Sunday, July 31, 2011

Kini ia tiba lagi :)


Assalamualaikum dan selamat malam. Aik, macam nak tidur pula. Hehe. Esok bermulanya hari pertama kita semua berpuasa. Serius, macam tak percaya pula kan? Syaaban berlalu, kini Ramadhan pula tiba. Aku nak ucapkan, "Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak" kepada semua umat islam di dunia ni. Semoga ibadat kita semua diterima olehNya. Insya Allah :) Walaupun puasa ni bukanlah sepenuhnya berbuka di rumah, aku tetap ingin jalankan kewajipan yang satu tu dengan sempurna. Doakan aku ye?


Nota kecil : Kalau tak keberatan, insya Allah nanti aku akan kongsikan beberapa tips pada bulan puasa ni. Hehe

Duit banyak wooo~


Assalamualaikum. Entry ni tak ada kene mengena dengan skim cepat kaya atau bisnes dekat internet apa semua. Ni bukan iklan untuk jadi kaya-raya. Bukan juga duit yang jatuh dari langit. Dah tu, apa? Haaaa.. Pening dah korang baca kan? Ni namanya, wang. Eh, tu korang tau la kan? Adeh. Sabar je la. Ni namanya gaji korang. Hahaha. Akhir bulan dah ni kan? Eh, kalau korang tak kerja, tu duit Nuffnang tu banyak. Sila-sila cash out. Aku belum lagi walaupun dah boleh. Malaslah. Boleh tak tunggu sampai Nuffnang hadiahkan aku tiket wayang ke apa ke kan? Demandnya~



Nota Kecil : Kalau korang ada duit banyak-banyak ni, korang buat apa eh?


P/s: Cemburu tengok orang dapat tiket wayang free dari Nuffnang =_______= Haha

lagu evergreen vs lagu terkini

*ihsan encik google*


Assalamualaikum dan selamat pagi! Hehe. Pagi-pagi cuba korang minum kopi panas sambil menghirup udara segar. Fuhhhhhh.. Nyaman tak terhingga rasanya. Sedap kot kalau kopi ke milo ke cicah dengan biskut kering. Haih. Memang sedap sangat dah sarapan macam tu ;) Kalau korang layan lagu pun, memang feel sampai kot. Last-last, korang yang tertidur sebab mendayu sangat melodi. Hahaha.


Haaaa.. Bercerita pasal lagu, korang prefer lagu apa eh? Zaman dulu-dulu atau zaman sekarang? Memang ada kelebihan untuk kedua-dua kategori ni. Itu aku tak nafikanlah. Lagu yang lama, serius tak pernah bosan dengar. Sebagai contoh, Cinta Pantai Merdeka dan Bukan Ku Tak Sudi. Memang jiwang la kan? Layan je~ Kalau lagu orang putih, Abba - Dancing Queen. Yang evergreen tu dasyat betul penangannya. Ada banyak lagi lagu. Nanti panjang berjela pula kan kalau aku taip. Lagu ni aku selalu layan sebab lagu ni kan zaman ayah-ayah kita. Rugi kalau sesiapa tak tahu.


Lagu zaman terkini ni aku malas nak komen sangat. Kadang-kadang mesej melalui lagu tu sampai. Namun, ada segelintir lagu yang pening kepala aku nak fahamkan liriknya. Eh, ni lagu syok sendiri ke apa? Hoho. Tapi kebelakangan ni, banyak pula artis yang mula berjinak-jinak dengan industri muzik. Aku tak kisah, asalkan lagu tu ada mesej yang berguna pun dah cukup.


Ada juga lagu orang putih yang sibuk orang nak terkinja-kinja. Eh, korang faham ke lirik lagu ni? Nak goyang-goyang kepala boleh, tapi berpada-padalah. Karang terkehel leher korang, aku tak tanggung. Huhu.


Tak perlulah aku nak huraikan satu persatu. Aku tahu korang lebih arif dengan benda ni. Takut salah info pula aku bagi nanti. Buat malu je. Adeh. Hehe.

Saturday, July 30, 2011

lapar, lapar, lapar~

Assalamualaikum. Balik kerja je lapar. Haih. Kerja penat sangat, perut pun dah berbunyi-bunyi. Ok, jalan penyelesaiannya adalah bungkus makanan je. Mengidam dari tadi nak makan char kuey teow. Haaaaa.. Tak bagus betul aku. Hahaha :p


Nah, tengok. Sedap tak? Sila-sila kata sedap eh? Saja je bagi korang terliur. Aku pun rasa lapar balik =___= Hoho.



Nota kecil : Nasib baik bukan bulan puasa. Tak ke naya aku terliur je. Haih. Batal puasa ~__~

SEGMEN 3 JAM JE


Berminat? Tekan sini. Sampai pukul 11 malam ni je. Sila-sila cepat :D

Alam Maya Vs Alam Realiti

Assalamualaikum semua. Sekadar untuk berkongsi. Hehe. Layan je eh? Untuk renungan bersama :)


Sedar atau tidak kadang-kadang kita mengabaikan ukhwah, silaturrahim, malah kadang-kadang mengabaikan orang yang terdekat dengan kita akibat terlalu asyik dengan alam maya bahkan alam fantasi.

Sedar atau tidak selalunya kita menghabiskan banyak waktu hanya kerana alam maya sehingga membiarkan orang-orang yang terdekat dengan kita kesunyian.

Sedar atau tidak hanya kerana alam maya sahutan emak di dapur kadangkala tidak diendahkan.

Sedar atau tidak sekian lama kita bersama alam maya sehinggakan makan minum kita kadangkala turut terabai.

Sedar atau tidak, hatta kerana alam maya.. Solat kita dilengahkan.. Seruan dan panggilan Ilahi tak dihiraukan..

Sedar atau tidak orang-orang yang terdekat dengan kita hakikatnya kadangkala perlukan kita untuk memuntahkan rasa bahkan memerlukan kita untuk berkata-kata dengannya.

Sedarkah kita yang kita semakin lupa untuk mengambil berat akan orang-orang yang terdekat dengan kita akibat terlampau leka dengan orang-orang di alam maya.

Sedar tak sedar.. "eh, eh dah malam.." sedar tak sedar asar dah nak habis.. Sedar tak sedar 4 jam berlalu begitu saja..


Kita lebih suka berkata hye, hello, salam atau menyapa mereka-mereka di alam maya.. Sehinggakan kita lupa untuk tebarkan salam buat mereka yang dekat di sisi kita..

