Wednesday, November 7, 2012

Gajet oh gajet.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Aku rasa dah lama sangat aku tinggalkan blog ni. Almaklumlah mood untuk berblog dah lama hilang. Tengok orang lain fokus bukan main dengan blog, aku duduk bilik layan movie. Nampak sangat tahap untuk bersosial secara baik sangat kurang ye. Melainkan layan si burung biru tu je aka Twitter.



Memandangkan sejak kebelakangan ni aku perhati banyak je gajet-gajet ada di pasaran, terbuktilah dunia semakin maju dan terus maju. Motif? Korang semua semakin ada banyak gajet. Hahaha. Ye, aku tak nafikan aku sendiri teringin untuk ada itu, ini. Bila dah dapat, nak yang lagi up. Oh, itu manusia. Sama je kita semua. Jangan nafikan yang kau tak pernah ada perasaan tu. Dusta belaka.



Roomates aku semua pun dah maju dengan gajet masing-masing. Aku yang tengok ni hanya mampu bersyukur, istighfar banyak banyak dengan apa yang aku ada sekarang. Yela. Mana kita tahu sekarang kita ada macam macam, esok lusa siapa yang tahu kan? Semua yang berlaku ada hikmahnya, tak gitu?



Tapi jangan terlalu taksub dengan gajet sampai lupa diri sudah la ye. Sanggup buat benda benda tak elok semata-mata nak dapatkan apa yang kita nak. Tu bukan caranya. Kan kita ada akal untuk berfikir. Setiap masalah, ada jalan penyelesaiannya.


P/s: Lagi beberapa hari nak cuti Mid-Sem. Hooray! :D

Friday, July 20, 2012

Port Dickson.

Assalamualaikum.


Entry yang lepas, aku ceritakan pasal Tanjung Bidara. Keesokannya pula, bertolak ke Port Dickson aka PD. Wahhhhh.. Excited kemain lagi kau. Bila aku cakap dengan kawan aku yang aku dah ada dekat UPM, tak percaya pula dia. Huehue. Menarik bukan permulaan cuti semester aku? :p


AMARAN : TERDAPAT BANYAK GAMBAR. KALAU PENAT SCROLL, JANGAN MARAH.




Haaa.. Di sinilah tempat kami semua menjalankan kajian. Wah, kajian. Bukan main lagi eh. Mungkin korang semua tertanya-tanya apa yang aku buat dekat sini, kan? Haaa.. Nanti aku cerita.




Harus ada gambar bersama teman sebilik. Hehehe. Almaklumlah, jarang ada gambar bersama. Lagipun aku sorang je budak Engineering. Dorang semua budak Alam Sekitar. Pengalaman yang seronok! :D


Ok, bermulalah gambar-gambar yang menarik perhatian aku. Atas ni semua bukan aku yang ambil. Bawah ni semua dikelolakan oleh aku sendiri. Haha. Ayat nak best je. Layan~







Aku paling suka ni. Macam Ombak Rindu dah aku tengok. Hahahaha. Terima kasih modelku :)








Haaa.. Aku mai sini sebab benda ni lah. Buat pelbagai strategi untuk selamatkan BUMI kita yang semakin lama semakin kotor, haiwan-haiwan yang semakin pupus dan banyak lagi. Nampak kan Fakulti Pengajian Alam Sekitar? Aku join teman sebilik aku punya kelab la ni. Hahaha.




Akhir sekali, aku nak serulah kepada semua pembaca blog ni supaya jaga ALAM SEKITAR. Jangan buang sampah sesuka hati. Kita sebagai pengguna BUMI ni perlulah jaga semua yang ada dekat BUMI ni. Kurangkan polisterin, penggunaan perkongsian kereta bagi mengelakkan asap yang berleluasa yang membolehkan penipisan ozon dan banyak lagi cara yang boleh kita lakukan.


Tak semestinya bukan sampah kita, kita biarkan je. Tapi sebagai penduduk BUMI ni, kita kena BERTANGGUNGJAWAB ye anak-anak. Jangan biarkan BUMI ni terbiar je tanpa penjagaan yang rapi. Sama juga kalau korang ada taman bunga tapi tak disiram, baja apa semua. Akhir sekali, apa jadi? Layu kan? Haaa.. Sama je konsep tu.


