Thursday, July 30, 2009

kronik


assalamualaikum dan selamat petang kepada pengunjung setiaku. sejak kebelakangan ini, ramai pelajar-pelajar di sekolahku yang mengalami demam panas. ada yang sampai 3 hari. hari ini pula seorang temanku demam yang begitu panas. dia terpaksa pulang ke rumah kerana suhu badan yang tinggi. penyakit sebegini amat membimbangkan pihak sekolah. sebelum pulang dari sekolah tadi, ada pengumuman yang menyatakan bahawa semua guru tingkatan harus memberitahu jumlah pelajar yang mengalami demam dan yang sewaktu dengannya. aku rasa pihak sekolah ingin membuat kajian mengenai penyakit tersebut. jika ramai yang sakit, berkemungkinan bahawa sekolah akan cuti. maaf, kenyataan itu saya yang reka. hahaha. nak cuti punya cerita, aku buatlah kenyataan itu. tapi, aku amatlah berharap agar mereka yang sakit dan tidak ketinggalan juga anda sekalian, semoga cepat sembuh :)

5 comments:

LuVidA^^ said...

em.doa kan yg terbaek..smuge yg dmam tu cpt sembuh..amin

Zahirah said...

amin~ :)
semoga luvida pun sehat walafiat sahaja :D

musafir said...
This comment has been removed by the author.
AkuAyie said...

thanks :)

Zahirah said...

welcome :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...