Friday, October 30, 2009

already gone



layan kejap lagu ni kat blog. mood aku sekarang memang sesuai dengan lagu ni. rajin-rajinkanlah dengar lagu ni :)

Thursday, October 29, 2009

apakah?


Assalamualaikum. aku nak tanya sikit la kan, kalian pernah ke jawab atau tanya soalan-soalan yang sedemikian maklum sangat lah umum? ayat apa la yang aku cakap ni kan? haish. maksud aku, pernah ke orang lain tanya, "awak dah makan?" bila belum makan, mula lah nak tanya, "kenapa belum makan?" grrrr.. geram, geram! aku tak suka orang tanya macam tuh. kalau orang rapat-rapat macam kawan ke? tak apa la kan. ni orang mana entah, aku sendiri tak kenal. rasa macam nak tekan delete sahaja. biar tak payah kenal atau sembang lagi senang. ayat-ayat seperti itu sangatlah menjengkelkan hidup aku. namun, apabila perkara tersebut berulang kembali, aku tidak akan teragak-agak untuk memberi ayat yang sangat indah agar orang itu sedar.

tapi ada perkara lain juga yang aku tak suka. sebagai contoh, perkataan "mam". kadang-kadang aku terfikir, apa lah yang dimaksudkan dengan "mam"? lepas dah tanya orang, baru aku faham maksud dia. haish. kalau nak pendekkan ayat sekalipun, janganlah sampai menyusahkan orang lain untuk faham. maaf, aku bukanlah nak marah kepada sesiapa yang terasa tapi fikir-fikirkan lah juga. tak salah pun sebenarnya. tapi ayat-ayat yang buatkan aku pening memang aku marah. ada juga seorang lelaki yang tidak dikenali, aku terus basuh dia sampai lah dia ambil keputusan untuk menekan perkataan sign out pada skrin komputer. anda nak cakap aku kejam? bukan kejam tapi aku memang nak tunjukkan kepada orang tersebut bahawa aku tak suka percakapan sebagaimana yang telah aku nyatakan.

cukuplah sekadar itu sahaja inginku cakap pada entry ni. selamat berjumpa lagi.salam~

Tuesday, October 27, 2009

you ;D


Assalamualaikum dan salam sejahtera. aku ingin ucapkan ribuan terima kasih kepada ;

zatie , hanis, anis, jue, rowzy, adik fathiyah, nadhirah, hajar, adik faralia, cik ina sayang, atok awak, adah, atyn, husna, shah, aliff, wiyana, atiqah, azza, adibah, along, angah, abah, emak, aina, azeera, cik yuyu, bokenger (bukan nama sebenar), fate3093 (bukan nama sebenar), izyani, syamimi, fatin syazana, adik azwa, adik imran, aan (bukan nama sebenar), pit-jo (bukan sebenar), aida, adibah (terengganu), hazril, hakim, acu, shamanee, athirah hashim, auntie nora, ezzat emir, pavetra, hishamuddin, insyirah, adik hafiz, adik fatiha, wassim, dan akhir sekali untuk encik nazrin :)

terima kasih di atas ucapan anda kerana sudi sudi wish birthdayku. ada yang sebulan awal sudah wish. sangat terharu. haha. sayang anda banyak-banyak ;D

Saturday, October 24, 2009

selamat ulang tahun sayang <33

Assalamualaikum dan selamat pagi. haish. awal betul aku bangun pagi hari ini. almaklumlah ada tuisyen pagi ni. demi kelas sejarah, tak apa. huhu. ok, ok. kembali kepada niat yang sebenar, aku ingin memberi ucapan ulang tahun kelahiran kepada seseorang ;pp


selamat ulang tahun kelahiran yang ke-17 sayang
terima kasih kerana menghargai diriku
sayang kamu selamanya
i love you so much!!!!!
hari ini merupakan hari yang terindah buat dirimu
jika ada dugaan yang menimpa, tempuhilah dengan kesabaran
I LOVE YOU <33

Friday, October 16, 2009

sayang :)

Assalamualaikum dan selamat hari raya. mood beraya masih ada lagi ni walaupun raya dah nak habis. masa ni la banyak rumah terbuka :D tapi aku tak nak la cerita pasal raya ni. dah muak. haha. entry ni khas untuk adinda tersayang, nur fathiyah bt mohd sholihin. walaupun bukan adik kandung, namun tetap adik :)

selamat ulangtahun kelahiran yang ke-14 sayang ;D semoga hidup diberkati dan segala yang diimpikan tercapai. walaupun ayat ini diulang untuk kali yang kedua. nak ulang juga! ;p lupa,sila tuntut hadiah anda selepas kakak habis spm,ya? kakak dengan perasaan gembira dan senang hati ingin ucapkan ribuan terima kasih kerana sudi cakap kakak la orang pertama yang memberikan kata-kata sakti itu. kakak terharu. huhu. nak cakap ni, kakak touching tahu tak ajak kakak pergi sambut hari lahir adik. maka dengan itu, hadiah adik akan ditarik kembali. haha. kejam, kejam. lupakan sahaja kekejaman kakak tersebut ;) selamat maju jaya dan ingat hari ni merupakan titik permulaan hari adik. umur kamu sudah meningkat dan cabaran hidup juga makin sukar. harap kamu tabah :))

p/s: maaf kerana panjang sangat ucapan aku. nak buat karangan dah sebenarnya tapi tak apa lah. ada juga orang yang menyampah melihat penulisan aku ni. hehe

