Tuesday, February 28, 2012

Ice Blended

Assalamualaikum.


Trafik blog dah jatuh menjunam setelah 2 hari tak update. Sedih betul. Tapi still ada komen. Terharu sebentar :') Korang perasan tak semakin lama semakin banyak kedai-kedai yang menjual ice blended. Dahulu sangat famous dengan Coolblog.


*Coolblog*










See.. Banyak, kan? Semua orang dah boleh dapatkan ice blended di mana-mana je. Huuu.. Tapi tak pernahlah pula aku try. Almaklumlah, takut penyakit lama kembali menghantui. Agagaga~ Korang pernah try ke? Kalau tak ada dalam senarai, mailah bagitahu. Mana tahu satu hari nanti, terjumpa. Teringin pula nak beli. Hehehe.


Nota Kecil : Malam karang, insya Allah waktu untuk blogwalking :)

Saturday, February 25, 2012

Menangi Yes 4G

Assalamualaikum.


Korang teringin nak memenangi Yes 4G tak? Ekekeke. Grand Prize, kereta Yes 4G dan beberapa hadiah yang disediakan. Hadiah kedua dan ketiga, barangan Yes 4G. Dan 10 hadiah saguhati.


*Tekan untuk tumbesaran*
*Sambungan entri semalam yang INI.*


*Tekan untuk tumbesaran*
*Senarai hadiah*


Cara untuk menang? Sila lihat ini.


*Tekan untuk tumbesaran*


Korang boleh join dekat FACEBOOK ataupun di PROTON. Tawaran sehingga 27 Mac 2012. Ada masa lagi. Cepat! Cepat! :D


Maaf, agak pemalas ye nak taip panjang-panjang. Gambar dah memudahkan kerja aku. Hahaha.


Nota kecil : Tengah hari tadi aku pergi ke Karnival WOW, Putrajaya. Korang bila lagi? Ekekeke.

Friday, February 24, 2012

Jenama Kereta Pertama Menggunakan Internet 4G Di Malaysia | Proton

Assalamualaikum.


Sementara menunggu kehadiran bas maghrib semalam sebelum pulang ke rumah, bermulalah dialog antara aku dengan kawan aku dua orang ni. Kitorang sembang punya sembang, tiba-tiba masuk bab kereta. Kemudian dia pun cerita pasal ada 1 jenama kereta yang gunakan Internet, kira WIFI la kot. Boleh main game apa semua.




Siapa tak excited dengar cerita macam tu? Mula-mula ingatkan PERODUA. Tapi sangkaan pertama meleset. Selongkar punya selongkar bersama Encik Google, jumpalah PROTON. Semangat betul aku nak tahu pasal benda ni.


Ini dia, PROTON mempunyai Internet yang menggunakan YES 4G. Siapa sangka Universiti gua pun pakai YES 4G ni tau. Agagaga~ Serius, laju!




Kereta YES 4G ni sangat cantik kan? Menawan hati betul aku tengok. Haih. Teringin dah nak beli 1. Hoho.




Kalau kereta aku ada macam ni, syurgaaaaaaa~ Main game dalam ni je. Inilah yang aku dengan kawan aku bualkan semalam. Tak payah masuk dalam rumah. Mainlah game sampai ke pagi. Kereta bagaikan rumah kedua pula. Muahahaha.


Esok aku akan share dengan korang cara-cara untuk memenangi YES 4G dengan cara yang sangat senang sebagaimana ABC. Hahaha.


Nak tahu lebih lanjut mengenai entri ni? Cuba baca SINI.

Thursday, February 23, 2012

Kuat | Olympus TG-620 dan TG-820

Assalamualaikum.


Memandangkan kelas sampai ke petang, rajinkan diri untuk update blog yang tak berapa menarik ni. Huuuu.. Kenapa semakin hari semakin tak ada idea untuk blog? Alahai. Sedih je rasa. Minggu ni memang tak berapa nak pack sebab kelas pack start minggu depan tapi tu lah, kena study rajin-rajinlah lepas ni.


Ok, panjang melalut. Aku nak share dengan korang kamera Olympus yang baru. Tak tahulah korang tahu ke tak. Mungkin tak sehebat kamera lain, tapi mungkin ada yang berkemampuan bagi korang untuk beli.


Perkenalkan Olympus TG-620 dan TG-820.