Allah..kuat sungguh penangan internet..bersama facebooknya, Yahoo messengernya, blognya, my spacenya.. Wah, membuatkan manusia hidup bersendiri.. nNafsi-nafsi.. Lupa pada hakikat.. Lupa pada berkat..

Lupakah kita pada hablumminannas?? Tidak perlukah kita menghubungkan silaturrahim ataupun ukhwah dengan jiran tetangga kita.. Saudara kita yang realiti ini..

Lihat sudah keadaan di kampus.. Lupa sudah pada rakan yang bersama sebilik.. Penting lagi melayani karenah rakan-rakan di alam maya.. Biarkan rakan sebilik terkapai-kapai sendiri.. Siapa tahu dia sebenarnya perlukan kita untuk mendengar masalahnya.. Siapa tahu dia hakikatnya ingin berkata-kata dan berkongsi sesuatu dengan kita.. Asyik sungguh kita akan alam maya yang kadangkala sedikitpun tidak memberi manfaat malah mendatangkan mudharat kepada orang sekeliling..

Secara realiltinya,siapa yang lebih dekat dengan kita?? Akan-rakan dia alam mayakah yang akan membantu kita di saat kita benar-banar memerlukan bantuan?? Sakit kita, susah kita.. Rakan-rakan di alam mayakah yang menghulurkan tangan, meringankan beban..??

Tidak salah melebarkan jaring, menghubungkan rangkaian, meramaikan kenalan.. Tapi jangan di lupa pada adat berukhwah di alam realiti.. Jangan di lupa pada hakikat hidup secara berjemaah..

Andai pernah kau rasai keramatnya ukhwah.. Tiada sebab untuk kau hidup bersendirian.. Tiada sebab untuk tidak kau mempedulikan perasaan dan hati itu.. Hati itu ingin sekali dibasuh dengan senda gurau bersama.. Hati itu ingin saja menuturkan kata, berkongsi rasa tanpa sepi dari sebarang kata..






Credit to : iLuvislam.com

Senyum Pada Hari Sabtu :D

Assalamualaikum dan selamat pagi, cikgu! *ala-ala upin ipin* Haih. Rindu nak jadi budak sekolah rendah la nampaknya. Hoho. Pagi yang gelap kini sudah terang. Teranglah sangat kan? Memang sejuk je angin sepoi-sepoi bahasa je pagi ni. Malasnyalah nak pergi kerja =________= Dah, jom layan dialog yang boleh ceriakan hari anda ye? Tak gelak pun, sekurang-kurangnya mesti tersenyum. Percayalah cakap aku. Ni aku copy paste balik dari entry lama aku. Haha :p



Sudu

Doktor: Encik kena ambil tiga sudu ubat ini setiap hari.
Pesakit: Eh,tak boleh doktor!
Doktor: Kenapa?
Pesakit: Rumah saya ada dua sudu sahaja!



Kelas BI

Ayah: Apa fasal BI kamu asyik dapat kosong sahaja? Kenapa?
Anak: Eh,ayah! Itu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah beri bintang dekat budak-budak lain. Ada yang dapat lima bintang, ada yang empat bintang. Bila giliran adik,bintang dah habis. Sebab itu cikgu bagi adik bulan.



Pak Pandir ke Kebun


Seperti biasa Pak Pandir nak pergi memotong getah. Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak Pandir pun pergilah memotong getah. "Hati-hati ya bang semasa di tepi jalan besar tu nanti!" pesan Mak Andeh.

Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebatang jalan raya untuk sampai ke kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan di tepi jalan raya besar tersebut,ada sebuah papan tanda yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya. Selepas dia membaca papan tanda tersebut,dia pun pulang hampa.Mak Andeh hairan kerana Pak Pandir pulang awal ke rumah lalu bertanya,"Kenapa bang?"

Pak Pandir pun menjawab,"Sejak bila kerajaan kita tak izin kita MEMOTONG getah? Diletaknya papan tanda besar dekat tepi jalan depan kebun kita,"DILARANG MEMOTONG".



Tiru

Cikgu: Encik,anak encik didapati meniru Ali dalam ujian.

Bapa: Apa buktinya,cikgu?
Cikgu: Encik tengok soalan nombor empat ni."Siapakah yang menemui Pulau Pinang? Seman tulis,"Saya tidak tahu" dan anak encik tulis,"Kalau engkau tak tahu,aku lagilah tak tahu".



Hahaha. Layan je korang ye? Aku tak ada idea pagi ni. Kalau diikutkan, memang nak sambung tidur sebab macam nak hujan. Haha. Tapi tak boleh. Kerja itu lebih penting. Huhu. Peace! ^___^V

Friday, July 29, 2011

Layan~~~


Assalamualaikum. Petang tadi aku bosan-bosan, layanlah cerita dekat tv3 ni. Tajuk, Sudu Dan Garfu. Best! Bak kata orang, jangan benci sangat seseorang tu, lama-lama dia jadi lelaki kita. Haaa.. Kan? Siapa susah? Diri sendiri la. Haha. Ramai betul sekarang yang berchatting pun dah boleh jatuh hati. Aku ngaku, aku pun pernah. Huhu. Ok, tutup balik :p


Tapi chatting sekarang ni tak boleh percaya sangat sebab kita pun bukannya kenal sangat dengan lelaki tu kan? Tak tau rupa dia macam mana. Latar belakang yang dia bagi tu entah betul entahkan tidak. Niat dia berkenalan dengan kita pun tak taulah baik ke sebaliknya. Bila dah kenal, mestilah nak jumpa kan? Kalau boleh, elakkanlah. Takut terjadi apa-apa. Tak pun, korang keluarlah secara ramai-ramai ke kan? Dari seorang, macam-macam boleh berlaku. Adeh.



Tadi, baru je habis tengok cerita Sekali Lagi ni haaa.. Berkurun wehhh.. Orang lain dah tengok cerita Harry Potter apa semua, aku baru nak tengok cerita ni. Haha. Download petang tadi. Nak pergi wayang, poket kosong. Huhu. Harry Potter pula aku tak minat. Tak tengok dari first ditayangkan pun. Oh, kesian aku kan? Hoho. By the way, cerita ni sedih. Sempat pula air mata aku mengalir. Hehe. Maaflah, memang layan sikit aku ni. Kalau novel pun sama. Lalala~

Lasaklah aku~

Assalamualaikum dan selamat pagi. Rajin betullah sesiapa yang buat entry pasal makanan pagi-pagi ni. Kelaparan aku jadinya. Haha. Tak makan sarapanlah puncanya ni~ Huuuu.. Tak apa, mulakan sarapanmu dengan roti. Wah, sedap! Tapi korang minat roti ke? Tak? Suka? Eh, pening dah. Kalau gabung jadi TAK SUKA! Macam tu ke? Haha. Peringatan, entry ni panjang. Cukupkan nafas anda untuk membaca kesemuanya ye? :D


Ye, mari kembali ke misi kita hari ni. Misi kita? Tidak, aku je. Hehe. Aku nak tanya koranglah, korang lasak ke tak eh? Lelaki, aku tau lasak. Tak perlu jawab. Aku tau dah :p Soalan ni khas untuk wanita. Eh, kejap. Wanita ni lasak ke? Bukan sopan-santun ke? Haha.


