Friday, July 20, 2012

Port Dickson.

Assalamualaikum.


Entry yang lepas, aku ceritakan pasal Tanjung Bidara. Keesokannya pula, bertolak ke Port Dickson aka PD. Wahhhhh.. Excited kemain lagi kau. Bila aku cakap dengan kawan aku yang aku dah ada dekat UPM, tak percaya pula dia. Huehue. Menarik bukan permulaan cuti semester aku? :p


AMARAN : TERDAPAT BANYAK GAMBAR. KALAU PENAT SCROLL, JANGAN MARAH.




Haaa.. Di sinilah tempat kami semua menjalankan kajian. Wah, kajian. Bukan main lagi eh. Mungkin korang semua tertanya-tanya apa yang aku buat dekat sini, kan? Haaa.. Nanti aku cerita.




Harus ada gambar bersama teman sebilik. Hehehe. Almaklumlah, jarang ada gambar bersama. Lagipun aku sorang je budak Engineering. Dorang semua budak Alam Sekitar. Pengalaman yang seronok! :D


Ok, bermulalah gambar-gambar yang menarik perhatian aku. Atas ni semua bukan aku yang ambil. Bawah ni semua dikelolakan oleh aku sendiri. Haha. Ayat nak best je. Layan~







Aku paling suka ni. Macam Ombak Rindu dah aku tengok. Hahahaha. Terima kasih modelku :)








Haaa.. Aku mai sini sebab benda ni lah. Buat pelbagai strategi untuk selamatkan BUMI kita yang semakin lama semakin kotor, haiwan-haiwan yang semakin pupus dan banyak lagi. Nampak kan Fakulti Pengajian Alam Sekitar? Aku join teman sebilik aku punya kelab la ni. Hahaha.




Akhir sekali, aku nak serulah kepada semua pembaca blog ni supaya jaga ALAM SEKITAR. Jangan buang sampah sesuka hati. Kita sebagai pengguna BUMI ni perlulah jaga semua yang ada dekat BUMI ni. Kurangkan polisterin, penggunaan perkongsian kereta bagi mengelakkan asap yang berleluasa yang membolehkan penipisan ozon dan banyak lagi cara yang boleh kita lakukan.


Tak semestinya bukan sampah kita, kita biarkan je. Tapi sebagai penduduk BUMI ni, kita kena BERTANGGUNGJAWAB ye anak-anak. Jangan biarkan BUMI ni terbiar je tanpa penjagaan yang rapi. Sama juga kalau korang ada taman bunga tapi tak disiram, baja apa semua. Akhir sekali, apa jadi? Layu kan? Haaa.. Sama je konsep tu.


Kepada budak-budak UPM yang nak join kami GPS (Green Putra Society), mailah. Kami akan adakan kemasukan ahli baru lagi semester depan. Eh, sempat promote. Haha. Sekian.


P/s : Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua. Anggaplah bulan Ramadhan ni sebagai kekasih kita yang dah lama tak jumpa. Manfaatkan setiap saat bersama dan ukirlah kenangan bersamanya. - Petikan dari Semanis Kurma malam tadi :)

Monday, July 16, 2012

Tanjung Bidara

Assalamualaikum.


Selamat bersua kembali. Berbulan-bulan lamanya aku berhoneymoon, akhirnya gagah juga diri ni terasa nak update blog. Padahal lepas exam, duduk goyang kaki dekat rumah sambil menjadi orang bekerjaya dalam bidang babysitter je pun. Nampak kan aku orang kuat? Kuat angkat berat ke angkat budak? Haha. Abaikan.


First thing, aku hanya nak update pasal permulaan cuti semester ke Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka pada 24 Jun 2012. See, benda dah berkulat tu haaa baru nak diupdate. Pada mulanya, tak sangka pun nak pergi Tanjung Bidara tu. Tapi dah alang-alang jumpa adik dekat situ di samping mak dah cakap nak pergi pantai, dah siap-siap simpan kamera dalam handbag. Semangat nak jumpa pantai la katakan. Ohoiiii.. Gembira hati ni taukk..





Ehem ehem. Sekarang dah pandai nak besarkan gambar. Muahaha. Tak seronok ah gambar kecik cinonet. Sakit mata aku nak tengok. Nak zoom bagai, dah pemalas dah. Ok, korang layan je la gambar selebihnya ye. ^__^V







Done. Tunggu je la next entry ye. Hehe. See you later. Assalamualaikum  :D


P/s : Jangan ditanya kenapa muka aku tak ada. Malu ah nak letak gambar sendiri. Hahaha :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...