Wednesday, July 27, 2011

Raya lagi!

Assalamualaikum dan selamat pagi. Pagi semalam semasa dalam perjalanan nak pergi ke kerja, tiba-tiba terdengar lagu raya yang dipasang oleh sebuah pasaraya berdekatan dengan rumah aku. Abang aku cakap, puasa pun belum. Apatah lagi dengan raya? Haaaa.. Betul juga, kan? Puasa sehari pun tak cecah lagi, ni nak bergema lagu raya. Semangat betullah. Haih.


Kalau puasa tinggal lagi seminggu je nak raya, kira logik la juga kan? Kira macam menyambut hari raya yang bakal tiba. Part tu memang tak boleh cakap. Mesti rumah dah siap dengan langsir baru, baju raya dah lama siap, kuih raya pun main tunjuk-tunjuk je. Bukan tu je, budak-budak pun dah terlebih semangat dengan bahang nak raya dengan bermain mercun. Berdesing telinga aku. Kalau ada penyakit jantung, tak ke naya jawabnya? Sabar je lah~


*ihsan dari encik google*

Kuih tart. Favourite~ :D


Eh, korang tak perasan ke entry aku tiba-tiba dah masuk pasal raya? Hahaha. Seronok. Tutup cerita tadi. Korang layan je la yang ni. Aku sebenarnya rindu nak beraya dekat Terengganu. Rindu nak makan ketupat palas. Rindu nak makan nasi dagang. Wah, syurganyalah kalau dapat makan semua tu.


Tak sah kalau tak makan ketupat palas ni kalau balik Terengganu. Ngaaaa~ Buat je lah. Haha


Nasi dagang. Haaaa.. Orang Terengganu la ni. Wajib kau kena makan. Perghhhh.. Sedap wa cakap sama lu. Aku dah terliur dah ni. Hahaha. Puasa nanti nak cari la satu dekat bazar ramadhan. Haaa.. Tengok, siapa yang terlebih semangat sekarang? Aku ke? Tak, kan? Huhu.



Nota kecil : Orang Pantai Timur sambut raya kejap je. Tak macam kita, sambut sebulan sampai perut dah ke depan sebab banyak makan dekat open house. Hahaha :p


Pesanan dari penaja : Jangan buka entri ni waktu puasa ye? Tergugat iman korang nanti, aku tak jawab :p

38 comments:

norshila ibrahim said...

wah..awalnya cite raya....
suka jgk kuih tart....

slmt berposa!

hira said...

haha. terlebih awal pula kan? huhu. selamat berpuasa juga kak~ :D

bumbleB said...

wahh sdapnye nasi dagang.. yum! tak saba nk raye... raye = family gathering.. i like~ =D

hira said...

sedap kan? fuhhhhhh.. terasa macam nak makan sekarang je. haha. family gathering tu la yang best. jumpa sanak saudara. alahai. rindunya! :'D

Lia-De-Pinky-Leo said...

x saba nak puasa... huhuh

emydiaz3 said...

favourite tue kuih tart nie....cedap2..

hira said...

lia, sabar-sabar. lagi beberapa hari je ni. haha :D

hira said...

emy, sedap kan? hehe

sakura_sue said...

nasi dagang memang sedap! saye pon suke.hehe

hira said...

nak belanja saya tak? huhu

YB Raz said...

aku semalam pergi kedai Watsons..kedai tu pun pasang lagu raya..ini semua propaganda nak kaut keuntungan daripada orang melayu.

hira said...

saja nak suruh orang melayu datang singgah beli. raya dah nak dekat. wah, macam tu? haha :D

GaRy™ said...

oh ketupat palas~.. rindunyer~.. T__T

Green Apple said...

terliur tngk kueh raya...
bulan posa jgn letak gambar ni tau hira... menganggu jiwa... :D

hira said...

gary, sila-sila beli. haha

hira said...

akak, saya tak letak. saya masukkan je dalam blog, tak apa kan? hahaha :D sorry tau mengganggu jiwa akak. saja je ni :p

cik najihah said...

nasi dagang!!
adoi peberet sume ni alahai

cik pip said...

wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

sedap giler tgk...

paling sedap ketupat palas..

nuym nyum -__-

Bui Junaidi said...

kak bui pun suka tart nenas ni..hmmm,sedap..x sabar nk raya..hahah

hira said...

kak najihah, bawa bersabar eh? mengucap banyak-banyak. hahaha :D

hira said...

cik pip, ketupat palas memang sedap woooo~ bagi saya, makanan ni lagi sedap dari ketupat biasa yang kita makan dengan rendang. hahaha :D

hira said...

kak bui, sabar-sabar. puasa belum lagi ni. haha :D

Night Walker said...

wa...kuih tart... rasenya sedap, bunyi perkataan tart nya pun sedap didengari..ha3

hira said...

erk. sedap didengari? uik. macam pelik je. hahaha :D

Ezad Skytech said...

ketupat palas mmg best..kat kampung2 senang nak jumpa ni..kat KL ni susah sikit la..hee~

p/s : entri ni sorokkan masa puasa nanti...heee~

hira said...

sedap kan izzat? memang banyak makan la kalau dapat yang ni tapi jangan habiskan semua yang ada sudah. haha :D erk, insya Allah, saya tak sorok. haha. bukan, awak janganlah buka entry ni. saya pula jadi mangsa :p

GnieSyazni said...

tak penah makan nasi dagang...sdp tak? hee

hira said...

mestila sedap kak. cubalah beli satu. mana tahu, lepas tu nak lagi kan? hehe

Jaa said...

wah,wah, wah, dh beraya awak yer...hehehe

hira said...

sikitlah. haha :D

Golden Rose said...

alahai...tengok pic pun dah terliur

❤ eyeme ❤ said...

sdpnye tart.. baru je try wat aritu.. nsb baik jadi...btw, student kt u mane nie? hihihih

iPai said...

dah tergugat sudah .. hehehe

ketupat palas sedap!!!

Abang Stalker said...

da pun terbaca time pose T_T menangis bc entri ni.


owh ketupat palas..sblm raya ni nk bli daun palas tuk bt ketupat.dau palas ni ssh nk jmp,kne masuk hutan bru ada.

nasi dagang abg kureng ckit mnt,myb tekak org selatan. :D

hira said...

sabar ye golden rose. haha :D

hira said...

eyeme, baguslah sebab jadi. hehe :D student UPM je :)

hira said...

abang ipai, bawa bersabar. ketupat palas memang sedap! :D

hira said...

haha :D abang stalker jangan menangis. bawa bersabar. hoho. betul tu. susah sikit nak jumpa daun palas ni. saya orang malaysia. semua saya makan. haha :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...