Thursday, June 30, 2011

Tweet Tweet

Assalamualaikum. Aku nak cerita pasal orang selalu Tweet Tweet tiap-tiap hari ataupun dikenali sebagai Twitter. Berkurun aku tak update status aku. Sangat pemalas! =________= Semalam aku gagahkan juga taip www.twitter.com tu. Bila dah siap loading dan baru nak mula taip username dan password segala, tiba-tiba nampak Twitter dah berwajah baru. Haaaaa.. Nampak sangat berdebu dah Twitter tu aku tinggalkan. Jakun sudah akhirnya aku. Hahaha. Mereng kejap otak aku. Nak Tweet Tweet pun tak ramai la. Follower aku setakat 19 orang je, apa aku kisah sangat kan? Agak kejam di situ :p Tapi, aku follow sorang je dari berjuta-juta manusia yang sign up Twitter tu. Siapakah dia? Rahsia. Hahahaha :D

Ni haa dia Twitter berwajah baru. Kesian aku ketinggalan zaman =______= Hahaha. Apa-apa pun, sila abaikan Unregistered Version dekat gambar tu ye? Aku bukannya reti sangat Print Screen ni. Sangat fail. Haih. Ramai yang buat Print Screen, maka aku pun memberontak nak juga. Huhu. Aku guna yang cikai-cikai punya la ni. Korang boleh suggest yang elok tak? Aku sangat jahil dalam benda-benda ni. Huuuu.. :'(


The End. Byebye :D


Pesanan dari penaja : Jom bertweet sama-sama, nak? Bosan tak ada ramai kawan :'D Mari meriahkan Twitter~ ^_______^

hari bersamamu~

Assalamualaikum. Toink toink toink. Maaf, aku sangat pemalas plus malas plus memalas plus dimalaskan. Semuanyalah kesimpulannya. Tak idea la sayang oi. Kering dah otak ni. Dah lama tak diperah. Selama ni berhempas-pulas study untuk prepare exam je. Huhu. Kan dah kantoi :p Haih. Kesian betul. Baik, dah lari dari topik pula. Hehe. Hari Rabu bersamaan 22 hari bulan, aku hilangkan rasa kebosananku dengan keluar bersama teman-temanku :D

Perkenalkan Ki :) Kalau sesiapa yang usya, previous entry aku jumpalah dia ni. Suka gelak kuat >.< Hahaha. Dia sebaya dengan aku. Sayang dia banyak banyak banyak~ :D

Akak Ika! Hehe. Orangnya comel :) Semua orang tak percaya dia lagi tua dari kami. Siap minta IC sebab nak tau kebenarannya. Haha. Kesian akak. Sabar eh? ;)

Inilah kami ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Abaikan aku yang serabut tu eh? Nampak lagi tembam kot. Haih =__=


Sekian sudah cerita ni. Huhu. Byebye.



Pesanan dari penaja : Sila tengok cerita Laddaland~ Seronok! Hahahaha :D

Thursday, June 9, 2011

corat-coret saya :D

Assalamualaikum. Sihatkah anda semua? Semoga sihat hendaknya la ye. Seminggu lebih sudah terperap di rumah dengan tidak melakukan apa-apa kegiatan selain makan, tidur, layan laptop, game apa semua. Woahhhh.. Hebat bukan? Itulah kegiatan harian yang sangat membosankan hidup aku. Hihihi. Padan muka sendiri, gatal sangat nak berhenti kerja kan? Wang yang mengalir tu dah kira masyuk, siapa suruh berhenti? Cuti pun memang sangat seronok, 2 hari seminggu sampaikan ramai yang sangat cemburu. Boleh pergi tengok wayang selama 2 hari. Kan masyukkkkkkkk? Hahaha. Tapi kalau tak ada duit pun, tak seronok juga, bukan? Heh. Maaf la. Ramai betul tanya kenapa berhenti. Aku ada alasan tersendiri. Salah satunya, aku suka mencederakan diri sendiri. Boleh terima tak alasan tu? Suka hati korang la nak percaya ke tak. Ada aku kisah? Huehue :p Selebihnya, biarlah rahsia :D


Entah apa yang merasuk diri aku supaya taip benda alah ni. Haiyooo.. Pelik betul. Tak apa, mungkin aku terdorong disebabkan buat blogwalking yang sangat lama tanpa meninggalkan sebarang jejak terhadap blog lain. Wahhhh.. Macam silent reader la katakan. Maaf, terasa malas pula melanda diri nak tinggalkan jejak terhadap blog-blog kalian +_+


