Assalamualaikum. hari ini semua benda yang aku buat tak kena sahaja. tak percaya? mari lihat. pagi tadi aku kerja lupa nak bagi resit kat orang. nasib baik orang tu nak datang balik ambil barang dia. kemudian, ada yang beli barang-barang borong guna kad kredit. aku lupa nak sertakan resit lagi dekat resit yang sendirian berhad punya. hati banyak tension. buat hati gelisah sahaja. ye la kan mana tahu bos tahu yang aku buat salah, maka dengan itu dia cari aku. haaaa... siapa nak tanggung? aku juga. petang tadi dapat pesanan ringkas daripada teman tersayang. mereka ajak berjumpa. tapi aku tak tahu la boleh cuti ke tak. aku dah makin tension la. geram, sedih, marah semuanya la. aku rasa serba salah.
kalau la aku diberi peluang, aku nak minta cuti seminggu. boleh ke? ok, mengarut. aku hanya boleh cuti 3 hari untuk sebulan. anda percaya? sila percaya ye kerana itulah hakikatnya. cuti umum pun terpaksa kerja. hati pun sedih. kalau diikutkan hati nak sahaja berhenti terus tapi tak boleh. aku seronok kerja kat situ. hanya bab cuti sahaja yang merungsingkan jiwa dan bisa mengalirkan air mata. sedihkah aku? entahlah. bekas bekal yang aku bawa pagi tadi pun tertinggal dekat tempat kerja. tak sabar nak habis kerja la katakan. setiap saat aku kira masa untuk balik. aku suka bila pelanggan datang. seronok bila dapat layan. tapi entahlah. supervisor, silalah bagi saya cuti! saya nak mengubat hati yang lara kerana rindu teman-teman tersayang ;(
No comments:
Post a Comment