Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday #6




Nota Kecil : Bila bosan duduk dalam lab, layan radio online. Korang? Haha

Tuesday, November 29, 2011

Gua sudah, lu orang bila lagi?

Assalamualaikum dan selamat petang semua. Hujan tak eh tempat korang? Kalau dah tahu hujan tu, jangan lupa bawa payung pula. Karang sakit, susah pula. Sendiri mau tanggunglah kan. Huhu. Gua tak ada idea cuma gua nak cakap gua ada layan cerita Twilight Ahad lepas. Serius, best! Cuma gua tak puas hati sebab gua kena tunggu lagi sambungan cerita dia.




Ada lagi yang gua tak puas hati. Orang sebelah gua over kau. Mulut dia berbunyi macam dia sorang je yang layan movie tu. Aduhai. Gua yang baru nak feeling-feeling terpaksa downkan kejap mood tu. Layan punya layan, orang belakang pula ada yang tarik kerusi gua, tendang-tendang kerusi gua. Memang tak ada adab betul. Memang spoilkan mood gua je. Tapi gua tetap kena bajet cool walaupun sakit hati kejap. Hoho.


Nota Kecil : Overall, 4 bintang. Huehue.

Sunday, November 27, 2011

YES ! :D

Assalamualaikum dan selamat pagi. Salam Maal Hijrah kepada semua :) Amacam hari minggu anda? Seronok? Hehe. Ada ke yang bercadang nak tengok cerita Twilight? Jom wehhhhh.. Hoho. Hari minggu korang for sure akan bosan kalau korang terperap je dekat rumah tu. Dah alang-alang cuti, keluarlah dengan kawan-kawan ke keluarga ke, tak adalah korang nampak agak murung. Sekurang-kurangnya adalah juga aktiviti.


Highlight sikit. Bermula 15 November 2011 - 1 Januari 2012.

Haaaa.. Kepada kaum hawa, korang ada satu berita baik. Memandangkan gaji memang dah masuk, apa lagi serbulah pusat membeli-belah. Bila dah nak hujung tahun, benda ni selalu berlaku punyalah. Kaum hawa memang suka shopping waktu-waktu macam ni. Jangan nak nafikan pula ye. Hehe. Korang nak barangan berjenama tetapi dengan harga yang murah? Inilah caranya.



Year End Sale (YES) bukannya YES 4G -.-


Serius, banyak sangat dah potongan harga. Semalam aku pergi jalan-jalan, kebanyakan kedai ada potongan 50% sehingga 70%. Tak rugi wa cakap sama lu. Aku kebaslah juga sepasang kasut memandangkan kasut aku dah nazak sangat dah. Aku pun dah rambang mata tengok. Hakikatnya, kedai memang sangat sesak sebab dikerumuni oleh para wanita je. Sang suami dan juga pakwe penat menunggu dengan penuh tekunnya melihat mereka ni bersungguh-sungguh mencari barang. Ok, ayat sangat tak boleh blah -.- Haha.




Wanita kalau nampak sale ni, serius sangat excited. Cuba korang wahai lelaki tanyalah kakak ke mak ke isteri ke makwe ke sesiapa sahajalah yang berjantina perempuan, mesti mereka sangat SUKAAAAAA.. sale-sale ni. Huuuu.. Ini bukan menghasut ye. Sekeh juga kalau korang cakap macam tu. Hoho. Wahai lelaki, sila jangan bersedih. Anda pun boleh shopping juga. Sila-sila. Sementara peluang masih ada ni. Hehe.


Sekian.


[Autopublish]

Friday, November 25, 2011

888 Itu Manyak Ong Maaa~

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Ehem ehem. Hari ni merupakan hari Jumaat dan hari ni jugalah ramai yang berpusu-pusu untuk pulang ke rumah. Alahai. Gua pun nak balik juga cuma gua masih berfikir gua nak balik petang ke esok je. Haih. Pagi esok gua nak pergi main bowling. Haruslah gua balik kolej hampir 3 petang atau 3 lebih. Nantilah gua fikir.


Entri aku pendek je ni memandangkan kejap lagi ada kelas tutorial. Huhu. Apa-apa pun, terima kasih banyak-banyak kepada follower gua yang ke-888. Anda memang sangat hebat!




Tapi yang sedihnya, beliau tak nak pamerkan URL blog. Haih. Kesian gua. baru nak pergi terjah-menerjah semalam. Huuuu..


