Sunday, March 8, 2009

cara menangani stres


Assalamualaikum kepada semua pembaca setia blogku.hehe.di sini nak berkongsi cara-cara untuk hilangkan stres.semestinya kita tak pernah lari daripada menghadapi stres,kan?tak kira la masalah yang menimbulkan stres di pejabat,sekolah ataupun di mana-mana sahaja.harap-harap dapat membantu anda sekalian la,ya! :)

1. MENJERIT
- tapi pastikan anda bersendirian.jeritlah dengan sekuat hati.lepaskan apa-apa sahaja yang terbuku di lubuk hati anda ketika itu.

2. MENYANYI
- muzik dikatakan mampu meredakan stres.jadi,apa kata "keluarkan" bakat menyanyi yang ada pada anda.jangan malu-malu,ya!

3. lakukan sesuatu yang menyenangkan
-misalnya,belajar menjahit,melukis atau apa-apa sahaja yang anda sukai.

4. cuba berkebun
- cukup dengan sebiji pasu,tanam apa-apa sahaja bunga yang anda mahu.menanam bunga sememangnya boleh menyejukkan jiwa anda.

5. bermain dengan binatang peliharaan
- menurut kajian yang dibuat di New York,orang yang mempunyai binatang peliharaan jarang stres.

6. saksikan bintang di langit
-luasnya angkasa mampu membuatkan anda berasa takjub dan melupakan seketika stres yang melanda.secara tiba-tiba semua ini akan membuatkan anda jadi lebih bersemangat untuk meneruskan kehidupan.

4 comments:

Blog Eazy Izzuddin said...

all that true...
been do it!!....
benar...
xD

Unknown said...

kalau sy stress, lebih suka baca entri dan artikel bloggers lain. Confirm hilang stress tu..hehe

Zahirah said...

eazy:memang betol pun.huhu

Zahirah said...

al-hussaini:baca entri pun boleh hilangkan stres ek?macam bagus je.boleh masuk dalam senarai ni.hehe :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...