Saturday, March 28, 2009

apakah anda lelaki sejati?haha

assalamualaikum dan selamat sejahtera.entryku yang ini akanku ceritakan mengenai kejadian yang berlaku pada petang semalam.semalam iaitu hari jumaat dan juga merupakan penghulu bagi semua hari,aku perlu menghadiri tuisyen pada petang tersebut dengan menaiki basikal pada pukul 5.15 dan kelas itu berakhir pada jam 6.15 petang.kemudian,aku pergi ke kedai buku untuk membeli pen.

dalam perjalanan pulang,aku semestinya akan lalu ke kuil yang menghubungkan rumahku di seksyen 5 dengan seksyen 4 tambahan.setibanya aku ingin turun juram yang sederhana tingginya tetapi selalunya memang sesak nafas untuk mendakinya.hahaha.maaf,ayat tadi tergantung.nak turun juram tuh,aku terlihat seorang budak lelaki yang menaiki basikal tengah meneguk air apa ntah dalam tin tuh.nak kata tunggu habis air tuh baru jalan tak juga sebab masa aku nak lalu dia mara la ke depan sikit.lepas tuh,berhenti.haish.anda semua rasa apa yang terjadi?jeng,jeng,jeng..kita berehat seketika,kita jumpa selepas ini.hahahaha.

anda semua tak nak teka ke kenapa lelaki tersebut berkelakuan demikian?ok,ok.aku juga la kena bagitahu.huhu.sebenarnya,ada seekor anjing berada di depan kuil tersebut.pada mulanya,aku takut la juga untuk lalu.namun,aku beranikan la juga diri ini.selalunya kuil ini memang tempat anjing-anjing berkumpul tetapi sekarang dah tak ada.rupa-rupanya,anjing tadi merupakan anjing yang selalu berada di kawasan perumahan berhadapan dengan sekolah aku.anjing itu sungguh baik dan tak kacau orang.


lebih kurang macam ni la rupa anjing tersebut

yang aku tak tahan,lelaki tadi yang berlagak ala-ala "cool" itu sebenarnya takut dengan anjing.hahaha.boleh ke dia ikut dari belakang aku.bila dah lepas dari jambatan,dia kayuh dengan begitu laju.haish.tak sangka aku.patutnya lelaki la depan perempuan.hehe.

moralnya,janganlah kita mengukur seseorang itu melalui rupanya.ada juga lelaki yang takut kucing.macam mana tuh? xD

Friday, March 27, 2009

masalah negara ;p

assalamualaikum semua xD adakah anda semua perasan dengan pageku yang baru?hahaha.frust betul dengan page ni.dulu punya la cuba banyak kali tapi tak jadi.takut sangat nak tukar kod.haish.takut hilang kod sebenarnya.tapi semalam,gigih juga la aku main tukar kod.entah ape ke benda nya la kod banyak-banyak tuh.rasa rimas pun ada.

bila kod dah ditukar,teettttt..kod semua dah hilang!hahahaha.frust tuh.aku tak backup apa-apa pun.terpaksa la aku buat balik blog ini.kalau tak,memang dah aku delete.hahaha.tapi sayang la pula bila dah delete.rindu dengan anda semua.huhuhu.sila gelak semua ;pp

kepada sesiapa yang nak tukar page tuh,sila backup kod-kod anda dulu ye?nanti tak pasal-pasal anda mengalami sakit hati yang melarat.hahaha.

