Tuesday, January 31, 2012

Lawak | Jepun

Assalamualaikum.


Maaf, hari ni aku tak ada idea nak update apa. So, aku nak share video dengan korang. Serius, boleh buat korang tergelak macam apa je. Hahaha. Layan~ :D












Aku bagi 3 video je. Bagi banyak-banyak karang, slow pula loading nanti. Hoho.


Nota Kecil : Sikitnya entri aku bulan ni -.-

Monday, January 30, 2012

GIMP VS Adobe Photoshop

Assalamualaikum.


Haaa.. Tengok tajuk aku tu. Korang rasa GIMP boleh tandingi Adobe Photoshop tak? Aku tahu mesti korang cakap tak boleh. Walaupun jawapan korang tetap tak boleh, cuba korang tengok YANG INI.


Meh aku preview sikit. Hanya 2 gambar printscreen ye.





Nak lebih-lebih, korang try la tengok. Aku pernah usya pasal banner yang dibuat menggunakan software Adobe Photoshop tapi GIMP pun boleh buat juga. Awesome tak? Muahaha. Aku nak buat tapi tak terdetik lagi kerajinan nak buat walaupun terasa nak tukar header yang sangat innocent tu -.-


Sebenarnya entri ni bagi memudahkan kepada sesiapa yang rasa Adobe Photoshop tu susah untuk didapati. Mungkin disebabkan ada yang trial je. Kemudian kena upgrade bagai. Yang ni la aku tak suka. Kena guna duit. Semua orang suka yang FREE je. Hahaha. Korang tak sokong memang nak kena sekeh :p




Sebelum terlupa, GIMP ni sebenarnya free software. Tak perlu bayar apa-apa. Mudah, bukan? Sama macam LINUX apa semua tu. Korang search je pasal GIMP ni. Kemudian downloadlah. Aku belajar pasal software ni semasa zaman matrik dulu tapi disebabkan tak dipraktikkan, aku dah lupa. Melayu mudah lupa betul aku ni -.-


Bagi korang yang nak belajar software GIMP ni, meh usya link-link dekat bawah. Harap dapat membantu :)



--> Ada untuk beginner, intermediate dan juga expert.



--> Contoh tutorial dalam ni :

*Tekan gambar untuk terus ke tutorial*




--> Contoh tutorial dalam ni :

*Tekan gambar untuk terus ke tutorial*


Kalau tak berjaya, sila bagitahu ye. Nanti aku bagi link baru.


Cukuplah kot 3 tutorial. Aku rasa tu pun dah memadai. Mesti korang lebih expert nanti bila dah belajar. Bila terasa nak belajar lagi, korang search je. Bukan ke "semuanya terletak di hujung jari"? Haha.


Nota Kecil : Sejak bila entah aku rajin bagi tutorial bagai dekat orang. Huhu.

Sunday, January 29, 2012

Download | Movie & Lagu

Assalamualaikum.


Maaf, semalam aku kurang sihat. Asyik guling-guling atas katil je yang mampu. Malam-malam sikit baru ok sikit. Tu yang malas nak update.


*Google*


Hari ni aku nak kongsi dengan korang link-link website untuk download movie.

1) Team Aryzs

2) Aku Muzik Hampa

3) Jieazzmovie

Atas ni aku jarang guna. Aku selalu guna yang bawah ni.

4) TeamHanna
--> Kebanyakan Mediafire dah delete walaupun banyak cerita yang latest-latest, tu yang guna nombor 5 bawah ni. Hehe ^___^v

5) Direct Download
--> Guna Mediafire. Best! ;D

Almaklumlah, aku pengguna Mediafire yang tegar. Muehehe.

____________________________________________________________________________


*Google*


Haaa.. Yang ni part untuk download lagu pula.

