Monday, October 31, 2011

Sekali Lagi !

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Semalaman aku menghilangkan diri. Nak study katanya sebab malam tadi aku ada test tapi hampa juga sebab susah -.- Apa-apa pun, dah berusaha sebaiknya, ok la tu. Huhu. Ni pun baru je habis main serang-serang dekat SINI. Ok, jom layan tag wehhh.. Memang demam tag kot sekarang ni. Haha.




Tag Dari Kak Fatin :

1) Nak tahu nama penuh anda boleh? 
--> Zahirah Binti Dzulkifli seperti yang tertera dalam kad pengenalan. Ok tak? Haha. Kalau nombor pula 92**********. Pandai-pandai koranglah nak isi dengan no berapa. Lalala~

2) Nama gelaran yang paling tak best yang pernah anda dapat dari keluarga/kawan? Kenapa anda digelar begitu? 
--> Tiang sebab kurus macam tiang. Padahal semua itu dusta semata-mata -.-

3) Apa kualiti terbaik yang ada pada diri anda? 


4) Apa kualiti paling buruk yang ada pada diri anda?
 --> Sensitif. Perempuan agak normal la kalau macam ni kan?

5) Anda lebih suka yang lelaki/perempuan tinggi lampai atau yang kecil2 cili api untuk dijadikan bf/gf/suami/isteri? Kenapa? 
--> Terima saja dalam apa jua keadaan bakal bf/suami.



6) Berapakah target umur anda untuk mendirikan rumahtangga? 
--> 23/24. Erk, susah nak target-target ni. Apa yang boleh cakap, kalau dah sampai seru. Hehe

7) Berapa adik beradik anda dalam keluarga? Anda anak ke berapa? 
--> 7 orang dan aku adalah second last. Tapi tapi perempuan bongsu ^_^

8) Mengikut kata orang ramai, rupa anda lebih kepada mak atau ayah? 
--> Abang. Hahaha. Tak tahu la kalau yang ni. Betul, kalau pergi beraya ke, saudara-mara akan cakap muka aku ikut abang atas aku. Abang aku tu kalau pakai tudung, sebiji macam aku. Mak cik aku pun cakap. So, tak dapat nak elak. Hoho.

9) Blog saya ni ringan atau tak? Senang tak nak loading?? 
--> Ringan dan senang untuk loading :)

10) Kenapa anda suka mengujungi blog saya? Perlukan apa2 perubahan tak? 
-->  Sebab comel. Tak perlu ubah apa-apa dah :D

11) Last sekali… Saya comel tak? Hehehe.
--> COMEL ! Puas hati tak? Haha. Soalan tak menahan je

------------------------------------------------------------------------------------


Tag dari MissDiya :
  
1) Apakah nama samaran korang masa kecik2?
--> Forgot already -.-

2) Huruf apakah yang korang paling tk suka dan huraikan kenapa?
--> Huruf "S" sebab susah nak melakar dalam bentuk 3D untuk mana-mana tajuk dalam kerja khusus. Tak ada kaitan -.-

3) Perkara yang paling tak disangka korang lakukan ditempat awam?


Paham ke apa yang nak disampaikan? Haha.


4) Bagaimanakah kalau korang ada RM10 utk digunakan selama 3 hari?
--> Boleh je kalau nak sara hidup. Masa matrik dulu, aku belanjakan RM3 sehari. Kalau 3 hari baru RM9. Ada balance RM1. Korang nak? Haha :p

5) Siapakah dorong korang buat facebook or tweeter?


6) Dalam 1 minggu korang online berapa kali?
--> Tak ada la sampai 10 kali sebab sehari sekali. Tu pun kalau duduk U ni haaa.. Sebabnya, aku online dekat fakulti je bila tak ada kelas. Seminggu, baru 4 hari sebab Jumaat aku memang terus balik kolej. Di rumah, hampir setiap masa nak online -.-

7) Berikan nama kereta idaman korang?

 

8) Pernah tak korang buat check up kesihatan korang?
--> PERNAH, sebelum masuk U ni.

9) Kalau korang ada tanah luas yang terbiar apa korang nak buat kat situ dan huraikan?
--> Erk. Buat rumah dan dikelilingi dengan taman. Kawasan yang lain boleh buat kebun beb. Kaya kau nanti. Tak perlu pergi pasar. Kau nak tanam buah-buahan, sayur-sayuran ke memang jimat. Jauh lebih murah gua cakap sama lu.



