Monday, July 20, 2009

kem

Assalamualaikum semua. bersua semula kita ya sekian lama aku menyepikan diri untuk menghadiri kem perkhemahan pada hari jumaat yang lalu. http://www.emocutez.com kem tersebut baru sahaja tamat pada tengah hari semalam. aktiviti yang dijalankan selama 3 hari 2 malam amat menyeronokkan.

pada hari pertama, kami ada night trekking pada waktu malam. sangat menggerunkan. kami ada melalui kawasan sungai. disebabkan kami belum mandi, fasi-fasi suruh berendam di situ sekejap sebelum pulang ke kem. malam tersebut sangat sejuk. aku tidur sambil menggigil. http://www.emocutez.com angin sepoi-sepoi bahasa menyelimuti tubuhku sehingga menusuk tulang sum-sumku. huhu

hari yang kedua pula, kami telah menjalankan aktiviti jungle trekking. aktiviti yang sangat mencabar. kami perlu manaiki bukit yang tinggi untuk merasai penangan air terjun yang sejuk. ceh! hahaha. kami sempat berkelah di kawasan air terjun itu. gembira amat!http://www.emocutez.com pada petang itu pula, kami mempunyai aktiviti ultimate challenge yang seakan-akan aktiviti di plkn. hehe. cabaran yang paling mencabar bagiku ialah memasuki air di dalam sangkar yang dikatakan mempunyai anak katak dan keluar dengan secepat mungkin agar tidak lemas. http://www.emocutez.com
dah la aku ni tak berapa mahir berenang tapi aku ikuti sahaja permintaan mereka. huhu. lawak betul bila diingatkan kembali peristiwa tersebut. sesudah itu, kami mandi sungai yang sememangnya berdekatan dengan khemah kami menginap. kami mandi sepuas-puasnya kerana hari itu merupakan hari terakhir kami mandi sungai.

pada pagi ahad yang indah lagi nyaman, kami terlambat bangun seperti sedia kala untuk solat berjemaah. tidur lambatlah katakan. semua orang tak cukup tidur. pukul 6, semua bergegas menyiapkan diri masing-masing. kami mempunyai pertandingan kawat kaki pada pagi tersebut. semua sudah bersedia dengan kemahiran masing-masing. namun, apabila diisytiharkan bahawa kumpulan kami tidak menang bagi keseluruhan aktiviti, rasa kecewa itu semestinya ada dalam hati dalam diri kami. http://www.emocutez.com tapi kami gembira kerana kami dapat bekerjasama dalam satu pasukan. hidup krs! hehe. sayang kamu wahai rakan-rakanku dan junior-juniorku~ persembahan pada malam kebudayaan itu sangat best walaupun lupa lirik sikit masa buat nyanyian lagu semangat krs. http://www.emocutez.com

yakinkan diri dengan semangat,
hadapi lawan di dalam padang,
terus maju, berusaha , yakinkan diri pasti berjaya
K . R . S pasti boleh uh
boleh uh

p/s:rindu amat deh dengan kamu semua budak-budak krs! hehe http://www.emocutez.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...