Thursday, February 16, 2012

Nikon 1 | I AM A MOTION HERO

Assalamualaikum.


Hari ni aku sangat teruja sebab nak bagitahu korang produk terbaru dari Nikon. Selalu kalau orang pergi Nikon je, mesti nak cari DSLR. Hati memberontak ok bila dapat sentuh DSLR. Produk terbaru, D800. Tapi mahal. Maka, aku selalu dapat cuci mata tengok COOLPIX je. Selalu sangat pergi ambil brochure tengok produk terbaru. Jangan tak tahu. Kamera pun ada yang touch screen ok. Huehue.




Nikon 1 ni ada 2 jenis, J1 dengan V1. Kalau sesiapa yang pernah baca Zuan punya entri, tu V1. Mula-mula baru tahu, excited bukan main sebab hebat betul! Ok ok. Aku faham perasaan korang. Apa entah V1 dengan J1 tu. Meh aku bagitahu.


Sebelum tu, aku bagitahu sikit pasal Nikon 1. Kalau tak, korang menganga tak tahu apa keistimewaan Nikon 1 ni. Ia jenis yang cepat dan mudah alih. Siapa sangka, kamera ni boleh shoot 60 gambar untuk sekali tekan? Bukan tu je, Nikon 1 mampu untuk memainkan rakaman tanpa menekan butang shutter . Tapi lepas tekan, korang akan dapat tengok gambar-gambar yang sangat cantik. Tak seperti yang korang sangka.


Nikon 1 V1 : I AM CHANGING EVERYTHING






  • 2 warna pilihan : Hitam dan Putih.
  • Price :
         --> RSP RM 2,858 (with 10-30mm kit)
         --> RSP RM 3,058 (with 10mm kit)
         --> RSP RM 3,258 (with 10mm, 10-30mm kit)
         --> RSP RM 3,458 (with 10-30mm, 30-110mm kit)


Nikon 1 J1 : I AM YOUR SMART PARTNER















  •  5 warna pilihan : Hitam, Putih, Kelabu, Merah, dan Pink.
  • Price : 

        --> RSP RM 1,998 (with 10-30mm kit)
        --> RSP RM 2,258 (with 10mm kit)
        --> RSP RM 2,458 (with 10mm, 10-30mm kit)
        --> RSP RM 2,558 (with 10-30mm, 30-110mm kit)*      
 *RSP RM 2,658 for Pink kit set


Ciri-ciri utama :

  • Super high-speed AFCMOS sensor
  • Motion Snapshot (New Function) --> The movie will play in slow motion which is 2.5 x to an original BGM
  • Fastest AF x Most Focus Points in the World

Ciri-ciri lain :

  • Smart Photo Selector (New Function) --> Automatically take total 20 shots and select the most spectacular shot.
  • World's fastest continuous shooting, Max.10fps in AF-A mode / Max.60fps in AF-S mode
  • Active D-Lighting
  • Picture Control
  • Full HD Movie
  • Slow Motion Movie
  • Simple Operability
  • Scene Auto Selector
  • High-resolution, high-contrast electronic viewfinder
  • LCD monitor with crystal clear resolution
  • A super-silent, electronic shutter
  • High performance dust reduction

Spesifikasi dia sangat banyak. Kalau aku taip sini, memang panjang la jawabnya. Nak tahu? Tekan SINI.


Nak tahu lagi mengenai Nikon 1? Mai tekan SINI.


Nota Kecil : Aku berkenan dengan Nikon 1 J1 yang warna merah. Ekekeke. Comel~ Nikon 1 V1 mahal. Agagaga~ :p

10 comments:

A retarded kitty said...

kamera ni bagi aku semua sama je

kekeke

Ezad Skytech said...

memang tengah bermimpi2 nak beli kamera ni..tapi bila tgk harga je..erk...kena kumpul fulus dulu..hee~

Si BuDaK KaChAk said...

blum mampu lg nk bli...tp dr dlu lg nk kaut 1 kamera tp blum dpt lg...

=(

r-5 said...

peh teringin gak nak beli.. huhu tapi sengkek gile kot sekarang ni.. aduuiiyaai.. :P

Freaky said...

comell kamera tapi harga nak dekat 2k jugak. aduyai mahal

Princess Feyqa said...

fiqa pn minat pink tuh :P

biela bell said...

awww..ntah ble nak ada DSLR sendiri..huhu

littledolphin said...

Wah cool gila!

si cebbie cholet said...

wooooooooooo





nak yang \putihh tuhhh..

(larik g korek tabung)

Ahmad Haziq Azlan said...

gila cool

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...