10) Dalam anggota family korang, siapakah yang paling korang takut bila kena marah?
--> Semua orang menakutkan -.-

11) Cinta monyet pertama korang masa usia berapa dan kenapa si dia? [huraikan ringkas & padat je]
-->  Soalan buatkan aku mati akal. Haha. Waktu usia mentah, iaitu 15 tahun. Kecik cinonet kau. Erghh.. Tak matang betul -.- Sebab saja nak try. LOL. Terasa kehilangan kasih sayang di situ. Hoho.


DONE.

P/s : Tak nak tag sesiapa sebab nanti aku bagi soalan-soalan menakutkan pula dekat orang tu. 


Nota Kecil : Kalau korang perasan, banyak perkataan "NOBODY" dalam tag di atas. Haha :p

Sunday, October 30, 2011

SEGMEN NASZ : PERANG BLOGGER

Assalamualaikum dan selamat malam. Aku tahu dah pagi -.- Langit masih gelap, lagipun nak tidur dah pun ni. Otak dah malas nak berfikir untuk mencari penyelesaian kepada latihan-latihan ECA (Electrical Circuit of Analysis). Tinggal 1 bab je. Harap-harap sebelum tengah hari esok dah boleh habiskan. Amin.. Jom layan segmen wehhhh.. Lamanya tak join. #Bajetlamasangatje


Nak join? Tekan SINI.


Aku join sebab aku akan sahut cabaran untuk datang ke semua blog yang join segmen ni. Tarak hal punya la [ayat minta lempang]. Hahaha. Sebelum ni pun aku dah berjaya terjah walaupun kadang-kadang lambat sehari dua. Huehue. Masa untuk terjah hanya pada waktu petang bermula minggu ni ye kawan-kawan. Harap maklum. Nak terjah masa dekat bilik jangan haraplah. Wifi kadang-kadang macam siput. YES 4G pun macam tak nak cakap YES dekat aku untuk gunakannya dengan riang rianya -.-


Akhir sekali, jom main SERANG-SERANG wehhhh.. Hahaha :p


DONE. Goodnight~ :D

Saturday, October 29, 2011

Dunia Tag !

Assalamualaikum dan selamat tengah hari semua. Setelah berjam-jam lamanya menghadap tv dengan melayan kerenah kartun-kartun, alhamdulillah online sebentar. Kartun tu untuk hiburkan hati. Pagi punya cerita la katakan. Niat sebenar nak sambung study. Semalam study seciput. Banyak jadi cikgu sebab bagi tips-tips untuk menghafal dan cara untuk menjawab untuk subjek-subjek tertentu. Bajet pelajar cemerlang. Dah orang minta tolong, takkan nak hampakan, ye tak?



Erk. Mukadimah panjang berjela -.- Haaaa... Lama berkurun berjanggut hingga cecah lantai tak kena tag. Masa dulu-dulu bergiat aktif dengan dunia blog ni selalu kena tag dengan kawan-kawan yang sporting tapi mereka di mana ye? Kena cari balik la alamatnya. Sadissss.. #drama -.- Tag kali ni datang dari empunya blog Qisatulhayati. Terima kasih akak :)

Peraturan-peraturan tag ni :

1.You must post these rules.
2.Each person must post 11 things about themselves in their journal.
3.Answer the questions the tagger set for you in their post. And create
eleven new questions for the people you tagged to answer.
4.You have to choose 11 people to tag and link them on the post.
5.Go to their page and tell them you have tagged HIM/HER
6.No tag back!
7.No stuff in the tagging section about " YOU ARE TAGGED IF YOU ARE READING THIS"
YOU LEGITIMATELY (a.k.a REALLY, TRUST, WITH ALL HONESTY) have tagged 11 people.

11 soalan yang wajib dijawab oleh rakan yang ditag (aku la tu..) :

1) Korang jenis yang peramah ke pendiam @ depend on situation.. ?
--> Selalunya kalau pertemuan pertama kali, korang mesti akan pendiam. Sama je macam aku. Lama-lama jadi geng satu kepala. Aku suka kacau orang. Tapi setakat ni aku peramah dari sekolah rendah sampailah kerja sambilan sebelum masuk Universiti, aku memang jadi macam ni. Di Universiti aku jadi pasif -.-

2) Kereta impian korang (dream car) ?
--> Nak ni, boleh?