Nota Kecil : Selamat berhujung minggu semua! Mari tengok cerita Twilight nak? Haha

Thursday, November 24, 2011

Ini Gua Punya Suka Laaa~

Assalamualaikum. Gua nak tanya ni. Eh, ni bukannya GUA[dot]com[dot]my tu ye dan bukan juga gua-gua di Malaysia. Tetapi kata ganti nama. "GUA" tu memang khas untuk lelaki eh? Kalau perempuan pakai, nampak macam ala-ala rock gitu la ye? Gua pun dah terikut dengan ayat ni, "Rileks bro". Haha. Tapi janganlah kau kasar sangat. Tak pasal-pasal orang lain labelkan kau khususnya para wanita sebagai "tomboy". Haaa.. Tak pasal-pasal je.



Siapa cakap pakai kata ganti nama "gua" tu tak boleh untuk gadis-gadis cilik?


Semalam gua buat entri pasal MALU ni kan? Serius, hari ni pun gua bertambah malu. Gua habis lab C++ pagi tadi, terserempaklah dengan seorang kawan gua. Gua jerit nama dia tapi dia tak toleh pun. Kawan dia yang depan pandang belakang. Puas gua fikir balik asal dia tak pandang gua. Rupa-rupanya gua tersalah panggil nama dia. Nama dia "Sika" tapi gua panggil "Sita". Sita tu nama coursemate gua. Walawehhh.. Gua salah nama sudah. Tu la, korang punya nama dekat sangat. Haih.


Gua punya identiti pun dah terbongkar. Coursemate gua dah tahu especially perempuan la kan. Gua memang selalu lepak dengan makmal bila gua tak ada kelas. Ada yang tanya gua pasal URL gua tapi perlu ke gua bagitahu? Tak perlu -.- Haha.


Nota Kecil : Gua masih tak ada idea untuk update blog gua. Lu orang ada idea tak?

Wednesday, November 23, 2011

Malu I Nyahhh~

Assalamualaikum semua. Hehe. Memandangkan semalam aku dah pun buat entri mengenai review, takkanlah hari ni pun nak lebih kurang je kan? Aku tahu sekarang ni ramai pula yang buat segmen bagai tapi bosan pula blog aku bila entri semua nak berterusan dengan semua tu. Huhu.




So, meh aku cerita. Semalam semasa blogwalking, memang hampeh kejap. Tengah syok-syok dengar video orang lafaz akad nikah, tiba-tiba orang sekeliling mencari gerangan siapakah yang duk sibuk-sibuk cakap,"Aku nikahkan dikau....." Hahaha. Malu aku. Bukan aku yang cakap, video tu haaaa.. Aku tak salah. Hoho. Kalau korang nak tahu video tu, meh tekan SINI.


Aku suka jadi silent reader blog dia. Sempoi je bahasa dia. Nak belajar bahasa sarawak dengan dia pun boleh maaaa.. Pasal craft bagai, sila-sila. Aku dulu addict dengan craft bermula dari dia la. See.. Nampak kan dia memberi pengaruh. Haha. 


Akhir sekali, cuba korang baca entri INI. Serius, best! Ada benar entri dia ni. Tapi aku dah tahu ending dulu dah sebelum habis membaca. Lu fikir sendirilah kan bila dah habis baca. Lalala~

Tuesday, November 22, 2011

Tatkala Kekeringan Idea !

Assalamualaikum dan selamat tengah hari. Disebabkan gua tengah kering idea sangat ni, gua nak join je la review blog yang dianjurkan oleh Encik Ujang. Kelas gua pukul 5 petang karang. Bosan amat bila kau ada 4 jam je lagi tapi tak ada benda nak buat. Salah satunya, marilah kita update blog. Haha.




Inilah dia header gua yang tak seberapa. Tak berjaya lagi nak edit bagai. Ada sesiapa volunteer nak sponsor? Hoho. Padahal memang tak ada pun yang nak sponsor -.-


Gua tak maulah main kutuk-kutuk blog orang. Blog gua pun tak tentu disukai ramai. Ngaaa~


Sekian.

Monday, November 21, 2011

Pelupanya aku !

Assalamualaikum dan selamat pagi. Haih. Pagi-pagi aku dah jadi nyanyuk kejap. Semua gara-gara tak take note pun bahawa kelas pagi ni cancel. Susah-susah je aku bangun awal-awal pagi semata-mata nak balik kolej dan hadiri kelas ECA. Rupa-rupanya, sia-sia je usaha aku. Kalau aku tahu, aku balik esok pagi je kot. Ngaaaa~ Tension gua.





