahan la. tak ada teruk. petang tu baru makin panas. kalau ikutkan hati memang nak balik rumah tapi macam lah supervisor bagi balik. aku ada cakap dengan kakak yang tua setahun dari aku bahawa aku demam.

ada juga aku tanya kakak tadi kalau nak ambil mc hari ni boleh ke tak. tapi aku cuba juga tanya dengan supervisor nak minta mc. mula-mula, dia macam tak percaya yang aku demam apa semua. mungkin muka aku ni sihat kot. haish. geram juga aku. selepas solat maghrib, aku curi-curi untuk berehat dalam bilik solat untuk seketika akibat tak larat punya fasal. semasa aku tengah belek-belek kerongsang, tiba-tiba supervisor datang, dia cakap boleh mc. masa tu aku tersentuh bukan sebab dia bagi cuti. aku cakap dalam hati, "masa aku minta nak berhenti kerja, tak bagi pula. suruh postpone la apa la. masa nak minta mc, tanya macam-macam. macam la aku tipu yang aku sakit". tiba-tiba aku nangis. boleh ke? -_-

maaf la ye kalau aku beremosi sikit. kalau korang ada kat tempat aku, apa yang korang rasa? aku tahu aku dah cuti banyak kali. tapi dah aku sakit, kena la minta mc. takkan la aku nak kerja dengan situasi macam ni? semalam pun aku layan pelanggan dengan suara ala-ala the rock kot. serak-serak basah katanya. semua orang terkejut dengar suara aku. biasalah, aku cakap aku sakit tak nak percaya. aku nak berhenti pun, semua kecoh. ada yang cakap, "buat apa nak berhenti awal-awal? berhenti bulan 3 sahaja la. terus boleh ambil result spm." ada juga yang tanya, "ira, betul ke nak berhenti?". aku tanya, "siapa yang bagitahu". dia cakap tutttttt. haish. benda macam tu pun nak kecoh. senyap-senyap sudah. malas betul aku nak layan...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...