Korang jangan fikir lain pula pasal lasak ni. Ala, lasak dari segi aktiviti yang korang sertai ke apa ke kan? Mendaki gunung? Yang ni aku tak pernah. Kalau naik basikal, memang aku lasak =______= Kawan aku selalu cakap aku bawa laju macam pelesit. Kalau motor, rempit. Basikal? Hahahaha :p


Nak tunjuk, tu basikal aku haaaa.. Budak-budak tu kawan sekolah aku dulu. Haha.


Basikal itulah yang aku kayuh ke sekolah tiap-tiap hari sejak sekolah rendah. Tiap-tiap tahun jugalah kena beli kain baru sebab asyik kena minyak rantai dan akhir sekali menyebabkan terkoyak sedikit. Lasak betul aku ni =__________= Eh, cakap pasal koyak, tiap-tiap tahun juga aku tukar kasut. Koyak bahagian depan. Kalau waktu hujan, memang banjir kasut aku. Perempuan jenis apa la aku ni kan? Haih. Nasib badanlah siapa jadi suami aku nanti. Haha :p


Aku ni memang lasak sikit. Masa kerja, kena angkat kotak apa semua. Kotak besar gedabak korang bayangkan, aku angkat sorang-sorang. Akibatnya, memang lenguh tangan aku keesokannya. Ada suatu hari tu, barang sampai. Pak cik India tu suruh tolong angkat barang yang kecik-kecik. Eh, kecik la sangat tapi berat macam hampeh. Hahaha. Dia cakap, kita 1 Malaysia, kena tolong-menolong. Aku tak kisah. Dia cakap akak-akak yang lain tu tak nak tolong ke? Jaga tangan eh? Hoho. Aku tergelak dalam hati. Sebabnya, aku dah biasa kasarkan tangan aku. Bukan lembut seperti mereka yang jaga menggunakan losyen tu ye? Aku ada, tapi malas nak pakai. Haha.


Masa aku berada di Darjah 6, aku lasaklah juga mengakibatkan tangan sebelah kiri aku patah. Haaa.. Yang ni betul-betul lasak. Aku tak nak cerita punca aku jadi macam tu kan? Haha. Cerita lama. Aku patah tangan tu masa dekat bilik persalinan selepas menghadiri kelas PJ. Dikejarkan ke Klinik Kesihatan. Buat X-ray. Masa dia tarik tangan aku untuk X-ray, menjerit dah. Sakit woo.. ~____~


Petang tu, sajalah pergi jumpa pakar patah tangan. Eh, betul ke? Layan je la. Bukan di hospital. Tapi di Beranang. Jauh benor aku pergi. Suruh dia tolong masukkan tulang yang dah patah tu. Nangis dah. Sakit sangat! ~______~ Malam pula, pergi Hospital Kajang. Nak tahu tulang tu betul-betul dah masuk ke belum.


Selepas buat X-ray, ternyata tulang tu terkeluar balik masa gerakkan tangan nak buat X-ray tu haaa.. Haih. Kena buat operasi suntikkan bius dalam badan. Kemudian, simen tangan apa semua. Sekali, tempat nak masukkan jarum tu tertinggal dekat tangan aku. Eh, mana aku tau benda tu kena keluarkan balik. Aku dungu wehhh. Budak kot. Haha. Akibatnya, esok pergi hospital balik. Ternyata lebam di situ selama beberapa hari. Best betul. Huhu.


Aku bercuti di rumah selama 3 minggu. Korang bayangkan Ujian Setara UPSR, aku duduk melangok depan tv. Eh, katil aku depan tv dekat ruang tamu la. Mak suruh pergi je sekolah jawab exam. Aku tak nak. Haha. UPSR aku boleh je hilang 1 A walaupun tak jawab Ujian Setara tu. Penting eh benda tu? Haha. Bajet! Tolonglah~


Ok, penat aku taip panjang berjela-jela. Tak taulah korang dah termuntah ke baca entry aku ni. Cuba share korang punya pengalaman lasak yang korang alami ke apa ke kan? Aku pun nak tau ni ;)



Nota kecil : Lasak tu jugalah menyebabkan tangan aku selalu terluka. Haha


Pesanan dari penaja : Tak semua wanita ayu, sopan santun tak boleh lasak :p

Thursday, July 28, 2011

Segmen : Bombay Nak Taw Sukan Kegemaran Aku.

Assalamualaikum. Malam ni terasa malas nak perah otak untuk buat entri walaupun pada asalnya ada idea. Pagi esok je la eh? Haha. Aku nak join segmen kejap. Lepas tu, sambung terjah blog korang sambil tinggalkan komen dan juga jejak. Hehe. Tunggu je lah aku datang kejap lagi ye? :p



Tekan sini.


Haaa.. Entry aku yang dulu, aku ada nyatakan bahawa aku suka olahraga. Tak ingat? Meh aku refresh balik otak korang. Hoho. Tekan sini sampai penat! :p Kepada yang malas sangat nak tekan tu, tak apalah. Aku rajinkan diri juga untuk menaip. Hehe.


Dari sekolah rendah sampailah ke matrik, aku tetap hadirkan diri untuk menyertai acara olahraga walaupun tak sehebat mana pun. Huhu. Tapi ada juga cakap aku ni atlet. Bukan ye? Jangan salah anggap. Aku dah terbiasa kot dengan benda-benda ni. Kalau tak serta, macam ada kekurangan. Seolah-olah bukan diri aku yang sebenar. Haha. Boleh pula macam tu kan?


Gambar latest semasa di matrik ni. Pingat Larian KAKOM. Wehooo~ Untuk KAKOM, aku tak sertai apa-apa sebab dorang ambil yang wakil daerah apa semua. Nampak la kan aku bukan atlet. Sila percaya ye? Ni sebenarnya salah satu pingat yang aku dapat. Ada lagi dekat rumah ni. Tak nak tunjuk, karang korang cop aku RIAK! Kesian aku nanti. Aku share ni pun sebab Tuan Bombay nak tau. Huuu..