Thursday, March 26, 2009


assalamualaikum dan selamat pagi.sempat juga aku mengaktifkan diri aku untuk mengupdate blog pada pagi yang mulia ini.hoho.hari ini aku ingin bercakap mengenai perkara yang terjadi pada hari yang telah berlaku semalam.skema betul ayat aku ini.hahaha.malam tadi,aku keluar bersama-sama ayahku.kami singgah ke kedai telefon mobil untuk membeli topup ayahku.aku dengan senang hati melihat pelbagai jenis dan juga telefon mobil yang sedang top pada masa kini.aku terlihat satu telefon yang menarik perhatianku.


nokia 7100 supernova


haish.cantik betul la telefon ini.bagi pendapat anda sekalian la kan,telefon ini ok tak?sebab aku nak beli baru.telefon yang sekarang ini asyik buat hal je.telefon ini mempunyai fungsi seperti:
1) skrin berwarna
2) FM radio
3) kamera 1.3 megapiksel
4) bluetooth

setakat ini,hanya itu sahaja yang aku tahu.huhu.macam mana,ok ke?


Wednesday, March 25, 2009

hey kamu! ;p

assalamualaikum.hari ini tidak lain dan tidak bukan merupakan hari rabu bersamaan dengan 28 rabi'ul awal tahun 1430 Hijrah.hehe.sungguh merepek.sebenarnya entry aku pada hari ini berkenaan dengan award.haish.award lagi.award ini datang khas daripada seorang blogger yang pada mulanya aku sengaja usya-mengusya blog beliau.sudah menjadi kebiasaan bagi diriku untuk menapak ke blog orang lain :)

nama beliau ialah siti_zowiah

berikut adalah award yang diberikan oleh beliau kerana sudi menjadi pelawat blognya :)

1) Copy image kat atas ni.

2) Tulis sebarang komen pasal penghantar ni.

3) Send kat mane2 blogger yang kamu suka. (unlimited)


komen pasal penghantar:
1) beliau merupakan salah seorang followerku
2) pink sentiasa menghiasi blog beliau yang seadanya pink.hoho
3) sekalung terima kasih kepada beliau xD


seperti sedia maklum,anda dijemput untuk mengambil award ini.haha.terima kasih.datang lagi :)

Tuesday, March 24, 2009

c.i.n.t.a

Assalamualaikum :) hari ini kita akan berbincang mengenai cinta ataupun dikenali sebagai love dalam bahasa inggeris.hehe.sila berikan pendapat anda ye?

Apa itu cinta? Kenapa kita menyintai? Syukur Alhamdulillah jika kita menyintai seseorang itu kerana Allah, ini cinta yang suci dan agung. Cinta semata-mata kerana inginkan keredhaan dariNya. Cinta kerana ingin mendekatkan diri kepadaNya. Cinta kepada dia kerana yakin dia boleh membangkitkan semangat kita untuk berjuang mendapatkan keredhaan dari Allah. Cinta kepada dia kerana dia yang mendorong rasa rindu kepada Allah. Cinta kepada dia kerana dia yang mampu menjamin kenikmatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Cinta kepada dia kerana dia yang sanggup bersusah payah, suka dan duka bersama kita berjihad menuju jalan Allah. Cinta kepada dia kerana dialah insan yang berkemampuan untuk menyambung zuriat kita, melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah. Cinta kepada dia kerana dia juga mencintai Allah. Alhamdulillah..Jika kita di kurniakan cinta yang sebegini, maka rugilah kita jika kita menolak cinta ini.

Namun, sebanyak mana orang yang mampu menyintai kita kerana sebab-sebab itu semata-mata? Puji-pujian kepada Allah, syukur hanya kepada Dia jika kita di anugerahkan rasa cinta dan di cintai seindah ini. Alhamdulillah. Bagaimana kalau si dia cintakan kita kerana sebab-sebab berikut:

Dia mungkin cintakan kita kerana kita ni cantik, tubuh kita ramping yang menggiurkan atau kacak yang mempesona, dia mungkin cintakan kita kerana pertuturan kita yang lemah lembut, kerana suara kita yang merdu menggoda. Dia mungkin mencintai kita kerana mata kita yang indah, bak kata pepatah, dari mata turun ke hati. Dia mencintai kita mungkin kerana kelincahan kita, kerana kecekapan kita. Dia mungkin mencintai kita kerana kebijaksanaan kita berdebat meluah pendapat. Dia menyintai kita mungkin kerana wang kita dan harta kita, atau kerana karier , status dan ‘siapa’ kita yang membanggakan atau macam-macam lagi sebab.