FIESTA

3) Kalau online suka buka web apa first sekali ?

4) Apa movie fav korang ?
--> Banyak tapi ni paling latest. Cerita jepun bertajuk "1778 letters to my wife". Serius, best habis sampai mengalir air mata sebab sedih sangat jalan cerita >.<



5) Kalau tengah marah dengan adik/abang/kakak/best friend selalunya korang akan buat apa?
--> Ni haaa terapi aku..


MENYANYI KAW-KAW. Tak percaya? Cuba try~

6) Percutian impian korang kat mana ?
--> ParisssssHilton. Lalala~

7) Kerja gila yang korang pernah buat ?
--> Mengaku akulah "Erra Fazira" depan kelas masa darjah 2 dulu-dulu. Semua kawan-kawan aku membingitkan suasana kelas selepas tu. Advance kan aku? Haha :p

8) Apa warna fav korang ?
--> Biru, Hijau, Pink dan Purple. Ada lagi ke eh? -.-

9) Lagu fav sekarang ?
--> Banyak tapi lagu ni paling sweet dan buatkan aku jatuh hati dengan lirik-lirik dia~ 


10) Bila korang plan untuk kahwin ?
--> Bila dah berjaya tamatkan pengajian Bacelor di UPM ni. Tapi bukan on the spot ye. Dapat kerja dulu ke apa ke kan? Jangan cop aku gatal ye. Ketuk juga karang. Haha

11) Apa pendapat korang tentang blog ni (qisatulhayati).. ?
--> Nice and better than before. Lebih kemas. Keep it up! :D


Sebelum bertukar wajah :)


DONE.


Sekarang, 11 soalan yang aku create sendiri.

1) Korang dah ada teman istimewa? Kalau tak ada, sebelum ni? Kenal dekat mana?
2) Perkara yang agak lucu yang korang pernah buat?
3) Impikan sebuah majlis perkahwinan yang macam mana?
4) Perkara apa yang korang nak sangat buat tetapi selalu tak ada peluang?
5) Nyatakan 5 benda yang korang sayang sangat.
6) Korang rasa blog aku perlu tak diubah? Kalau ye, dari segi apa? Kalau tak pun kena bagi sebab kenapa.
7) Perkara yang paling sweet korang pernah buat/bagi dekat pasangan?
8) Apa impian korang yang masih belum tercapai?
9) Korang merupakan pengguna talian apa? (Maxis,Celcom, Digi, Umobile)
10) Korang suka kanak-kanak?
11) Apa yang korang nak cakap dekat aku selepas buat tag ni?


11 orang yang bertuah kena jawab tag ini :

Nota kecil : Dari pukul 11 lebih tak habis-habis entri ni sebab asyik sangat layan lagu fav aku tu. Duk ulang-ulang. Tangan tak menaip pun sebab tu tukar greeting dari pagi ke tengah hari. Haha.

Pesanan dari penaja : Blog Zul Fattah mana eh? Katanya dah remove. Baru nak tag dia -.-

Friday, October 28, 2011

Khas kepada para pengguna Maxis / Hotlink !

Assalamualaikum semua. Seperti yang korang maklum, entri ni khas untuk pengguna Maxis dan juga Hotlink. Walhal sama je -.- Tapi pengguna Celcom, Digi, Umobile serta sewaktu dengannya, sila jangan berkecil hati. Korang dialu-alukan untuk tahu juga pasal ni.  Berita ni tak adalah penting mana pun tapi nak juga digembar-gemburkan juga. Mungkin yang di luar sana tu dah tahu pasal ni, korang pula tak tahu? Meh aku bagitahu.



Beberapa hari yang lepas, aku dapat satu mesej dari Maxis yang mengatakan bahawa aku boleh download game dalam "telefon tangan" aka "handphone" secara percuma. Aku kalau bosan, memang akan cari game tak pun movie. Tapi disebabkan website yang aku selalu download movie dah macam tak up-to-date, aku pun patah hati untuk teruskan niat tengok movie. *panjang melalut*




Tapi dalam mesej tu cakap, tak kena charge. Tu yang main connect je. Lupa nak bagitahu, benda ni semuanya under BOTS (Battle Of The Sexes). Korang pernah dengar? Mula-mula aku tak tahu pula benda ni ala-ala Myspace, Facebook apa ke benda alah entah, main terjah je. Tapi tak ada la advance mana. Janji free of charge.