Aku selalu buat latihan untuk Larian KAKOM ikut blok aku. Bosan weh sebab selalu sampai cepat =______= Aku lari sambil dengar lagu. Itu yang seronok~ Dari dulu sampai sekarang tak berubah pun. Hehe. Ada aktiviti sukan dekat matrik dulu, aku sertai acara 4 x 400 meter. Nombor 4 je. Sedih aku. Dah la first runner. Ngaaaa~ Itulah pertama kali aku jadi first runner seumur hidup aku. Haih.


Dalam banyak-banyak acara tu, aku tak pernah sertai 200 meter dengan 1600 meter. Aku selalu cakap dalam hati aku yang 1600 meter hanya untuk orang yang ada mentaliti yang sangat tinggi dan mempunyai kaki yang sangat panjang. Hahaha. Betul, aku tak tipu. Aku tengok dorang lari macam apa je. Panjang betul kaki. Cantik betul ayunan. Ni yang cemburu ni. Nak juga jadi macam korang, boleh? Hoho. 200 meter pula bagi aku macam seciput je. Tak naklah. Haha. Bajet hebat sangatlah tu kan?


Sebelum ni, dekat sekolah rendah pernahlah juga masuk pertandingan badminton tapi tak sehebat olahraga. So, aku cakap byebye je lah badminton. Lain kali je aku main. Haha. Serius, aku tak reti servis apa semua. Tapi boleh pula aku masuk pertandingan? Eh, kalah la. Memang hampeh kan? Huhu.


Pesanan dari penaja : Kepada sesiapa yang kenal aku dekat UPM tu, jangan suruh aku libatkan diri dalam olahraga tau. Haha :p

Kematangan?

*ihsan dari encik google*


Assalamualaikum. Dah ramai betullah yang buat entry pasal dunia blog ni kan. Tu tak bermakna kita ni jahat ke apa ke kan? Kita nak tolong sesama blogger. Kalau tersalah, kita tunjukkan yang betul. Amalan tolong-menolong itu kan amalan mulia. Hehe.


Kembali ke tujuan utama. Aku sebenarnya terfikir betul ke perempuan ni cepat matang? Dari segi apa? Pemikiran atau penampilan? Aku pun peliklah. Pergi mana-mana je, mesti orang panggil aku akak. Tengok rupa, tak ada maknalah kan. Pernah tanya akak sekerja, dia cakap kalau aku tak cakap umur, ada lah dalam lingkungan 20-an. Uih, macam tu sekali eh?


Sebab tu, kadang-kadang kita ni tak boleh nak make up sangat. Alamatnya, memang lagi berusia la jawabnya muka kita ni. Tapi aku tak make up pun. Ada je orang panggil aku kakak. Macam mana? Haih. Penampilan dah sempoi pun digelar kakak. Cuba korang bagi sikit idea. Aku nak tau juga pendapat korang kan? Korang semua ni kan rajin bagi pendapat. Haaa.. Betul tak?


Lelaki kalau kita tengok, berusia mana pun dorang, mereka tetap nampak muda. Ada tips tak? Senyum selalu ke? Haha. Cemburu betul aku bila tengok lelaki lebih muda dari umur sebenar. Korang pakai ilmu apa eh? Uik, aku tak cakap benda bukan-bukan tau :p


Dari segi pemikiran pula, tak kiralah lelaki ke wanita ke semuanya sama. Bergantung kepada individu tersebut. Kadang-kadang pengalaman yang mematangkan usia. Tak kira muda ke berusia sikit apa ke kan, matang tu bukanlah satu penghalang. Tak kisahlah kalau budak kecil pun tahu nak bezakan yang baik ataupun yang buruk. Semua terletak di tangan kita untuk tentukannya.



Pesanan dari penaja : Pendapat anda amat dihargai :)

Wednesday, July 27, 2011

i will follow you~~



Assalamualaikum. Haaa.. Ni aku nak cerita pasal follower sikit. Bukan apa, aku kadang-kadang perasan dekat dunia blog ni ada yang suka gunakan tagline, "follow me, then i follow you back". Aku sebenarnya bukan jenis macam tu. Eh, jangan tuduh sebarangan. Aku cuma nak bagi pendapat. Sila baca di bawah ;)


1) Segmen, giveaway ataupun contest yang memerlukan para blogger untuk follow dorang. Yang ni, aku tak setuju sangat. Seolah-olah nak naikkan follower. Tapi ada certain-certain yang suruh follow sebab nak ikuti perkembangan segmen, giveaway ataupun contest yang korang sertai. Aku tak bangkang la yang ni sebab ada logik juga dekat situ. Ataupun ada juga blogger yang lepas segmen, contest ataupun giveaway tu dah habis, dorang unfollow blog tu? Eh, ada ke orang macam ni? Wallahualam.


2) Para ahli yang sertai segmen yang merupakan penyumbang terbesar kepada follower. Betul tak? Jangan tipulah kan kalau korang cakap korang join segmen sekian sekian tapi follower tetap sama je. Namun, seeloknya kita follow blog seseorang itu berdasarkan penulisan dia ke nak kenal dengan lebih mesra ataupun sebab-musabab yang munasabah dan boleh diterima dek akal. Aku tak salahkan korang kalau korang follow seseorang tu berdasarkan rupa. Biasalah tu. Masing-masing punya hak.


3) Tak ikhlas follow kita. Dia guna tagline seperti yang aku nyatakan dekat atas. Ye lah, cuba korang bayangkan. Sebagai contoh, follower korang ada lebih 700 orang sedangkan kita boleh follow blog seseorang tu sampai limit 300 je. Lebih, memang tak dikira. Kalau semua orang macam tu, macam mana nak follow? Aku pun dah tak tau nak manage blog yang aku follow tu macam mana dah. Bagi aku, aku follow blog dorang ni sebab aku suka cara dorang. Kadang-kadang dorang rajin datang blog aku untuk komen entry tu, entry ni. Siapa tak suka? Cuba cakap.


Haaa.. Cuba korang fikir. Aku bukan nak salahkan sesiapa, cuma aku terpanggil untuk buat entry ni. Walaupun aku sibuk macam mana pun, aku tetap akan datang terjah blog korang. Tinggal jejak pun tak apa lah kan? Bagi aku, follow tu kena ikhlas. Bukan semata-mata nak kejar nombor follower tu je. Andai terkasar bahasa, harap diampunkan. Aku ni manusia biasa je. Tak lekang dek kesilapan.


