Showing posts with label BOTS. Show all posts
Showing posts with label BOTS. Show all posts

Friday, October 28, 2011

Khas kepada para pengguna Maxis / Hotlink !

Assalamualaikum semua. Seperti yang korang maklum, entri ni khas untuk pengguna Maxis dan juga Hotlink. Walhal sama je -.- Tapi pengguna Celcom, Digi, Umobile serta sewaktu dengannya, sila jangan berkecil hati. Korang dialu-alukan untuk tahu juga pasal ni.  Berita ni tak adalah penting mana pun tapi nak juga digembar-gemburkan juga. Mungkin yang di luar sana tu dah tahu pasal ni, korang pula tak tahu? Meh aku bagitahu.



Beberapa hari yang lepas, aku dapat satu mesej dari Maxis yang mengatakan bahawa aku boleh download game dalam "telefon tangan" aka "handphone" secara percuma. Aku kalau bosan, memang akan cari game tak pun movie. Tapi disebabkan website yang aku selalu download movie dah macam tak up-to-date, aku pun patah hati untuk teruskan niat tengok movie. *panjang melalut*




Tapi dalam mesej tu cakap, tak kena charge. Tu yang main connect je. Lupa nak bagitahu, benda ni semuanya under BOTS (Battle Of The Sexes). Korang pernah dengar? Mula-mula aku tak tahu pula benda ni ala-ala Myspace, Facebook apa ke benda alah entah, main terjah je. Tapi tak ada la advance mana. Janji free of charge.



Buat pengetahuan korang, korang akan dapat 7 hari free untuk try benda ni. Kalau tak best, korang unsubscribe je. Korang nak berkenalan ke private chat ke, suka hati korang la kan. Mana tahu ada yang nak try benda ni untuk cari jodoh. Haaa.. Pasang niat dah tu, ayokkkkk :p



Disebabkan aku masih baru dalam benda ni dan tak tahu nak explain panjang-panjang, korang tekan SINI untuk baca dengan lebih lanjut. Sure korang faham punyalah. Semalam petang, aku punya friend request ada 150, petang tadi buka ada 208. Malas nak approve -.- Sebabnya, tak ada box untuk Select All. Leceh. Ke handphone aku cikai? Erk -.- Ada yang inbox siap bagi nombor. Korang nak tak? Aku ada ni. Nak bagi korang kenal. Aku tak layan nombor-nombor ni. Bazir kredit aku je. Haha :p


Nota Kecil : Aku tak suka Chit-Chat, so tak lama lagi aku unsubscribe. Lalala~

Pesanan dari penaja : Only available on the phone #cikaipunyaspeaking

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...