Thursday, September 9, 2010

dan bila esok..


Assalamualaikum w.b.t kepada anda semua. sila-sila jawab salam itu, ok? HOHO. lupa..awak, awak, dan juga awak.....saya iaitu teddy bear di atas merupakan wakil kepada tuan empunya blog ini iaitu Zahirah Dzulkifli ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Tak kiralah anda adalah rakan sekolah beliau, teman blogger, sekolej, sahabat di IMVU ataupun di mana-mana sahaja kamu berkenalan. Beliau ingin memohon maaf di atas ketelanjuran yang dilakukan selama berkenalan dengan anda semua. Manusia ini memang selalu melakukan kesilapan. Sekiranya terkasar bahasa, tersindir, ataupun sebagainya, beliau menyusun sepuluh jari sebagai tanda maaf terhadap segala yang telah beliau lakukan.

Terasa seperti sekejap sangat kita menjalani ibadah puasa, tengok-tengok esok dah raya. Puaskah kita dengan amalan yang kita jalankan? Diharapkan amalan itu tidaklah berhenti sebegitu rupa. Apabila raya dah menjelma, sila jaga diri masing-masing ye? Janganlah main mercun, meriam segala, nanti ada apa-apa terjadi, susah pula. HEHE. Apa-apa pun, kepada yang nak balik kampung tu, sila berhati-hati di jalan raya. ingatlah orang yang TERSAYANG. fuhhhh..bold terus! HAHA. Baikkkk..malam raya ni tak tau la nak buat apa, siap-siap untuk esok sahaja kot o.0 Cuti matrik pun dah tak lama. Isnin sudah kembali ke sana dan bakal tinggalkan laptop di rumah. Hanya mampu online facebook dan blog ini sahaja :(

Salam Lebaran buat semua dari hati yang tulus ikhlas, Zahirah Dzulkifli :)

Saturday, September 4, 2010

hanya kepadaMu

Aku lemah. Biarpun keseorangan, aku masih tabah. Biarpun aku dimarahi, aku masih mampu tersenyum. Biarpun orang tertawakan diri yang kerdil ini, aku masih boleh bangun. Biarpun aku gagal sekarang, aku masih boleh mencipta kejayaan pada kemudian hari.

Aku hanyalah insan biasa yang mempunya akal fikiran seperti manusia yang lain. Aku juga tidak pernah terlepas dari melakukan dosa. Aku mengaku aku lemah. Aku seorang perempuan. Aku mudah untuk mengalirkan air mata. Itulah kelemahanku.

Tetapi janganlah mengambil kesempatan di atas kelemahanku itu. Aku masih mampu untuk berdikari. Aku masih mampu untuk hadapi hari-hari yang akan datang. Meskipun aku diuji dengan pelbagai dugaan, aku masih bersyukur kerana Dia tidak akan menguji hamba-hambanya sekiranya hamba tersebut boleh lalui dengan sempurna.

Kita dikurniakan akal fikiran untuk berfikir. Kita seharusnya dapat membezakan perkara yang elok dan sebaliknya. Aku redha dengan setiap perkara yang berlaku. Aku serahkan segalanya kepada Dia untuk menentukan apa yang terbaik untukku. Aku harap agar segala doaku dimakbulkan. Amin ya rabbal alamin..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...