Follower aku dari seciput tu sampailah dah berjaya hampir 500 orang ni, aku nak berterima kasih banyak-banyak sebab sudi mengikuti perkembangan blog ni. Walaupun tak ada apa-apa, aku hargai korang sangat-sangat :)




Nota kecil : Sesiapa yang aku belum terjah tu, bawa bersabar ye? :)

Raya lagi!

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi semalam semasa dalam perjalanan nak pergi ke kerja, tiba-tiba terdengar lagu raya yang dipasang oleh sebuah pasaraya berdekatan dengan rumah aku. Abang aku cakap, puasa pun belum. Apatah lagi dengan raya? Haaaa.. Betul juga, kan? Puasa sehari pun tak cecah lagi, ni nak bergema lagu raya. Semangat betullah. Haih.


Kalau puasa tinggal lagi seminggu je nak raya, kira logik la juga kan? Kira macam menyambut hari raya yang bakal tiba. Part tu memang tak boleh cakap. Mesti rumah dah siap dengan langsir baru, baju raya dah lama siap, kuih raya pun main tunjuk-tunjuk je. Bukan tu je, budak-budak pun dah terlebih semangat dengan bahang nak raya dengan bermain mercun. Berdesing telinga aku. Kalau ada penyakit jantung, tak ke naya jawabnya? Sabar je lah~


*ihsan dari encik google*

Kuih tart. Favourite~ :D


Eh, korang tak perasan ke entry aku tiba-tiba dah masuk pasal raya? Hahaha. Seronok. Tutup cerita tadi. Korang layan je la yang ni. Aku sebenarnya rindu nak beraya dekat Terengganu. Rindu nak makan ketupat palas. Rindu nak makan nasi dagang. Wah, syurganyalah kalau dapat makan semua tu.


Tak sah kalau tak makan ketupat palas ni kalau balik Terengganu. Ngaaaa~ Buat je lah. Haha


Nasi dagang. Haaaa.. Orang Terengganu la ni. Wajib kau kena makan. Perghhhh.. Sedap wa cakap sama lu. Aku dah terliur dah ni. Hahaha. Puasa nanti nak cari la satu dekat bazar ramadhan. Haaa.. Tengok, siapa yang terlebih semangat sekarang? Aku ke? Tak, kan? Huhu.



Nota kecil : Orang Pantai Timur sambut raya kejap je. Tak macam kita, sambut sebulan sampai perut dah ke depan sebab banyak makan dekat open house. Hahaha :p


Pesanan dari penaja : Jangan buka entri ni waktu puasa ye? Tergugat iman korang nanti, aku tak jawab :p

Tuesday, July 26, 2011

Apa? Kurang siuman?

*waktu ni dekat Johor*


Assalamualaikum. Haaaaa.. Ada sesiapa yang pernah bercakap ataupun berborak dengan orang kurang siuman tak? Cuba angkat tangan. Ni nak tanya pendapat ni. Best tak? Apa korang rasa? Ada apa-apa yang dorang cerita dekat korang tak? Haih. Banyak betul soalan. Hahaha.


Aku tanya ni mestilah ada sebab. Bak kata orang, kalau tak ada soalan, mana kan ada jawapannya? Uik, betul ke tu? Adeh. Suka-suka aku je. Hoho. Ok, aku sebenarnya nak cerita yang aku pernah mengalami situasi tersebut pada tahun lepas. Awal bulan April. Masa tu aku berada di Batu Pahat, Johor. Waktu tu, aku baru je berhenti kerja. Bulan 5 dah masuk matrik. So, jalan-jalanlah kejap dekat sana sebab kakak aku kerja sana. Alang-alang tu, aku jaga arwah pak cik aku dekat hospital selama seminggu.


Nak dijadikan cerita, aku keluar berjogging dengan kakak aku pada pagi Khamis. Maaf, tarikh tak ingat dah. Hehe. Aku lebih suka berjogging sorang-sorang. Kakak aku sibuk buat senaman apa entah. Dah cukup 5 round, aku jumpa dengan kakak aku. Lepas tu, sajalah nak pijak-pijak batu yang boleh melancarkan pengaliran darah ke seluruh anggota badan tu kan *tak ingat nama sebenarnya*. Sekali lagi aku pijak batu tu jauh sikit dari kakak aku.


Kemudian, datang seorang amoi. Dalam lingkungan lewat 20-an kot. Dia kata nak jadi kawan aku, boleh tak? Erk. Aku kalau orang nak berkawan, aku tak kisah. So, aku layan je la dia. Tapi bila dia asyik ikut aku, tanya itu, tanya ini, aku rimas wehhhhhh.. Haha. Semua orang yang ada dekat situ pandang aku. Amoi tu ada kenalkan ayah dia. Ayah dia ada buat signal yang anak dia tu kurang siuman sikit.


Aku mula perasan bila dia cakap pasal suami dia. Dia accident, lepas tu tak ingat apa dah. Suami dia dah tak ada. Dia putar belit ayat dia. Dia cakap dia suka aku. Dia dah tak suka lelaki. Aku dah takut. Hahaha. Serius, aku rasa nak lari balik rumah masa tu. Kakak aku ajak balik. Aku blah cepat-cepat.


Cerita ni bukan nak aibkan seseorang tau cuma nak berkongsi pengalaman. Karang ada orang fitnah aku, takut aku. Huuuu~

Pujaan hati

Assalamualaikum. 2 hari yang lepas kan aku cuti. So, bila jalan-jalan cuci mata, cuci perut, cuci tekak, cuci mulut dan segalanya cuci *banyak betul cuci*, tiba-tiba aku ternampak promosi kereta di situ ye? Ternampak kereta warna merah jambu. Eh, ye ke? Layan je laaaa~ Haha.


*ihsan dari encik google*

Haaaa.. Ini dia kereta tu. Suzuki Alto warna merah jambu. Cantik wooooo hari tu aku tengok. Tapi bila usya-usya tu, sekali hampeh kejap. Sebabnya, tempat letak barang-barang dekat belakang sangatlah kecik cinonet. Fuh, tak jadilah nak berangan beli kereta tu. Hahaha. Adeh. Aku pun tak tau nak berangan kereta apa pula lepas ni :p


*ihsan dari encik google juga*

Yang ni versi biru. Mana cantik? Biru ke merah jambu? Biru dia macam lebih mengancam je. Biru la, boleh? Uik, nak pula. Macam-macam betullah aku ni =_______= Haha.