Kepada budak-budak UPM yang nak join kami GPS (Green Putra Society), mailah. Kami akan adakan kemasukan ahli baru lagi semester depan. Eh, sempat promote. Haha. Sekian.


P/s : Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua. Anggaplah bulan Ramadhan ni sebagai kekasih kita yang dah lama tak jumpa. Manfaatkan setiap saat bersama dan ukirlah kenangan bersamanya. - Petikan dari Semanis Kurma malam tadi :)

Monday, July 16, 2012

Tanjung Bidara

Assalamualaikum.


Selamat bersua kembali. Berbulan-bulan lamanya aku berhoneymoon, akhirnya gagah juga diri ni terasa nak update blog. Padahal lepas exam, duduk goyang kaki dekat rumah sambil menjadi orang bekerjaya dalam bidang babysitter je pun. Nampak kan aku orang kuat? Kuat angkat berat ke angkat budak? Haha. Abaikan.


First thing, aku hanya nak update pasal permulaan cuti semester ke Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka pada 24 Jun 2012. See, benda dah berkulat tu haaa baru nak diupdate. Pada mulanya, tak sangka pun nak pergi Tanjung Bidara tu. Tapi dah alang-alang jumpa adik dekat situ di samping mak dah cakap nak pergi pantai, dah siap-siap simpan kamera dalam handbag. Semangat nak jumpa pantai la katakan. Ohoiiii.. Gembira hati ni taukk..





Ehem ehem. Sekarang dah pandai nak besarkan gambar. Muahaha. Tak seronok ah gambar kecik cinonet. Sakit mata aku nak tengok. Nak zoom bagai, dah pemalas dah. Ok, korang layan je la gambar selebihnya ye. ^__^V







Done. Tunggu je la next entry ye. Hehe. See you later. Assalamualaikum  :D


P/s : Jangan ditanya kenapa muka aku tak ada. Malu ah nak letak gambar sendiri. Hahaha :p

Thursday, May 24, 2012

Kata-kata

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Aku rasa dah lebih sebulan aku tak jenguk-jenguk blog ni. Apatah lagi update. Aku rajin baca blog orang yang keluar dekat wall Facebook. Selain itu, memang malaslah jawabnya. Serius, makin nak habis sem ni makin stress dan makin busy. Boleh migrain tiap-tiap hari. Hahaha.



Memandangkan aku terasa ingin nak update sekejap, kira halal lah tu kan aku meng"update". Kalau tak, memang sampai bila-bila tak ter"update". Nanti bila terasa lapang sangat-sangat, aku blogwalking. Jangan risau. Masa je yang membataskan segala-galanya. Sekarang stress dengan assignment, final exam lagi. Nasib baik tak ada masalah lain. Kalau ada, pengsan jadinya -.-


Apa yang boleh aku cakap, korang ada cara tak macam mana nak membina balik semangat ber"blogging"? Hahaha. Aku tahu mesti ada yang perasan aku lama sangat sembunyikan diri. Haiyaaa.. Facebook aku rajinlah online sebab banyak benda yang boleh aku dapat dari situ. Sebagai contoh, kelas ada ke tak. Haaa.. Itulah. Masalah kedua, perasaan untuk menaip panjang-panjang macam esei tu pun dah tak ada >.<


Sekian,
-Gadis M-

Thursday, April 19, 2012

Stress? Kahwin.

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Hehehe. Pagi yang indah. Hujan renyai-renyai membuatkan diri terasa nak lena dibuai mimpi je ni. Tapi disebabkan aku kena kuat untuk siapkan report tadi, terpaksa abaikan permintaan tersebut. Huehue.


*Ihsan Google*


Maaf, aku tak sempat nak blogwalking ke blog-blog korang memandangkan minggu ni aku sibuk sangat. Nak balik rumah pun tak boleh. Minggu depanlah kot. Stress sedikit sebanyak dah mengganggu hidup aku. Hahaha. Pengorbanan seorang pelajarlah katakan -.-


Tapi bak kata roomate aku, stress kena kahwinlah. Dah kahwin nanti tak stress dah. Eh, yeye je kan kau ni jah. Muahaha. Suka-suka hati kau je buat andaian macam tu. Kalau fakta tu betul, tak apa juga. Aku pasti mesti ramai orang yang kahwin sebab nak elakkan stress.