1) 4shared
--> Kadang-kadang tak ada lagu yang kita nak download tu, redha je la. Huhu

2) WebLagu
--> Kegemaran aku sekarang. Dulu ingat nak ada software download lagu free macam LimeWire tapi haram jadahnya sebab LimeWire dah lama tak beroperasi berikutan penyalahgunaan LimeWire. Jumpa yang ni, mata terus bersinar-sinar. Hoho

3) GudangLagu
--> Ni khas untuk peminat lagu Indonesia yang tegar seperti aku. Ekeke. Kalau berminat, silalah ke sini ye. Tapi kalau nak download, sila cari ayat "Download via 4shared" tapi tu untuk preview sahaja. Nak penuh, cuba try cari dekat Weblagu tu. Kalau nak video, korang copy je URL. Kemudian, paste dekat Youtube Downloader. Senang je. Yang full, video ni la.


Aku rasa cukuplah tu kot link-link yang aku bagi dekat atas ni. Selamat men"download". Hehe ;D


Nota Kecil : Perasan tak entry aku makin lama makin jauh dengan hal peribadi? Hoho

Friday, January 27, 2012

Kelebihan Google

Assalamualaikum.




Korang tahu tak Google yang korang selalu search tang tu tang ni tu sebenarnya bukan setakat nak cari maklumat je? Google ni semakin maju dari segi perisian segala. Salah satu contoh, Google Plus. Haaa.. Korang tahu tak apa bendanya tu?


*Tekan untuk tumbesaran*


Yang bertanda merah tu lah. Dekat sini, korang akan dapat profile yang lain dari Blogger yang dulu. Aku tahu tak ramai yang ada benda ni. Takut tak dapat nak kembali yang lama. Jangan risau. Ni bukan macam Facebook ye *Tiba-tiba*




Ni homepage Google aku. Bukan profile ye. Aku malu nak bagi korang tengok gambar aku yang besar tu. Haha. Nak tukar gambar la lepas ni ;D




Ni pula homepage Google aku. Haaa.. Korang perasan tak ada background? Huehue. Nak tukar juga? Ini caranya.




Nampak tak yang di"highlight"kan dengan warna merah tu? Korang tekan situ dan tukarlah ikut kemahuan sendiri. Korang boleh letak gambar diri sendiri pun boleh  :)


Banyak aplikasi yang diberikan dalam Chrome Web Store




Serius, sangat menarik. Ada game bagai. Nak dengar lagu ke, edit gambar ke, boleh je. Kalkulator, Notepad,dan  Formula pun ada. Kira banyaklah. Korang kena usya sendiri baru tahu. Tapi aku scroll ke bawah untuk tengok kesemuanya aplikasi memang penatlah sebab banyak sangat.




Haaaa.. Dekat sinilah semua benda tu berada. Cantik tak theme aku? Hahaha. Aku minat theme yang comel dan tak crowded je. Theme ni pun ada dalam Chrome Web Store juga.




Yang di"highlight"kan tu la. Banyak themes yang korang boleh tukar. Boleh naik juling tengok. Haha.


Nota Kecil : Macam terpanjangkan je entri ni. Hoho. Semua gara-gara gambar. Huhu. Maaf.

Thursday, January 26, 2012

Tips Kecantikan & Kesihatan

Assalamualaikum w.b.t semua.


Ingin kelihatan cantik dan sihat? Tetapi tak nak laburkan banyak duit disebabkan beli banyak produk? Aku nak share tips tapi korang kenalah pergi SINI dan SINIInsya Allah tips-tips ni dapat membantu. Aku suka usya link yang KEDUA tu sebab gambar dia kot. Menarik perhatian. Huehue.


*Google*


Siapa tak teringin muka flawless macam gini kan? Haaaa.. Meskipun tak adalah nak dikatakan tidak bersyukur, namun sesungguhnya tak adalah nanti orang cakap kau tak jaga muka kan. Biar je muka tak dibasuh. Nanti orang cakap pemalas nak jaga kebersihanlah pula kan. Nak gitu?