Namun, mari kita soroti dengan lebih mendalam. Bagaimana andai secara mengejut Allah takdirkan kita bisu. Adakah dia yang menyintai kita kerana kemerduan dan kepetahan kita akan masih menyintai kita? Bagaimana kalau Tuhan takdirkan kita buta..adakah dia yang menyintai kita kerana tajamnya panahan mata kita akan masih menyintai kita? Bagaimana kalau Tuhan takdirkan kaki kita kudung, lumpuh tidak mampu bergerak, adakah dia yang menyintai kita kerana kelincahan kita akan tetap menyintai kita? Bagaimana kalau tiba-tiba muka kita cacat, tidak lagi secantik dulu atau berkedut sana sini, adakah dia masih menyintai kita? Bagaimana pula kalau kiranya kita ditakdirkan tidak dapat melahirkan anak? Adakah dia yang mencintai kita kerana kita melahirkan zuriat untuknya akan terus menyintai kita?

Mungkin juga tidak kerana cinta kepada sesuatu yang ada pada kita, bermakna cintakan suatu yang tidak kekal, yang bermaksud, boleh diambil kembali olehNya yang Maha Berhak ke atas hamba-Nya pada bila-bila masa sahaja. Semua itu hanyalah pinjaman. Malahan, cinta itu sendiri juga suatu pinjaman. Suatu nikmat yang boleh ditarik bila-bila masa sahaja.

Maka InsyaAllah, aku tidak akan sekali-kali menerima cinta kerana suatu yang tidak pasti. Aku pasti akan menyintai, dan dicintai..tapi Tuhan, jika Kau takdirkan aku jatuh cinta, Kau jatuhkanlah cintaku ini kepada dia yang mencintaiku keranaMu.”

Monday, March 23, 2009

kekejaman ;pp

assalamualaikum diucapkan kepada anda sekalian ;pp maaf andai sudah beberapa hari blogku ini tidak diupdate.bukan kerana sibuk tetapi menyepikan diri.huhu.disebabkan mood aku hari ini tidak la seindah hari sabtu hari itu,namun hanya ini yang mampu aku update.hari sabtu?hehehe.nak tahu ke?haish.rahsia la.mana boleh bagi tahu xD sila ceriakan hari anda dengan melihat gelagat gambar-gambar di bawah.hanya senyuman yang dapat mengembalikan kegembiraan anda :)

tengok la betapa sopannya kucing ini apabila ketawa.haha.anda sekalian gelak macam mana ek?main lepas je ke?hoho

musibah yang datang tanpa diduga.katak yang suka mencari masalah yang akhirnya akan mendatangkan bahaya kepada diri.isk3 ;pp

pernahkah anda terfikir bahawa tupai juga adalah superman?hahahaha.sungguh menakjubkan!

anak kucing zaman sekarang ni pun dah pandai nak juga senjata api.kalu macam ni betul-betul terjadi,betapa senangnya kita nak untuk kalahkan israel.kita hanya perlu kumpulkan berapa banyak kucing-kucing yang selalu terbiar dekat restoran-restoran.bergabung tenaga dengan manusia,hebat.kalau berjuang,kira berjasa tuh.hahaha.gila juga otak aku ni.

kita jangan fikirkan bahawa hanya manusia sahaja yang tidur akibat penat setelah melakukan aktiviti seharian,malah kuda juga melakukan sedemikian ;pp

anda pernah melihat anjing makan dengan cara begini?hahaha


anda rasa adil tak kalau ada haiwan melakukan hal sebegini dalam acara larian?bagi aku,adil sebab kita semua mempunyai keistimewaan masing-masing.hanya gunakan kelebihan itu bagi menunjukkan diri anda sebenar.huhu

sungguh kejam haiwan itu diperlakukan oleh mereka.kita sebagai manusia tidak seharusnya menyeksa binatang yang diperlukan untuk mengangkat barang.jika mahu sekalipun,barang-barang tersebut tidak perlu begitu berat.hanya akan membebankan diri haiwan tersebut.maka,fikir-fikirkan la :)

