Showing posts with label result. Show all posts
Showing posts with label result. Show all posts

Friday, July 15, 2011

Kembali ke tempat asal

Assalamualaikum. Semua orang sangat la sibuk dengan keputusan UPU. Aku cadang nak tengok petang karang. Tapi akak aku terlalu rajin nak tahu result aku. Dipaksanya aku buka website tu cepat. Hahaha. Sabar je. Tunggu punya tunggu, siput pun lagi laju dari dia. Sekali, error yang keluar. Memang sangat hampeh. Akak aku yang terlebih excited tolong buka website tu untuk aku. Haaaa.. Tengok, siapa yang nak masuk univerisiti sebenarnya ni? Hahahaha. Nah, aku bagi korang tengok result ni.


Aku tak reti print screen wehhhh =______= Sila jangan gelak tengok eh? Hahaha. Ni second choice aku. UTM aku terbengkalai. Kesabaran harus binti wajib ada dalam diri setelah result sudah keluar. Redha plus bersyukur. Alhamdulillah. Dekat sangat dengan rumah. Boleh ulang-alik ;D Sebelum ni pernah dapat tawaran USM dalam bidang Sains Komputer tapi aku tolak. Bajet pandai sangatlah tu kan sampai nak tolak kos dekat USM tu. Hahaha. Tak adalah. Aku ingat ada tawaran lain yang lebih menarik. Inilah hasilnya. Terima kasih, Ya Allah :)


Ada sesiapa dapat tawaran UPM tak? Hehe. Tiba-tiba mood nak ada geng pula sampai ni. Huhu. Kepada yang dah dapat result tu, TAHNIAH. Mari kita belajar rajin-rajin ye? Hehe :D



Done. Byebye.



Nervouskah anda?

Assalamualaikum. Kepada para lepasan STPM mahupun Matrikulasi, sila bawa bersabar ye. Aku tahu korang mesti rasa cuakkkkk sangat tu kan. Jantung korang pun mesti dah dup dap dup dap je dari tadi kan? Itu semua gara-gara keputusan UPU yang akan keluar beberapa minit lagi. Serius, aku tak gementar langsung. Nak kata aku ni genius, itu jauh sekali. Aku hanya akan begitu nervous apabila nak tunggu dia loading. Itu je. Yang lain, tak ada makna. Hahahaha. Nampak sangat aku gilaaa sekejap. Yelah, aku tahu result tu keluar pukul 12. Kepada lelaki-lelaki sekalian, korang pergilah solat jumaat tu dulu. Dah habis karang, baru tengok eh? Bukan apa, aku confirm plus yakin bahawa website UPU tu akan trafik jam kejap lagi. Dari korang buang masa, siap-siap je la pergi solat jumaat. Sampai awal, lagi bagus. Hehe.

Kepada para-para wanita pula, dari korang menggigil tak tentu pasal baik korang layan movie ke rancangan memasak ke kan bagus. Aku dapat result Matrikulasi dulu dengan selambanya tengok result waktu malam. Kan itu lebih seronok! Hahaha :p Apa-apa pun, di kesempatan ni, aku nak ucapkan goodluck kepada korang semua. Semoga mendapat univerisiti yang elok serta memenuhi hasrat korang. Kalau tak elok, tak ada pula korang mohon situ kan? Huhu. Macam-macam la kau ni, zahirah. Peace! ^____^V



Done. Byebye.

Wednesday, March 10, 2010

takutkah?

Assalamualaikum dan salam rindu kepada semua. hahaha :D sebulan sudah aku tak update blog. apa rasa ye tengok blog aku? bosan? hmm.. lebih kurang la. nanti aku update bagi kaw kaw punya. ye ye je aku ni ;p aku update ni pun sebab aku nak isytiharkan bahawa esok merupakan hari bersejarah bagi calon-calon spm 2009. sila bersedia dari segi mental dan fizikal sebelum dapat slip keputusan itu nanti. nasihatkan orang tapi diri sendiri? hahahaha x)) apakah perasaan anda ye, cik zahirah? takut, berdebar... tak nak ambil result! hahaha. dah la, sebelum mengarut lama-lama baik aku habiskan entry ni dulu. hehe. salam :)

p/s : goodluck kepada calon-calon spm 2009! ;D

Saturday, December 26, 2009

excited! :)

Assalamualaikum semua. sila baca artikel di bawah untuk maklumat lanjut :)


KUALA LUMPUR 24 Dis. - Lapan negeri mencatatkan peningkatan peratus calon yang memperolehi A dalam semua mata pelajaran yang diambil pada Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 yang diumumkan hari ini berbanding tahun lalu.