Cantik tak? Cantik tak? Hahaha. Dah addicted dengan warna ni pula sekarang. Walaupun tak semegah nama kamera lain, tapi harga dia RM999 bagi TG-620 manakala RM1,299 bagi TG-820. Boleh didapati dalam 6 warna, pink, biru, hijau, hitam, perak, dan putih.


Nak tahu lebih lanjut? Meh baca dekat SINI.

Wednesday, February 22, 2012

Wordless Wednesday #10 | Curve



Nota Kecil : Dekat Google Homepage. Hahaha. Unik, tahu? :p

Tuesday, February 21, 2012

Kolam Air Panas

Assalamualaikum.


Orang lain sibuk menelaah dalam kelas. Aku pula sibuk melayan kerenah komputer dalam makmal. Hahaha. Sementara tunggu lecturer katanya. Haih. Kesempatan janganlah diabaikan. Karang merana blog tak diupdate. Huehue.


Hari Ahad lepas aku ada terbaca satu artikel mengenai air panas mujarab yang terdapat di Turki. Aku tak pasti sama ada artikel tu muka depan ke apa kan? Huhu. Tapi bila tengok, serius tergamam sebentar melihat keindahan alam semula jadi yang dicipta olehNya.




Inilah dia Kolam Air Panas yang berada di Sungai Menderes, Turki. Mungkin ada dalam kalangan korang yang dah tahu. Tapi tak apa, aku nak share juga. Ilmu tak baik kedekut. Siapa sangka kolam air panas boleh terbentuk seperti yang korang tengok tu? Cantik, bukan?




Kolam air panas yang sering dikatakan boleh mengubati pelbagai penyakit. Dah lama rasanya aku tak jejakkan kaki ke kolam air panas. Huuuu.. Teringin rasanya nak pergi sini. Tak salah kalau sesekali melawat negara orang untuk memerhati keindahan ciptaanNya.


Nak tahu lebih lanjut? Korang baca SINI.

Monday, February 20, 2012

Muzik Yang Bisu

Assalamualaikum.


Seharian aku tak update semalam. Sibuk packing katanya. Haih. Bila dah sampai kolej, jangan haraplah kan aku nak update. Malam tadi nak online, tapi Wifi sangat hampeh. Perkara biasa -.- Ni online pun guna Yes 4G yang menolong aku dikala susah. Huehue.


Aku nak kongsi dengan korang satu band atau kumpulan yang mempunyai rentak muzik yang sangat awesome! Serius, aku tak tipulah. Pertama kali aku tengok band ni dekat TV9 dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O. Band ni bukannya band nyanyi sepertimana yang korang tahu. Dia beraksi dengan menggunakan benda seperti pisau, tong sampah, kon dan lain-lain.


Pelik, bukan? Tapi bunyi yang dihasilkan dan juga gaya sangatlah menarik. Rentak sama ala-ala KPOP yang korang minat tu. Agagaga~ Jangan judge dulu ye anda semua. Cuba tengok video bawah ni. Serius, best! :D





Band ni namanya No Noise Percussion. Cuba korang tengok video dorang yang lain dekat Youtube. Menarik, tertarik gua cakap sama lu. 


Nota Kecil : Lambat nak tunggu kelas pukul 5. Mengantuk balik mata ni. Haih.

Saturday, February 18, 2012

Ciplak !

Assalamualaikum.


Nak tanya korang la kan, korang pernah tengok cerita Stairway To Heaven tak? Ala, drama korea tu. Cerita tu la antara cerita korea yang aku selalu layan zaman sekolah dulu-dulu. Sedih tak payah cakaplah, tangkap leleh aku tengok cerita tu sorang-sorang. Hahaha. Jangan ingat hati gua keras ye :p


*Google*
*Sweet ok mereka ni. Aku sangat stress bila ada konflik*


Tapi.... cerita tu dah diciplak. Serius, aku baru tahu. Sewaktu cuti semester ni masih berjalan, aku bosan dan terus melayan cerita-cerita di tv pada waktu pagi sambil jaga anak buah. Bila tengah usya cerita dekat INFO Astro tu, ternampaklah tajuk Stairway To Heaven. Dalam hati excited bukan main tapi bila dah buka, "Eh, asal Filipina pula ni?". Tettttt.. Kes tutup! Hahaha.