Sunday, October 11, 2009

edisi raya

Assalamualaikum dan selamat senja semua. entry ni adalah khas untuk beberapa hari. hal ini demikian kerana aku ingin habiskan kesemua stok kerongsang yang masih ada. kepada semua wanita, sila rebut semua kerongsang di bawah. jika ada sebarang pertanyaan, sila tinggalkan komen ataupun mesej di kotak mesej yang sudah disediakan.


**sila tekan gambar untuk melihat hasil gambar yang jelas**

hanya RM10.00!!

*FA04, FA010 sudah habis dijual*

**sila tekan gambar untuk melihat hasil gambar yang jelas**

hanya RM10.00!!

*B1, B8 & B10 sudah habis dijual*

**sila tekan gambar untuk melihat hasil gambar yang jelas**

hanya RM10.00!!

*A2, A3, A7 & A11 sahaja yang tinggal*

**sila tekan gambar untuk melihat hasil gambar yang jelas**

3 = RM10.00!!

*BA01 & BA07 sudah habis dijual*

STATUS :

BA02 --> 5
BA03 --> 2
BA04 --> 4
BA05 --> 1
BA06 --> 5
BA08 --> 7
BA09 --> 2
BA010 --> 10
BA011 --> 3
BA012 --> 6
BA013 --> 2
BA014 --> 4
BA015 --> 1
BA016 --> 6
BA017 --> 1
BA018 --> 5





4 = RM10.00!!

*BB02, BB03, BB05 & BB017 sudah habis dijual*

STATUS :

BB01 --> 3
BB04 --> 3
BB06 --> 1
BB07 --> 4
BB08 --> 4
BB09 --> 2
BB010 --> 1
BB011 --> 4
BB012 --> 6
BB013 --> 1
BB014 --> 1
BB015 --> 5
BB016 --> 3
BB018 --> 1


Saturday, October 10, 2009

rumah terbuka

Assalamualaikum dan salam satu malaysia. ceh! semangat malaysia tuh. hehe x)) disebabkan hari raya masih lagi disambut oleh orang ramai, maka dengan itu aku pun ingin membuat entry raya aku sendiri. ketinggalan betul. isk, isk sedih la pula ;pp teman-teman, jom imbas kembali zaman dahulu kala ;D

cik zatie :)

datin izzah ;p

cik anis yang manis ;D

kesayangan :)

masing-masing nak promosi makanan

kenangan kau dan aku ;pp

Friday, October 9, 2009

muda-muda


Assalamualaikum. hari ini bersamaan 9 hari bulan 10 tahun 2009. setiap tahun aku sentiasa ingat tarikh ini. sebab? tiada sebab yang kukuh tapi kejadian yang pernah berlaku 5 tahun yang lepas. wuuu.. bertahun lamanya kejadian tersebut berlaku. hanya aku sahaja kot yang tahu cerita itu. teman-teman sekelas aku pada ketika itu mungkin sudah melupakan peristiwa yang telah berlaku pada tarikh keramat ini. biarkan sahaja tarikh ini menjadi tanda tanya orang...

Thursday, October 8, 2009

majlis graduasi

Assalamualaikum w.b.t kepada semua. semoga berada dalam keadaan sihat walafiat sahaja. kepada yang sakit tuh, rajin-rajinkanlah diri tuh untuk makan ubat,ya? seperti yang sudah sedia maklum dalam entryku sebelum ini, entryku ini bakal dipenuhi dengan gambar pada majlis graduasi sabtu yang lepas. graduasi? adakah aku merupakan seorang graduan? ramai yang tertanya-tanya.

untuk makluman anda, aku ini bukanlah seorang penuntut universiti
ataupun mana-mana institusi di muka bumi ini. aku hanyalah seorang pelajar yang masih menuntut ilmu di sekolah menengah. majlis graduasi itu hanyalah merupakan semangat kepada kami, pelajar-pelajar tingkatan lima untuk menduduki peperiksaan tak lama lagi. mari layan gambar-gambar di bawah :)

sempat posing sebelum masuk dewan ;p

kami

mereka kawan rapat aku :)

cik amalina yang manis

budak-budak 5 inovatif yang begitu gembira

kakakku ;D

saya bakal graduan :)

kelas 5 ino 2009

penerima anugerah

bersama dengan anis

cik zatieku ;D

suka! xD

jambangan bungaku dan juga encik katak :)