Buat pengetahuan korang, korang akan dapat 7 hari free untuk try benda ni. Kalau tak best, korang unsubscribe je. Korang nak berkenalan ke private chat ke, suka hati korang la kan. Mana tahu ada yang nak try benda ni untuk cari jodoh. Haaa.. Pasang niat dah tu, ayokkkkk :p



Disebabkan aku masih baru dalam benda ni dan tak tahu nak explain panjang-panjang, korang tekan SINI untuk baca dengan lebih lanjut. Sure korang faham punyalah. Semalam petang, aku punya friend request ada 150, petang tadi buka ada 208. Malas nak approve -.- Sebabnya, tak ada box untuk Select All. Leceh. Ke handphone aku cikai? Erk -.- Ada yang inbox siap bagi nombor. Korang nak tak? Aku ada ni. Nak bagi korang kenal. Aku tak layan nombor-nombor ni. Bazir kredit aku je. Haha :p


Nota Kecil : Aku tak suka Chit-Chat, so tak lama lagi aku unsubscribe. Lalala~

Pesanan dari penaja : Only available on the phone #cikaipunyaspeaking

Thursday, October 27, 2011

Seorang Petani Yang Berjaya! :D

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Waktu dan ketika korang baca entri ni alhamdulillah, aku masih lagi bermalasan untuk berada di depan laptop. Walau pada hakikatnya belum bangun lagi. Masih memerlukan semangat jati diri dan azam yang kental untuk menyiapkan assignment yang masih menunggu untuk disiapkan meskipun sangat rajin untuk "BERTANI" sehingga larut malam.


Di samping itu, buku "Analisis Litar Elektrik" sentiasa setia di sisi untuk dibaca. Haih. Kena kuatkan azam untuk berjaya habiskan topik-topik yang dah belajar ni. Korang doakanlah aku rajin esok pagi. Malam Isnin ni aku ada test. Kalau tak, lingkuplah aku. Mana aku nak letak muka ni? Naya aku tak boleh ambil subjek-subjek semester depan. Wuuuuu.. :'(


Ok, back to topic. Aku ada besarkan perkataan "BERTANI" bukan? Percaya atau tidak, itu hak korang. Aku mention je.



See. Aku dah pun menjadi PETANI yang berjaya meskipun fakta itu aku putar belitkan. Haha. Sebenarnya, aku terlalu bosan sehingga mengambil tindakan yang sewajarnya untuk main game yang dikelolai oleh Encik Yahoo yang kini berwajah lebih kacak dan bergaya. Adakah disebabkan aktor Fahrin Ahmad yang menjadi model untuk produk "Garnier For Men"? Kacak sungguh anda.



[ Google sudah ]
*wanita-wanita boleh angaukan diri anda dengan tekan gambar ni ye untuk dapatkan gambaran yang jelas lagi nyata. Sure terpikat. Haha. Apa motif aku ni? -.-*


Walaupun Encik kacak lagi bergaya itu tidak mempunyai game yang banyak seperti di Skype, [padahal sama je ] aku pun tidak melengahkan masa untuk mencuba sesuatu yang baru seperti korang semua lakukan ketika muda-remaja. Bila lagi nak jadi up-to-date kan? Layan je la sehingga assignment ke mana tapi jurnal tetap disiapkan sebab seciput je. Siap print lagi. Tak sabar nak pass up sebenarnya sebab last week tak buat apa-apa. Buat muka selamba -.-


Nota Kecil : Auto-publish :D

Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday #4



Aku punya Scorpio. Korang? Hehe.


Sumber : Facebook


Nota Kecil : Sekarang korang tak pelu tekan gambar untuk dapatkan gambaran yang jelas tapi perlu tekan je dan tumbesaran akan berlaku secara automatik. Eh, korang faham ke? Panjang betul penjelasan aku. Haha. #Dalamprosesringankanblog

Tuesday, October 25, 2011

Segalanya bermula di sini..

Ucapan "Basmallah" sebagai pembuka bicara.


