Thursday, November 3, 2011

Matang Vs Sebaya

Assalamualaikum dan selamat bersua kembali. Lalala~ Asyik timbul tenggelam je aku ni. Tapi hari ni nak juga update. Bukan pasal segmen apa ke benda alah yang sama waktu dengannya ye kawan-kawan. Naik boring kot orang yang lalu-lalang dekat blog aku ni. Karang naya tak ada orang datang singgah. Hoho.


Semalam ada seorang kawan satu kos dengan aku bertanya pasal sesuatu. Kitorang speaking disebabkan dia ni orang luar. Alang-alang perbaiki keyakinan juga la kan untuk berbahasa Inggeris sejajar dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan supaya semua pelajar perlu belajar dalam bahasa Inggeris. Ok,cukup. Agak skema ayat aku di atas. Rasa macam nak lempang. Haha.




Sebenarnya kitorang bercerita mengenai cinta. Eh, bukan aku mulakan tapi dia. Aku tak nak bercerita dengan panjang lebar. Sekadar  apa yang perlu diungkapkan. Sekarang memang gejala remaja-remaja bawah umur dan tak kurang juga usia seperti kita semua mencari pasangan masing-masing. Tapi wajar ke kalau budak-budak sekolah mencari couple ataupun teman istimewa?


Aku bukan nak ulas mengenai budak-budak sekolah tu ye? Aku lebih menjurus kepada orang yang lebih dewasa. Haha. Oklah, tak kisah peringkat yang mana pun. Mengikut apa yang kawan aku cakap, setiap pasangan perlu mempunyai jarak umur dalam lingkungan 5-6 tahun. Yang lebih tu, terpulanglah kepada individu tersebut sebab hak dia untuk berkahwin dengan sesiapa sahaja yang dia nak tapi yang tentukan hanyalah Dia :)




Haaa.. Cakap mengenai umur mesti ada yang setuju dengan pendapat ni. Seseorang perempuan itu selalunya lebih bersikap matang berbanding lelaki. Apabila lelaki sedikit berusia berbanding perempuan, itu sudah cukup sepadan atau dengan kata lain "berdiri sama tinggi, duduk sama rendah". Dalam sesuatu perkara, perempuan itu akan dapat selesaikan dengan baik berbanding lelaki. Begitu juga dengan sebaliknya.


Korang dapat ke dengan apa yang aku cuba sampaikan ni? Contohlah kalau korang bercinta dengan seseorang yang seusia dengan korang, mesti korang akan cakap korang mesti selalu bertelingkah kan? Dua-dua mesti nak menangkan diri je. Kadang-kadang bila silap sikit, nak marah itu la ini la. Kiranya semua serba tak kena. Akhirnya, putus juga. Tak ke korang rasa selalunya budak-budak sekolahlah macam ni termasuklah aku pada suatu ketika dahulu. Terasa jahiliyah di situ -.-




Cuba kalau lihat pasangan yang berbeza umur, selalunya mesti akan ada salah seorang yang akan mengalah. Kalau korang iaitu para wanita sekalian yang mempunyai lelaki yang sedikit tua dari korang, sila jangan bimbang. Dalam sesuatu perkara, mereka akan bimbing anda. Ada juga lelaki dekat dunia ni yang masih prihatin terhadap wanita. Kena pandai carilah. Kalau yang jenis playboy segala, sila ketepikan ye.


Aku rasa cukuplah aku bebel pasal benda ni sebab aku tahu korang dah lama tahu pun. Aku je yang sibuk nak gembar-gemburkan pasal ni. Tak apa, sharing is caring. Ilmu tak semestinya dimiliki oleh kita seorang. Kena juga bagi dekat orang lain. Jangan kedekut ilmu, nanti kita yang rugi. 


Sekian.

Nota Kecil : Aku bukan nak kondem budak-budak sekolah. Kalau korang bercinta, silakan. Tapi kalau akibatnya adalah sebaliknya, sila jangan buat perkara-perkara negatif ye. Ingat diri, ingat Tuhan.

9 comments:

syuxer said...

bercinta time budak2 sekolah..buang masa sahaja coz takde komitmen huhu...cayala lepas laki dapat pe yang dia nak dalam bercinta, mesti dia tinggal perempuan tuh

Nilam suhana said...

percintaan sama umur memang banyak masalah... bila sebaya... pompuan macam matured lagi kot... huhuhu... so memang susah la kan??? semua laki nak depend kat pompuan...
kan???

kalau laki lebih tua... lebih senang kot.. sebab bukan saja kewangan dah stabil, hidup mungkin dah stabil dan pompuan leh la depend kat diorang..kan????

msredcheesecake said...

lelaki berusia memang lebih matang...senang cakap dgn diaorg ni...tapi tolak lelaki tua miang keladi...

msredcheesecake said...

http://msredcheesecake.blogspot.com/2011/11/bila-ditanya-saya-akan-jawab.html

Unknown said...

Tia dengan future Tia beza setahun .. dia tua sikit dari Tia .. tapi alhamdulillah , setakat ni kami saling memahami .. tak kisah sebenarnya pasal jarak umur ni .. semuanya dari diri masing2 .. kena saling faham memahami .. insyaAllah semuanya berjalan dengan lancar :)

Ben Ashaari Punya Petua Update Blog

K said...

setuju dengan tia, jarak umur sebenarnya data di atas kertas.

tapi penilaian individu itu sendiri yang menunjukkan kematangan.

kan?

p/s : keroro dengan neko-chan sebaya, tapi keroro lagi matang. betul x keroro matang? hehe :p

aamalinaazman said...

hehehehe=]
memilih pasangan ni kan
mmg agak ssh
tambah2 kalo yg asik nak menang sje ni
aihhh
pening
faktor umor ni
tgklah jodoh cm mane kan
kiki=]

rabiatul adawiyah said...

ngee..baca pasal nie..sy baru je putus cinta..huhu..sedih..tapi redha ja la kan..saya pn rse cm tue..bile sme umo nie,masing2 nak menang..yang peliknya..bila da x nak..masing2 nak mngutuk..haduiii..sabo je la kan..

rabiatul adawiyah said...

thanx awak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...