Nota kecil : Asyik tengok orang lain pakai Suzuki Swift macam best. Ni berangan Suzuki Alto pula. Lepas ni keluaran apa pula eh dari Suzuki? Duit tak ada, nak perasan pula. Haih. Mengada betul. Huhu.

Monday, July 25, 2011

SEGMEN : Mari Cari Kembar Blogger

Tarikh lahir : 24 Oktober 1992


Tekan sini.

Sesi berjalan-jalan

Assalamualaikum semua. Wah, malam tadi rajin juga aku habiskan list semua segmen kecuali bro ben ashaari punya. Banyak wooo~ Boleh naik gila aku tengok list. Hahaha. Aku terjah korang punya slow-slow eh? Bila laju nanti, korang tak nampak aku update blog dah, mungkin dekat Tanjung Rambutan. Haaaa.. Siapa susah? Aku juga. Haha :p


Semalam aku dapat cuti bekerja. Maka dengan itu, haruslah aku keluar rumah kan? Eh, bukan lari dari rumah ye? Aku sekeh juga karang kalau sesiapa cakap macam tu. Huhu. Dah lama aku tak keluar rumah sejak bekerja ni. Cuti je, duduk rumah. Duduk rumah je, cuti. Haaa.. Macam mana tu? Abaikan je la. Aku memang suka merepek. Dah, jom layan gambar-gambar ni. Bila tengok, confirm ada yang tau tempat tu. Tak jauh pun, Malaysia juga wehhh~ Hahaha :p


Aku dah lama teringin nak ambil gambar dekat batu-batu tu. Asyik ada orang je. Tension betul aku. Haha


Motif gambar ni? Untunglah ada kamera besar gedabak tu kan? Mahal pula tu. Eh, tiba-tiba je :p


Haaaa.. Nampak tak tugu tu? Eh, bukan tugu tapi lambang tempat sesuatu kan? Dah tau dekat mana ni? Syhhhhh.. Senyap-senyap sudah. Hahaha


Aku suka gambar ni. Budak kecik tu buat apa eh? Tengok awek dia dekat sebelah sana eh? Haaaa.. Ayokkkkk~ Haha. Suka-suka aku je buat caption macam tu.


Haaa.. Bot tu macam best je. No money, no talk la kan? Hehe


Suasana hutan. Wah, hutan la sangat~ :p


Itu aku *macam lagu ekstranged*


Done. Byebye. Peace! ^___^V Hahaha



Nota kecil : Seronok keluar semalam. Sebenarnya nak tengok wayang, tak ada cerita yang best. Bowling penuh. Ada tournament kot. Hampeh je. Saje nak spoilkan plan aku kan? Sabar je. Haha.

Sunday, July 24, 2011

Saya Nak Join Segmen Review dari Cahaya Azyla


Tekan-tekan sampai dapat dekat sini. Haha :p

blog review by CIK IYLIA !!


Kepada sesiapa yang berminat, sila-sila join. Tekan sini. Tak rugi wa cakap sama lu.. Haha :p

GA CEKODOK ENSEM


Tekan sini.

Imbas kembali nostalgia dulu kala

Assalamualaikum. Hai, selamat pagi. Wah, awal betul aku update blog hari ni. Yelah, malam tadi aku blogwalking kejap je. Tak ada mood nak terjah, join segmen apa semua. Mungkin penat sangat kot. Bukan kot dah, memang ye. Bukti, aku tidur awal. 11 lebih aku dah tidur. Ngaaaaa~ Hebat! Hahaha :p


Ingatkan nak update la pasal makanan ke apa ke kan pagi ni sebab perut dah berbunyi. Malam tadi tak makan pun. Setakat makan angin yang dihirup semasa menunggang motorsikal pulang ke rumah adalah. Uit, bukan aku yang tunggang. Aku jadi penumpang je. Hoho. Masa belek-belek gambar dekat folder laptop ni tadi, terjumpalah pula gambar-gambar di matrik dulu. Hui, rinduuuuuuu~ Erk, orang lain sibuk dengan preparation universiti, aku sibuk dengan matrik pula. Ketinggalan nampaknya. Hahaha. Pedulikan :p


Waktu lepas habis kuliah ni. Petang-petang memang dah tak ada orang. So, saja menggatal tangan tu nak ambil gambar. Haha. Tapi hampeh kejap. Tudung tu dah hilang. Orang curi ~__~ Cemburulah tu tudung cantik sangat sebab lip lap dia memang boleh nampak dari jauh. Aku ingat tu. Haaa.. Buat rasa tak bersalah pula. Sabar je.


Ni masa memenangi larian KAKOM. Eh, tapi bukan top 10 lah. Setakat top 30 tu adalah juga. Dorang suka main tolak-tolak. Geram je aku. Tahulah aku ni kecik je. Uik, ye ke? Haha. Buat pengetahuan korang, aku memang suka join olahraga sejak zaman sekolah rendah lagi. Paling wajib, merentas desa. Hehe. Kegemaran aku tuuu~ :p


Budak-budak perempuan kelas aku ni. Tapi ada lagi sorang pergi mana entah. Lagi sorang bekerja sebagai seorang jurugambar yang tak berbayar. Haha


Inilah satu-satunya budak kelas yang sama blok asrama dengan aku. Dulu selalu pergi mana-mana dengan dia ni. Ada lecturer cakap muka kitorang sama. Kembar la lebih kurang. Ye ke? Pelik betul. Bukan sorang dua cakap tau. Haha. Ye kan je la~


Oh, hai! Saya budak matrik. Ops, saya budak lepasan matrik sesi 2010/2011. Haha. Peace! ^__^V



Aku rasa cukuplah tu kot aku tayangkan gambar-gambar ni. Banyak sangat gambar dalam folder. Hoho. Ngantuk pula rasanya. Tidur balik best ni. Haha :p


Nota kecil : Medical check up untuk degree nanti buat minggu depan. Ibunda tercinta nak sponsor. Gaji aku tak masuk lagi. Haaa.. Masyuk wehhh~

Saturday, July 23, 2011

Sendiri mau tanggunglah~

Assalamualaikum. Entry pendek je hari ni. Memandangkan semalam terlebih bekerja keras, akibatnya diri sendiri yang tanggung. Haaa.. Apa bendalah aku nak cakap sebenarnya ni. Berbelit-belit. Aku nak cakap, aku cuai la sebenarnya. Selalu macam tu. 1 luka di tangan belah kanan dan 2 lagi tangan belah kiri. Huuuu.. Nasib la kan? Orang cuai macam aku memang macam ni =____= Lagi satu, mata aku pun still merah sebab kena tumbuk dengan orang. Wah, spekulasi apa aku nak buat ni? Haha. Tak adalah, pemegang ala-ala bulu ayam tu terkena mata sampai berair mata aku wehhh.. Hehe. Hebat aku. Pedih je mata. Kalau sampai pagi esok tak ok juga, buat check up je la jawabnya. Erk. Ada duit ke? ~___~



Done. Byebye.



