Saturday, March 7, 2009

manusia biasa



assalamualaikum anda sekalian.kita bersua kembali pada hari ini tetapi tajuk yang lain pula iaitu cara kita bercakap dengan orang lain tidak kira la yang sudah sedia kenal ataupun baru sahaja.kadangkala setelah kita sudah lama mengenali seseorang itu sama ada di alam maya ataupun melalui mesej,semestinya kita pernah terfikir untuk bertemu dengan mereka.kita nak tahu juga suara mereka bercakap,bahasa yang digunakan dan juga tatasusila ketika bercakap.aspek inilah yang utama yang selalu orang ambil berat.


adakah rakan-rakan atau orang yang rapat dengan anda senang dengan percakapan anda?jika ye,anda semestinya mempunyai bahasa yang sopan dan juga mempunyai intonasi yang rendah apabila berkomunikasi.jika sebaliknya,adakah anda menerima kritikan itu dengan hati yang terbuka?malah,katakan sahaja bahawa yang anda ialah anda.tidak perlulah anda menjadi seperti orang lain.namun,kadangkala kita perlu juga berubah ke arah kebaikan.tidak semestinya cara kita bercakap itu mempengaruhi orang lain.


kita mempunyai sebab yang tertentu mengapa kita bercakap sedemikian rupa khasnya kepada rakan-rakan ataupun kepada keluarga.mungkin itu merupakan salah satu cara anda bergurau dengan mereka?walaupun kita ketawa kerana dapat bergurau senda dengan mereka,namun,ada juga yang terasa hati.kejadian inilah yang menyebabkan wujudnya sikap benci dalam diri masing-masing.kita tak boleh mengikisnya melainkan orang tersebut belajar untuk menerima orang lain dengan terbuka.kita hanya manusia biasa yang tidak boleh lari dengan kesalahan.


"KEHIDUPAN YANG PENUH DENGAN KESALAHAN LEBIH BERHARGA DAN LEBIH BERGUNA JIKA DIBANDINGKAN DENGAN HIDUP TANPA MELAKUKAN APA-APA"

6 comments:

Unknown said...

apa komen hira tentang bahasa singkatan yang ditulis dalam entri blog?

btw- by the way
kitorang
diorang

kekadang ada yang merosakkan maksud dan nahu bahasa itu sendiri.

tapi, mungkin inilah namanya komunikasi cepat

Zahirah said...

al-hussaini:kalau yang itu,terpulang lah kepada individu tersebut sama ada mahu menggunakan bahasa yang sebagaimana yang mereka suka.saya tak tahu bagaimana mahu katakan.walau apa-apa pun,terima kasih sebab sudi berkongsi maklumat :)

Unknown said...

hehe..bukan apa, selasa ni akan bawa students untuk pertandingan bahas ala-parlimen.

antara tajuknya: Penggunaan Bahasa SMS punca utama membiaknya pencemaran bahasa.

tengah memikirkan idea ni.. :)

Zahirah said...

al-hussaini:awak ni guru ke?huhu.kalau nak dapatkan banyak maklumat,dalam internet ni banyak laman-laman web yang boleh dicari.harap-harap jumpa la ya :)

devilboy77 said...

hehehe.... hira, cam parlimen la plak kn....^^

Zahirah said...

parlimen?haha.ye2 je

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...