Thursday, July 30, 2009

kronik


assalamualaikum dan selamat petang kepada pengunjung setiaku. sejak kebelakangan ini, ramai pelajar-pelajar di sekolahku yang mengalami demam panas. ada yang sampai 3 hari. hari ini pula seorang temanku demam yang begitu panas. dia terpaksa pulang ke rumah kerana suhu badan yang tinggi. penyakit sebegini amat membimbangkan pihak sekolah. sebelum pulang dari sekolah tadi, ada pengumuman yang menyatakan bahawa semua guru tingkatan harus memberitahu jumlah pelajar yang mengalami demam dan yang sewaktu dengannya. aku rasa pihak sekolah ingin membuat kajian mengenai penyakit tersebut. jika ramai yang sakit, berkemungkinan bahawa sekolah akan cuti. maaf, kenyataan itu saya yang reka. hahaha. nak cuti punya cerita, aku buatlah kenyataan itu. tapi, aku amatlah berharap agar mereka yang sakit dan tidak ketinggalan juga anda sekalian, semoga cepat sembuh :)

Tuesday, July 28, 2009

pudar

assalamualaikum semua. aku dah semakin tiada semangat untuk gigih menulis blogku ini. mungkin disebabkan aku sudah hilang minat? tiada tujuan? oh, itu semua silap sahaja. aku semakin sibuk dengan aktiviti persekolahanku dan juga latihan yang diberikan oleh guru-guru. mereka sangat la baik hati kerana memberikan aku latihan untuk meningkatkan prestasi aku dalam pelajaran. tapi ada juga segelintir pihak yang mengambil kesempatan daripada kerajinanku itu untuk meniru. haish. tak suka betul la. maaf, aku bukan nak tunjuk yang aku rajin tapi aku nak mereka sedar bahawa kecemerlangan hanyalah datang dari diri seseorang itu.

p/s:peperiksaan percubaan hanya tinggal sebulan dan enam hari sahaja lagi :(

Sunday, July 26, 2009

jenayah

assalamualaikum wbt kepada kalian. dewasa ini, jenayah semakin meningkat di negara kita. kadang-kadang menakutkan semua pihak kerana melibatkan nyawa manusia.tak menang juga di kawasan aku ni ha. ada seorang jiran aku yang duduk berhampiran kena peras ugut. itu baru lelaki punya cerita, belum masuk perempuan. teramatlah bahaya bagi kaum wanita di luar sana. penjenayah sekarang tahu nak buat jahat tak kira umur. kadang-kadang nenek orang pun dia nak ugut. haish. apa la nak jadi dengan mereka ini ye?

aku dah la selalu meronda-ronda kawasan aku ni dengan menaiki basikal. risau amat melihat jenayah seperti itu. nak balik selalu sendirian sahaja. biasa la. aku tak sama kelas dengan teman sekolahku yang lain. mereka ada kemudahan mereka sendiri. kalau ada teman pun, jarang balik sama-sama. kalau anak vvip, dah tentu ada driver sendiri. nak tumpang boleh? hahaha. perasan sekejap ;pp macam mana ye nak menjamin keselamatan diri? betul-betul membimbangkan keselamatan aku sahaja. harap-harap tiada apa-apa berlaku. amin..sampai di sini sahaja la coretan aku pada hari ini. aku nak sambung buat homework aku ni ha. tak habis lagi. salam semua! :)

Saturday, July 25, 2009

anugerah

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu kepada semua followerku dan sesiapa yang sedang melihat blogku yang tidak berapa menarik ini. huhu. sudah lama hira's bloggy! ini tidak dimeriahkan dengan award serta tag. tapi aku lebih mengalu-alukan award daripada tag yang kadang-kala membuatkan aku pening kepala untuk menjawab soalan-soalan yang begitu mencabar minda. haha. dengan itu, mari kita lihat award ini datangnya dari penangan siapa..

award khas ini diterbangkan khas dari gadis yang begitu molek dikenali sebagai boo. hehe x) sila tekan pada nama boo itu untuk menjenguk blog beliau, ok? maaf ye cik boo. award ini tidak boleh ditampal di blog. bukan tidak mahu menunjuk tetapi tak nak beratkan blog yang sudah menjadi lumrah beratnya. maaf dipinta dariku. huhu. lupa, cik boo nak sebarang komen ye? mari baca :)
--> blog cik boo sangat colourful. macam pelangi. comel~
--> banner cik boo pula sangat menarik. terutama mata itu. haha. coklat ek mata cik boo? cantik meh :D
--> blog cik boo dipenuhi salji yang turun seperti di luar negara. fuh, sejuk mata memandang kalau nak dicakapkan. ngee~ ;pp
--> cik boo ada kartun-kartun yang comel di page beliau. comel macam tuan la katakan. phewwwitt! hahaha
--> komen yang terakhir ialah blog cik boo cantik amat la. terima kasih di atas award yang comel ini, ok? :)