Disebabkan musim cuti semester masih melanda, aku bercadang untuk jaga badan balik. Nak kuruskan PEHA? Mari usya Youtube dengan cari kata kekunci "Squat Exercise" dan "Lunges Exercise". Haha. Ini je aku mampu buat. Tak pun sandar dekat dinding dan buat ala-ala gaya duduk. Tengok seberapa lama korang boleh tahan. Kalau berjaya, alhamdulillah :)


Nota Kecil : Ada info yang korang nak kongsikan? Meh meh letak dalam komen ;D

Wednesday, January 25, 2012

Wordless Wednesday #8 | Addicted? Please use this.



Nota Kecil : Ter"speaking" pula tajuk tu. Haha. Aku tak addicted dengan Facebook. Korang? :p

Tuesday, January 24, 2012

Nak Kahwin Tapi Tak Cukup Duit?

Assalamualaikum. Ehem ehem. Hari ni nak tukar panggilan diri kepada aku la ye. Hahaha. Tiba-tiba rasa lebih best panggil aku. Haih. Sabar je. Ok ok. Entri aku hari ni bukan nak bagi korang duit ke apa untuk buat kahwin tapi nak share kepada sesiapa yang nak kahwin tetapi masih tak ada duit. Sama macam tajuk atas tu. Terpanggil untuk buat entri ni pun sebab tengok video INI dan ITU.


*Google*

Sebenarnya aku pun baru je dapat ilmu ni. So, tak salah kan kalau nak berkongsi ilmu. Tak ke mana pun ilmu tu kalau tak dipraktikkan. Huhu. Macam ni lah. Selalunya orang yang tak ada duit tapi nak kahwin juga tu rata-rata adalah budak-budak IPTA. Korang setuju tak? Sebabnya, mereka masih belajar dan ada yang meminjam wang dari PTPTN untuk pembelanjaan di Universiti. Apatah lagi nak kahwin? For sure la mereka tak mampu. Yang PTPTN tu pun entah bila nak bayar pun tak tahu la kan.


Kalau korang tengok video yang aku bagi dalam link dekat atas tu, korang akan faham dengan apa yang aku nak sampaikan ni. Sekarang kan semakin banyak gejala sosial berlaku. Dari korang buat benda-benda tak elok, lebih baik kahwin. Ini penyelesaiannya, KAHWIN secara MISYAR. Korang tak perlu risau. Korang pinjam duit tu untuk kahwin. Nanti dah kerja bayar la balik. Tak perlu bagi nafkah zahir. Selain tu semestinya wajib korang bagi. Haha. Sendiri mau faham la.


Tetapi mesti ada juga orang yang akan cakap macam ni..


*Terpaksa ditutup nama sebab dia kawan aku. Haha*


Haaa.. Korang faham tak dia cakap apa? Belajar lambat lagi nak habis tapi nak kahwin juga. Cuma dia takut mak ayah kita tak faham pasal ni. Mungkin mereka akan fikir, anak mereka nak kahwin tu nak bagi makan apa dekat isteri? Rumah yang macam mana? Pelajaran lagi. Haaa.. Tu yang mereka risau. Korang pun janganlah risau. Korang kena explain dengan mereka betul-betul. Yakinkan dorang yang korang boleh lakukan dengan baik.


*Google*

Video dekat atas tu boleh membantu korang untuk explain dengan lebih terperinci. Tak ada masalah, insya Allah :) Kalau benda baik, kita cepat-cepatkan. Lagi pun dalam video tu ada menyebut, kalau kita miskin ke kekurangan duit ke, maka KAHWINlah. Insya Allah nanti Dia akan murahkan rezeki korang. Aku tak tipu. Korang kena tengok video part 2 tu baru faham. Tapi aku prefer tengoklah dua-dua. Lagipun, Hadis dan ayat Al-Quran tak pernah menipu.