*Ihsan Google juga tapi jumpa dalam entri aku yang INI*


P/s : Soalan yang selalu hinggap di telinga aku, bila nak kahwin? Pfffttttt.. Aku tak faham soalan tu. Hahahaha. Makin stress jadinya.

Friday, April 13, 2012

Selat Melaka.

Assalamualaikum semua.


Hai tak salah aku selama sebulan jugalah blog aku ni terbengkalai. Nasib badanlah ye. Hahaha. Lepas test dah habis, duduk rumah seminggu sempena cuti mid sem lagilah perasaan MALAS tu menguasai diri. Haih. Kerja yang lecturer bagi pun tak jalan lagi ni. Padahal 2 hari je tinggal. Tengok betapa hebatnya penyakit M tu melanda aku. Isk Isk Isk.


Masa permulaan cuti hari tu, aku pergi ke Johor sebentar untuk menghadiri majlis perkahwinan keluarga terdekat. Nah, korang tengoklah 2 orang model aku ni beraksi. *Padahal 2 gambar je haaa.. -.-*



Waktu ni waktu matahari terpacak atas kepala. Aku tengok kamera aku tu gelap je screen dia tapi mereka ni nak juga bergambar. Haaa.. Ambil! Walaupun bateri kamera dah kong. Tapi cantik juga, kan? Muahaha. Malas nak edit.


Sekian. Entri ni sekadar menghilang sesawang labah-labah yang penuh dekat blog aku ni. Huehue.

Tuesday, March 13, 2012

Teringin

Assalamualaikum.


Seperti biasa, aku asyik menghilangkan diri. Maaf. Huhu. Berbalik kepada tajuk, aku teringin sangat untuk cuba sesuatu yang baru. Nak tahu apa? Jubah. Muehehe. Serius, kadang-kadang aku terpandang orang berbaju jubah macam cantik je. Sedap mata memandang tapi bila nak membelinya, terasa sedih. Harga bukan main mahal. Apa boleh buat, duduk diam. Simpan di dada.


*Google*

Tengok Irine update pasal jubah lagilah aku rasa macam kempunan. Cantik sangat! Kadang-kadang terasa macam nak join kelas menjahit dan bolehlah jahit segala baju yang aku nak. Haaa.. Macam best kan? Murah pun murah. Tak adalah charge mahal bagai. Dengan kain, manik-manik apa semua. Beratus-ratus duit berterbangan. Kalau berduit tu, tak apalah nak tempah ke beli siap ke.


Agak-agak kalau beli dekat Jalan TAR, murah tak? Hahaha. Tunggu orang belanja je la :p

Wednesday, March 7, 2012

Huawei Honor | Android 4.0 atau Ice Cream Sandwich

Assalamualaikum.


Hari ni aku nak kongsi dengan korang satu lagi gajet terbaru tetapi berasal dari negara China sendiri di mana merupakan telekomunikasi yang paling besar di sana. Jangan komplain kalau entri aku lebih kepada gajet kebelakangan ni.




Perkenalkan Huawei Honor. Cun tak? Cun tak? Huehue.




Aku tak pasti berapa banyak warna untuk jenis model ni. Tapi serius, warna dia bejaya menarik perhatian aku sebab banyak warna. Harga dia pun tak adalah mahal sangat, RM1,099. See.. Walaupun mungkin tak sehebat yang ada di pasaran, tetapi sistem yang digunakan dah terlalu canggih, Android 4.0 ataupun Ice Cream Sandwich yang dikenali ramai.


Kalau tak mampu nak beli Iphone yang mempunyai fungsi yang sama iaitu telefon pintar, korang beli je yang ni. Berbaloi juga apa. Nak tahu ciri-ciri telefon ni? Baca yang INI dengan INI.


Nota Kecil : Teringin nak beli telefon ni juga :')

Sunday, March 4, 2012

Trauma

Assalamualaikum.


Selama seminggu aku menghilangkan diri. Hmmmm..Terasa berat hati ni ye. Maaf, keadaan jadual pelajaran aku yang sangat pack tu menyebabkan aku tak ada masa untuk berblogging. Masalah kedua, Wifi. Ketiga, Penat yang melanda. Tak perlulah aku tempekkan jadual aku dekat sini pula kan. Naya korang nak tengok.


