Sunday, August 15, 2010

Apabila beliau datang lagi ^_^v


Assalamualaikum kepada awak, awak dan juga awak. Oh, nampak sangat gedik di situ. Nyampah I tengok, rasa nak tampar je budak tu. Iskkkk.. HAHA. Abaikan~ Baikkkkkk.. serius, saya rindu awak la yang pada asalnya bernama hira's bloggy! Nampak sangat kuno kan nama itu? Tak apa, sekarang sudah tukar nama la awak kepada .:the truth of me:. Tak ok ke nama ni? Awak tak suka? Tak apa, saya suka. Saya tak kisah kalau orang lain tak suka. Adeh. Kenapa aku gedik sangat ni? Grrrrr... HAHA. Tapi teruskan panggil saya awak pun ok juga. Kalau tak tahan sangat tu, sila cepat-cepat ambil baldi, ok? HAHA ;pp

Cukup-cukup, nanti tak ada orang juga nak datang jenguk blog aku yang tak seberapa ni tapi aku suka dan sangat sayang akan blog aku ni. Erk, aku pun dah mula meluat dengan penulisan aku ni. Huuu... Baikkkkkk..kembali normal ye zahirah? Huhu. Dah berkurun tak update ni, maaf la ye? Wireless sangat kurang mendapat perhatian di sini apatah lagi wifi. Apa yang ingin ditegaskan di sini ialah hari ini merupakan hari kelima kita berpuasa. Seronok tak? Semestinya ramai dalam kalangan kita yang berebut-rebut untuk mengambil peluang sepanjang bulan Ramadhan ini, bukan? Sepatutnya minggu ini aku dah boleh pulang ke rumah tapi disebabkan atas alasan-alasan yang tertentu, tak perlulah aku balik. Mungkin minggu depan atau minggu lagi satu? Heh, alasan kamu zahirah. Apa-apa pun, aku akan pulang juga. HAHA.

Pada pagi yang mulia ini, idea aku untuk berkarya tiada lagi. Maka dengan itu, seharusnya aku tamatkan entry ini dengan pantun empat kerat yang diilhamkan oleh aku sendiri. Maaf la ye kalau tak sehebat mana pun pantun ini kerana saya bukan dari aliran sastera :)

Bulan Ramadhan bulan mulia,
Rebutlah kita untuk melaksanakannya,
Marilah kita jaga pekerti yang mulia,
Supaya ibadat kita semua diberkati olehNya.

P/s : Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...