Negeri tersebut ialah Kuala Lumpur, Selangor, Perlis, Sabah, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Di Kuala Lumpur, seramai 1,939 calon PMR memperoleh gred A dalam kesemua mata pelajaran yang diambil dan peningkatan yang dicatatkan ialah 150 calon atau 0.47 peratus berbanding tahun lepas.

Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Sulaiman Wak berkata, daripada jumlah calon yang memperoleh semua A berkenaan seramai 70 calon mendapat 9A, 1,215 (8A) dan 654 (7A).

Sementara itu sekolah yang memperoleh pencapaian terbaik PMR di Kuala Lumpur adalah Sekolah Menengah Sains Selangor dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kuala Lumpur untuk kategori sekolah berasrama penuh sementara Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki mencatatkan pencapaian terbaik bagi kategori sekolah harian.

Selangor turut mencatatkan peningkatan daripada segi jumlah pelajar yang mendapat semua A dalam kesemua mata pelajaran yang diambil dengan 8.81 peratus atau 6,592 pelajar daripada 74,855 calon yang menduduki PMR mendapat kesemua A.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Empat, Bandar Baru Bangi di Selangor muncul sekolah harian keseluruhan terbaik dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009.

Pengarah Pelajaran Negeri, Dr. Zahri Aziz berkata, angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.6 peratus berbanding tahun lalu hanya 6,005 pelajar memperoleh keputusan yang sama.

Malah katanya, purata pencapaian pelajar yang dikategorikan dalam gred purata skor (GPS) termasuk keputusan lulus dengan minimum gred D berada pada paras 2.63 berbanding keputusan tahun lalu sebanyak 2.68 iaitu peningkatan sebanyak 0.05.

aku tak nak cakap banyak. konklusinya, aku gembira sekolah aku tersenarai dan mencatat rekod. tak sangka pula. hahaha. tahniah junior-juniorku. terima kasih kerana dah harumkan nama sekolah. semestinya korang dapat penghargaan dari pengetua nanti. sila bodek, ok? haha. tambah lagi satu papan yang bakal tergantung di dinding sekolah. waaa... rindu sekolah! rindu cikgu-cikgu serta rindu makanan di kantin. huhu. kejap, nak umumkan ni..

AKU BANGGA JADI WARGA JESS (JALAN EMPAT SECONDARY SCHOOL)! ;))

akhir kata, aku terasa bahagia dan tumpang gembira untuk junior-juniorku. tahniah juga untuk calon pmr yang lain. kalau result tak berapa elok, sila cuba untuk spm nanti. jangan cepat putus asa. maaf, sebab lambat tahu berita ini. aku tahu malam kelmarin tapi tak sempat tengok berita dan baca surat khabar kerana sibuk bekerja. pagi tadi baru excited nak baca. hehe. baiklah, panjang sangat entry ni. salam :)

p/s: aku dah bertekad tak nak minta cuti kerana dah tahu jawapan dari bos dan supervisor ;(

Thursday, January 22, 2009

Hari yang menggembirakan.




anda sekalian ! lme betul xon . rindu amat , oke ? hu3 . oke2 , entry aku hari ini pasal hari temu mesra dengan ibu bapa di sekolah esok . sungguh best ! aku nye result yang boleh dikatakan sedang2 itu bakal diketahui oleh ibu bapa ku esok hari . bersiap sedia la untuk menahan telinga daripada kena bebel . hue3 .


macam mana la ye reaksi kedua ibu bapaku esok ? aku sendiri yang rasa nervous ni pun macam takut2 je . mana la tahu panjang lebar je cikgu itu cerita2 sampai la mak aku akan memanjangkan cerita itu sampai ke rumah . paling pendek pun , esok lusa baru habis . haha . kesian betul .



kan best kalau aku dapat tidur macam budak ini bila sesi temu mesra itu dijalankan . tak sanggup rasanya nak dengar cerita2 . hee x) harap2 esok punya adegan berjalan lancar la ye . boleh balik cepat owh . then , sure aku kena study lebih2 lagi untuk ujian yang akan datang ini . ramai betul pesaing dalam kelas aku itu . haha . sampai di sini sahaja ye . harap2 anda sekalian sehat sentiase di samping keluarga tercinta .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...