Wednesday, October 7, 2009

berjaya

Assalamualaikum dan sejahtera. hari ini merupakan hari pertama pelajar-pelajar tingkatan tiga menjalani peperiksaan penilaian menengah rendah (pmr). aku harap-harap mereka dapat melakukan sebaik yang mungkin. oh, tak lupa juga kepada adikku yang pagi-pagi dah bangun untuk belajar. haha. catat sejarah betul hari ini. semuanya gara-gara pmr punya cerita :D kepada mira pula, kakak nak ucapkan selamat maju jaya! :)

p/s: tunggu entryku yang seterusnya mengenai majlis graduasi

Sunday, October 4, 2009

kejadian


Assalamualaikum dan salam senja. senja pun ada salam? tak apa, yang penting anda jawab salam tersebut. dalam nada yang sedih, petang tadi aku bagaikan seorang yang berani mati hanya kerana seorang kekasih. ceh, kekasih hati ke? semestinya la kan. tapi kekasih hati yang aku maksudkan ialah telefon bimbitku. aku bergegas ke pusat tuisyen dengan menaiki basikal. aku mengenakan seluar slack dan bukannya seluar track.

sedang aku mengayuh basikal, tiba-tiba aku perasan ada sesuatu yang jatuh. namun, aku biarkan sahaja. tapi apabila aku meraba-raba poket seluarku, telefonku sudah tiada. aku sempat untuk kembali ke tempat tersebut. aku turun dari basikal dan pergi ke tengah jalan raya untuk mengutip semula anggota-anggota telefon bimbitku yang sudah terpisah dari anggota yang lain.

ketika itu, ada sebuah kereta berada berhampiran denganku. hanya bateri telefon sahaja yang tidak sempat aku ambil kerana khuatiri dilanggar oleh kereta tersebut. sesudah kereta itu berlalu, aku sedari bahawa tayar kereta itu telah memijak bateriku. namun, bateri itu masih boleh digunakan walaupun terdapat sedikit calar di badannya sama seperti rangka telefonku.

pada saat kejadian itu berlaku, seorang pakcik bersama-sama anaknya merupakan saksi kejadian. pakcik itu siap mengatakan, "adik, ada kereta tuh, nak kena langgar ke?" maaf, sebenarnya pakcik itu dalam lingkungan awal 30-an kot. suka-suka sahaja nak panggil pakcik. memang macam orang berani mati kan? nasib baik aku tak kena langgar. haish. tak baik cakap pasal mati. ajal dan maut di tangan tuhan. sepatutnya kita perlu bersyukur kerana masih hidup di muka bumi ini. alhamdulillah :)

Friday, October 2, 2009

buat duit ;D


Assalamualaikum dan selamat malam. sesudah masuknya bulan oktober ataupun seperti lagu awie iaitu tragedi oktober, maka aku kena ringan-ringankanlah jari-jemari untuk menaip entry ni. sejak bila pula aku minat awie? haish. abaikan. tapi bulan oktober begitu bermakna kot bagi aku. bukan bermakna dah tapi betul-betul menambahkan usia aku yang begitu muda ni. haha. hari yang ke berapa tuh sila abaikan. jika anda hebat, cuba la teka ;p

makluman untuk anda-anda semua, entry ini bukanlah berkaitan mengenai hari raya seperti kebanyakan orang lain. maaf, inginku biarkan sementara entry tersebut. namun, demi untuk tidak menghampakan harapan seseorang, aku buat lah juga entry ini. sebelum itu, entry ini sebenarnya mempunyai kaitan dengan wanita. jika anda seorang lelaki, tidak mengapa. anda boleh join juga. manalah tahu anda berkenan dan ingin belikan untuk teman wanita anda. aik, lain benar bunyinya. macam nak jual sahaja, bukan? haha.

panjang betul entry aku ni. bila nak sampai matlamat utama pun aku tak tahu. kesian anda semua nak baca satu-persatu ayat yang aku taip ni. tak apa, tak rugi pun anda baca ni semua. baiklah, malas betul nak membebel panjang kat sini. maka dengan itu, sila anda tekan cantik itu anda untuk bersiar-siar sambil makan angin di sana. oh, lupa pula. aku di sini memainkan peranan sebagai seorang jurujual untuk menjual brooch ataupun lebih dikenali sebagai kerongsang. kalau tak faham, anda terjah sahaja blog tersebut.

zaman dah berubah, dunia dah maju. sebab itu, tak hairanlah kalau kita boleh membeli barang-barang secara online di laman-laman web yang sudah sedia ada. bukan itu sahaja, anda juga dialu-alukan untuk membeli kerongsang yang aku tawarkan sebentar tadi :)

ramai teman-teman bertanya, kenapa tidak jalankan perniagaan tersebut sebelum raya? maaflah ya, aku tersangatlah sibuk dengan peperiksaan yang melanda diri. tak sempat nak buat duit lagi. sekarang baru ada kelapangan masa untuk berbuat demikian. apa-apa pun, selamat menterjah dan selamat bershopping! ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...