Inilah aku cakap tu. Versi Filipina. Aku mula-mula layan macam tak tahu apa-apa. Bila dah makin melayan, baru perasan sama macam jalan cerita drama korea. Ciplak eh? Hoho. Tapi hero dengan heroin dia comel ok! :D


Haaa.. Untuk pengetahuan korang, kalau nak tengok cerita dekat atas ni boleh rajin-rajinkan diri tekan remote tv ke :

  • TV3 (Filipina) : 9.30 - 10.30 pagi
  • NTV7 (Korea) : 12 - 1 tengah hari
*setiap hari iaitu Isnin - Khamis kecuali Jumaat, Sabtu dan Ahad


Eh, terpromote pula. Maaf. Hahaha. Tapi dengar kata cerita TV3 pukul 7 petang setiap Isnin - Khamis tu ciplak Korea juga. Oh, gimana tu ye? Huehue.


Nota Kecil : Cuba buat versi sendiri. Tak tiru orang lain. Apa kata anda? Mahu jadi diri sendiri atau orang lain? Hehe.

Friday, February 17, 2012

Tabiat yang hebat

Assalamualaikum.


Menghitung hari demi hari, jam demi jam, minit demi minit dan saat demi saat. Hoi. Lusa aku kena pulang ke UPM la. Barang tak pack lagi. Malas la -.- Esoklah jawabnya. Malam karang nak layan movie lagi. Agaga~ :p


Haaa.. sejak beberapa hari ni aku dah buang tabiat yang tak berapa nak betul. Dah nak hampir 2 minggu. Nak tahu apa? Ini diaaaa..




Mengumpul komen sebanyak 100 untuk 11 entri tanpa dipublishkan lagi. Oh, itu sangat gila ye. Aku tahu korang punya entri kalau 1 entri je dah boleh dapat berpuluh-puluh komen. Tapi aku tetap bersyukur sebab ada yang masih prihatin sudi datang baca entri-entri dekat blog aku dan komen. Terima kasih banyak-banyak ye :'D


Dan ini pula friend request di Facebook.




Ada di antara korang dalam senarai? Haha. Seramai 40 orang tapi ada yang aku hidekan. Nak accept ke tak eh? Aku macam nak letak Friend List tu ada kawan je tapi macam pilih bulu la pula kan. Tapi aku takut juga kalau ada yang nak stalk aku ke kan? Erk. Fikir apa la aku ni -.- Tak apa, nanti aku accept semua :D


Apabila bosan, marilah kita komen status blogger yang famous. Agagaga~





Itulah dia komen yang tak bernas dari aku. Hahahaha. Opssss.. Macam terpublickan pula nama Facebook aku dekat sini.


Nota Kecil : Ada juga eh blogger yang main unfollow blog. Kesian blog aku ni. Sedih je tengok nombor tu. Kejap naik, kejap turun. Huuuu..

Thursday, February 16, 2012

Nikon 1 | I AM A MOTION HERO

Assalamualaikum.


Hari ni aku sangat teruja sebab nak bagitahu korang produk terbaru dari Nikon. Selalu kalau orang pergi Nikon je, mesti nak cari DSLR. Hati memberontak ok bila dapat sentuh DSLR. Produk terbaru, D800. Tapi mahal. Maka, aku selalu dapat cuci mata tengok COOLPIX je. Selalu sangat pergi ambil brochure tengok produk terbaru. Jangan tak tahu. Kamera pun ada yang touch screen ok. Huehue.




Nikon 1 ni ada 2 jenis, J1 dengan V1. Kalau sesiapa yang pernah baca Zuan punya entri, tu V1. Mula-mula baru tahu, excited bukan main sebab hebat betul! Ok ok. Aku faham perasaan korang. Apa entah V1 dengan J1 tu. Meh aku bagitahu.


Sebelum tu, aku bagitahu sikit pasal Nikon 1. Kalau tak, korang menganga tak tahu apa keistimewaan Nikon 1 ni. Ia jenis yang cepat dan mudah alih. Siapa sangka, kamera ni boleh shoot 60 gambar untuk sekali tekan? Bukan tu je, Nikon 1 mampu untuk memainkan rakaman tanpa menekan butang shutter . Tapi lepas tekan, korang akan dapat tengok gambar-gambar yang sangat cantik. Tak seperti yang korang sangka.


