Sunday, May 31, 2009

terlalu istimewa

Assalamualaikum w.b.t.hari jumaat iaitu bersamaan 29 hari bulan 5 merupakan sambutan hari guru di sekolahku.sekolah menengah kebangsaan jalan empat atau jess nama diberi.sambutan yang begitu hangat dan menarik perhatian pelajar-pelajar.guru ialah pendidik yang mendidik anak bangsa tanpa jemu.tanpa mereka,siapalah kita.mereka banyak memberi jasa kepada negara.di sini aku ingin ucapkan selamat hari guru kepada semua guru di dunia.tak lupa juga kepada:

pn. fatimah : bahasa melayu
pn. zainab : matematik moden
pn zainon : agama islam
pn rasilah : matematik tambahan
pn miza : fizik
pn banu : kimia
pn saira : biologi
pn halleyza : bahasa inggeris
pn harvinder : sejarah

dan juga kepada mentorku hasil daripada program mentor menti yang dijalankan di sekolahku iaitu pn noorhafizan.walaupun kami jarang bertemu kerana kesibukan yang dialami.tapi aku tetap memberikan hadiah kepada beliau kerana sudi menjadi mentorku.beliau merupakan cikgu fizik di sekolah tapi untuk pelajar-pelajar tingkatan 4.

walau bagaimanapun,sambutan hari guru amat memberangsangkan.di sini disertakan beberapa gambar semasa majlis tersebut dijalankan.layan~~ :))

ni la persembahan daripada kumpulan jebon.kumpulan daripada tingkatan 5 kreatif.namun ada juga seorang pelajar daripada tingkatan 4..haha.persembahan yang amat menggelikan hati.berjaya mengukirkan senyuman guru-guru dan membuatkan mereka tertawa.mereka menari seperti zaman p ramlee.ceh!haha.sporting habis~

ni pula persembahan daripada guru-guru kami.kumpulan ini dikenali sebagai meet auntie shikin musical.hehe.comel je semua cikgu ni.

namun,hanya ni sahaja gambar yang disertakan walau pada hakikatnya banyak.huhu.jap,anda tak terfikir ke kenapa aku letak tajuk "terlalu istimewa" itu sebagai tajuk entry aku yang ni?yang pertama,ditujukan kepada guru-guru.dan keduanya,tetttt.....mari kita lihat gambar di bawah!hahahaha..

kami dikejutkan dengan ketibaan adibah noor ke sekolah kami.hehe.ketika ini,pn rosenani diajak berduet dengan adibah noor untuk menyanyikan lagu "terlalu istimewa"

yang ini pula gambar adibah noor bersama pengetua jess iaitu pn noorizan.beliau merupakan guru yang paling ceria dan sporting apabila adibah noor menganjurkan game kepada semua guru.

ketika ini,ashraf daripada 5 dinamik menunjukkan ala-ala gentleman dia tuh dengan memberikan sejambak bunga ros sambil melutut kepada adibah noor.haha.ambil kesempatan namanya ni ;pp

anda kenal sama dia ni?huhu.ni la thye!protege kepada mentor adibah noor.dia membuat 2 persembahan secara live di depan kami.hehe.dia juga ada berduet dengan azlyn iaitu penjemput adibah noor ke sekolah kami.

walau apa-apa pun,kami sangat terkejut dengan surprise beliau.have fun sahaja la kan?kih3.sampai di sini sahaja entryku.semoga bertemu lagi~ :))

Thursday, May 28, 2009

kembali

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda-anda yang sedang membaca post entry ni.pada mulanya inginku ucapkan beribu-ribu ampun kepada anda semua kerana sangat sibuk dengan minggu peperiksaanku.huhu.alhamdulillah berjaya sudah aku habiskan kesemua kertas-kertas tersebut.jejak sahaja keluar dari sekolah,hati aku cukup berbunga-bunga la.tak boleh nak gambarkan.sangat excited! x))

af sudahpun habis (tak layan pun sebenarnya) kini bahang spm pula tiba.haish.tak sabar betul spm habis.trial pun belum apatah lagi spm,kan??hehe.exam dah pun berlalu dan musim cuti sekolah pula menjelma!waaa..saat yang aku tunggu ni.malah kelas tambahan pun menungguku.huhu.masa cuti ni pun ada kelas rupanya.baru nak enjoy sakan ;p tak apa.aku hanya tunggu bulan 6 tiba.kenapa?tunggu....akanku update apabila tiba masanya.ceh!hahaha.sabar ye.tapi yang penting semuanya akan berjalan dengan lancar.

sejak sudah beberapa hari aku tinggalkan blog aku ni,banyak pula cerita yang ingin aku kongsi bersama anda sekalian.bila nak exam je,mesti aku tension.nak tahu sebab apa?kerana ada la segelintir manusia yang memang sikapnya yang suka tiru.terang-terangan tu.siap boleh tanya aku lagi.tapi aku tak nak berkomplot.nak dapat markah lebih,pandai-pandai la belajar sendiri.takkan nak harapkan orang lain sahaja?tuhan dah ciptakan akal fikiran untuk berfikir.tapi apa gunanya kalau ada akal tapi tak nak berfikir?kalau tanya aku pun,tak semestinya jawapan yang aku bagi tu betul ke salah.banyak ragam betul mereka ni.