Nota kecil : Terima kasih kepada yang sudi memberi feedback dalam entry malam tadi ;D

Friday, July 22, 2011

Khas kepada blogger baru

Assalamualaikum. Haaaa.. Tajuk nak gempak je, bukan? Tak, tak. Memang untuk blogger baru je ni. Nak tau sebab apa? Sebabnya ialah aku nak tegur sikit je dekat korang. Eh, ni bukan marah ke apa eh. Jangan korang pulaukan blog aku sudahlah. Sedih aku nanti. Huuuu.. Sebenarnya, aku ni memang suka blogwalking. Kadang terlebih rajin pula nak pergi komen entry-entry korang ke terjah dari segmen ke apa ke kan?


Tapi yang melibatkan perasaan dan jiwa raganya adalah apabila word verification tu keluar bila nak komen. Haaaa.. Tu yang aku macam down sikit tu. Kebanyakannya macam tu. Korang tak kesian dekat aku ke? Dah la sibuk waktu pagi, malam je waktu aku jalan-jalan dekat blog korang. Penat tangan aku taip word verification tu. Kalau pendek tak apa juga, ni panjang ~__~


Lagi satu, kadang-kadang ada juga blog yang tak ada komen box. Macam mana aku nak komen? Ada certain entry korang best, tapi tergendala tau aku nak komen bila jadi macam tu. Sedih aku. Tak apa, kadang-kadang aku abaikan je semua tu sebab aku still akan tinggalkan jejak dekat shout box korang. Semua ni untuk kebaikan korang juga. Tak adalah follower korang susah hati ke apa ke kan dengan blog korang. Please think postive, ok? Aku cuma nak tolong, tapi aku bukan along. Haha.


Nota kecil : Jangan kecil hati ye korang. Semoga korang berjaya dalam dunia blog ni. Peace! ^__^V

Segmen | Lulu Caldina terjah blog saya...


Tekan sini ye kawan-kawan. Hehe :D


Segmen Cik Lulu yang dulu pun tak habis lagi ni. Huhu. Separuh lagi. Doakanlah aku dapat terjah kesemuanya. Aku dah la sibuk. Huuuuu.. Sedih betul. Tapi korang jangan risau, aku akan tetap terjah korang ye? Peace! ^__^V

SEGMEN: Aku ingin diSkodeng Abg Stalker


Assalamualaikum. Haaa.. Mood ada balik ni. Sila-sila join eh? Haha :p



Klik sini.


jalan-jalan cari makanan

Assalamualaikum. Sekarang aku bukan dalam mood contest ke giveaway ke segmen ke apa. Mood tu dah hilang wehhh.. Sejak malam tadi kot. Hahaha. Nanti kalau ada balik, aku buat lah. Hoho. Petang semalam aku jalan-jalan di Mid Valley. Hooray! Lama betul tak pergi sana. KTM UKM tu pun dah lama tak jejak. Asyik naik kereta je kan? Haaa.. Hampeh betul. Jalan-jalan sikit dekat Mid tu, perut berbunyi-bunyi. Minta sepupu aku belanja Tutti Frutti tu, tapi dia kata mahal la. Lepas tu, bodek-bodek kejap suruh belanja MCD. Wehooo~ Berjaya weh. Hahaha :p


Aku punya Mc Chicken dengan Fries biasa je. Selebihnya sepupu aku punya. Siap ada Fries perisa BBQ tu yang tak menahan. Sabar je. Haha

Empunya badan yang sangat baik hati. Tolonglah jangan bodek dia, ok? :p

Ini dia tuan blog ni. Selekeh weh. Tolong~ Hahaha. Kenapa aku nampak kecik dalam gambar ni? Tipu gambar ni. Sila jangan percaya ye? :D


Nota kecil : Lepas korang tengok ni, korang tak jadi dah nak melawat sini tiap-tiap hari kan? Huuu.. Sedih aku. ~_~

Thursday, July 21, 2011

SEGMEN: KAMI SAYANG TEMAN BLOGGER-TERJAHAN TERAKHIR


Ahli Kumpulan 2 :



Lagu khas untuk korang :


Aku pilih lagu ni untuk korang sebab aku nak korang tak mudah putus asa dengan semua yang korang idamkan dalam dunia blog ni ataupun dunia realiti. Tak kisahlah benda tu sukar untuk dicapai macam mana sekalipun, korang kena berusaha dengan segigihnya untuk dapatkan sesuatu tu. Walaupun gagal sekali, tak bermakna korang gagal untuk selama-lamanya. Lagu inilah yang membangkitkan semangat aku untuk jawab paper final dekat matrik dulu walaupun pada masa tu perasaan bercampur baur dengan masalah peribadi lagi apa semua. Alhamdulillah, aku dah pun berjaya dan bakal memasuki UPM kemasukan September ni. Doakan aku ye. Apa-apa pun, aku harap korang kena kuatkan semangat dalam sebarang perlakuan yang korang nak buat. Fikir secara rasional. Goodluck untuk korang. Aku doakan korang berjaya di dunia dan juga akhirat. Aminnn.. :)


Pantun yang direka sepenuhnya oleh aku. Baca ye? :)

Cerita aku tajuk tersendiri,
Orangnya peramah dan juga misteri,
Wahai semua janganlah jauhi,
Angahiera yang dinanti-nanti.

Sentuhan ibu amat dihargai,
Kasih sayangmu amat sejati,
Pengorbananmu tidak terhenti,
Demi anakmu ummi pengarang jantung hati.

Orangnya cantik bagaikan bidadari,
Menjahit adalah aktiviti digemari,
Wahai cik-cik marilah kita kenali,
Nama Cik Aqma ini diberi.

Sahabat sejati sahabat yang dicari,
Tempat untuk berkongsi hal peribadi,
Jangan putus asa untuk mencari,
Wahai Ked namamu diabadi.

Ninie panggilan diberi,
Sangat gigih membuat segmen ini,
Pantun 4 kerat ini sebagai pengganti diri,
Terima kasih untuk selama ini.

Semua orang ada identiti,
Janganlah kita menukar diri,
Kelak kita menyesal nanti,
Dengan itu, saya mengundur diri.