Nikon 1 V1 : I AM CHANGING EVERYTHING






  • 2 warna pilihan : Hitam dan Putih.
  • Price :
         --> RSP RM 2,858 (with 10-30mm kit)
         --> RSP RM 3,058 (with 10mm kit)
         --> RSP RM 3,258 (with 10mm, 10-30mm kit)
         --> RSP RM 3,458 (with 10-30mm, 30-110mm kit)


Nikon 1 J1 : I AM YOUR SMART PARTNER















  •  5 warna pilihan : Hitam, Putih, Kelabu, Merah, dan Pink.
  • Price : 

        --> RSP RM 1,998 (with 10-30mm kit)
        --> RSP RM 2,258 (with 10mm kit)
        --> RSP RM 2,458 (with 10mm, 10-30mm kit)
        --> RSP RM 2,558 (with 10-30mm, 30-110mm kit)*      
 *RSP RM 2,658 for Pink kit set


Ciri-ciri utama :

  • Super high-speed AFCMOS sensor
  • Motion Snapshot (New Function) --> The movie will play in slow motion which is 2.5 x to an original BGM
  • Fastest AF x Most Focus Points in the World

Ciri-ciri lain :

  • Smart Photo Selector (New Function) --> Automatically take total 20 shots and select the most spectacular shot.
  • World's fastest continuous shooting, Max.10fps in AF-A mode / Max.60fps in AF-S mode
  • Active D-Lighting
  • Picture Control
  • Full HD Movie
  • Slow Motion Movie
  • Simple Operability
  • Scene Auto Selector
  • High-resolution, high-contrast electronic viewfinder
  • LCD monitor with crystal clear resolution
  • A super-silent, electronic shutter
  • High performance dust reduction

Spesifikasi dia sangat banyak. Kalau aku taip sini, memang panjang la jawabnya. Nak tahu? Tekan SINI.


Nak tahu lagi mengenai Nikon 1? Mai tekan SINI.


Nota Kecil : Aku berkenan dengan Nikon 1 J1 yang warna merah. Ekekeke. Comel~ Nikon 1 V1 mahal. Agagaga~ :p

Wednesday, February 15, 2012

Masa Sepantas Kilat

Assalamualaikum.


Wahai golongan IPTA, korang tak terasa ke masa cepat sangat berlalu? Aku dah tensi apabila memikirkan hanya beberapa hari je lagi aku duduk dekat rumah ni. Wuuuuu.. Sadis! Tak terasa macam SEBULAN cuti pun dah kena belajar balik. Haih.


*Google*


Betullah kata orang, kita tak pernah puas dengan apa yang ada. Kalau setahun cuti, memang tak payah nak belajarlah kan. Oh, tiba-tiba marah diri sendiri. Huhu. Nasib baik aku dah beli semua keperluan sebelum sambung belajar.


Disebabkan itulah, aku masih marathon untuk download semua movie yang latest-latest dan marathon pula untuk tengok kesemuanya. Kalau tak sempat, layan dekat U je la jawabnya. Kalau tak sempat juga, nasiblah. Huehue.


*Google*


Anda STRESS memikirkan kenaikan semester baru? Sebab anda masih lagi kena buat assignment, exam, kuiz dan sebagainya. Mari kita hilangkan stress dengan INI. Hahaha. Beli hari Ahad hari tu, tak habis lagi :D


Akhir sekali, aku nak nasihatkan dengan korang dan juga diri sendiri, marilah jalankan tanggungjawab sebagai seorang PELAJAR ye. Result yang lepas ni pun tak berapa hebat, insya Allah seterusnya boleh dapat DEKAN? Eh, siapa tahu kan? Gembira tak terhingga ibu bapa nanti. Hehe. Sekian.

Tuesday, February 14, 2012

Google | Video Pendek

Assalamualaikum.


Korang perasan tak dengan Google Page hari ni? Jangan korang cakap tak perasan sudahlah. Nampak sangat korang sibuk layan Facebook dengan Blogger je memanjang. Wakakaka.


Cuba tengok ni.




Dia akan keluar macam ni kan bila buka Homepage Google. Cuba korang tekan tengah tu untuk Play. Serius, comel je video tu. Aku tahu video ni bersempena Valentine's Day. Tapi tak perlulah korang sambut eh. Katakan "Tak Nak". Huehue.


Kalau ngada sangat nak sambut dengan kekasih, korang nikah je terus. Tiap-tiap hari boleh sambut bersama pasangan. Tak ke itu satu berita gembira? Maka, fikir-fikirkanlah :)

Monday, February 13, 2012

Aplikasi Facebook

Assalamualaikum.


