Assalamualaikum.
Hati banyak gembira hari ni sebab dah berjaya daftarkan kursus. Jumaat adalah waktu holiday sebab tak ada kelas. Huehue. Rabu kelas pagi je. Walaupun result tetap tak muncul, hati kena pura-pura gembira juga meskipun hanya tahu pointer je -.-
Haaa.. Ni nak tanya korang ni. Korang suka ke main application yang ada dalam Facebook tu? Aku jarang sangat sentuh application-application tu. Kalau ada pun, kuih raya ke? Birthday card ke? Kadang-kadang ada application yang meramal bakal anak lelaki ke perempuan. Siapa bakal suami la apa la. Tak ke korang percaya benda tu, dikira syirik? Aku peliklah. Aku ignore semua yang hantar dekat aku tu.
Contohnya ni..
Macam tak logik. Mana dia tahu? Tukang tilik eh? Lagipun, bahasa Indonesia. Apa yang penting, percaya kepada takdir. Kalau betul jodoh dah sampai, teruskan ikatan pernikahan. Kalau belum, redha je.
Nota Kecil : Jangan percaya perkara yang tidak dikenal pasti kebenarannya.
.jpg)