Friday, July 24, 2009

ceritaku

Assalamualaikum semua. maaf. aku sangat la malas untuk update blog ni. sebab? aku sangat addicted dengan game-game yang berada di tagged dan hi5. haha. gila game sudah aku ni ha. haish. parah. lagi pun, aku bukannya ada story mory sangat pun nak cerita. hanya homework yang begitu menimbun bak gunung everest tuh yang menunggu untuk disiapkan.

dengar kata, budak-budak PMR nak menduduki peperiksaan percubaan pada isnin minggu depan. waaa.. takut sudah aku. sungguh cepat masa berlalu. nanti tiba la masa untuk aku pula menduduki peperiksaan percubaan SPM. bukan itu sahaja, anda sekalian boleh nampak kan kiraan hari untuk SPM di atas entry ni hanya tinggal 3 bulan lebih sahaja? kalau tolak makan minum dan sebagainya, hanya tinggal sebulan sahaja kot bagi aku untuk bersiap sedia menghadapi peperiksaan yang begitu besar dan bermakna bagiku. tak nak ambil SPM tahun ni boleh? hahaha. ngada-ngada betul ha. isk3


p/s: pelajar-pelajar PMR termasuklah mira, selamat maju jaya ok? do the best! :)

Monday, July 20, 2009

kem

Assalamualaikum semua. bersua semula kita ya sekian lama aku menyepikan diri untuk menghadiri kem perkhemahan pada hari jumaat yang lalu. http://www.emocutez.com kem tersebut baru sahaja tamat pada tengah hari semalam. aktiviti yang dijalankan selama 3 hari 2 malam amat menyeronokkan.

pada hari pertama, kami ada night trekking pada waktu malam. sangat menggerunkan. kami ada melalui kawasan sungai. disebabkan kami belum mandi, fasi-fasi suruh berendam di situ sekejap sebelum pulang ke kem. malam tersebut sangat sejuk. aku tidur sambil menggigil. http://www.emocutez.com angin sepoi-sepoi bahasa menyelimuti tubuhku sehingga menusuk tulang sum-sumku. huhu

hari yang kedua pula, kami telah menjalankan aktiviti jungle trekking. aktiviti yang sangat mencabar. kami perlu manaiki bukit yang tinggi untuk merasai penangan air terjun yang sejuk. ceh! hahaha. kami sempat berkelah di kawasan air terjun itu. gembira amat!http://www.emocutez.com pada petang itu pula, kami mempunyai aktiviti ultimate challenge yang seakan-akan aktiviti di plkn. hehe. cabaran yang paling mencabar bagiku ialah memasuki air di dalam sangkar yang dikatakan mempunyai anak katak dan keluar dengan secepat mungkin agar tidak lemas. http://www.emocutez.com
dah la aku ni tak berapa mahir berenang tapi aku ikuti sahaja permintaan mereka. huhu. lawak betul bila diingatkan kembali peristiwa tersebut. sesudah itu, kami mandi sungai yang sememangnya berdekatan dengan khemah kami menginap. kami mandi sepuas-puasnya kerana hari itu merupakan hari terakhir kami mandi sungai.

pada pagi ahad yang indah lagi nyaman, kami terlambat bangun seperti sedia kala untuk solat berjemaah. tidur lambatlah katakan. semua orang tak cukup tidur. pukul 6, semua bergegas menyiapkan diri masing-masing. kami mempunyai pertandingan kawat kaki pada pagi tersebut. semua sudah bersedia dengan kemahiran masing-masing. namun, apabila diisytiharkan bahawa kumpulan kami tidak menang bagi keseluruhan aktiviti, rasa kecewa itu semestinya ada dalam hati dalam diri kami. http://www.emocutez.com tapi kami gembira kerana kami dapat bekerjasama dalam satu pasukan. hidup krs! hehe. sayang kamu wahai rakan-rakanku dan junior-juniorku~ persembahan pada malam kebudayaan itu sangat best walaupun lupa lirik sikit masa buat nyanyian lagu semangat krs. http://www.emocutez.com

yakinkan diri dengan semangat,
hadapi lawan di dalam padang,
terus maju, berusaha , yakinkan diri pasti berjaya
K . R . S pasti boleh uh
boleh uh

p/s:rindu amat deh dengan kamu semua budak-budak krs! hehe http://www.emocutez.com

Friday, July 17, 2009

salamku :)

