Showing posts with label pelajar. Show all posts
Showing posts with label pelajar. Show all posts

Wednesday, February 15, 2012

Masa Sepantas Kilat

Assalamualaikum.


Wahai golongan IPTA, korang tak terasa ke masa cepat sangat berlalu? Aku dah tensi apabila memikirkan hanya beberapa hari je lagi aku duduk dekat rumah ni. Wuuuuu.. Sadis! Tak terasa macam SEBULAN cuti pun dah kena belajar balik. Haih.


*Google*


Betullah kata orang, kita tak pernah puas dengan apa yang ada. Kalau setahun cuti, memang tak payah nak belajarlah kan. Oh, tiba-tiba marah diri sendiri. Huhu. Nasib baik aku dah beli semua keperluan sebelum sambung belajar.


Disebabkan itulah, aku masih marathon untuk download semua movie yang latest-latest dan marathon pula untuk tengok kesemuanya. Kalau tak sempat, layan dekat U je la jawabnya. Kalau tak sempat juga, nasiblah. Huehue.


*Google*


Anda STRESS memikirkan kenaikan semester baru? Sebab anda masih lagi kena buat assignment, exam, kuiz dan sebagainya. Mari kita hilangkan stress dengan INI. Hahaha. Beli hari Ahad hari tu, tak habis lagi :D


Akhir sekali, aku nak nasihatkan dengan korang dan juga diri sendiri, marilah jalankan tanggungjawab sebagai seorang PELAJAR ye. Result yang lepas ni pun tak berapa hebat, insya Allah seterusnya boleh dapat DEKAN? Eh, siapa tahu kan? Gembira tak terhingga ibu bapa nanti. Hehe. Sekian.

Sunday, January 22, 2012

Cuti Semester Bermula

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Wah, lama sangat dah gua menghilang. Padahal final exam habis 15 haribulan hari tu lagi. Tapi disebabkan perasaan yang sangat malas untuk meng"update" tu datang, gua pun hanya mampu baca entri yang berjalan-jalan dalam wall Facebook gua je. Maaf la ye. Ni baru nak aktif balik.




Sepanjang cuti ni, serius sangat seronok. Mesti korang pelik kan sebab kebanyakan orang yang gua tengok ada yang sedih dan ada yang sangat bosan. Mungkin sedih tak jumpa awek atau pakwe yang satu Universiti tu ataupun bosan sebab tak ada benda yang nak buat waktu cuti-cuti ni.Rilekslah. Cool dulu babe. Bosan-bosan korang pergilah tengok wayang. Tak pun korang download movie dan layan~


Gua memang dah siap-siap copy banyak movie dari roomate gua sampai laptop ni dah berat dah. Lepas tengok, main delete la kan. Hoho. Tak pun korang transfer je dekat hard disk. Baru la laptop korang ringan :)




Gua baru je habis tengok cerita Dream High ni petang semalam. Kesian kan gua baru nak tengok cerita yang dimainkan tahun lepas ni. Serius, gua mana ada masa nak layan cerita sebab abang gua download masa gua masih lagi bekerja. Cerita ni sangat BEST! Siapa tak tengok tu sangat rugi. Jalan cerita ada yang sedih dan ada yang sangat gembira. Part yang gua tak suka tengok masa Sam Dong menangis. Dia comel. Tak boleh nangis. Haha. Dan akhir bulan ni Dream High 2 akan muncul. Fuhhhh.. Tak sabar nak tengok wehhh..


Nota Kecil : Gua ada 6 movie lagi yang tak tengok. Semuanya Korea dengan Jepun yang ber"episod" macam korang tengok cerita Tentang Dhia. Cerita Melayu apa yang best sekarang? Gua dah lama tak pergi wayang kot. Main download je sekarang.

Monday, July 11, 2011

Cita-Cita Si Anak Kecil

Assalamualaikum. Ni nak share sikit ni masa aku kecil-kecil dulu. Tiap-tiap tahun mesti ada buku yang macam fail warna biru. Dalam tu, mesti suruh kita tulis apa cita-cita yang aku nak. Serius, sangatlah lawak cita-cita aku. Meh aku senaraikan.


1) Doktor
2) Polis
3) Jururawat


Ketiga-tiga ini lah yang selalu aku tulis dalam buku tu. Bosan weh bila asyik buat benda yang sama. Tapi sekarang, tak ada satu pun yang terjadi dalam diri aku sebab aku ambil aliran fizik masa matrik dulu. Tak ambil biologi sebab nanti aku jadi biol sebab kena hafal benda-benda yang sangat banyak. Itu boleh menyebabkan aku sakit hati plus sakit kepala. Haha. Maka dengan itu, doktor dengan jururawat dah pun terkeluar dari list. Hanya tinggal satu, iaitu polis. Haaa? Kau nak jadi polis ke, zahirah? Hahaha. Abaikan. Dulu aku nak jadi polis sebab nak tolong orang tangkap penjenayah. Kira tolong negara la kan. Tapi, risiko sekarang dah tinggi. So, gugurkan juga cita-cita tu.


Masa form 4, aku teringin nak ambil kos seni kulinari. Tapi tak apa la. Ada hikmah di sebaliknya. Kalau tak, tak ada la aku belajar fizik. Fizik itu seronok. Selalu gelak-gelak dalam certain-certain lecturer. Hehe. Sekarang aku nak jadi apa? Engineer, mungkin? Entah, aku tunggu kos upu tawarkan hari jumaat ni. Doakan aku, ye? :)


Thursday, July 30, 2009

kronik


assalamualaikum dan selamat petang kepada pengunjung setiaku. sejak kebelakangan ini, ramai pelajar-pelajar di sekolahku yang mengalami demam panas. ada yang sampai 3 hari. hari ini pula seorang temanku demam yang begitu panas. dia terpaksa pulang ke rumah kerana suhu badan yang tinggi. penyakit sebegini amat membimbangkan pihak sekolah. sebelum pulang dari sekolah tadi, ada pengumuman yang menyatakan bahawa semua guru tingkatan harus memberitahu jumlah pelajar yang mengalami demam dan yang sewaktu dengannya. aku rasa pihak sekolah ingin membuat kajian mengenai penyakit tersebut. jika ramai yang sakit, berkemungkinan bahawa sekolah akan cuti. maaf, kenyataan itu saya yang reka. hahaha. nak cuti punya cerita, aku buatlah kenyataan itu. tapi, aku amatlah berharap agar mereka yang sakit dan tidak ketinggalan juga anda sekalian, semoga cepat sembuh :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...