Sunday, October 4, 2009

kejadian


Assalamualaikum dan salam senja. senja pun ada salam? tak apa, yang penting anda jawab salam tersebut. dalam nada yang sedih, petang tadi aku bagaikan seorang yang berani mati hanya kerana seorang kekasih. ceh, kekasih hati ke? semestinya la kan. tapi kekasih hati yang aku maksudkan ialah telefon bimbitku. aku bergegas ke pusat tuisyen dengan menaiki basikal. aku mengenakan seluar slack dan bukannya seluar track.

sedang aku mengayuh basikal, tiba-tiba aku perasan ada sesuatu yang jatuh. namun, aku biarkan sahaja. tapi apabila aku meraba-raba poket seluarku, telefonku sudah tiada. aku sempat untuk kembali ke tempat tersebut. aku turun dari basikal dan pergi ke tengah jalan raya untuk mengutip semula anggota-anggota telefon bimbitku yang sudah terpisah dari anggota yang lain.

ketika itu, ada sebuah kereta berada berhampiran denganku. hanya bateri telefon sahaja yang tidak sempat aku ambil kerana khuatiri dilanggar oleh kereta tersebut. sesudah kereta itu berlalu, aku sedari bahawa tayar kereta itu telah memijak bateriku. namun, bateri itu masih boleh digunakan walaupun terdapat sedikit calar di badannya sama seperti rangka telefonku.

pada saat kejadian itu berlaku, seorang pakcik bersama-sama anaknya merupakan saksi kejadian. pakcik itu siap mengatakan, "adik, ada kereta tuh, nak kena langgar ke?" maaf, sebenarnya pakcik itu dalam lingkungan awal 30-an kot. suka-suka sahaja nak panggil pakcik. memang macam orang berani mati kan? nasib baik aku tak kena langgar. haish. tak baik cakap pasal mati. ajal dan maut di tangan tuhan. sepatutnya kita perlu bersyukur kerana masih hidup di muka bumi ini. alhamdulillah :)

2 comments:

Adek Abigail said...

klu citer psl mati, mana2 leh mati. ceruk mana malaikat maut x sampai..

Zahirah said...

betul :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...