Saturday, February 18, 2012

Ciplak !

Assalamualaikum.


Nak tanya korang la kan, korang pernah tengok cerita Stairway To Heaven tak? Ala, drama korea tu. Cerita tu la antara cerita korea yang aku selalu layan zaman sekolah dulu-dulu. Sedih tak payah cakaplah, tangkap leleh aku tengok cerita tu sorang-sorang. Hahaha. Jangan ingat hati gua keras ye :p


*Google*
*Sweet ok mereka ni. Aku sangat stress bila ada konflik*


Tapi.... cerita tu dah diciplak. Serius, aku baru tahu. Sewaktu cuti semester ni masih berjalan, aku bosan dan terus melayan cerita-cerita di tv pada waktu pagi sambil jaga anak buah. Bila tengah usya cerita dekat INFO Astro tu, ternampaklah tajuk Stairway To Heaven. Dalam hati excited bukan main tapi bila dah buka, "Eh, asal Filipina pula ni?". Tettttt.. Kes tutup! Hahaha.




Inilah aku cakap tu. Versi Filipina. Aku mula-mula layan macam tak tahu apa-apa. Bila dah makin melayan, baru perasan sama macam jalan cerita drama korea. Ciplak eh? Hoho. Tapi hero dengan heroin dia comel ok! :D


Haaa.. Untuk pengetahuan korang, kalau nak tengok cerita dekat atas ni boleh rajin-rajinkan diri tekan remote tv ke :

  • TV3 (Filipina) : 9.30 - 10.30 pagi
  • NTV7 (Korea) : 12 - 1 tengah hari
*setiap hari iaitu Isnin - Khamis kecuali Jumaat, Sabtu dan Ahad


Eh, terpromote pula. Maaf. Hahaha. Tapi dengar kata cerita TV3 pukul 7 petang setiap Isnin - Khamis tu ciplak Korea juga. Oh, gimana tu ye? Huehue.


Nota Kecil : Cuba buat versi sendiri. Tak tiru orang lain. Apa kata anda? Mahu jadi diri sendiri atau orang lain? Hehe.

14 comments:

Ahmad Haziq Azlan said...

walaupun tak pernah tengok yang korea, memang pelik bila tengok tajuk tu tapi cerita filipina

Ezad Skytech said...

haha..boleh tengok dua version..korea & filipina...haha~

cik najihah said...

aah...same je,.

pha is said...

skrg ni banyak citer ciplak2... antaranya, hollywood ciplak bollywood... banyak yg aku dah perasan... citer melayu pon ader... kadang2 citer yg dtayang kat tv3 ari sabtu pkul 10 malam tu... ari tu aku perasan ada tiru citer korea...

littledolphin said...

EH CIPLAK?

penulis skrip dah tak ada idea dah kot.haha

Muhammad Saiazuan Norhalik said...

ni remake blk an.. best wo yg korea nye... zuan nangis tgk! ;p

H.J said...

korea eh??tak sempat aku nak melayan cerita jiwang macam ni..kah3kah3

Nelly The Strange said...

comel + cantik cerita versi filipina yang perempuannya ~
:)

A retarded kitty said...

kopipes ni biasalah kan?

Dalila Diela said...

sejak2 cuti sem nie, tiap2 pg lyn cite filipina nie.hehe
x pnh tgk lg versi koreanye.tp tawu la ada.

Lia Irdelia said...

pernah dengar tpi x pernah tengok.. hehhe

zOeY zAu YaH said...

kalau ciplak tp best gak takpe..ada yg ciplak tp hampes tu yg x mables tu hihi..

zareliqa afiqa said...

Tengok yg versi korea jek. Yang filipina ta tengok. Macam same jek.h0h0 =.='

Si BuDaK KaChAk said...

time keje la...mmg xdpt nk tgk...huhuh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...