Wednesday, March 18, 2009

mari-mari ambil award :D

assalamualaikum!!!selamat petang dan salam sejahtera.hehe.terima kasih banyak-banyak kepada mereka yang sudi memberi award-award di bawah ;))

award ni datangnya dari seorang blogger yang bernama eazy :)

Rules:
1) Copy image kat atas ni..
2) Tulis sebarang komen pasal penghantar ni...
3) Send kat mane2 blogger yang kamu suka.. (unlimited)

Komen pasal penghantar blog nih..=)
1) seorang yang baik hati menjenguk pageku ini.huhu
2) rajin memberikan award dan juga tag.sangat suka,ok?haha
3) page blog dia sangat cantik :)

award ini inginku beri kepada semua follower dan juga pengunjung yang datang ke blog ini x)


award ini juga daripada eazy izzuddin

sudah semestinya inginku beri kepada sesiapa yang menjadi followerku dan sering menziarahi blog yang tak seberapa ini.hehe :D

manakala dua award yang ini diberi khas daripada kawanku,ainin :)

award ini juga inginku beri kepada follower dan yang sedang usya-mengusya pageku ini.

Tuesday, March 17, 2009

wanita :)


assalamualaikum kepada semua pengunjung-pengunjung blogku.di sini,inginku ucapkan selamat hari wanita di seluruh dunia walaupun dah lepas.hehe.

wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki
bukan dari tulang kepala untuk menguasai
ataupun dari tulang kaki untuk dikuasai
tetapi dari tulang rusuk,
dekat dengan lengan untuk dilindungi...
dekat dengan hati untuk dicintai...

peliharalah wanita itu dengan sebaik-baiknya,
sebab sesungguhnya wanita dijadikan dari tulang rusuk
dan yang ianya tulang rusuk yang paling bengkok dan paling atas sekali,
maka jika kamu cuba meluruskannya nescaya ia akan patah.
dan jika kamu biarkan saja,maka ia akan tetap bengkok.
sebab itu,peliharalah wanita dengan baik dan seadanya dia..


Monday, March 16, 2009

membina masjid

assalamualaikum semua!haish.rindu betol nak post entry.hehe.semalam,seharian aku keluar pergi kenduri kahwin bersama kedua-dua ibu bapa yang tercinta.huhu.aku menghadiri dua majlis kenduri.kami bertolak pada pukul 10.40 pagi.kami tiba ke masjid lambat setengah jam yang asalnya dijanjikan pada pukul 11 akibat masalah yang tak dapat dielakkan.kesian pengantin kena tunggu lama.sesudah tiba,kami bertungkus-lumus menghiaskan hantaran-hantaran sebelum dibawa masuk ke dalam masjid.kami memerhatikan gelagat pengantin semasa akad nikah dijalankan.namun,alhamdulillah majlis akad nikah berjalan dengan lancar.kini,mereka menjadi pasangan hidup yang bahagia iaitu,bob dan yati :)

majlis mereka amatlah meriah.kami dan juga beberapa orang bagi pihak lelaki mambawa hantaran tadi ke rumah pengantin perempuan di banting yang tidak jauh beberapa meter dari masjid.yang syoknya,kami dapat menikmati makanan pengantin.hehe xD

kemudian,kami meminta izin untuk pulang kerana permintaan majlis kenduri yang lagi satu belum dipenuhi.kami singgah di masjid tadi untuk menunaikan solat sementara meneruskan perjalanan.sesudah tiba ke taman medan,petaling jaya,kami menjamah makanan yang ada kerana kami sampai lewat iaitu,pada pukul 4.kami sempat melihat pengantin.namun,tak sempat untukku mengambil gambarnya.mereka sepadan bagai pinang dibelah dua.walau bagaimanapun,kami sangat berterima kasih kerana sudi menjemput kami ke majlis perkahwinan tersebut.makanan di sana sungguh sedap :)

hujan apabila kami dalam perjalanan pulang ke rumah

beberapa buah tangan yang kami dapat untuk dibawa pulang

salah satu cenderamata.sungguh comel ;)