Assalamualaikum dan selamat pagi wahai pengunjung blogku. tengah hari nanti aku akan away ke kem perkhemahan.http://www.emocutez.com maka dengan itu, aku akan away sampai hari ahad.jaga diri,ok?semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga yang tersayang.http://www.emocutez.com dan kepada sesiapa yang masih belum memberikan email tuh, sila berbuat demikian sepanjang aku tak ada iaitu sehingga hari ahad ataupun isnin.itu sahaja coretan buat masa ini.salam semua~ http://www.emocutez.com

Wednesday, July 15, 2009

privacy


assalamualaikum semua. ni perkara penting ni. http://www.emocutez.com lepas ni,aku akan private blog aku. hanya orang tertentu sahaja yang boleh jenguk-jenguk di blogku. http://www.emocutez.com oleh hal yang demikian, sila la tinggalkan email anda sekalian bagi memudahkan proses private nanti,ok? terima kasih http://www.emocutez.com salam http://www.emocutez.com

Monday, July 13, 2009

ice age 3

assalamualaikum dan selamat pagi.haish.hari ini sekolah aku cuti peristiwa.suka deh.hehe :) lupa,sabtu malam ahad aku pergi menonton wayang bersama adik-beradikku.tengok cerita ice age 3!gelak tak ingat dunia betul.nasib baik boleh dikawal.ada seorang minah tuuutttt tuh yang duduk kat depan gelak lagi tak ingat dunia.hahaha.dengar suara dia sahaja.tapi,cerita itu sangat best!bagi 5 bintang berkelipan la baru ok kan?huhu :D

p/s:teman-teman,mari la tengok cerita ni.pasti hilang stres kalau tengok.gerenti syok! :)

Sunday, July 12, 2009

hari koko

assalamualaikum wbt.di sini aku ingin bercerita mengenai hari kokurikulum yang berlaku pada tempoh hari di sekolahku.suasana yang sungguh meriah dengan jualan-jualan yang diadakan.aku hanya cuci mata melihat makanan tersebut.aku pusing buat yang ke berapa kali untuk mengisi perut yang sudah berkeroncong.namun,akhirnya aku menjumpai pelbagai jenis makanan dan minuman.ada sesetengah yang aku beli dan ada pihak yang sudi memberi secara ikhlas.hehe x) terima kasih kepada mereka :

lynn aka amalina salwa kerana sudi belanja custard itu.sangat sedap! :)
hafiz kerana sudi bagi marshmallow walaupul seketul sahaja kau bagi.haha.lama tak jumpa.tetap tak berubah deh dikau.rindu fatin hanani la bila tengok muka kau ;p
kakak husna aka kakak huda kerana sudi belanja marshmallow dan rojak buah.
gerai 5ini yang fatin afifah buat ice blended tuh.psstttt..aku orang last beli ice blended tuh.aku sapu dua sekali ha.dua-dua tuh kira rm8 sebab ada aiskrim dengan coklat pelbagai tapi disebabkan mereka begitu baik dan aku last customer dapat rm5.yeah!!saving rm3~~ hahaha ;pp terima kasih deh kamu semua.aku nak bagi satu tuh kat adik aku tapi dia dah naik motor.jadi,aku bagi kat bestfriend aku sahaja la :))
dan akhir sekali buat arami kerana laksa itu sangat pedas tahu?haha.nasib baik aku suka pedas.kalau tak,aku tuntut bayaran.huhu

Friday, July 10, 2009

hariku

assalamualaikum semua.haish.menyepi tanpa khabar kejap aku.haha.hari-hari yang sibuk dengan kerja projek add math,seminar dan yang sewaktu dengannya.namun,kerja projek itu berjaya juga disiapkan :) dan seminar itu sangat best!berbaloi juga wang tersebut even ramai yang datang.paling jauh dari pahang la.tapi bila tiba waktu rehat sahaja,terasa macam terasing dan dipinggirkan.mungkin disebabkan kawan aku sikit sahaja yang mengikuti seminar tersebut.hehe xD

p/s:minggu depan aku bakal mengikuti perkhemahan kokurikulum perdana tapi disebabkan alasan yang begitu munasabah,mungkin aku akan duduk di rumah sahaja :)

Friday, July 3, 2009

awayyy

Assalamualaikum semua.nak bagitahu ni....



esok aku awayyyyyy


dan di kesempatan ini,inginku ucapkan selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-16 buat insan tersayang di bawah ini :)


selamat menyambut hari lahir ye sayangku,zera :)
semoga berbahagia di samping keluarga tercinta dan juga teman-temanmu
harap sentiasa berjaya dalam apa jua bidang yang kamu ceburi
lupakan segala masalah yang kamu hadapi
dan teruskan perjuanganmu
setiap yang berlaku mesti ada hikmah disebaliknya
sayang kamu wahai temanku! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...