Hati banyak gembira hari ni sebab dah berjaya daftarkan kursus. Jumaat adalah waktu holiday sebab tak ada kelas. Huehue. Rabu kelas pagi je. Walaupun result tetap tak muncul, hati kena pura-pura gembira juga meskipun hanya tahu pointer je -.-


Haaa.. Ni nak tanya korang ni. Korang suka ke main application yang ada dalam Facebook tu? Aku jarang sangat sentuh application-application tu. Kalau ada pun, kuih raya ke? Birthday card ke? Kadang-kadang ada application yang meramal bakal anak lelaki ke perempuan. Siapa bakal suami la apa la. Tak ke korang percaya benda tu, dikira syirik? Aku peliklah. Aku ignore semua yang hantar dekat aku tu.


Contohnya ni..




Macam tak logik. Mana dia tahu? Tukang tilik eh? Lagipun, bahasa Indonesia. Apa yang penting, percaya kepada takdir. Kalau betul jodoh dah sampai, teruskan ikatan pernikahan. Kalau belum, redha je.


Nota Kecil : Jangan percaya perkara yang tidak dikenal pasti kebenarannya.

Sunday, February 12, 2012

Matematik | Senang ke susah?

Assalamualaikum.


Ehem ehem. Nak tanya korang ni. Berdasarkan tajuk entri aku ni, korang rasa MATEMATIK tu senang ke susah sebenarnya? Tettttttt.. Aku tahu mesti korang cakap MATEMATIK tu susah, kan? Hahaha. Masa aku belajar dulu-dulu kala dari tadika di mana kita belajar 1+1 = 2 sehinggalah berjaya ke tahap MATEMATIK KEJURUTERAAN di mana ianya semakin sukar untuk dipelajari. Tapiiii.. tak ada benda yang mustahil di dunia ni.


Tak percaya? Jom usyaaaaaaaaa..


*Tekan untuk tumbesaran yang nyata*
*Kalau tak berjaya juga, tekan Ctrl dan + dengan serentak*


Haaa.. Percaya tak sekarang? Hahaha. Aku baru tahu pasal formula ni. Cuba korang tanya soalan dekat kawan-kawan korang. Mesti dorang terkial-kial. Nak cari kalkulator la apa semua. Hehe. Taktik jahat :p

Saturday, February 11, 2012

Undang-undang memang tak adil !

Assalamualaikum.


Haa.. Nampak tak tajuk aku yang macam bengang semacam? Hahaha. Maaf, tapi betul apa. Kadang-kadang orang sanggup buat apa sahaja, kan? Nak rasuah situ, rasuah sini. Ingat rezeki yang dia dapat tu halal dan dijamin sangat. Kalau dekat dunia ni, bolehlah. Akhirat? Sendiri jawab.


Ni haaa.. yang aku tak puas hati tu.


*Tekan untuk tumbesaran yang jelas*


Macam mana lah benda macam ni boleh berlaku? Orang yang bunuh ramai orang tu punya denda bukan main sikit tapi orang yang langsung tak bersalah didenda dengan banyak sekali. Memang sikap pilih bulu betul. Kalau aku orang kuat, memang dah kena dah orang-orang macam ni. Ok, agak over di situ. Maaf -.-


Nota Kecil : Kesian owner Megaupload tu. Sekarang Filesonic jadi mangsa. Takut nanti Mediafire pula. Nanti kalau Mediafire dah lingkup, tak indah dah kehidupan aku. Kena pergi panggung wayang jugalah jawabnya.

Friday, February 10, 2012

Pecinta Kek Yang Sejati | Awesome !

Assalamualaikum.


Korang ni pecinta kek yang sejati ke? Hahaha. Tapi apa yang awesome sangat dengan tajuk aku tu? Nak tahu? Haaa.. Korang percaya tak kalau aku cakap bakery negara kita tak setanding dengan negara luar? For sure korang percaya punya la kan. Tapi aku bukan nak kritik negara sendiri. Malah, aku pun bukannya reti macam mereka pun. I admit it.




Korang pernah tengok tv show CAKE BOSS tak? Saluran Astro TLC. Serius, best gua cakap sama lu. Decorate kek dia sangatlahhhhhhhhh AWESOME! Aku sendiri terpegun cara dia buat kek tu. Ni pun secara tak sengaja tengok sebab abang aku suka sangat layan tv show masak-masak padahal dia sendiri tak reti masak. Huehue.