Friday, March 13, 2009

liku-liku hidup



assalamualaikum :) anda sekalian sihat?semoga sihat-sihat selalu la ya.apakah pendapat anda tentang laut,ombak dan juga batu-batu pantai?bagiku,laut boleh menghilangkan masalah yang kita hadapi.jiwa kita akan terasa nyaman dengan tiupan angin sepoi-sepoi bahasa.ombak yang memukul batu-batu pantai pula mempunyai maksud supaya kita jangan berputus asa untuk meneruskan hidup.


"kehidupan ini seperti permainan catur,siapa yang dapat memandang jauh ke depan dialah yang menang"

Wednesday, March 11, 2009

hari yang mulia

Assalamualaikum anda semua.huhu.hari ini merupakan hari yang paling indah bagiku xD yang pertama disebabkan aku dah bertekad nak "drop" subjek est daripada subjek spm.aku tak suka la subjek tuh.lagi pun,aku rasa subjek tuh membawa tekanan.aku nak fokuskan subjek-subjek lain yang lebih memerlukan penekanan yang lebih.bagiku,est amat membebankan.daripada mendapat markah yang rendah,lebih baik aku drop.namun,hanya satu sahaja yang membimbangkan,iaitu ayahku.dia teramatlah beriya-iya suruh aku ambil est.tetapi sebelum ujian bulan mac dijalankan,aku telah memasang azam,sekiranya markahku rendah,aku nak drop est.hanya itu sahaja yang dapat membantu aku.tolonglah ayah,bagi kebenaran bagiku untuk hilangkan bebanan ini.hari ini juga memberikan sinar kehidupanku yang baru.hehe.sangat suka!kenapa?biarlah rahsia..kih3 ;pp

Monday, March 9, 2009

selamat menyambut maulidur rasul 1430H



Assalamualaikum wahai muslimin dan muslimat.selamat menyambut maulidur rasul 1430 Hijrah dengan bertemakan "Wahdah Pemangkin Khaira Ummah" pada tahun ini.semoga kita dapat mengambil iktibar daripada perjuangan junjungan Nabi Muhammad S.A.W

"MUSLIM YANG PALING BAHAGIA TIDAK SELALU MEMILIKI HAL-HAL YANG TERBAIK,MEREKA HANYA BERUSAHA MENJADIKAN YANG TERBAIK DARI SETIAP YANG HADIR DALAM HIDUPNYA"

Sunday, March 8, 2009

cara menangani stres


Assalamualaikum kepada semua pembaca setia blogku.hehe.di sini nak berkongsi cara-cara untuk hilangkan stres.semestinya kita tak pernah lari daripada menghadapi stres,kan?tak kira la masalah yang menimbulkan stres di pejabat,sekolah ataupun di mana-mana sahaja.harap-harap dapat membantu anda sekalian la,ya! :)

1. MENJERIT
- tapi pastikan anda bersendirian.jeritlah dengan sekuat hati.lepaskan apa-apa sahaja yang terbuku di lubuk hati anda ketika itu.

2. MENYANYI
- muzik dikatakan mampu meredakan stres.jadi,apa kata "keluarkan" bakat menyanyi yang ada pada anda.jangan malu-malu,ya!

3. lakukan sesuatu yang menyenangkan
-misalnya,belajar menjahit,melukis atau apa-apa sahaja yang anda sukai.

4. cuba berkebun
- cukup dengan sebiji pasu,tanam apa-apa sahaja bunga yang anda mahu.menanam bunga sememangnya boleh menyejukkan jiwa anda.

