Thursday, May 28, 2009

kembali

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda-anda yang sedang membaca post entry ni.pada mulanya inginku ucapkan beribu-ribu ampun kepada anda semua kerana sangat sibuk dengan minggu peperiksaanku.huhu.alhamdulillah berjaya sudah aku habiskan kesemua kertas-kertas tersebut.jejak sahaja keluar dari sekolah,hati aku cukup berbunga-bunga la.tak boleh nak gambarkan.sangat excited! x))

af sudahpun habis (tak layan pun sebenarnya) kini bahang spm pula tiba.haish.tak sabar betul spm habis.trial pun belum apatah lagi spm,kan??hehe.exam dah pun berlalu dan musim cuti sekolah pula menjelma!waaa..saat yang aku tunggu ni.malah kelas tambahan pun menungguku.huhu.masa cuti ni pun ada kelas rupanya.baru nak enjoy sakan ;p tak apa.aku hanya tunggu bulan 6 tiba.kenapa?tunggu....akanku update apabila tiba masanya.ceh!hahaha.sabar ye.tapi yang penting semuanya akan berjalan dengan lancar.

sejak sudah beberapa hari aku tinggalkan blog aku ni,banyak pula cerita yang ingin aku kongsi bersama anda sekalian.bila nak exam je,mesti aku tension.nak tahu sebab apa?kerana ada la segelintir manusia yang memang sikapnya yang suka tiru.terang-terangan tu.siap boleh tanya aku lagi.tapi aku tak nak berkomplot.nak dapat markah lebih,pandai-pandai la belajar sendiri.takkan nak harapkan orang lain sahaja?tuhan dah ciptakan akal fikiran untuk berfikir.tapi apa gunanya kalau ada akal tapi tak nak berfikir?kalau tanya aku pun,tak semestinya jawapan yang aku bagi tu betul ke salah.banyak ragam betul mereka ni.

tapi...yang aku suka apabila sudah selesai menjawab kertas soalan,aku akan pandang ke luar tingkap.aku akan termenung di situ sampai la waktu untuk menjawab tamat.kadang-kadang sampai tersenyum sendiri.takut juga aku kalau cikgu nampak dan cakap aku orang gila.ngee~ :)) untuk makluman anda semua,sudah menjadi adat kalau huruf z akan berada di belakang dan semestinya tepi tingkap,kan?itu sahaja la aktiviti aku.aku hanya suka melihat telatah budak-budak sebelah blok bangunan aku.apabila waktu rehat,aku perhati ada la dua orang manusia ni sering ke surau untuk melakukan solat.kemudian,mereka akan sambung mengulangkaji pelajaran sebelum masuk ke kelas.sudah dikatakan setiap hari mereka ke situ.solat pun berjemaah.wahai pembaca sekalian,jangan anda katakan bahawa aku ni suka jaga tepi kain orang.tapi aku suka untuk mengetahui sesuatu perkara.lagi pun,aku hanya melihat perkara yang baik.bukan sebaliknya.

ops!sebelum terlupa.pada bulan ni,baru 3 entry sahaja yang baru aku buat.selalunya tak ada la sampai macam ni.tapi tak boleh nak buat macam mana la kan.belum spm lagi.kalau spm,sudah tentu aku away selama sebulan untuk fokus untuk spm.hurm..tapi tak apa.aku akan rajin-rajinkan diri untuk update selepas ni.itu sahaja.semoga bertemu lagi.maaf kalau panjang sangat entry ni :)

p/s:esok merupakan hari guru di sekolahku.yes!

4 comments:

Blog Eazy Izzuddin said...

selamat kembali...
xD

Zahirah said...

huhu
thanx eazy~ :)

sweetz said...

bst gle ari guru...hahha

Zahirah said...

haha
betul~~
aku nak update la ni
ceh!
hahaha :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...