Penat lelah aku berlari masuk ke bilik dengan meletakkan kesemua barang dan berjalan secepat mungkin untuk ke kelas. Tapi bila sampai je dewan kuliah, hati aku berbisik "Kenapa budak-budak kelas aku macam tak ada je ni?" Hahaha. Lupa sudah. Tu la, bajet ingat sangat ada kelas hari ni. Sempat je kalau nak balik kolej tapi pak guard dah nampak aku tadi. Haha. Malu aku karang. Dah alang-alang, lepak dulu la dekat makmal. Update blog dulu baru best.


Kalau dekat bilik, jangan haraplah kan aku nak dapat line Wifi. Huuuu.. Sadis.. Apa-apa pun, sila jangan contohi aku ye. Haha. Jangan nak bajet hebat sangat dengan tak alert tak ada kelas. Haih.

Sunday, November 20, 2011

Aktiviti Hujung Minggu Lepas !

Assalamualaikum dan selamat petang. Ehem ehem. Entri dah berkurun lamanya tapi baru nak update. Ekeke. Rileks. Chill babe! :D Gua tarak idea nak update blog ni. Dah alang-alang gua jalan-jalan hujung minggu lepas, haruslah gua update blog gua yang semakin kurang kunjungan ni. Agak sadis di situ ye.


Sabtu lepas, haruslah merajinkan diri ke panggung wayang untuk merilekskan diri gua yang semakin sibuk dengan assignment tu, assignment ni tapi gua sempat pula kan berseronok di luar. Wah, nampak macam tak ada kerja kan. Dah gua siapkan dulu kesemua tu, memang gua seronok sakan la kan. Gua pergi layan cerita "Shark Night". Versi 3D.




Sebenarnya gua tak layan aksi yang seram macam ni. Putus tangan la apa la. Tapi bajet cool juga nak tengok cerita ni sebab cerita lain semua petang dan malam. Dalam bajet cool tu jugalah tangan yang memegang popcorn dinaikkan ke atas supaya muka gua terlindung. Hahaha. Apa-apa pun, gua nak cakap boleh tahan la cerita ni.


Keesokannya pada hari Ahad, gua bertolak ke Istana Budaya untuk menonton Teater "Badai Semalam". Hehe. Jangan terkejut. Gua memang minat teater. Lagi-lagi bila diberikan peluang untuk lihat sendiri teater yang dilakonkan oleh pelakon tanah air kita sendiri kan. Lagi la gua rasa excited.




Gua punya tiket no 31 tu. Sebelah tu roomate gua. Sebenarnya gua join under kelab gua. Kelab PENTAS dekat U gua. Gua saja-saja je cuba sesuatu yang baru. Hehe.




See.. Kan betul gua pergi sana. Ni haaa antara nama barisan pelakon-pelakon yang menjayakan teater tersebut.




Disebabkan malas sangat nak masukkan banyak-banyak gambar, so gambar tuan blog harus ada ye. Huhu.




 Gua nampak kecik tapi gua nampak tinggi. Haha. Trick betul gambar ni.


Akhir sekali....




Comel tak? Roomate gua bagi. Gua punya Smurf tu je. Lain-lain roomate gua yang lain punya. Hehe. Gua dapat shawl pashmina warna kelabu sekali. Tapi tak dipakai pun lagi. Entah bila nak pakai pun gua tak tahu.


Done. Entri gua panjang betul kali ni. Haha. Tahniah la sebab dah berjaya habiskan entri ni. ^_^v


Nota kecil : Gua malas nak letak gambar gua yang lain. Biar kecik, orang lain tak payah nak usya. Hoho

BELOGLIST AIN DZAYA | Earning Nuffnang Ain Dzaya untuk SAYA!

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Saja je nak join bloglist ni gara-gara kena tag oleh Kak Fara setelah penat taip-menaip jurnal English. Thanks kak. Hehe. Jom wehhh.. Tak rugi wa cakap sama lu. Lu yang rugi sebab tak join. Haha. Lebih kurang je ayat :p Tekan je banner bawah ni kalau nak join.





Blog dia sangat comel dan berwarna-warni. Tak percaya? Sila lihat SINI.


Tag :



Nota kecil : Nak join? Sila-sila. Tak kira usia dan jantina ye anak-anak. Hoho.