Tahniah Negeri Pulau Pinang kerana menang pingat emas dalam Renang Gimrama tu. Teringat pula kem yang telah aku sertai semasa Tingkatan 5 dahulu. Kem pertama dalam sejarah hidup. Kesian, bukan? Dah ramai orang yang sertai kem perkhemahan segala, tetapi aku sebaliknya. Tak apa, banyak kenangan manis dan pahit selama aku menyertai kem tersebut. Nak tau kenapa tiba-tiba aku kaitkan renang dengan kem ni? Korang tak nak tau? Aku nak bagitahu juga :p Hoho. Hal ini disebabkan salah satu aktiviti yang dijalankan adalah aktiviti mencabar. Nampak sangat aku dah lupa nama spesifik aktiviti tu. Haih. Apa la nak jadi dengan aku ni kan? ~_~ Aktiviti mencabar tu ada banyak seperti merangkak ala-ala dekat kem tentera tu *kalau lambat, kena simbah dengan air lumpur =_=* , wall climbing *yang ni sangat seronok sebab aku ringan, so boleh naik awal. hahaha :p* , aktiviti menyelam dalam sangkar yang dikatakan terdapat katak-katak yang sangat banyak dan pelbagai aktiviti seterusnya. Aktiviti menyelam tu la yang tak dapat dilupakan sampai bila-bila. Woahhhh.. Seronok kan menyelam? Dah la aku tak reti berenang, boleh pula dipaksa masuk. Bila dah keluar dari sangkar tu, tercungap-cungap aku jadinya. Haih. Kesabaran betul la kan sebab aksi aku itu dirakamkan. Sangat menakjubkan! Saya sangat bangga di situ @_@


Ok, cerita tu perlu ditutup.


Sekarang ni aku tengah tunggu offer kerja yang telah aku apply dari beberapa kedai. Ala, aku kerja cikai-cikai pun bukannya permanent pun kan? Setakat menimba pengalaman bekerja dah cukup buat aku :) Tapi tu la, still tak ada calling-calling lagi even baru satu hari kan? Nampak sangat aku cukup excited untuk bekerja semula. Hahaha. Haruslah aku cari kerja secepat mungkin untuk mengumpul wang saku untuk membeli something yang sangat special sebelum masuk Universiti nanti. Huhu. Apa dia tu, perlu dirahsiakan :p Harap-harap menjadi kenyataan. Sebelum tu, harap-harap juga agar bos lembut hati untuk mengambilku sebagai pekerja. Amin.. Sementara nak tunggu kerja tu, jom kita luangkan masa dengan menghadiri kelas memasak! Hahaha. Seronok la. Aku dah lama tau nak join kelas memasak, membuat kuih, kek dan sebagainya. Disebabkan wang dan masa yang tidak mengizinkan, maka semua itu terbengkalai even masa nak masuk Tingkatan 4 dulu nak ambil kos seni kulinari tapi terpaksa dilupakan. Hehe. Semoga hajat ini pun tercapai. Insya Allah :)


Dah macam karangan SPM yang tidak boleh melebihi 350 patah perkataan dah aku tengok. Haih. Maaf ye kalian semua yang dah berjaya membaca penulisan yang tidak seberapa menarik ini. Huhu. Sekadar coretan semata-mata. Andai tersilap dan terkasar bahasa, harap diampunkan. Chill :D


P/s: Tunggu masa nak keluar dengan "ex-workmate" *betul ke ni? Taram saja lah :p* minggu depan. Yuhuuuuu..

Wednesday, June 1, 2011

sebulan di econsave

Assalamualaikum. Selamat kembali bersua setelah sekian lama sunyi tanpa berita. Hehe. Hari ini sudahpun merupakan hari khamis iaitu bersamaan 2 Jun 2011. Bermulanya episod sebagai seorang lepasan kerja pula *ada ke eh? :p* Kelmarin merupakan hari terakhir aku menjadi seorang pekerja ice blended. Tak perlu mention la kan dekat sini, karang kena serbu pula. Susah pula nak menjawabnya. Haha. Mari-mari kita lihat saat-saat terakhir bersama mereka, rakan-rakan sekerja saya :)

siapa entah yang berani mati ambil gambar aku tengah buat kerja. iskkkk.. +_+

bersama 2 orang pelatih, ki dan kak bella :)

akak saudagar emas, kak aida. nak kahwin bulan 6 ni. semoga berkekalan, kak dan semuanya berjalan dengan lancar :D

maaf ye pelatih-pelatihku. tak sempat nak kenal dengan rapat, terpaksa tinggalkan korang

"puteri" haha. sorry kak, comel sangat. budak kecik yang panggil akak macam tu kan? :p

pemberian bos pada hari terakhir bekerja. comel~ :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...