Done. Byebye.



Nota Kecil : Korang jangan gelakkan pantun aku tau. Penat aku perah otak buat pantun tu. Haha. Dah lama tak buat pantun la. Masa matrik dulu rajin termenung sambil fikir pantun yang berlandaskan alam sekeliling. Hehe.

Walnut Shoppe 1st Giveaway

Tekan sini.




Berminat yang huruf E tu! ;D


Nota kecil : Maaf kak, saya dah terlebih wajibkan akak pula. Hahaha. Yang lain, silalah join kalau berminat :)

SAYA NAK JOIN BLOGLIST FAHMI DI SINI


Berminat? Tekan sini.


Aku join segmen ni sebab blog aku ni still tak ramai follower walaupun dah lama berblog. Tak ramai pun sebab aku tak aktif pun sebenarnya dulu. Ni tengah nak aktif balik. Tiap-tiap hari aku akan berusaha update walaupun satu entry je. Tetap rajinkan diri untuk blogwalking walaupun tangan aku dah penat buat kerja pada belah pagi. Haaa... Terharu tak korang? Haha. Yelah, aku perasan sorang-sorang je ni. Huuuu..

Negeri asal aku adalah Negeri Selangor. Anak jati Selangor wehhhh.. Jangan main-main. Hoho :p Puasa dah nak dekat, raya pun dah nak tiba. Baju raya dah lama tempah. Terlebih semangat pula kan? Huhu. Tema baju raya tahun ni adalah PURPLE! Hooray~! Shawl pun dah lama siap beli. Tunggu nak pakai je. Hebat betul aku ni =______= Hahaha :D

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER


Klik sini.


Blog ni layak difollow dan baca selalu sebab aku ni jenis suka update tiap-tiap hari walaupun sibuk bekerja. Tapi sesibuk mana pun, aku akan tetap terjah blog-blog yang sudi datang ke blog ni mahupun finalis-finalis dalam segmen yang aku join. Kira tak rugilah tu kan. Aku akan tinggalkan jejak walaupun tak sempat nak komen apa-apa dalam entry korang. Apabila rajin melanda, aku akan follow blog sorang-sorang. Haaaa.. Nasib la kan kalau blog aku dah limit sampai 300. Hahaha :p

Penemuan terbaru

Assalamualaikum. Tadi sajalah layan Wanita Hari Ini (WHI) dekat tv3 tu sambil makan tempe goreng cicah dengan sambal kicap. Sedap wehhhh.. Haha :p Tiba-tiba terdengar topik mengenai Insomnia. Mesti korang tau kan insomnia tu apa, kan? Ala, masalah tidur tu. Hehe. Tapi aku tak nak lah cakap pasal Insomnia. Cuma aku nak cakap, kopi ataupun nescafe memang selalu membuatkan seseorang tu mengalami Insomnia. Benda-benda tu kan mengandungi kafein. Memang segar-bugar la mata korang kan bila minum. Dulu masa matrik aku dulu, aku selalu minum supaya boleh stay up untuk study kuiz, exam, assignment dan juga tutorial yang perlu dibuat. Haha. Korang pun tergolong dengan aku, kan? Sila-sila angguk ye? Ok, dah merepek jauh sangat. Sebenarnya, aku nak cakap kopi ataupun nescafe tu sebenarnya boleh melambatkan kegemukan. Dia boleh meningkatkan tahap metabolisme kita dalam badan. Huuu.. Kadang-kadang nescafe tu memang boleh dikatakan minuman harian aku dekat matrik. Kurus ke aku? Tak nak jawab. Orang yang kenal aku je nampak aku macam mana. Haha.


Done. Byebye.


Nota kecil : Masuk universiti, nescafe adalah minuman yang sangat memberi impak dalam kehidupan seharian seorang pelajar. Setuju? Hahaha :p

Kembali aktif

Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ni aku cuti. Maka dengan itu, aku terlalu semangat untuk terjah kesemua blog yang terdapat dalam semua segmen yang aku join. Haaaa.. Rajin betul aku ni. Hahaha. Insya Allah yang follow aku tu, nanti aku akan cuba follow balik. Sekarang masa untuk terjah apa semua dulu. Hehe. Segmen Freaky tu dah habis terjah semua. Luna Lanun dengan Chegu Zubir punya belum habis diterjah lagi. Kemudian, aku akan teruskan dengan segmen, giveaway mahupun contest yang terbengkalai sejak akhir-akhir ni. Tunggu je aku update nanti eh? Hahaha.



Done. Byebye.



Nota kecil : Sebenarnya aku tak tau nak update apa. Tu je la yang boleh ditaip pagi ni. Haha :p

Wednesday, July 20, 2011

✿ Cik Ayu's 2nd Giveaway ✿


Tekan sini.


Tag :


SUGAR ?

Assalamualaikum dan selamat pagi. Korang, aku nak tanya ni. Kenapa kita panggil sugar daddy dengan sugar mummy? Kenapa bukan rich daddy ke money daddy ke apa ke? Sama juga dengan mummy. Banyak lagi tittle yang kita boleh bagi. Tapi sugar tu jugalah yang kita bagi. Manis ke mereka tu? Manis dengan kata-kata. Mungkin? Dekat tagged, aku pernah la juga ditawarkan servis macam tu. Haaaa.. Tapi tak kan lah aku terima pula kan? Aku still ada duit. Kalau tak ada duit pun, kita boleh kerja untuk cari duit. Carilah rezeki yang halal. Sugar daddy ataupun sugar mummy tu bukan caranya untuk kita mencari duit. Jangan jadikan perkataan "terpaksa" tu sebagai alasan. Malah, mak cik ataupun pak cik cleaner tu pun bersusah-payah mencari duit dengan kerja itu je. Meskipun penat, mereka tetap tabah dan gigih mencari duit. Aku respect mereka. Hehe. Lagipun sugar daddy dengan sugar daddy ni kan ada helah sendiri mencari anak-anak ikan mereka. Jangan tertipu ye semua. Minta simpang semua ni. Insya Allah :)


Nota kecil : Tagged tu tempat untuk bermain game je. Selain tu, aku tak layan. Kesian kepada yang add dan juga hantar mesej. Huhu.

Pesanan dari penaja : Malam ni dan juga esok adalah masa untuk terjah semua blog korang. Tunggu tau! Hahaha :D

Firdaus Life : Berkawan Dalam Kumpulan


Tekan sini untuk makluman lanjut.


Mari kita sama-sama berkawan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...