Hari ni merupakan hari bersejarah dalam hidup aku dan juga keluarga. Tapi sesungguhnya semua yang terjadi tu ada hikmahnya. Barulah aku rasa macam mana situasi yang mencemaskan di mana adanya senjata yang tajam dan membahayakan. Subhanallah. Tak dapat nak gambarkan macam mana perasaan ketika itu. Air mata terasa nak mengalir bila teringat balik.




Mungkin terasa sedikit trauma di situ. Terasa niat untuk stay dekat rumah untuk next sem terpaksa dibatalkan. Takut. Lagi-lagi seorang wanita. Kami kaum yang lemah. Subhanallah. Macam-macam jenayah yang terjadi sekarang. Kepada kaum wanita, sila berhati-hati di mana sahaja anda berada ye. Tak kiralah korang ramai walaupun semuanya wanita. Tetapi jenayah tak kira bilangan. Dia nak buat, maka jadilah.


Sebenarnya Khamis petang hari tu aku dah start demam sampailah semalam. Alhamdulillah, hari ni dah begitu sihat walaupun masih berbaki batuk. Dugaan ni sememangnya menguatkan hati seseorang hamba. Kemungkinan dugaan ni mengingatkan kita supaya sentiasa mengingati Dia di mana saja kita berada, apa jua kerjaya kita dan apa yang kita ada sekarang.


Nota Kecil : Alhamdulillah, semuanya selamat :')

Tuesday, February 28, 2012

Ice Blended

Assalamualaikum.


Trafik blog dah jatuh menjunam setelah 2 hari tak update. Sedih betul. Tapi still ada komen. Terharu sebentar :') Korang perasan tak semakin lama semakin banyak kedai-kedai yang menjual ice blended. Dahulu sangat famous dengan Coolblog.


*Coolblog*










See.. Banyak, kan? Semua orang dah boleh dapatkan ice blended di mana-mana je. Huuu.. Tapi tak pernahlah pula aku try. Almaklumlah, takut penyakit lama kembali menghantui. Agagaga~ Korang pernah try ke? Kalau tak ada dalam senarai, mailah bagitahu. Mana tahu satu hari nanti, terjumpa. Teringin pula nak beli. Hehehe.


Nota Kecil : Malam karang, insya Allah waktu untuk blogwalking :)

Saturday, February 25, 2012

Menangi Yes 4G

Assalamualaikum.


Korang teringin nak memenangi Yes 4G tak? Ekekeke. Grand Prize, kereta Yes 4G dan beberapa hadiah yang disediakan. Hadiah kedua dan ketiga, barangan Yes 4G. Dan 10 hadiah saguhati.


*Tekan untuk tumbesaran*
*Sambungan entri semalam yang INI.*


*Tekan untuk tumbesaran*
*Senarai hadiah*


Cara untuk menang? Sila lihat ini.


*Tekan untuk tumbesaran*


Korang boleh join dekat FACEBOOK ataupun di PROTON. Tawaran sehingga 27 Mac 2012. Ada masa lagi. Cepat! Cepat! :D


Maaf, agak pemalas ye nak taip panjang-panjang. Gambar dah memudahkan kerja aku. Hahaha.


Nota kecil : Tengah hari tadi aku pergi ke Karnival WOW, Putrajaya. Korang bila lagi? Ekekeke.

Friday, February 24, 2012

Jenama Kereta Pertama Menggunakan Internet 4G Di Malaysia | Proton

Assalamualaikum.


Sementara menunggu kehadiran bas maghrib semalam sebelum pulang ke rumah, bermulalah dialog antara aku dengan kawan aku dua orang ni. Kitorang sembang punya sembang, tiba-tiba masuk bab kereta. Kemudian dia pun cerita pasal ada 1 jenama kereta yang gunakan Internet, kira WIFI la kot. Boleh main game apa semua.




Siapa tak excited dengar cerita macam tu? Mula-mula ingatkan PERODUA. Tapi sangkaan pertama meleset. Selongkar punya selongkar bersama Encik Google, jumpalah PROTON. Semangat betul aku nak tahu pasal benda ni.


Ini dia, PROTON mempunyai Internet yang menggunakan YES 4G. Siapa sangka Universiti gua pun pakai YES 4G ni tau. Agagaga~ Serius, laju!