Saturday, November 19, 2011

Posto posto..

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Entri pendek hari ni setelah berjaya kembali ke rumah setelah 2 minggu tak balik. Padahal orang lain balik 2 bulan sekali pun ada kot. Heh. Sabar je. Dah la lama sangat blog ni tak ber"update". Maaf la ye. Sila baca previous entry kalau nak tahu kenapa. Kepada yang dah baca, sebenarnya broadband tu masuk sekali dalam pakej. Nak tak nak, kena ambil la. Hehe.


Balik je tadi terus meluru ke bilik sebab niat utama adalah tidur sebab ngantuk -.- tapi tiba-tiba terlihat satu bungkusan sampul putih yang tertulis nama aku. Pelik pula kan tiba-tiba dapat bungkusan tu. Belek-belek ternampak nama pengirim yang macam ku kenali. Rupa-rupanya, memang betul tekaan aku. Orang itu adalah blogger GreenApple. Huhu. Terus jadi lebih saspen bila nak buka.


Dimulakan dengan ni..




Mesti korang musykil kan apa bendanya tu. Zip apa eh? Haha. Aku lebih jakun kot tengok.


Rupa-rupanya..




See.. Beg dari Bandung. Wahhhh.. Terpaku sat tengok. Tak dapat pergi Indonesia, dapat ole-ole pun jadi la ;)




Tapi kan masalahnya saya tak ingatlah akak. Ada ke akak janji? Hoho. Tak apalah. Thanks a lot akak! :D Terharu tau. Susah-susah je belikan beg tu. Tapi tapi boleh tayang pergi kuliah la lepas ni. Hahaha.


Nota Kecil : Tunggulah nanti aku terjah korang. Mentang-mentang dekat rumah dah kan, bolehlah update sana, update sini. Seronok bukan main. Assignment pun bukan main seronok juga. Haiyoo~


P/s : Seronok main bowling pagi tadi. Minggu depan join lagi 3 jam dekat Salak Selatan. Eh, jangan datang cari aku sudahlah. Lalala~ [ Bajet macam ada orang nak cari je -.- ]

Monday, November 14, 2011

Kembali

Assalamualaikum dan selamat pagi. Entri pendek je hari ni sebelum bermulanya kelas aku kejap lagi. Apa yang aku ingin sampaikan ialah minta maaf kepada semua sebab jarang update minggu lepas. Semuanya gara-gara aku jarang ada kelas petang. So, aku tak stay dekat makmal komputer untuk update kesemuanya. Line Wifi sangat benci betul sama gua. Sama juga dengan Broadband 4G yang wajib dibeli oleh semua warga Universiti sini ye. 




Aku dah tak ada kebebasan untuk meng"update" sesuka hati aku lagi. Aduhai, nasib aku la kan. Nak buat macam mana? Padahal dah ada benda yang nak dikongsi dengan korang. Ehem ehem. Apa-apa pun, aku kena bersabar je la. Macam tahu-tahu je kan internet ni suruh aku siapkan kesemua assignment aku yang bertambah dari hari ke hari. Memang mantap habislah -.-


Sekian.


Nota Kecil : Kalau ada masa dan line Wifi ada, aku update. Byebye korang.

Pesanan dari penaja : Nanti aku akan terjah korang. Rindu nak baca semua entri dalam blog korang. Banyak dah aku ketinggalan. Huuuu.. :(

Tuesday, November 8, 2011

Oh kelas ! -.-

Assalamualaikum. Kelas pagi tadi dah berjaya di"cancel"kan. Tapi sadisnya kelas petang pula ada sebab nak buat juga presentation. Walaupun aku merupakan kumpulan yang terakhir yang akan membentangkan kertas projek, terpaksa juga hadirkan diri ke kelas. Semua gara-gara attendance yang menipu. Aku cuma tak pergi kelas sekali je sebab pergi konvokesyen kakak aku. Tapi lagi satu tu entah macam mana boleh tak ada padahal dah sign dah -.-


Maka, mengantuk itu adalah perkara yang biasa aku lalui pada waktu petang lagi-lagi sekarang. Haih


Konklusinya, malam ni tidur awal la best. Hahaha :p


Nota Kecil : Bila attendance kurang dari 80%, tak boleh ambil final exam -.-

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha



Salam Aidilladha kepada semua :)


Nota Kecil : Hari ni bosan amat -.-

Thursday, November 3, 2011

Matang Vs Sebaya

Assalamualaikum dan selamat bersua kembali. Lalala~ Asyik timbul tenggelam je aku ni. Tapi hari ni nak juga update. Bukan pasal segmen apa ke benda alah yang sama waktu dengannya ye kawan-kawan. Naik boring kot orang yang lalu-lalang dekat blog aku ni. Karang naya tak ada orang datang singgah. Hoho.