Assalamualaikum semua. Berhari-hari sudah aku senyap sunyi dari dunia blog. Maaflah, kemalasan telah melanda dengan begitu hebat sekali sehinggakan nak tekan button untuk taip entry pun malas. Aku lebih banyak menghabiskan masa dengan download movie dan layan Facebook mahupun membaca entri-entri blogger sehingga pening kepala. Tapi aku tak komen pun. Sekadar menjadi silent reader. Minta ampun ye semua.


Semalam merupakan hari bersejarah dan bukannya "Tragedi Oktober". Aku percaya ramai sangat yang tak tahu dan aku pasti korang pun tak nak tahu, bukan? Panjang sangatlah mukadimah ni. Okay-okay, straight to the point bagi mengelakkan korang muak untuk membaca. Buat pengetahuan korang..



empunya header blog ni..


Dan juga


[ Motif : Pink ]

empunya gambar ni sudahpun hidup di atas muka bumi selama 19 tahun 1 hari. Alhamdulillah, aku masih boleh bernafas sambil menghirup udara segar seperti insan yang lain. Aku masih mempunya keringat untuk meneruskan kehidupan aku seperti biasa dan menjadi lebih tabah untuk mengharungi hari-hari yang mendatang.


Terima kasih tak terhingga kepada ibunda tercinta kerana bersusah-payah selama 11 bulan mengandungkan insan yang kerdil ini. Berbagai-bagai peristiwa yang beliau lalui sepanjang waktu tersebut. Terima kasih juga kepada ibu bapa yang tak lekang menjaga, membesarkan dan segala tanggungjawab yang telah mereka berikan tak mungkin dapat dibayar dengan apa-apa termasuklah duit. Mereka hanya harapkan kasih sayang dan kejayaan kita semua. Kemewahan itu hanya sementara. Tak boleh dibawa ke mana-mana pun. Masih terimbau saat-saat sedih ketika di matrik. Ibu bapa aku sanggup datang dari jauh semata-mata untuk pastikan anak dia seorang ni berada dalam keadaan yang ok. Ibu bapa mana yang tak risaukan anak-anak? 


Kepada teman-teman mahupun siapa pun anda, terima kasih kerana menjadi insan yang sering ada ketika susah dan senang. Sewaktu senang, memang ramai yang menumpang kegembiraan tersebut. Sebaliknya pula, ada yang diam membisu seribu bahasa. Tapi aku bersyukur kerana masih mempunyai teman yang sangat memahami. Kadang-kadang di sinilah tempat aku meluahkan masalah yang aku hadapi. Terima kasih juga kepada anda yang memberikan segala nasihat walaupun satu perkataan. Semua itu akan terus berada dalam ingatan dan tak akan luput dek zaman.


Akhir kata, terima kasih kepada yang sudi wish birthday aku semalam dekat Facebook. Panjang meleret. Aku tahu kebanyakan dari korang semua tak ada pun Facebook aku. Hehe.


Nota kecil : Nanti aku akan terus menjejaki blog-blog korang. Sabar ye :D

Wednesday, October 19, 2011

Muncul dengan berita panas !

Assalamualaikum dan salam sejahtera ye semua. Ye, sekali lagi aku menghilangkan diri tanpa berita. Tapi kadang-kadang kemunculan aku mesti membawa sebuah berita. Tak percaya? Sila tekan previous entri ye kawan-kawan. Tapi....aku tak nak bercerita mengenai benda tu pun. Tajuk nak panas je kan. Meh nak cerita pasal ni..



 [ Nampak tak? Kalau tak nampak, silalah tekan gambar untuk tumbesaran yang sihat. ]


Haaaa.. NetworkedBlogs punya cerita la ni. Sebelum ni aku ada dapat email dari NetworkedBlogs juga tapi sebelum tu aku ingat masalah entri aku yang tak boleh nak publish gara-gara tukar password, maka aku pun abaikan email tu. Kemudian, tadi aku saja merajinkan diri untuk membaca dengan penuh teliti isi kandungan email tersebut. Maka, gambar di atas itulah yang tertera di skrin komputer ni.


Aku tekan link yang tertera, keluarlah satu blog ni. Follower lebih ramai dari aku iaitu sebanyak 1000 lebih. Aku beranggapan bahawa blogger ni lebih kurang popular la kot. Cari juga ada link blog aku ke dalam blog tu tapi hampa. Tiada. Aku tekan link bawah sekali dalam gambar tu dan keluar page ni...