Dah. Jom layan segelintir kek yang sangat awesome dari CAKE BOSS !


*Kereta yang superb!* 

*Candy yang terlalu comel* 

*Dapur barangkali. Huehue. Tapi sangat real kot* 

*Transformers. Kau mampu?!* 

*Siap ada tangga tu tak menahan. Cantik!* 

*Kapal terbang yang comel :)* 

*Bandar New York* 

*Polkadot. I likeee!* 

*Khas untuk budak-budak kecik yang gemarkan gula-gula. Hehe* 

*Menara condong. Sweet gitu~ Muehehe* 

*Jutawan baru ^__^* 

*Kek epal. Aku tengok dalam tv serius cantik sangat*


Haaa.. Apa pendapat korang? Awesome tak? Hahahaha. Mungkin ada yang sangat kagum sampai tak sanggup nak makan, kan? Tak nak makan, jangan lupa bagi aku. Agagaga~ Aku cuba cari kek yang ada barangan wanita seperti gincu apa semua tapi tak jumpa pula :( Baru nak tunjuk dengan korang betapa uniknya kek tu.


Nota Kecil : Kalau nak usya ke nak tempah ke apa, korang pergi SINI. Aku teringin juga nak kek birthday sendiri macam tu tapi macam mahal je. Tak mampu eden ni haaa..

Thursday, February 9, 2012

Pupel Liyana Mega Giveaway

Assalamualaikum.


Sementelah sekian lama tak join giveaway bagai, kali ni saja rajinkan diri nak join pula kan. Semuanya gara-gara kena tag dengan AinaAiey. Ekeke. Tapi korang mai la join juga. Serius, tak rugi.


*Tekan gambar untuk terbang ke sana*


Senarai SPONSOR untuk giveaway pada kali ni adalah...jeng.. jeng.. jeng..



Banyakkan? Haaa.. Tunggu apa lagi? Marilah memeriahkan giveaway ni. Kepada kaum lelaki, jangan risau. Kalau korang dapat barangan wanita, korang boleh sedekah dekat kawan ke adik ke kan? Dapat juga pahala. Kalau header, topup ke apa yang tak memilih kasih terhadap jantina korang, itulah dikatakan TUAH korang :)


Nota Kecil : Aku layan giveaway bila kena tag je. Huehue.

Wednesday, February 8, 2012

Wordless Wednesday #9 | Cari Benda Yang Tersembunyi



Nampak tak? Hahahaha. Kalau berjaya, cuba bagitahu dekat komen. Muehehe.


Nota Kecil : Esok result keluar! Haih. Ramai yang dah tahu, aku yang ketinggalan. Terpaksa juga tahu pada keesokan hari. Doakan yang terbaik untuk aku ye. Nervous -.-

Sunday, February 5, 2012

Menu Petang | ROTESU

Assalamualaikum.


Mai mai tengok menu petang aku hari ni. Sepatutnya aku nak buat malam tadi tapi malas pula. Tu yang petang ni terasa kempunan nak makan. Gigihkan diri ke dapur. Buat ROTESU ye kawan-kawan aka ROti TElur SUsu. Wakakaka. Nama nak gempak. Maaf. Aku memang suka ubah-ubah nama. Hoho.


ROTESU


Sebenarnya aku dah lama tak buat. Aku belajar ni pun dari kawan aku masa zaman awal sekolah menengah. Aku selalu lepak-lepak rumah dia. Sekali dia masak makanan ni. Aku tanya, sedap ke letak susu? Dia kata sedap. Aku pun try la. Manis bebeh. Haha. Lagi sedap dari roti telur :p


Yelah kan. Roti telur korang hanya salutkan roti dengan telur tapi ROTESU ni cuma tambah lagi dengan susu manis je. Tapi jangan kau letak susu tepung ataupun susu cair sudah. Karang jadi lain, aku tak tanggung. Hahaha. Lupa, aku tak guna minyak tapi guna mentega :D




Kalau korang dah try masak ni, cuba bagitahu aku sedap ke tak. Aku buat banyak sikit sebab roti jarang dihabiskan melainkan akulah HANTU ROTI. Hahaha. SELAMAT MENCUBA! :)


Nota Kecil : Susu manis tu ikut citarasa korang nak manis macam mana ye. Roti tu aku belah 4 bagi senang nak makan. Mudah je kan? Hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...