Thursday, December 31, 2009

itu aku?


mood ; nak tukar kerja lain la. boleh? ;(

Saturday, December 26, 2009

excited! :)

Assalamualaikum semua. sila baca artikel di bawah untuk maklumat lanjut :)


KUALA LUMPUR 24 Dis. - Lapan negeri mencatatkan peningkatan peratus calon yang memperolehi A dalam semua mata pelajaran yang diambil pada Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 yang diumumkan hari ini berbanding tahun lalu.

Negeri tersebut ialah Kuala Lumpur, Selangor, Perlis, Sabah, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Di Kuala Lumpur, seramai 1,939 calon PMR memperoleh gred A dalam kesemua mata pelajaran yang diambil dan peningkatan yang dicatatkan ialah 150 calon atau 0.47 peratus berbanding tahun lepas.

Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Sulaiman Wak berkata, daripada jumlah calon yang memperoleh semua A berkenaan seramai 70 calon mendapat 9A, 1,215 (8A) dan 654 (7A).

Sementara itu sekolah yang memperoleh pencapaian terbaik PMR di Kuala Lumpur adalah Sekolah Menengah Sains Selangor dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kuala Lumpur untuk kategori sekolah berasrama penuh sementara Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki mencatatkan pencapaian terbaik bagi kategori sekolah harian.

Selangor turut mencatatkan peningkatan daripada segi jumlah pelajar yang mendapat semua A dalam kesemua mata pelajaran yang diambil dengan 8.81 peratus atau 6,592 pelajar daripada 74,855 calon yang menduduki PMR mendapat kesemua A.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Empat, Bandar Baru Bangi di Selangor muncul sekolah harian keseluruhan terbaik dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009.

Pengarah Pelajaran Negeri, Dr. Zahri Aziz berkata, angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.6 peratus berbanding tahun lalu hanya 6,005 pelajar memperoleh keputusan yang sama.

Malah katanya, purata pencapaian pelajar yang dikategorikan dalam gred purata skor (GPS) termasuk keputusan lulus dengan minimum gred D berada pada paras 2.63 berbanding keputusan tahun lalu sebanyak 2.68 iaitu peningkatan sebanyak 0.05.

aku tak nak cakap banyak. konklusinya, aku gembira sekolah aku tersenarai dan mencatat rekod. tak sangka pula. hahaha. tahniah junior-juniorku. terima kasih kerana dah harumkan nama sekolah. semestinya korang dapat penghargaan dari pengetua nanti. sila bodek, ok? haha. tambah lagi satu papan yang bakal tergantung di dinding sekolah. waaa... rindu sekolah! rindu cikgu-cikgu serta rindu makanan di kantin. huhu. kejap, nak umumkan ni..

AKU BANGGA JADI WARGA JESS (JALAN EMPAT SECONDARY SCHOOL)! ;))

akhir kata, aku terasa bahagia dan tumpang gembira untuk junior-juniorku. tahniah juga untuk calon pmr yang lain. kalau result tak berapa elok, sila cuba untuk spm nanti. jangan cepat putus asa. maaf, sebab lambat tahu berita ini. aku tahu malam kelmarin tapi tak sempat tengok berita dan baca surat khabar kerana sibuk bekerja. pagi tadi baru excited nak baca. hehe. baiklah, panjang sangat entry ni. salam :)

p/s: aku dah bertekad tak nak minta cuti kerana dah tahu jawapan dari bos dan supervisor ;(

Thursday, December 24, 2009

apakah


Assalamualaikum. hari ini semua benda yang aku buat tak kena sahaja. tak percaya? mari lihat. pagi tadi aku kerja lupa nak bagi resit kat orang. nasib baik orang tu nak datang balik ambil barang dia. kemudian, ada yang beli barang-barang borong guna kad kredit. aku lupa nak sertakan resit lagi dekat resit yang sendirian berhad punya. hati banyak tension. buat hati gelisah sahaja. ye la kan mana tahu bos tahu yang aku buat salah, maka dengan itu dia cari aku. haaaa... siapa nak tanggung? aku juga. petang tadi dapat pesanan ringkas daripada teman tersayang. mereka ajak berjumpa. tapi aku tak tahu la boleh cuti ke tak. aku dah makin tension la. geram, sedih, marah semuanya la. aku rasa serba salah.