Panjang lebar dah aku taip entri ni. Aku harap entri ni sedikit sebanyak dapat membantu. Hehe. Sekian.


"Kahwinlah bagi anda yang ingin mengelakkan zina berlaku"


P/s: Serius, aku suka video dorang~ ;D

Nota kecil : Insya Allah kalau jodoh dah dekat, boleh jadi turn aku pula. Huehue. 

Monday, January 23, 2012

Apa ni main hack-hack!

Assalamualaikum. Haaa.. Nampak tak tajuk entri gua hari ni ganas macam apa je. Ni semua pasal hack la. Asal kau nak main hack Blog orang la Facebook orang la. Dah tak ada kerja eh? Ok, stop it. Gua tahu memang dah ramai Blogger yang pernah kena hacked. Dan tadi aku nak ber"blogwalking" di Clara Rella selaku jiran, tiba-tiba keluar ni..




Gua panas betul sebab siap 3 orang kot hacker. Menyampah gua tengok. Gua rasa macam nak cekik-cekik je. Dah ada ilmu tapi gunakan di jalan yang salah. Ok, gua sangat over. Kalau korang ada jalan penyelesaian, sila bagitahu ok. Nanti gua inform Clara.

Sunday, January 22, 2012

Cuti Semester Bermula

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Wah, lama sangat dah gua menghilang. Padahal final exam habis 15 haribulan hari tu lagi. Tapi disebabkan perasaan yang sangat malas untuk meng"update" tu datang, gua pun hanya mampu baca entri yang berjalan-jalan dalam wall Facebook gua je. Maaf la ye. Ni baru nak aktif balik.




Sepanjang cuti ni, serius sangat seronok. Mesti korang pelik kan sebab kebanyakan orang yang gua tengok ada yang sedih dan ada yang sangat bosan. Mungkin sedih tak jumpa awek atau pakwe yang satu Universiti tu ataupun bosan sebab tak ada benda yang nak buat waktu cuti-cuti ni.Rilekslah. Cool dulu babe. Bosan-bosan korang pergilah tengok wayang. Tak pun korang download movie dan layan~


Gua memang dah siap-siap copy banyak movie dari roomate gua sampai laptop ni dah berat dah. Lepas tengok, main delete la kan. Hoho. Tak pun korang transfer je dekat hard disk. Baru la laptop korang ringan :)




Gua baru je habis tengok cerita Dream High ni petang semalam. Kesian kan gua baru nak tengok cerita yang dimainkan tahun lepas ni. Serius, gua mana ada masa nak layan cerita sebab abang gua download masa gua masih lagi bekerja. Cerita ni sangat BEST! Siapa tak tengok tu sangat rugi. Jalan cerita ada yang sedih dan ada yang sangat gembira. Part yang gua tak suka tengok masa Sam Dong menangis. Dia comel. Tak boleh nangis. Haha. Dan akhir bulan ni Dream High 2 akan muncul. Fuhhhh.. Tak sabar nak tengok wehhh..


Nota Kecil : Gua ada 6 movie lagi yang tak tengok. Semuanya Korea dengan Jepun yang ber"episod" macam korang tengok cerita Tentang Dhia. Cerita Melayu apa yang best sekarang? Gua dah lama tak pergi wayang kot. Main download je sekarang.

Sunday, January 1, 2012

Tahun Baru 2012

Assalamualaikum. Gua ingin ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2012 kepada semua blogger dan juga sesiapa pun anda. Semoga tahun ni lebih baik dari sebelumnya dan segala cita-cita tercapai. Aminnn.. :)




P/s : Gua tahu gua jarang update dah ni. Study week gua macam apa je. Haha

Nota Kecil : Lupakan segala kepahitan yang telahpun berlalu. Maka, kecapilah impianmu dan tabahkanlah hati serta kuatkanlah semangatmu untuk hadapi hari-hari yang akan datang. Berdoalah. Selamat maju jaya :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...