Saturday, December 26, 2009

excited! :)

Assalamualaikum semua. sila baca artikel di bawah untuk maklumat lanjut :)


KUALA LUMPUR 24 Dis. - Lapan negeri mencatatkan peningkatan peratus calon yang memperolehi A dalam semua mata pelajaran yang diambil pada Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009 yang diumumkan hari ini berbanding tahun lalu.

Negeri tersebut ialah Kuala Lumpur, Selangor, Perlis, Sabah, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Sarawak.

Di Kuala Lumpur, seramai 1,939 calon PMR memperoleh gred A dalam kesemua mata pelajaran yang diambil dan peningkatan yang dicatatkan ialah 150 calon atau 0.47 peratus berbanding tahun lepas.

Pengarah Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan, Sulaiman Wak berkata, daripada jumlah calon yang memperoleh semua A berkenaan seramai 70 calon mendapat 9A, 1,215 (8A) dan 654 (7A).

Sementara itu sekolah yang memperoleh pencapaian terbaik PMR di Kuala Lumpur adalah Sekolah Menengah Sains Selangor dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kuala Lumpur untuk kategori sekolah berasrama penuh sementara Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Aminuddin Baki mencatatkan pencapaian terbaik bagi kategori sekolah harian.

Selangor turut mencatatkan peningkatan daripada segi jumlah pelajar yang mendapat semua A dalam kesemua mata pelajaran yang diambil dengan 8.81 peratus atau 6,592 pelajar daripada 74,855 calon yang menduduki PMR mendapat kesemua A.

Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Empat, Bandar Baru Bangi di Selangor muncul sekolah harian keseluruhan terbaik dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2009.

Pengarah Pelajaran Negeri, Dr. Zahri Aziz berkata, angka itu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.6 peratus berbanding tahun lalu hanya 6,005 pelajar memperoleh keputusan yang sama.

Malah katanya, purata pencapaian pelajar yang dikategorikan dalam gred purata skor (GPS) termasuk keputusan lulus dengan minimum gred D berada pada paras 2.63 berbanding keputusan tahun lalu sebanyak 2.68 iaitu peningkatan sebanyak 0.05.

aku tak nak cakap banyak. konklusinya, aku gembira sekolah aku tersenarai dan mencatat rekod. tak sangka pula. hahaha. tahniah junior-juniorku. terima kasih kerana dah harumkan nama sekolah. semestinya korang dapat penghargaan dari pengetua nanti. sila bodek, ok? haha. tambah lagi satu papan yang bakal tergantung di dinding sekolah. waaa... rindu sekolah! rindu cikgu-cikgu serta rindu makanan di kantin. huhu. kejap, nak umumkan ni..

AKU BANGGA JADI WARGA JESS (JALAN EMPAT SECONDARY SCHOOL)! ;))

akhir kata, aku terasa bahagia dan tumpang gembira untuk junior-juniorku. tahniah juga untuk calon pmr yang lain. kalau result tak berapa elok, sila cuba untuk spm nanti. jangan cepat putus asa. maaf, sebab lambat tahu berita ini. aku tahu malam kelmarin tapi tak sempat tengok berita dan baca surat khabar kerana sibuk bekerja. pagi tadi baru excited nak baca. hehe. baiklah, panjang sangat entry ni. salam :)

p/s: aku dah bertekad tak nak minta cuti kerana dah tahu jawapan dari bos dan supervisor ;(

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...