5. bermain dengan binatang peliharaan
- menurut kajian yang dibuat di New York,orang yang mempunyai binatang peliharaan jarang stres.

6. saksikan bintang di langit
-luasnya angkasa mampu membuatkan anda berasa takjub dan melupakan seketika stres yang melanda.secara tiba-tiba semua ini akan membuatkan anda jadi lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan.

Saturday, March 7, 2009

manusia biasa



assalamualaikum anda sekalian.kita bersua kembali pada hari ini tetapi tajuk yang lain pula iaitu cara kita bercakap dengan orang lain tidak kira la yang sudah sedia kenal ataupun baru sahaja.kadangkala setelah kita sudah lama mengenali seseorang itu sama ada di alam maya ataupun melalui mesej,semestinya kita pernah terfikir untuk bertemu dengan mereka.kita nak tahu juga suara mereka bercakap,bahasa yang digunakan dan juga tatasusila ketika bercakap.aspek inilah yang utama yang selalu orang ambil berat.


adakah rakan-rakan atau orang yang rapat dengan anda senang dengan percakapan anda?jika ye,anda semestinya mempunyai bahasa yang sopan dan juga mempunyai intonasi yang rendah apabila berkomunikasi.jika sebaliknya,adakah anda menerima kritikan itu dengan hati yang terbuka?malah,katakan sahaja bahawa yang anda ialah anda.tidak perlulah anda menjadi seperti orang lain.namun,kadangkala kita perlu juga berubah ke arah kebaikan.tidak semestinya cara kita bercakap itu mempengaruhi orang lain.


kita mempunyai sebab yang tertentu mengapa kita bercakap sedemikian rupa khasnya kepada rakan-rakan ataupun kepada keluarga.mungkin itu merupakan salah satu cara anda bergurau dengan mereka?walaupun kita ketawa kerana dapat bergurau senda dengan mereka,namun,ada juga yang terasa hati.kejadian inilah yang menyebabkan wujudnya sikap benci dalam diri masing-masing.kita tak boleh mengikisnya melainkan orang tersebut belajar untuk menerima orang lain dengan terbuka.kita hanya manusia biasa yang tidak boleh lari dengan kesalahan.


"KEHIDUPAN YANG PENUH DENGAN KESALAHAN LEBIH BERHARGA DAN LEBIH BERGUNA JIKA DIBANDINGKAN DENGAN HIDUP TANPA MELAKUKAN APA-APA"

Friday, March 6, 2009

sahabat atau musuh?


adeyh!entryku pada hari ini adalah mengenai sahabat.anda sekalian mesti mempunyai sahabat kan?tak kira la sahabat di sekolah,keje or blog ini.semua orang gembira apabila mempunyai sahabat dan anda telah menjalinkan persahabatan dengannya sudah beberapa tahun.namun,adakah anda rasa gembira apabila sahabat anda itu sudah melupai anda?sudah tentu tidak sama sekali.apabila anda berada pada jarak yang jauh dengannya,sudah semestinya dia sibuk dengan urusan di sana.

apakah anda terfikir seseorang yang dulunya "kamceng" dengan anda,kini hanya mampu menyoalkan status persahabatan itu sendiri?sampai hati individu tersebut kerana telah meletakkan aku begitu jauh sekali.hendak berhubung denganku jauh sama sekali apatah lagi untuk telefon sekadar untuk bertanya khabar.kata orang,apabila kita sudah berkasih-kasihan,maka sahabat kita dijauhkan.adakah itu patut?sebenarnya,sahabat itu lah yang bersama-sama kita ketika waktu senang dan juga susah.tetapi ada juga sahabat yang tidak menolong kita ketika kita mempunyai masalah dan perlukan tempat untuk mangadu.

anda-anda sekalian dinasihatkan agar berwaspadalah ketika memilih sahabat,tidak semestinya kita perlu memilih sahabat mengikut paras rupa.hati budi yang tulus yang sepatutnya yang kita pilih kerana dijamin akan memberi kebaikan sesama sendiri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...