Kereta YES 4G ni sangat cantik kan? Menawan hati betul aku tengok. Haih. Teringin dah nak beli 1. Hoho.




Kalau kereta aku ada macam ni, syurgaaaaaaa~ Main game dalam ni je. Inilah yang aku dengan kawan aku bualkan semalam. Tak payah masuk dalam rumah. Mainlah game sampai ke pagi. Kereta bagaikan rumah kedua pula. Muahahaha.


Esok aku akan share dengan korang cara-cara untuk memenangi YES 4G dengan cara yang sangat senang sebagaimana ABC. Hahaha.


Nak tahu lebih lanjut mengenai entri ni? Cuba baca SINI.

Thursday, February 23, 2012

Kuat | Olympus TG-620 dan TG-820

Assalamualaikum.


Memandangkan kelas sampai ke petang, rajinkan diri untuk update blog yang tak berapa menarik ni. Huuuu.. Kenapa semakin hari semakin tak ada idea untuk blog? Alahai. Sedih je rasa. Minggu ni memang tak berapa nak pack sebab kelas pack start minggu depan tapi tu lah, kena study rajin-rajinlah lepas ni.


Ok, panjang melalut. Aku nak share dengan korang kamera Olympus yang baru. Tak tahulah korang tahu ke tak. Mungkin tak sehebat kamera lain, tapi mungkin ada yang berkemampuan bagi korang untuk beli.


Perkenalkan Olympus TG-620 dan TG-820.




Cantik tak? Cantik tak? Hahaha. Dah addicted dengan warna ni pula sekarang. Walaupun tak semegah nama kamera lain, tapi harga dia RM999 bagi TG-620 manakala RM1,299 bagi TG-820. Boleh didapati dalam 6 warna, pink, biru, hijau, hitam, perak, dan putih.


Nak tahu lebih lanjut? Meh baca dekat SINI.

Wednesday, February 22, 2012

Wordless Wednesday #10 | Curve



Nota Kecil : Dekat Google Homepage. Hahaha. Unik, tahu? :p

Tuesday, February 21, 2012

Kolam Air Panas

Assalamualaikum.


Orang lain sibuk menelaah dalam kelas. Aku pula sibuk melayan kerenah komputer dalam makmal. Hahaha. Sementara tunggu lecturer katanya. Haih. Kesempatan janganlah diabaikan. Karang merana blog tak diupdate. Huehue.


Hari Ahad lepas aku ada terbaca satu artikel mengenai air panas mujarab yang terdapat di Turki. Aku tak pasti sama ada artikel tu muka depan ke apa kan? Huhu. Tapi bila tengok, serius tergamam sebentar melihat keindahan alam semula jadi yang dicipta olehNya.




Inilah dia Kolam Air Panas yang berada di Sungai Menderes, Turki. Mungkin ada dalam kalangan korang yang dah tahu. Tapi tak apa, aku nak share juga. Ilmu tak baik kedekut. Siapa sangka kolam air panas boleh terbentuk seperti yang korang tengok tu? Cantik, bukan?




Kolam air panas yang sering dikatakan boleh mengubati pelbagai penyakit. Dah lama rasanya aku tak jejakkan kaki ke kolam air panas. Huuuu.. Teringin rasanya nak pergi sini. Tak salah kalau sesekali melawat negara orang untuk memerhati keindahan ciptaanNya.


Nak tahu lebih lanjut? Korang baca SINI.

Monday, February 20, 2012

Muzik Yang Bisu

Assalamualaikum.


Seharian aku tak update semalam. Sibuk packing katanya. Haih. Bila dah sampai kolej, jangan haraplah kan aku nak update. Malam tadi nak online, tapi Wifi sangat hampeh. Perkara biasa -.- Ni online pun guna Yes 4G yang menolong aku dikala susah. Huehue.


Aku nak kongsi dengan korang satu band atau kumpulan yang mempunyai rentak muzik yang sangat awesome! Serius, aku tak tipulah. Pertama kali aku tengok band ni dekat TV9 dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O. Band ni bukannya band nyanyi sepertimana yang korang tahu. Dia beraksi dengan menggunakan benda seperti pisau, tong sampah, kon dan lain-lain.