kalau la aku diberi peluang, aku nak minta cuti seminggu. boleh ke? ok, mengarut. aku hanya boleh cuti 3 hari untuk sebulan. anda percaya? sila percaya ye kerana itulah hakikatnya. cuti umum pun terpaksa kerja. hati pun sedih. kalau diikutkan hati nak sahaja berhenti terus tapi tak boleh. aku seronok kerja kat situ. hanya bab cuti sahaja yang merungsingkan jiwa dan bisa mengalirkan air mata. sedihkah aku? entahlah. bekas bekal yang aku bawa pagi tadi pun tertinggal dekat tempat kerja. tak sabar nak habis kerja la katakan. setiap saat aku kira masa untuk balik. aku suka bila pelanggan datang. seronok bila dapat layan. tapi entahlah. supervisor, silalah bagi saya cuti! saya nak mengubat hati yang lara kerana rindu teman-teman tersayang ;(

Monday, December 21, 2009

daku

Assalamualaikum w.b.t kepada semua. sekarang mood kebosanan muncul secara tiba-tiba tanpa disangka. dah pukul 1 pagi tapi tak tidur-tidur. nak kerja pagi nanti pun sempat duduk layan internet ni. haish. tak tahu la. mood nak tidur tak muncul-muncul. eceh. tak nak juga mengaku tu. ok, memang aku mengantuk tapi entahla. rasa macam tak best pula. aku rindu si zatie dan juga si anis. aduh. maaf cik zatie, tak boleh nak ikut kau pergi port dickson semalam. aku kerja la. maaf sebab sebelum ni aku dah janji nak join. dekat tempat kerja tadi pun bosan. aku kerja sambil melelapkan mata, boleh? haha ;DD tension aku jadinya. baiklah, aku nak habiskan entry ni cepat. virus kebosanan sudah merebak dan menular dengan cepat dan jayanya. katil pula sudah memanggil supaya tidur cepat. pagi ni kena bangun awal. huhu. salam :)

Sunday, December 20, 2009

perasaan bukan perasan

Assalamualaikum. aku rindu nak keluar dengan kawan aku! aduh. masalah melanda. sahabat karib aku dah mula tanya bila nak keluar sama-sama tapi macam mana nak cuti? aku kena kerja tiap-tiap hari walaupun pada ketika itu cuti umum. ramai pelanggan datang, maka tak boleh cuti. pekerja masih tak cukup la. minggu depan lagi satu baru boleh cuti. itupun kena ikut giliran. sedih betul bila sorang-sorang hantar pesanan ringkas walaupun masa tu aku tengah kerja. curi-curi masa sikit nak balas pesanan tadi. kepada sahabatku tersebut jika terbaca ni, aku rindu kau semua :(

p/s: aku gembira sebab dah tahu serba sedikit mengenai borong :)

Saturday, December 19, 2009

permulaan

Assalamualaikum. semalam merupakan hari pertama bekerja. pada mulanya, aku bagaikan orang yang jahil kerana tak tahu nak buat kerja apa. terpaksalah tanya kakak-kakak kat sana apa yang perlu dan tidak. kerja dan kerja sampaikan aku tak boleh nak duduk diam sebab nanti ada orang komplain tak buat kerja. orang yang baru masuk kerja sudah semestinya buat kesilapan macam aku. haha. tapi sejak dari itu, aku belajar. tak faham sila rujuk kakak yang senior. tapi terpaksa juga la menahan sakit kaki kerana berdiri. hehe. biasa la, adat orang bekerja la katakan. baiklah rakan-rakan, aku dah kekeringan idea la. insya allah kalau tak sibuk akanku update lagi. salam :)

Wednesday, December 16, 2009

penantian sudah terjawab


mood : gembira

p/s: pencarian sudah selesai. lusa boleh mula :)

Tuesday, December 15, 2009

serba tak kena


Assalamualaikum dan selamat malam. dah nak pagi ni la aku rajin-rajinkan diri nak update blog. fasal apa? almaklumlah aku tak ada apa nak buat malam-malam ni, maka layan blog sahaja la. tapi bila nak start taip, idea semua dah hilang. tengok, terpaksa juga aku perah otak untuk ingat balik apa yang aku nak cerita sepertimana aku perah otak untuk spm. haish. banyak pening. baik, aku dah dapat apa yang aku nak cerita. hari ini betul-betul menguji kesabaran aku. pagi tadi, selesaikan hal dekat sekolah. kena patah balik untuk ambil fail. tak ada fail itu, tak ke manalah aku selepas spm ini. macam mana itu? lu fikirlah sendiri ;pp

kemudian, aku bercadanglah nak pergi cari kerja dengan seorang sahabat aku ni. dapat la satu borang kerja. nak pergi cari kat tempat lain, tapi terpaksa ambil bas pula. tunggu punya tunggu, lebih kurang dekat satu jam baru bas tersebut sampai. tak banyak bas betul dekat sini -_- kalau nak pergi kajang banyak sahaja. haish. bila dah naik bas itu, kenalah berhenti kat kajang untuk ambil bas yang seterusnya untuk pergi ke destinasi yang dituju. setibanya, aku naik bas yang kedua, pemandu cakap dia akan melalui *****. aku ikut sahajalah. akhir sekali, dia tak lalu kau. banyak sakit hati. terpaksa aku turun dan terus naik ktm. terbatal niat aku nak cari kerja selepas insiden tersebut. aku ingatkan nak pergi enjoy kejap dekat mines.