Semalam ada seorang kawan satu kos dengan aku bertanya pasal sesuatu. Kitorang speaking disebabkan dia ni orang luar. Alang-alang perbaiki keyakinan juga la kan untuk berbahasa Inggeris sejajar dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan supaya semua pelajar perlu belajar dalam bahasa Inggeris. Ok,cukup. Agak skema ayat aku di atas. Rasa macam nak lempang. Haha.




Sebenarnya kitorang bercerita mengenai cinta. Eh, bukan aku mulakan tapi dia. Aku tak nak bercerita dengan panjang lebar. Sekadar  apa yang perlu diungkapkan. Sekarang memang gejala remaja-remaja bawah umur dan tak kurang juga usia seperti kita semua mencari pasangan masing-masing. Tapi wajar ke kalau budak-budak sekolah mencari couple ataupun teman istimewa?


Aku bukan nak ulas mengenai budak-budak sekolah tu ye? Aku lebih menjurus kepada orang yang lebih dewasa. Haha. Oklah, tak kisah peringkat yang mana pun. Mengikut apa yang kawan aku cakap, setiap pasangan perlu mempunyai jarak umur dalam lingkungan 5-6 tahun. Yang lebih tu, terpulanglah kepada individu tersebut sebab hak dia untuk berkahwin dengan sesiapa sahaja yang dia nak tapi yang tentukan hanyalah Dia :)




Haaa.. Cakap mengenai umur mesti ada yang setuju dengan pendapat ni. Seseorang perempuan itu selalunya lebih bersikap matang berbanding lelaki. Apabila lelaki sedikit berusia berbanding perempuan, itu sudah cukup sepadan atau dengan kata lain "berdiri sama tinggi, duduk sama rendah". Dalam sesuatu perkara, perempuan itu akan dapat selesaikan dengan baik berbanding lelaki. Begitu juga dengan sebaliknya.


Korang dapat ke dengan apa yang aku cuba sampaikan ni? Contohlah kalau korang bercinta dengan seseorang yang seusia dengan korang, mesti korang akan cakap korang mesti selalu bertelingkah kan? Dua-dua mesti nak menangkan diri je. Kadang-kadang bila silap sikit, nak marah itu la ini la. Kiranya semua serba tak kena. Akhirnya, putus juga. Tak ke korang rasa selalunya budak-budak sekolahlah macam ni termasuklah aku pada suatu ketika dahulu. Terasa jahiliyah di situ -.-




Cuba kalau lihat pasangan yang berbeza umur, selalunya mesti akan ada salah seorang yang akan mengalah. Kalau korang iaitu para wanita sekalian yang mempunyai lelaki yang sedikit tua dari korang, sila jangan bimbang. Dalam sesuatu perkara, mereka akan bimbing anda. Ada juga lelaki dekat dunia ni yang masih prihatin terhadap wanita. Kena pandai carilah. Kalau yang jenis playboy segala, sila ketepikan ye.


Aku rasa cukuplah aku bebel pasal benda ni sebab aku tahu korang dah lama tahu pun. Aku je yang sibuk nak gembar-gemburkan pasal ni. Tak apa, sharing is caring. Ilmu tak semestinya dimiliki oleh kita seorang. Kena juga bagi dekat orang lain. Jangan kedekut ilmu, nanti kita yang rugi. 


Sekian.

Nota Kecil : Aku bukan nak kondem budak-budak sekolah. Kalau korang bercinta, silakan. Tapi kalau akibatnya adalah sebaliknya, sila jangan buat perkara-perkara negatif ye. Ingat diri, ingat Tuhan.

Wednesday, November 2, 2011

Wordless Wedenesday #5





Nota Kecil : Hujan kata mari, kelas kata pergi. Haha. Jom tidur~ :D

Tuesday, November 1, 2011

SEGMEN | Lulu Caldina Ajak Blogwalking





Korang tekan SINI untuk join.


Nota Kecil : Update pasal segmen bagai pada waktu dan ketika ni. Lain kali baru update pasal benda lain. Hehe.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...