[ Sila abaikan wajah aku itu ye. Nama aku tak perlu dibongkar :p ]


See...Sejak bila entah aku post entri-entri tu. Semua entri tu telahpun ditaip oleh blogger yang sama. Aku tak pasti macam mana benda ni boleh berlaku. Aku pelik betullah. Guna akaun Facebook aku pula tu. Kalau masukkan link blog aku bolehlah consider sikit, ni tak. Bikin gua panas sajalah~
Moral of the story : Delete je NetworkedBlogs tu. Senang cerita.


Nota Kecil : Cepat-cepatlah habis wahai Test-testku. Nak balik rumah dengan gembira je ni. Haih.

Wednesday, October 12, 2011

Hadiah dari SESEORANG ! :D

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Ekeke. Aku suka sangat la kan menghilangkan diri tanpa update entri. Tup tup, dapat hadiah. Wah, macam hebat sangatlah tu kan. Hoho.



[ Kredit topup untuk Pakcik Google ]


Okay-okay, ni betul. Nah, tengok~


[ Sila rajinkan diri untuk tekan gambar supaya mendapat tumbesaran yang hebat ]


Ehem ehem. Sebenarnya aku dah tahu pasal ni 2 hari lepas. Tapi malas nak update dulu sebab sibuk update pasal segmen, giveaway apa semua. Semalam nak update tapi tak ada masa dan kesihatan yang tidak mengizinkan *nampak sangat aku mudah terdedah dengan virus-virus cinta yang hebat* Apa boleh cakap hanyalah, "Redha je la". Huuu.. Ni pun tengah sibuk menyiapkan assignment C++ sementara tunggu kelas pukul 11 pagi. 


By the way, terima kasih banyak-banyak kepada pihak Nuffnang di atas tiket-tiket wayang tersebut. Boleh pergi tengok wayang la "Cuti Mid Sem" ni. Hehe. Tunggu juga bila fulus-fulus mania mau sampai. Kesabaran harus ada ye anak-anak. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Pernah juga tengok orang lain dapat itu, ini dari Nuffnang. Alhamdulillah, ada juga rezeki untuk aku :)


Persembahkan, follower aku yang ke-777.



[ Thanks a lot sebab sudi follow blog yang serba kekurangan ni ye kawan-kawan ]


Memandangkan hari ni "Hari Rabu Tanpa Kata", jom layan ni..


[ Google ]


Cuba korang tekan mana-mana satu bola bulat tu. Serius, comel dan kau akan terus tergamam. Huehue. Tapi, bukan tekan dekat sini tau. Tekan dekat homepage Google.


Nota Kecil : Nanti nak update mengenai program yang aku sertai hari Jumaat, Sabtu dan Ahad lepas. Sebab tu, tak berupdate blog ni. Hoho.

Monday, October 10, 2011

Link-link DARLINK!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Haha. Abaikan tajuk itu ye. Sebenarnya, dah lama aku nak tanya sesuatu dengan korang. Harap korang sudi bantu la ye. Hehe.


Ini diaaaa...



[ Sila tekan gambar untuk tumbesaran Susu Dutch Lady ]


Haaa.. Dah tengok kan? Aku pelik la. Macam mana eh link-link entri kita boleh ter"link" dekat blog orang lain? Kadang-kadang aku musykil. Nak kata aku share link tak ada la pula kan. Huuuu..


Nota Kecil : Sila abaikan tab yang tertera dalam gambar itu ye.


*UPDATE : MAKMAL KOMPUTER FAKULTI*


[ Nampak macam rajin je kan, padahal selalu lepak dekat makmal sementara menunggu kelas petang. Haha :p ]

Giveaway LuvBunny House


Sila rajinkan diri untuk tekan SINI ye~

Nota Kecil : Saja je merajinkan diri dengan join segmen apa semua. Hoho

SEGMEN JOM TUKAR DAN KENAL RAKAN BLOGGER


Mari meriahkan segmen dengan menekan SINI sahaja. Hehe :p


Nota Kecil : Kemudian hari baru update yang lain ye.

Thursday, October 6, 2011

Spontaneous Thursday ! #1

 Apabila buka PC, mai kita buka email dulu.