alangkah malangnya aku sesudah sampai ke mines, mesin tiket tak bagi masuk. apa kes? hati membara betul. dah la pemandu bas tadi tipu aku, sekarang mesin ni pula? tapi aku dapat lepas juga la. tiket bermasalah. haish. kemudian, kaki aku pula kejang. lepas beberapa minit urut, baru ok. aku pusing-pusing satu mines walaupun window shopping pada hakikatnya. biasalah, aku bawa berjuta-juta ringgit. haha x)) teman aku juga yang belanja makan kau. terima kasih teman :) pada awalnya, aku berdoalah juga supaya tak jumpa orang-orang yang aku kenal. sekali jumpa. masin betul mulut aku. salah, manis mulut aku. hehe ;pp

namun, nasib malang sekali lagi menimpa. mesin itu tetap tak berfungsi apabila aku ingin pulang ke rumah. selepas itu, tunggu train pula. apabila dah sampai kajang, boleh pula train itu berhenti. aku kena naik train lagi satu la nampaknya. dah la masa itu hujan. aku mandi hujan sahajalah. tambahan lagi, angin tiup sepoi-sepoi bahasa. berpeluk tubuh sahajalah jawabnya nak tahan sejuk. sesudah sampai sahaja di pintu keluar, aku terus buang tiket aku dalam tong sampah yang sudah sedia maklum setia menunggu di tepi jalan. kerajaan dah sediakan tong sampah, maka buang sahajalah di dalamnya. jangan buang sampah merata-rata, ok?

p/s: semoga semuanya berjalan dengan lancar. amin :)

Monday, December 14, 2009

serba baru :)


Assalamualaikum wahai pengunjungku. hehe . blogku sudah diperbaharui . senang hati sudah :) tapi chatbox akan diletak kemudian. maka dengan itu, hantarlah komen jika ingin tinggalkan sebarang pesanan, ya? blog ini sudah tidak waras sebab tak boleh nak ubah tempat. akanku selesaikan semua masalah ini secepat mungkin.

p/s: masa untuk mencari keje :)

Friday, December 11, 2009

senang hatiku

Assalamualaikum semua. maaf, tiada gambar yang seharusnya perlu untuk diselit dalam entry ini. hal ini demikian kerana aku bukan berada di rumah tetapi di kampung halaman. merajinkan diri untuk online di pejabat kakak aku kerja kat sini. hehe x)) hati aku tenang kat sini walaupun memakan kredit apabila nak hantar pesanan ringkas kat teman-teman tersayang. aku mempunyai kehidupan baru sekarang. hati banyak-banyak bunga. haha ;D

p/s:akan di update kemudian hari :)

Wednesday, December 9, 2009

it's over


Assalamualaikum. ok, aku gembira oleh sebab spm sudah berakhir. kelmarin, aku keluar kelas dengan melebarkan senyuman yang sememangnya tersedia lebar. nak buat perbuatan yang diluar jangkaan tapi ada cikgu pula. segan aku. hahaha x)) aku lepak kat foyer sementara tunggu teman-teman aku keluar kelas. kantoi aku keluar awal. hehe ;p sekali sekala la bukan selalu. ye ke ek? ntah. sila tanya mereka-mereka yang mengetahui hal tersebut. lalala ;D

hari ini pula tiba. seperti yang sudah dijanjikan sebelum ini, sudahpun terjadi. kami tiga sekawan menjalankan aktiviti yang budak-budak spm tidak buat. kami pergi berjogging! hahaha x)) kemudian, singgah ke perpustakaan sebab sebelum ni aku ada plan nak pinjam buku. klik sini untuk entry sebelum ini. tapi seorang lagi sudah pulang ke rumah. hanya tinggal kami berdua. kami lepak-lepak di pkns kerana matlamat untuk mengisi perut yang kosong. pusing-pusing satu shopping kompleks itu sampai penat baru balik. hahaha x)) balik tunggang-langgang aku jadinya ;p

Saturday, December 5, 2009

bengang -_-

semua **** sama sahaja! LOL


p/s: tak ada kena mengena dengan sesiapa pun. harap maklum D:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...