tapi...yang aku suka apabila sudah selesai menjawab kertas soalan,aku akan pandang ke luar tingkap.aku akan termenung di situ sampai la waktu untuk menjawab tamat.kadang-kadang sampai tersenyum sendiri.takut juga aku kalau cikgu nampak dan cakap aku orang gila.ngee~ :)) untuk makluman anda semua,sudah menjadi adat kalau huruf z akan berada di belakang dan semestinya tepi tingkap,kan?itu sahaja la aktiviti aku.aku hanya suka melihat telatah budak-budak sebelah blok bangunan aku.apabila waktu rehat,aku perhati ada la dua orang manusia ni sering ke surau untuk melakukan solat.kemudian,mereka akan sambung mengulangkaji pelajaran sebelum masuk ke kelas.sudah dikatakan setiap hari mereka ke situ.solat pun berjemaah.wahai pembaca sekalian,jangan anda katakan bahawa aku ni suka jaga tepi kain orang.tapi aku suka untuk mengetahui sesuatu perkara.lagi pun,aku hanya melihat perkara yang baik.bukan sebaliknya.

ops!sebelum terlupa.pada bulan ni,baru 3 entry sahaja yang baru aku buat.selalunya tak ada la sampai macam ni.tapi tak boleh nak buat macam mana la kan.belum spm lagi.kalau spm,sudah tentu aku away selama sebulan untuk fokus untuk spm.hurm..tapi tak apa.aku akan rajin-rajinkan diri untuk update selepas ni.itu sahaja.semoga bertemu lagi.maaf kalau panjang sangat entry ni :)

p/s:esok merupakan hari guru di sekolahku.yes!

Tuesday, May 19, 2009

if it is a grammy award? ;)

Assalamualaikum w.b.t kepada anda sekalian.hari ni anda semua boleh mengambil award-award yang telah diberi oleh mereka-mereka di bawah.mari kita usya! :))


award yang pertama khas dari akak aja yang comel.hehe x)
thanks akak~ :))



award ni datangnya dari kcynodia.namun,tetap ada peraturannya.

peraturannya ialah:
1. Letakkan logo award ni secepatnya dalam satu post yang khas.
2. Jangan lupa menyatakan siapa yang memberinya.
3. Jawab soalan award: kenapa suka berblog?
4. Tags dan sebarkan awards ni kepada kawan-kawan yang lain.
5. Jangan lupa link kan mereka ke dalam post kamu.

kenapa suka berblog?
-->untuk mengurangkan rasa kebosanan
-->dapat bertukar-tukar maklumat dengan para blogger yang lain
-->membaiki kelemahan dalam penulisan.huhu
-->mengeratkan hubungan silaturahim sesama anda~ :))

maka dengan rasa berbesar hati,aku beri award ni kepada sesiapa yang sering membaca setiap entry yang aku buat.tak kira la dengan sengaja ataupun tidak.


ni pun diterima dari kcynodia.huhu.thanks banget~


manakala award ni pula diberi oleh cik anna.terima kasih ye cik anna walaupun kita masih baru dalam perkenalan ;)

Rules before you grab this award:
1. Ambil award Followers ini dan letakkan di dalam blog anda.
2. Sertakan link blogger yang memberi award ini.
3. Pass kepada berapa orang sahaja yang anda mahu.
4. Pastikan anda maklumkan kepada penerima award yang anda memberi award ini kepada mereka.
5. Maklumkan juga kepada pemberi award setelah anda selesai meletakkan award ini di blog kamu.

dengan ini,akanku beri award ni kepada semua followerku.hehe.terima kasih sebab sudi menjadi follower walaupun blogku ni tidaklah indah dan hebat seperti orang lain.


award terakhir yang aku terima didatangkan oleh seorang blogger yang bernama eazy.huhu.dia ialah seorang blogger yang mempunyai banyak award.sila rekomen kepada beliau sekiranya mahu award.ngee~ ;pp

Before you got this award, have 3 rules to do..hiks :

1) Copy paste Award ini di blog anda setelah mendapatnya dan buat entry as if it is a grammy award, hehe =P

2) Berikan 5 sebab yg munasabah mengapa, kenapa, why.. anda memilih blog ini sebagai blog ikutan anda.. Lebih kurang, apa yang membuatkan anda jatuh hati pada blog ini, hehe, geetu~ Pastikan 5 tau!! Di larang sama sekali kurang, lebih takpe..=P

-->cerita yang menarik
-->jalan cerita yang lebih tersusun
-->blog beliau yang sangat hebat
-->post entry yang pendek tapi isi yang panjang lebar.faham ke?haha
-->akhir kata,blog itu sangat best! :))

Sunday, May 17, 2009

kehilangan


Assalamualaikum wahai semua pengunjung blogku!haish.dah lama aku tak jenguk dan edit mana-mana yang patut.kesibukan melanda diriku.nampak gambar itu?itu menunjukkan bahawa aku tengah stres!huhu.yela sangat.almaklumlah sekarang musim peperiksaan tak kira la budak sekolah ataupun pelajar universiti.terpaksa la juga aku menelaah subjek-subjek SPMku itu.kadang-kadang tak ada semangat nak belajar tapi kena paksa diri juga.ada cikgu kata bahawa setiap institusi pengajian akan tengok keputusan peperiksaan pertengahan tahun.konklusinya,aku kena study hard!haha.dan....yang penting,aku hanya akan update blog ni apabila aku ada masa seperti hari minggu.waktu persekolahan yang biasa,aku hanya sempat usya sedikit cerita daripada blog-blog yang telah aku ikuti.hehe.doakan aku ye? :))

p/s : sila nantikan sesuatu untuk anda-anda semua.tutttt... ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...