[ Sila tekan gambar itu untuk mendapat tumbesaran gambar secara jelas dan juga nyata ]

Kemudian..



[Mari serabutkan kepala ]


Nota Kecil : Aku dah tukar password pun dia still nak log in akaun Facebook aku. Macam mana ni? Ni yang buat aku nak deactivate Facebook =___= Orang tu nak hack Facebook aku ke? Grrrrr..

Pesanan dari penaja : Spontaneous Thursday yang merepek tapi disebabkan tension punya pasal, layan je la. Haih.

Wednesday, October 5, 2011

Sabar

Assalamualaikum dan selamat pagi.  Seperti yang korang tahu, sabar tu  kan separuh daripada iman. Tapi kalau korang alami sama seperti aku dekat list bawah ni, apa mau bikin? *Terus ayat semacam. Hoho*



--> Sabar bila tak ada duit sedangkan menunggu juga bila orang tu nak bayar balik walaupun menunggu sebelum bulan puasa lagi

--> Sabar bila tak faham sesuatu, maka assignment dan tutor nak siapkan macam mana eh?

--> Sabar bila tak ada buku walaupun test minggu depan. TERBAIK !

--> Sabar bila selalu keseorangan. Orang lain pergi mana mesti duduk berkepit dengan kawan masing-masing, tak pun si makwe atau pakwe mereka [ Yang ni, ada aku kisah kalau ada pasangan berkepit? ]

--> Sabar bila tunggu bas dan bas pula penuh ataupun dah lebih setengah jam dan hampir sejam. [ Sadiss.. ]

--> Sabar menunggu biasiswa dan bantuan pelajaran diterima

--> Sabar menanti


Ada yang lain lagi. Apa-apa pun, semoga segalanya dipermudahkan urusan olehNya. Amin...


Nota Kecil : Doakan aku ye kawan-kawan. Preparation untuk test minggu depan pun medium je. Huuu.. *Kuatkan azam dan tekad*

Tuesday, October 4, 2011

Gua Free Laaa.. !

Assalamualaikum dan selamat pagi wahai para blogger mahupun sesiapa sahaja anda ye. Wah, formal gitu. Haha. Pagi ni terdetik di hati nak update blog yang semakin berusang dan mungkin ramai juga yang tak datang berkunjung. Ehem ehem. Buat ayat sedih kejap.


Memandangkan hari ni merupakan hari yang paling bebas sebab tak ada kelas. Sepatutnya pagi ni ada kelas tapi terpaksa CANCEL atas sebab lecturer ada hal. *Motif Bold? Haha* Maka, gua pun bersemangat duduk depan meja untuk membuat assignment yang terabai.



[ Meja yang dipenuhi dengan apa entah. Sila abaikan. Haha ]


Setelah bosan, gua pun online Facebook sebentar. Kemudian, tergoda pula nak tengok video ni. Kawan gua yang post. Syok pula. Terus semangat nak sambung assignment lepas update blog ni. Percayakah anda?



[ Cuba korang cari dekat Youtube dan hayati. Best gua cakap sama lu ]


Nota kaki : Kalau assignment gua dah siap bagai, baru gua jalan-jalan blog korang ye. Itupun kalau line Wifi tu sangat baik hati sama gua. Gua kadang-kadang bosan juga sebab selalu tidur awal pada waktu malam disebabkan penat. Sampaikan semalam kawan gua tegur mata gua merah, tak tidur ke? Hehe. Gua hanya mampu cakap ye dan tersenyum. #Okbai.

Sunday, October 2, 2011

Minggu ni dan seterusnya~ !


[Empunya Google]

Nota Kecil 1 : Tengok, aku sibuk sampai minggu depan ye. Lepas tu, minggu exam pula. Wah, bukan main kau kan minggu exam =___= *Kena pulun la ni. Haih*


Nota Kecil 2 : Kena cergaskan badan balik. Dah lama tinggalkan jogging apa semua. Terasa badan aku dah lain la pula. Huuu.. *Padahal sama je. Heh*


Pesanan dari penaja : Sila jangan marah kalau aku tak blogwalking lama dah dekat blog korang. Tunggu je la bila aku free, aku jalan-jalan sana. Assignment pun tak siap lagi. Okay, byebye~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...