Pelik, bukan? Tapi bunyi yang dihasilkan dan juga gaya sangatlah menarik. Rentak sama ala-ala KPOP yang korang minat tu. Agagaga~ Jangan judge dulu ye anda semua. Cuba tengok video bawah ni. Serius, best! :D





Band ni namanya No Noise Percussion. Cuba korang tengok video dorang yang lain dekat Youtube. Menarik, tertarik gua cakap sama lu. 


Nota Kecil : Lambat nak tunggu kelas pukul 5. Mengantuk balik mata ni. Haih.

Saturday, February 18, 2012

Ciplak !

Assalamualaikum.


Nak tanya korang la kan, korang pernah tengok cerita Stairway To Heaven tak? Ala, drama korea tu. Cerita tu la antara cerita korea yang aku selalu layan zaman sekolah dulu-dulu. Sedih tak payah cakaplah, tangkap leleh aku tengok cerita tu sorang-sorang. Hahaha. Jangan ingat hati gua keras ye :p


*Google*
*Sweet ok mereka ni. Aku sangat stress bila ada konflik*


Tapi.... cerita tu dah diciplak. Serius, aku baru tahu. Sewaktu cuti semester ni masih berjalan, aku bosan dan terus melayan cerita-cerita di tv pada waktu pagi sambil jaga anak buah. Bila tengah usya cerita dekat INFO Astro tu, ternampaklah tajuk Stairway To Heaven. Dalam hati excited bukan main tapi bila dah buka, "Eh, asal Filipina pula ni?". Tettttt.. Kes tutup! Hahaha.




Inilah aku cakap tu. Versi Filipina. Aku mula-mula layan macam tak tahu apa-apa. Bila dah makin melayan, baru perasan sama macam jalan cerita drama korea. Ciplak eh? Hoho. Tapi hero dengan heroin dia comel ok! :D


Haaa.. Untuk pengetahuan korang, kalau nak tengok cerita dekat atas ni boleh rajin-rajinkan diri tekan remote tv ke :

  • TV3 (Filipina) : 9.30 - 10.30 pagi
  • NTV7 (Korea) : 12 - 1 tengah hari
*setiap hari iaitu Isnin - Khamis kecuali Jumaat, Sabtu dan Ahad


Eh, terpromote pula. Maaf. Hahaha. Tapi dengar kata cerita TV3 pukul 7 petang setiap Isnin - Khamis tu ciplak Korea juga. Oh, gimana tu ye? Huehue.


Nota Kecil : Cuba buat versi sendiri. Tak tiru orang lain. Apa kata anda? Mahu jadi diri sendiri atau orang lain? Hehe.

Friday, February 17, 2012

Tabiat yang hebat

Assalamualaikum.


Menghitung hari demi hari, jam demi jam, minit demi minit dan saat demi saat. Hoi. Lusa aku kena pulang ke UPM la. Barang tak pack lagi. Malas la -.- Esoklah jawabnya. Malam karang nak layan movie lagi. Agaga~ :p


Haaa.. sejak beberapa hari ni aku dah buang tabiat yang tak berapa nak betul. Dah nak hampir 2 minggu. Nak tahu apa? Ini diaaaa..




Mengumpul komen sebanyak 100 untuk 11 entri tanpa dipublishkan lagi. Oh, itu sangat gila ye. Aku tahu korang punya entri kalau 1 entri je dah boleh dapat berpuluh-puluh komen. Tapi aku tetap bersyukur sebab ada yang masih prihatin sudi datang baca entri-entri dekat blog aku dan komen. Terima kasih banyak-banyak ye :'D


Dan ini pula friend request di Facebook.




Ada di antara korang dalam senarai? Haha. Seramai 40 orang tapi ada yang aku hidekan. Nak accept ke tak eh? Aku macam nak letak Friend List tu ada kawan je tapi macam pilih bulu la pula kan. Tapi aku takut juga kalau ada yang nak stalk aku ke kan? Erk. Fikir apa la aku ni -.- Tak apa, nanti aku accept semua :D


Apabila bosan, marilah kita komen status blogger yang famous. Agagaga~





Itulah dia komen yang tak bernas dari aku. Hahahaha. Opssss.. Macam terpublickan pula nama Facebook aku dekat sini.


Nota Kecil : Ada juga eh blogger yang main unfollow blog. Kesian blog aku ni. Sedih je tengok nombor tu. Kejap naik, kejap turun. Huuuu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...